Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| Keunikan kebaya, kurung Riau kain kapas Posted: 04 Jan 2013 07:45 AM PST JIKA dulu pakaian tradisi hanya digayakan pada musim perayaan tetapi kini dengan rekaan serta perincian moden, busana yang memiliki nilai estetika ini boleh digayakan sama ada ke majlis rasmi atau kasual. Ini kerana sifat busana itu sendiri terutama dari segi potongan yang dipermodenkan seperti tambahan perincian manik pada bahagian tertentu menjadikannya tampak anggun dan hebat apabila dipakai. Ini boleh dilihat menerusi potongan kebaya dan kurung Riau pada fabrik kapas dan songket menjadikannya tampil eksklusif dan ada kelas tersendiri. Menurut pemilik Zaida's Collection, Zaida Abdul Aziz, kini wanita bukan saja mencari busana untuk pakaian pada musim perayaan tetapi boleh disarungkan ke tempat kerja.
Menurut Zaida, apa yang menjadikan helaian tampil istimewa ialah potongan yang berbeza berbanding baju kurung biasa. Baju kurung Riau memiliki pesak kembang yang disambung pada kekek gantung. Namun tidak semua baju kurung sesuai dengan pesak dan kekek jenis berkenaan kerana ia hanya sesuai untuk baju kurung Riau. Selain itu, bagi penggemar baju kurung, Zaida's Collection menyediakan padanan kurung moden dengan tambahan ropol pada bahagian bawah baju dan hujung lengan. Ini menjadikan setiap helaian tampil comel dan berbeza berbanding baju kurung sedia ada di pasaran. "Setiap padanan didatangkan dalam pelbagai warna dan corak. Baju kurung ini menjadi kegemaran pelanggan kerana sesuai dipakai ke pejabat serta menghadiri majlis perayaan," katanya. Kebanyakan busana didatangkan dalam rona ceria dan terang seperti hijau, merah, biru dan kuning yang sentiasa diminati. Malah gabungan padanan panel corak abstrak serta bunga-bungaan ternyata menjadi tumpuan ramai serta pilihan sepanjang zaman. "Untuk lebih bergaya, pakaian bercorak dihiasi manik serta sulaman menjadikan rekaan anggun digayakan bersama selendang manakala wanita bertudung boleh memilih selendang polos atau tudung bersengkuap untuk tampil eksklusif," katanya. Pada 2013 ini, ramai yang masih menggemari rekaan baju kurung ringkas serta berwarna-warni. Selain itu Zaida's Collection turut menampilkan baju kurung waka-waka dengan sedikit kembang pada bahagian bawah. Potongan sebegini sebagai memenuhi cita rasa wanita berbadan besar namun mereka yang langsing juga anggun menggayakannya. Setiap padanan boleh didapati pada harga RM329 ke bawah. Selain baju kurung Riau, moden dan waka-waka, jenama terbabit menyediakan selendang, tudung sedia dipakai, baju kanak-kanak, baju Melayu serta kasual tanpa mengira peringkat usia. Selain cawangan di Bangi Utama Shopping Complex (Warta) Bandar Baru Bangi, Zaida's Collection juga boleh didapati di Tesco Seremban 2 serta rangkaian terbesar di Seri Bangi. Terima kasih: Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Posted: 04 Jan 2013 06:59 AM PST DEK pentingnya beg tangan dalam kehidupan wanita, aksesori ini berkembang dalam pelbagai cara. Label Inggeris, Anya Hindmarch antara jenama popular apabila dikaitkan dengan beg tangan dan biarpun berstatus mewah, jenama ini terus jadi pilihan bagi wanita yang ingin tampil elegan tanpa perlu berhias secara keterlaluan.
Gaya minimalis sememangnya sinonim dengan jenama ini dan Anya sendiri selaku pengasasnya amat mementingkan kesederhanaan serta praktikal di samping mencerminkan keanggunan seseorang wanita. Unsur ini banyak ditekankan dalam hampir setiap musim di mana beg tangan rekaannya dihiasi perincian unik, selain dilengkapi ruang kecil khas bagi memudahkan pengisian barangan.
"Saya percaya beg tangan yang baik perlu ada ruangan khas untuk menyimpan alat solekan, telefon bimbit, kad dan seumpamanya. Ia bukan saja tampak teratur, tapi mudah mencarinya apabila diperlukan. "Justeru, saya sentiasa cipta rekaan yang memberi kepuasan pada diri sendiri dan berharap wanita lain dapat manfaat daripada apa yang saya hasilkan," katanya. Ketelitian dan kecenderungan Anya nyata diterjemahkan dengan baik dalam tiga rekaan edisi terhadnya sempena meraikan ulang tahun ke-25 Parkson, bulan lalu. Anya menzahirkan aspek praktikal dan minimalis pada koleksi Anya Hindmarch - Ostrich yang dibuat daripada kulit burung unta. Dengan pilihan warna seperti merah, hijau dan perang, beg tangan istimewa ini turut disertai mesej peribadi daripada Anya yang dijahit di ruangan dalamannya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Global |
| Posted: 03 Jan 2013 09:04 AM PST RICHMOND: Beratus-ratus orang peminat berkumpul di pameran senjata api di Virginia, hanya beberapa minggu selepas 27 orang maut dalam keganasan di sebuah sekolah di Connecticut. Ketika gesaan orang ramai supaya pemilikan senjata api seperti yang digunakan dalam tragedi itu dikekang, peniaga berkumpul untuk menjual produk mereka di Chantilly, Virginia, hujung minggu lalu.
Seorang pengedar senjata api memberitahu, syarikatnya menjual lebih 10 pucuk raifal AS-15 seperti digunakan Adam Lanza ketika menembak mati 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa sebelum dia membunuh diri pada 14 Disember lalu.
Selain AS-15, Lanza turut membawa beberapa pucuk senjata api lain.
Antara senjata paling popular, kata seorang jurujual, ialah raifal separa automatik dan magazin peluru 30 butir.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Rebecca mahu lelong dara untuk bantu rawat ibu uzur Posted: 03 Jan 2013 09:01 AM PST BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur. Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.
"Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| Terharu sokongan peminat di Malaysia Posted: 03 Jan 2013 06:56 AM PST KUNJUNGAN mereka ke Kuala Lumpur, baru-baru ini saat berita perang twitter antara Julia Perez dan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi sedang begitu hangat. Perang yang berlaku di laman sosial popular itu tercetus apabila Julia atau terkenal dengan panggilan Jupe yang juga bintang kelahiran Indonesia itu dikatakan mengkritik kualiti drama Malaysia. Justeru, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Titans sempat diminta memberikan komen berhubung tindakan Jupe yang juga rakan artis senegara mereka. "Jupe memang terkenal dengan hal yang boleh menimbulkan sensasi. Bagaimanapun, kami tidak boleh memberikan komen lanjut kerana luahan yang dilakukannya adalah menerusi akaun twitter peribadinya.
"Kami adalah pemuzik dan kami hanya bikin muzik yang mampu buat orang suka. Kami juga bukan orang politik. Kami juga punya ramai pengikut di sini iaitu Titaniums yang menyokong karier kami sejak album pertama hinggalah yang keempat ini. "Kami amat menghargai sokongan peminat di sini dan lebih membuatkan kami terharu, selepas album keempat barulah kami berpeluang melancarkan album di sini, Kirana yang akan diedarkan Tropic. "Justeru, kami enggan terbabit dalam sebarang hal politik membabitkan kedua-dua negara sebaliknya mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan pemuzik, pihak media dan masyarakat di negara ini," kata Andika selaku pemain keyboards dan juga bekas anggota kumpulan Peterpan. Selain Andika, Indra (bes) juga adalah bekas anggota kumpulan Peterpan yang kini dikenali sebagai Noah. Kedua-duanya meninggalkan Peterpan dan menubuhkan The Titans kerana pendirian muzik mereka tidak lagi sehala dengan Peterpan. Apa yang menarik, The Titans yang turut dianggotai Rizki (vokal), Tomtom (dram), Oni (gitar) dan Imot (programming/synthesizer) adalah bekas ahli daripada kumpulan yang berbeza-beza namun menemukan keserasian bersama The Titans. "Kita semua tidak meninggalkan kumpulan masing-masing dalam keadaan bermusuhan, sebaliknya secara baik. Baru-baru inipun saya bersama Indra diundang untuk membuat konsert 'reunion' bersama kumpulan Peterpan. "Berbalik kepada The Titans, ia adalah tempat kami berkarya dan menghasilkan muzik yang kami inginkan. Memang pada mulanya sukar untuk mencari keserasian namun apabila sering membuat persembahan dan tanpa sedar kami sudah menghasilkan album keempat, sekali gus kami sudah kukuh sebagai kumpulan," katanya. Biar sehebat manapun kumpulan ini, satu masalah yang sering menghimpit mereka apabila dibayangi muzik Peterpan gara-gara dua bekas ahli kumpulannya berada dalam The Titans. Tidak cukup dengan Rizki selaku vokalis The Titans yang juga memiliki iras wajah Ariel Peterpan. "Sewaktu The Titans mencari vokalis, mereka mencari yang mirip Ariel (berseloroh). Namun pada sesiapa pernah melihat persembahan saya, mereka akan melihat banyak perbezaan. Ariel suaranya halus sedikit sedangkan saya lebih kasar. "Muzik kita juga berbeza daripada Peterpan mahupun Noah kerana lagu-lagu kita padat dengan bunyian elektrik," kata Rizki. Bercerita mengenai album keempat mereka berjudul Kirana, ia mengandungi 10 lagu dengan komposisi 7 lagu baru dan 3 lagu yang pernah dikenali sebelum ini. Tujuh lagu baru adalah Senyummu, Hingga Akhir Hidupku, Aku Lelaki, Berjanjilah, Lupakan Aku, Cinta Seutuhnya dan Dirimu. Mengenai pilihan judul album, Imot menjelaskan, Kirana ertinya seberkas cahaya yang cantik. "Jadi semoga album kita juga boleh bercahaya di tengah kesuraman. Daripada album 1, 2 dan 3 kita banyak belajar kerana baru bersama. Lama-lama 'chemistry' terjalin. "Yang tidak banyak berubah dari segi konsep muzik The Titans adalah lirik lagunya yang rata-rata berkisahkan soal cinta. Meskipun demikian, dalam album Kirana ini mempunyai makna yang lebih dalam," katanya. Sebenarnya, album keempat The Titans ini sudah disiapkan sejak tahun lalu. Namun kerana pertimbangan dari segi label, mereka melancarkan dua single terlebih dulu serta satu lagu ketuhanan. Namun berbanding tiga album mereka sebelum ini, The Titans Self Tittled (2007), Melayang Lagi (2008) dan DTT III (2010), kali ini The Titans tampil lebih dewasa. Andika menafsirkan album Kirana sebagai sebuah album dewasa yang pernah dihasilkan The Titans. Album yang lebih mudah dan 'easy listening'. Lagu yang menghiasi album ini antaranya Hingga Akhir Hidupku, Aku Lelaki, Berjanjilah, Lupakan Aku, Cinta Seutuhnya dan Dirimu. Selama kunjungan mereka ke negara ini, The Titans juga terbabit dalam penggambaran video muzik Dengarkanlah yang dihasilkan pengarah tempatan juga kenalan mereka, Kalai. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03 |
| Seorang gadis rebutan lima jejaka Posted: 03 Jan 2013 06:34 AM PST NAMA Datuk Eizlan Yusof bukanlah baru dalam dunia seni tanah air. Sehingga kini, pelakon yang memulakan karier pada usia belasan tahun ini sudah membintangi banyak drama. Justeru, menerusi pengalaman yang terkumpul, pelakon berusia 42 tahun ini mula mengembangkan sayap dalam bidang pengarahan. Kini Eizlan tampil dengan drama bersiri 5 Bujang yang mula menemui peminat menerusi TV1, RTM bermula 1 Januari lalu.
Menariknya drama 5 Bujang terbitan Saphire Screen Sdn Bhd, berkonsep komedi dan menggabungkan barisan pelakon hebat iaitu Ako Mustafa, Zed Zaidi, Zul Yahya, Hairul Azreen dan Zarina Zainuddin. Ia disiarkan Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang dalam slot Cindai. 5 Bujang mengisahkan lima watak utama iaitu Tarmizi, Benn, Otai, Johari dan Borhan yang tinggal serumah. Mereka masing-masing tidak berpendidikan tinggi dan mencari rezeki dengan kerja biasa yang bersesuaian dengan minat masing-masing.
Kadang-kadang Chef Bob Borhan akan membuat persembahan masakannya di depan pengunjung restoran tersebut. Malah, dia mempunyai kelebihan menyanyi sambil menari ketika masak. Bila dia membuat persembahan, istimewanya siap ada pemuzik yang mengiringinya. Walaupun Chef Bob Borhan terkenal, namun dia mempunyai cita-cita pelik iaitu mahu menjadi ahli gusti, menyebabkan dia menjadi bahan gelak ketawa sesiapa yang mendengarnya. Mat Taib pula mempunyai cita-cita terpendam sebagai pengarah filem. Nama panggilannya Otai kerana pekerjaan yang dilakukannya sebagai pencetak CD. Kerana terlalu mengagungkan P Ramlee, setiap dialog P Ramlee dalam setiap filemnya semua Otai ingat dan kadang-kadang menjadi bahan gurauan bersama rakannya. Otai dapat tahu mengenai sindiket cetak rompak yang dilakukan oleh tauke tempatnya bekerja. Dia mula menyiasat kenapa dan mengapa boleh jadi seperti satu sindiket yang mula berleluasa. Sambil bekerja Otai mula tanam semangat untuk cuba hapuskan cetak rompak. Begitu juga dengan rakan mereka Johari yang berangan menjadi penyanyi dan mempunyai band sendiri. Dia juga berhasrat menjadi komposer terkenal yang mencipta lagu untuk penyanyi tanah air. Yang lucu mengenai Johari, dia menjadi kegemaran pengunjung karaoke. Walaupun sebagai 'cd programmer' sahaja, tetapi Johari suka berinteraksi dengan pengunjung karaoke. Telatah lucunya pasti membuat pengunjung gembira. Satu kelebihan ada pada Johari dia sememangnya pandai mengaji. Berlainan dengan perinsip Tarmizi kerana hendak berbakti pada negara, menjadi niat utamanya. Duit padanya jatuh pada tangga kedua kerana cintanya pada alam semulajadi.
Namun, Tarmizi gembira dengan kerjanya yang berbakti pada negara dan manusia. Bagaimanapun cita-cita asalnya ialah menjadi ahli bomba. Arbani pula ingin dikenali dengan nama glamour Benn. Dia bekerja di pusat renang terkenal sebagai penjaga kolam renang. Tugasnya ialah mencuci kolam renang dan membantu keperluan ahli renang. Benn berbadan besar dan sasa serta cukup syarat menjadi lifeguard. Itulah idamannya sejak mula bekerja di pusat renang dan sebelumnya lagi. Dia mula belajar berenang dan sedar betapa pentingnya tahu berenang. Disebalik semua ini, seorang gadis menjadi impian lima jejaka ini, tetapi semuanya tidak tahu isi hati masing-masing. Di dalam setiap angan-angan mereka, wajah gadis ini akan timbul dengan pelbagai watak. Bagaimanapun gadis ini mempunyai bapa yang garang dan menakutkan mereka berlima. Semua angan-angan lima sahabat divisualkan ketika mereka bercuti. Mereka berkumpul dan memancing serta berkhemah. Apakah yang terjadi sewaktu mereka meluangkan masa bersama itu? Adakah mereka berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan? Saksikan kesudahan 5 Bujang arahan Eizlan ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: BeritaUtama |
| Posted: 03 Jan 2013 01:40 PM PST SUBANG JAYA: "Ketika memandu kereta, tiba-tiba saya melihat tanah lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan tanahnya menghala ke arah kereta saya. "Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri," kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam. Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan. Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| ‘Zuriat’ tak disangka Posted: 03 Jan 2013 01:40 PM PST SHAH ALAM: "Doa saya setiap hari agar kami dikurniakan anak, akhirnya dimakbulkan Allah sekalipun dalam keadaan begini. "Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan," kata Mohd Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang. Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam. Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright 2010 All Rights Reserved