Sabtu, 2 Februari 2013

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


BAYAR RM500 TEMPAH PENYAKIT

Posted:

Menggunakan laman web berlatar belakang warna merah jambu, satu sindiket pelacuran secara online kini dikesan menawarkan wanita dari Russia dan negara bekas blok komunis Kesatuan Soviet untuk menarik lelaki hidung belang melanggan perkhidmatan seks.

Laman itu memaparkan model wanita berpakaian seksi dan tanpa berpakaian untuk ditempah.


Lebih menarik, laman iklan itu mendakwa wanita dipamerkan adalah model majalah pesawat komersial Russia yang boleh dilanggani untuk khidmat seks dengan bayaran RM500.

Laman itu turut menyiarkan nombor telefon bagi memudahkan pelanggan yang berminat menempah wanita terbabit di hotel.


Selain itu, iklan terbabit turut menawarkan khidmat pelacur dari China pada harga RM180.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02

Bahana dituduh pondan

Posted:

Seorang wanita warga asing nyaris putus telinga kiri akibat dilibas menggunakan botol kaca minuman keras dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di pekan Donggongon, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Josephine Lama Larua Levatora, 42, berasal dari Papua New Guinea terpaksa menerima 30 jahitan di belakang telinga kiri hingga ke leher. Lebih malang, anak perempuan mangsa berusia 22 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut menerima tiga jahitan di dagu selepas ditikam menggunakan benda tajam dipercayai serpihan botol kaca oleh suspek.


Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama anaknya serta seorang rakan mengunjungi pusat hiburan berkenaan untuk minum sambil berkaraoke kira-kira jam 7.30 malam.

"Lebih kurang jam 11 malam, mangsa menuju ke kaunter untuk memesan air suam, namun seorang pelanggan tidak dikenali terus menegur dan mengatakan mangsa seorang pondan.


"Mangsa yang berang menegur tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka," katanya di sini, kelmarin.


Sumber itu berkata, anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan dan membawa ibunya ke meja mereka.

"Selepas itu, mangsa bersama anak serta rakannya menyambung semula aktiviti mereka, tetapi tidak lama kemudian suspek datang ke meja mangsa lalu terus memukul kepala wanita itu dengan botol kaca.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Mati jika makan buah lagi

Posted:

Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.

Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.


Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.

Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.


Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.


Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

"Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati," katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.


Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

"Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02

Kulit menggelupas seperti serangga

Posted:

London: Kanak-kanak kecil yang berani ini masih mampu tersenyum di depan kamera meskipun berdepan dengan masalah kesihatan yang teruk.

Kulit tubuh Maisy Keetch, tujuh, akan melecur walaupun dengan sentuhan paling lembut.


Maisy menghidap Epidermolysis Bullosa, yang bermakna lapisan teratas kulitnya tidak bercantum dengan betul.

Walaupun dengan dakapan daripada ibunya, Amy, akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu merah menyala, kelihatan seperti melecur.


Kerana itu Maisy terpaksa berhati-hati ketika bermain dengan kanak-kanak lain dan jangka hayatnya hanya 30 tahun.


Kanak-kanak itu yang penyakitnya dikenali sebagai sindrom kupu-kupu kerana kulitnya begitu mudah menggelupas, sama seperti serangga itu. Ini menyebabkan lengannya sentiasa dibalut dan memerlukan rawatan perubatan sepanjang hayat.

Amy dari London Tenggara berkata: "Sebaik dia dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena. Dia meraung sekuat-kuat hati. Tangannya dilitupi tanda gelap dan lidahnya merah menyala. Mulanya saya terkedu. Akhirnya, saya menyedari, bayi saya memerlukan saya untuk menjadi kuat." Amy belajar daripada jururawat cara-cara menjaga Maisy, termasuk membalutnya serta memberitahu anak sulungnya, Harry yang ketika itu berusia empat tahun supaya berlembut dengan adiknya.


Bagaimanapun, wanita itu mengaku, setiap pagi dia bergelut apabila Maisy bangkit dari tidur dengan lecuran baru dan menjerit kesakitan. "Saya terpaksa memeluknya dengan begitu berhati-hati. Saya akan mandikannya dengan salap khas," katanya kepada majalah love it! Amy juga menceritakan bagaimana kecederaan Maisy bertambah teruk apabila dia membesar.

"Mulanya dia cuba menggosok kulitnya yang melecur, tetapi ia menyebabkannya sakit. Merangkak juga membuatnya sakit. Saya terpaksa meletakkannya di dalam 'walker' yang dialas dengan kapas. "Satu hari ketika berjalan di luar dengan memimpin tangannya, dia jatuh. Saya menarik tangannya tetapi kulitnya mengelupas, tergantung seperti sarung tangan." Bagaimanapun, Maisy yang sering menggunakan kerusi roda kerana kakinya terlalu sakit untuk berjalan, sudah tahu untuk menjaga keadaannya. Dia memberitahu kanak-kanak lain di tadika supaya mereka lebih berhati-hati apabila bermain dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Hidup untuk Rayqal

Posted:

Siapa saja lelaki yang digandingkan dengannya dalam drama atau filem pasti akan dikatakan ada hubungan istimewa dengannya di luar lokasi.

Katakanlah apa saja, hakikatnya itulah yang dihadapi pelakon jelita, Nora Danish sejak berpisah dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, lebih tiga tahun lalu.

Anuar Zain, Shaheizy Sam, Adi Putra dan Zizan Razak adalah antara nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan yang pernah dikaitkan dengannya. Terbaru, pelakon, pengacara dan pemuzik, Qi Razali pula menjadi 'mangsa' seterusnya.

Sekali dua, Nora menerima perkara itu sebagai usikan. Namun apabila terlalu kerap dihambat pertuduhan sedemikian rupa, Nora mengakui dia mula rasa muak.


"Memalukan sebenarnya apabila dikaitkan dengan perkara sebegini. Anak saya, Putera Rayqal Ramli Rizal sedang membesar. Gosip seperti ini tidak elok untuk dia dengar.


Saya tidak mahu apabila dewasa kelak, dia membaca cerita-cerita tidak benar mengenai ibunya. Hidup saya ini semuanya untuk Rayqal.

"Setiap hari keluar rumah saya berpesan dengan diri saya supaya sentiasa menjaga tingkah laku saya sebaik mungkin sebagai menghormati maruah saya sebagai wanita dan ibu. Saya berharap gosip-gosip seperti ini dapat dihentikan," katanya.

Bak kata pepatah, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Berbalik pada gosip dengan Qi, wanita dengan nama sebenar Nora Danish Mohd Hanif, 31, itu berkata, besar kemungkinan perkara itu timbul selepas dia memuat naik gambarnya bersama Qi menerusi laman Instagram.

"Gambar itu bukan berdua sebaliknya bertiga dengan pelakon kanak-kanak iaitu Yana yang turut berlakon dengan kami dalam filem itu.

Saya sebenarnya suka mengambil gambar bersama pelakon-pelakon di set penggambaran selain merasakan saya ada bakat dalam bidang fotografi.

"Tujuan meletakkannya di laman sosial Instagram adalah sekadar untuk berkongsi dengan peminat perkembangan lakonan saya termasuk pembikinan drama atau filem, tapi orang selalu mentafsir hal ini dengan cara berbeza," katanya.

Nora berkata, status Qi yang masih bujang dan dirinya sendiri yang kembali bersendirian mungkin menjadi kenapa tempias gosip itu berlaku.

"Saya mahu jelaskan bahawa saya dengan Qi hanya sekadar rakan sekerja, tidak lebih daripada itu. Selesai penggambaran, kami akan kembali dengan kehidupan masing-masing.

"Andai kata satu hari saya mahu berkahwin dengan mana-mana lelaki yang ditakdirkan untuk saya, biarlah saya umumkan sendiri. Orang tidak perlu bimbang," katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata, dalam filem Bencinta, Qi memegang watak sebagai sahabat baiknya yang kemudian menyimpan perasaan terhadap seorang gadis, Fathia lakonannya.

"Dalam filem ini Fathia berkahwin dengan seorang lelaki (Farid Kamil). Di awal percintaan dan perkahwinan, Fathia disayangi suaminya namun selepas mendapat anak, dia sering menjadi mangsa penderaan suaminya itu.

"Fathia kemudian mula rapat dengan seorang lelaki lain (Qi) yang sentiasa melindunginya. Saya puji lakonan Qi kerana sebelum ini saya tidak pernah berlakon dengannya namun setiap lontaran dialognya ada perasaan cinta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02

Tetap baik dengan bekas mentua

Posted:

Nora turut kesal apabila dia didakwa kurang sensitif terhadap perasaan Fasha Sandha yang kini isteri kepada bekas suaminya, Jejai, berikutan tindakannya pergi bercuti bersama keluarga Jejai ke Dubai, baru-baru ini.

Terpancar raut kesal pada wajahnya itu mendengar tohmahan yang dilemparkan namun hubungannya dengan bekas mentua, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri, Raja Puan Sri Noorasyikin Raja Abdullah serta adik-beradik Jejai kekal rapat.

"Ada orang pertikaikan saya bercuti dengan keluarga Jejai, tetapi adakah mereka tahu kami sudah seperti sebuah keluarga biarpun status saya hanya sebagai bekas menantu? Tan Sri dan Puan Sri sudah saya anggap seperti ibu bapa saya sendiri.

"Mereka mempelawa saya pergi bercuti dan saya mengikut kata mereka kerana hormat mereka sebagai bekas mentua. Adakah itu salah kerana hubungan kami memang rapat sampai sekarang.


"Apa yang terputus adalah ikatan perkahwinan saya dengan bekas suami namun hubungan silaturahim antara saya dengan bekas mentua masih baik tambahan pula, Rayqal adalah cucu mereka.


"Andai kata satu hari nanti kalau Jejai dan Fasha pula pergi bercuti dan saya tidak lagi diundang oleh keluarga Jejai, saya tiada masalah.

Saya difahamkan Jejai dan Fasha tidak menyertai percutian ini kerana Fasha sedang mengandung.

"Saya yakin Jejai dan Fasha tidak kisah dengan perkara ini, tetapi yang peliknya orang lain pula yang terlebih bimbang," katanya.

Sementara itu, ibu Nora, Salima Talib, berkata sebagai ibu dia berasa sedih dengan tohmahan yang dilemparkan kepada anak kesayangannya itu.

"Walaupun anak saya itu bekas menantu mereka, tetapi mereka masih sayangkan dia dan begitu juga Nora terhadap mereka.

Malah kalau Nora menyebut mereka sebagai bekas mentua dalam temu bual, Puan Sri sendiri menegur dan berkata panggil saja dia sebagai 'mama'.

"Sebagai ibu saya memang sedih apabila Nora dituduh terhegeh-hegeh, walhal orang tidak tahu kadang-kadang Nora sendiri tidak selesa apabila diajak bercuti kerana bimbang dengan persepsi umum.

Namun seperti yang dikatakan, kerana rasa hormat dan kasih kepada bekas mentuanya, dia turutkan saja.

"Saya selalu berkata, biarlah apa orang nak kata yang penting Allah SWT lebih mengetahui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Jumaat, 1 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Selendang mudah dipadan

Posted:

Perkembangan gaya Muslimah mengikut aliran fesyen semasa memberi idea wanita untuk terus menyerlahkan penampilan menarik.

Menonjolkan pelbagai penampilan santai dengan rona terang, ia sesuai untuk mereka yang mahu bergaya ceria dan segar.

Menerusi rona terang selain penampilan kemas dan anggun dipandang, ia juga sesuai untuk bergaya ketika bersantai.

Asalkan tahu teknik menggabungkan warna yang tidak boleh melebihi tiga rona berbeza dan punya keberanian dalam bergaya, ia sudah cukup

membuatkan penampilan tampak senada.

Begitulah antara trend digayakan dalam satu majlis peragaan bertemakan gaya Muslimah Hijabista diadakan di Universiti Utara Malaysia, Kedah, baru-baru.

Memandangkan kini ramai yang berani menggayakan fesyen tanpa memikirkan gandingan rona, penampilan koleksi tudung daripada Shawls@Ayucinta ini memberi sedikit kelainan.

Jika dulu warna tudung atau selendang perlu sama dengan baju digayakan, arus perubahan fesyen kini menyaksikan kecenderungan menggabungkan rona berlainan.

Bersesuaian dengan konsep diketengahkan, butik secara dalam talian berkenaan turut menghasilkan beberapa jenis selendang terkini termasuk Qaira Printed, Qaira, Paddle dan Dewi.

Pelbagai pilihan selendang diperkenalkannya bukan saja mementingkan keselesaan tetapi memudahkan si pemakai memadankan dengan busana digayakan.

Tambah menarik apabila gaya tudung dan selendang turut menitikberatkan solekan bersesuaian.

Untuk menambah keceriaan, solekan yang sedikit tebal seperti diketengahkan jurusolek daripada NLF Make Up itu banyak memberi penekanan kepada konsep ala Arab.

Solekan yang memberi fokus di bahagian mata dan pemilihan rona gincu itu bertujuan menampilkan olesan wajah yang sempurna di sebalik gaya menawan Muslimah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02

Hadiah bertemakan inspirasi hati

Posted:

Tiada yang lebih menggembirakan bagi wanita apabila menerima seutas jam tangan tertera bentuk hati di dalamnya. Pasti perasaan berbunga-bunga apatah lagi menerima daripada insan tersayang.

Meraikan bulan indah tahun ini, Guess melancarkan rekaan mempesonakan jam tangan inspirasi hati sesuai meraikan cinta dan kasih sayang bersama si dia.

Rekaan bertali daripada perak berkilau atau merah berahi, bagi memberikan keceriaan kepada si pemakai. Ilusi jantung dengan bertakhta kristal bersinar memberikan kesan elegan kepada wanita.

Hadir dalam rona memikat kelabu, merah dan keemasan yang pastinya disukai semua golongan usia sama ada wanita bekerjaya atau atau dibawa ke acara kasual.


Ia sesuai diberikan sempena sambutan hari lahir, ulang tahun atau kedatangan Hari Valentine ini.


Semua koleksi inspirasi hati boleh didapati di Kiosk jam Guess, jean dan kedai aksesori seluruh Malaysia bermula Januari 2013 ini pada harga RM499.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Lari sebelum kahwin

Posted:

Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada 10 Januari lalu.

Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.


Ibu angkat Mohd Azwan, Russiah Bidin, 56, berkata, pada hari kejadian dia meminta anaknya menghantar kekasihnya pulang ke rumah di Sentul, namun gagal pulang selepas itu.

"Sebelum itu, saya bersama anak dan Kasma ke Baitulmal untuk membuat permohonan bantuan bulanan OKU sebelum pulang ke rumah di Taman Datuk Senu kira-kira jam 12.30 tengah hari.


"Selepas itu, saya meminta anak menghantar teman wanitanya pulang ke rumah yang juga terletak berhampiran kediaman kami," katanya.


Katanya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila anaknya gagal pulang rumah dua jam kemudian dan cuba menghubungi telefon bimbit pasangan itu, namun gagal.

Foto

RUSSIAH menunjukkan pasangan OKU yang lari dari rumah.

"Risau keselamatan anak, saya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan sehingga hari ini belum menerima sebarang khabar dari mereka," katanya.


Menurutnya, dia percaya pasangan itu lari dari rumah selepas dia melarang Mohd Azwan berjumpa teman wanitanya sepanjang mengikuti kurus kahwin.

Russiah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pasangan berkenaan untuk menghubunginya di talian 012-9203094 atau ke balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


'Lampin kokain'

Posted:

New York: Dua wanita dari Bronx ditangkap kerana menyeludup enam setengah kilogram (kg) kokain dalam 'lampin' di dalam seluar panjang mereka.

Menaiki penerbangan JetBlue ke lapangan terbang John F Kennedy di New York dari Republik Dominican, Priscilla Pena dan Michelle Blassingale mengenakan lampin kokain untuk tampil biasa-biasa saja. Bagaimanapun, pegawai kastam curiga apabila dua wanita itu yang terbang dari Santo Domingo diekori anjing pengesan yang mula bertindak liar.


Pemeriksasan terhadap bagasi mereka tidak menemukan sebarang dadah. Kastam kemudian mula memeriksa tubuh dua wanita itu dan menemui lampin berisi kokain di bahagian kelengkang belakang mereka. Kedua-duanya kemudian ditahan.

Michelle ditahan di penjara oleh hakim persekutuan Brooklyn, manakala Priscilla dibebaskan dengan ikat jamin AS$150,000 (RM 466,049) menurut laporan New York Post.


Pada Oktober tahun lalu, penyeludup dadah Caribbean yang juga pekerja bagasi dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana menjadikan penerbangan American Airlines sebagai perkhidmatan ulang-alik membawa dadahnya.


Bekas pekerja bagasi American Airlines itu, Victor Bourne, 37, didapati bersalah tahun lalu kerana menggunakan akses di Lapangan Terbang JFK untuk menyeludup lebih 149 kilogram kokain sejak 2000 hingga 2009. Bourne mendakwa polis menggunakan 'bukti palsu' untuk menahannya.

Foto

KOKAIN ditemui disembunyikan dalam lampin.

Foto

LAMPIN berisi kokain yang dipakai dua wanita ditahan di Lapangan Terbang JFK di New York.

"Bagaimana saya boleh terima tuduhan yang tidak saya lakukan?," soalnya lelaki dari Barbados itu.


Sebagai ketua pekerja bagasi, Bourne memperoleh jutaan dolar hasil wang haram yang diraih melalui perniagaan antara Brooklyn dan Barbados itu, kata pihak berkuasa. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01

Ditawar RM210,702 bagi 'muntah paus'

Posted:

London: Seorang lelaki British ditawarkan 50,000 euro (RM210,702) untuk sebutir batu yang berbau aneh ditemui anjingnya di pantai sama seperti bentuk muntah paus digunakan dalam minyak wangi, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Ken Wilman berjalan dengan anjingnya, Madge di tepi pantai dekat bandar Morecambe di barat laut England ketika ternampak 'sebuah batu besar' dengan tekstur lilin berwarna kuning.


Pada awalnya, dia membiarkan saja batu itu, tetapi dia terdetik untuk kembali ke tempat itu untuk mendapatkan objek itu yang dipercayainya secebis ambergris, bahan ditemui dalam sistem penghadaman sperma paus. Paus kadangkala memuntahkan ambergris yang terapung di air dan dianggap sebagai sangat berharga sejak berabad lamanya. Ia digunakan untuk membuat minyak wangi kerana baunya yang semakin kuat seiring dengan usianya, tetapi ambergris berbau busuk.

"Apabila saya mengutip dan menghidunya, saya campakkannya kembali kerana baunya sangat busuk," katanya kepada BBC. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Anak senyap selama-lamanya

Posted:

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim, Asmah Rusman dan Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.

Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.

Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.

Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.

Foto

IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.


"Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01

Ajal tiga beranak

Posted:

Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10 tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin.

Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang, mangsa maut dikenali sebagai Jusmin, 44; isterinya, Paima Abdul Hamid, 22, manakala identiti anak perempuan berusia tiga tahun belum dikenal pasti.

Difahamkan, semua mangsa menetap di Ladang Sandau, di sini, dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke pusat timbangan berdekatan.

Foto

KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit.


"Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke cerun sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved