Bayangkan sekiranya anda boleh menikmati drama dan filem tempatan kegemaran anda, mendapatkan perkembangan berita tempatan terkini dan menonton sukan tempatan secara langsung, pada bila-bila masa dan di mana saja. Dengan perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG), anda kini boleh terus dekat dengan Malaysia melalui filem tempatan, acara-acara sukan tempatan secara langsung atau berita terkini yang akan disiarkan menerusi Astro.
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini membuat pengumuman utama mengenai strategi bisnes mereka bersempena dengan pelancaran perkhidmatan Astro On-The-Go untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia. Astro akhirnya berjaya melancarkan perkhidmatan AOTG di Melbourne, Australia pada 3 Mac lalu di mana hampir 150,000 warga Malaysia mendiami bandaraya itu.
Datuk Rohana Rozhan, Ketua Pengawai Eksekutif Astro berkata, "Hari ini menandakan satu kejayaan bersejarah bagi Astro dan Malaysia. Kami telah mengambil anjakan positif untuk melangkau ke hadapan menerusi perkhidmatan AOTG. Perkhidmatan ini menyediakan akses kepada kandungan tempatan yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Perkhidmatan ini juga merupakan langkah pertama kami untuk menjadi sebuah jenama global di samping memanfaatkan kedudukan unik kami bagi menyediakan kandungan terbaik merentasi semua platform media. Kedudukan unik ini membolehkan budaya Malaysia, muzik dan kandungan antarabangsa dapat diakses oleh rakyat Malaysia bukan saja di Australia, tetapi juga di UK, Amerika Syarikat dan di mana-mana sahaja melalui perkhidmatan AOTG.
"Astro On-The-Go adalah sebuah perkhidmatan serba boleh dan inovatif. Perkhidmatan ini membolehkan semua rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk menikmati pengalaman menonton yang lancar secara peribadi dan dapat mengakses kandungan-kandungan terbaik daripada TV, radio dan Video-On-Demand merentasi pelbagai peranti sama ada menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba pada bila-bila masa, di mana-mana saja."
Kini semua rakyat Malaysia yang berada dalam perjalanan dan tinggal di luar negara boleh mendaftar untuk perkhidmatan ini sekarang. Anda boleh menikmati prebiu percuma Astro Awani, saluran berita dan informasi 24-jam Malaysia yang pertama dan menonton acara sukan terpilih di Astro Arena, saluran sukan tempatan Malaysia yang pertama. Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara kini boleh mengikuti perkembangan berita secara langsung termasuk liputan khas Pilihanraya Umum yang bakal diadakan. Dalam pada itu, mereka juga boleh mendapatkan informasi dan analisis terhadap isu-isu tempatan terkini dalam bahasa Melayu dan Inggeris selama 24 jam setiap hari. Mereka juga boleh menonton dan menyokong pasukan kegemaran mereka bagi acara-acara sukan tempatan yang disiarkan secara langsung di Astro Arena.
Sebagai pengedar dan pengeluar kandungan TV, radio dan dalam talian yang terkemuka, Astro berada dalam kedudukan yang terbaik untuk memberikan akses kepada kandungan tempatan yang berkualiti ke luar negara termasuk Asia dan di seluruh pelosok dunia. Perkhidmatan AOTG membantu untuk memperluas jejak Astro sebagai kumpulan pengguna media bersepadu bukan saja menerusi pendekatan pelanggan secara konvensional malah mewujudkan potensi untuk mendekatkan diri kepada kedua-dua isi rumah dan individu. Perkhidmatan AOTG adalah revolusi media bagi rakyat Malaysia menikmati kandungan terbaik Astro pada setiap masa dan di mana jua mereka berada.
Perkhidmatan AOTG pada mulanya ditawarkan kepada pelanggan Malaysia pada Mei 2012. Berikutan respon yang memberangsangkan dengan penerimaan melebihi 500,000 paparan dan 400,000 muat turun aplikasi, hal ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini telah mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan penonton. Perkhimatan ini juga merupakan satu bukti kepimpinan Astro dalam menyediakan kandungan terbaik dalam hiburan, pendidikan dan informasi.
Di Malaysia, para pelanggan Astro boleh melanggan perkhidmatan AOTG dan menikmati sehingga 21 saluran TV, menonton acara-acara sukan secara langsung dan program-program terbaik menerusi Catch-up dan Video On Demand hanya dengan RM25 bulan.
Perkhidmatan AOTG juga disediakan untuk semua rakyat Malaysia termasuk mereka yang belum melanggani Astro. Pelanggan Astro boleh memilih untuk melanggan sama ada Pek 1 atau Pack 2. Kedua-dua pek tersebut terdiri daripada 4 saluran, masing-masing untuk RM30/pek sebulan, RM5/pek sehari atau boleh juga memilih untuk melanggan satu saluran dalam setiap dalam pek termasuk Vaanavil dari RM10 ke RM15 / saluran sebulan. Pek 1 terdiri daripada saluran bahasa Melayu seperti Warna, Bella, Oasis dan Ria Plus manakala Pek 2 merangkumi saluran Hua Hee Dai, AEC, Xiao Tai Yang dan Shuang Xing. Di samping itu, pelanggan Astro juga boleh mengakses program-program yang terpilih, 9 saluran radio, Arena dan Awani secara percuma. Mereka juga boleh membeli filem-filem terbaru daripada Astro Best dan Astro First dari RM10 hingga RM15 bagi setiap filem. Kandungan-kandungan lain juga akan ditambah menerusi perkhidmatan ini dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar bagi perkhidmatan AOTG, sila layari www.astroonthego.com
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29