Jumaat, 7 Jun 2013

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Seorang maut, empat terperangkap

Posted: 06 Jun 2013 09:46 PM PDT

GEORGETOWN: Seorang maut tertimbus manakala empat lagi mangsa dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan, di Batu Maung, di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shouki Hamzah berkata, pihaknya menggunakan `Search Camera' untuk melihat keadaan bawah runtuhan berkenaan.

"Rakaman menerusi kamera berkenaan mendapati seorang mangsa terbunuh dalam kereta. Mangsa dikesan duduk di tempat pemandu yang ranap bawah runtuhan itu," katanya di tempat kajadian.

Empat mangsa lagi dikhuatiri terperangkap berdasarkan kereta dan tiga motosikal yang berada di bawah runtuhan berkenaan.

Foto

SUSUR masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh ketika dalam pembinaan malam tadi.

Foto

PASUKAN penyelamat giat mencari mangsa.


Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar dalam sidang akhbar kira-kira jam 11.30 malam tadi di tempat kejadian hanya mengesahkan tiga cedera.


Menurutnya, mereka yang mengalami kecederaan itu adalah dua pekerja kontrak dan juga seorang wanita.

"Dua pekerja terbabit sedang melakukan kerja manakala wanita berkenaan pula sedang memandu kereta. Wanita berkenaan hanya mengalami kecederaan di tangan akibat terkena serpihan konkrit," katanya.

Menurutnya, kerja- kerja pembersihan dijangka memakan masa berikutan pihak penyelamat masih menunggu kren untuk mengalihkan serpihan konkrit yang agak besar.

"Maklumat awal mendapati sebuah kereta terkandas dalam timbunan konkrit itu. Jalan menghala ke Batu Maung akan ditutup sehingga kerja pembersihan lengkap sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, kira-kira 300 anggota polis akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memastikan segala kerja pembersihan dan lalu-lintas berjalan lancar.

Sementara itu, saksi, Ahmad Mohd Saad, 39 berkata, dia mendengar bunyi rekahan kira-kira lima minit sebelum memberitahu lapan pekerja yang ketika itu berada di atas penyambung jambatan yang sedang melakukan kerja konkrit.

"Tidak lama selepas itu, saya dan juga rakan melihat besi perancah penghadang konkrit bengkok sebelum kami terus melarikan diri meninggalkan lori," kata pemandu lori konkrit itu.

Menurutnya, dia bersama seorang lagi rakan menghantar bancuhan konkrit menggunakan lori berhampiran lokasi kejadian.

"Sejurus melihat besi penghadang konkrit bergoyang kami terus melarikan diri dan menjerit memaklumkan lapan pekerja yang melakukan kerja konkrit di atas sambungan jambatan terbabit.

"Enam daripada mereka sempat lari menyelamatkan diri, manakala dua yang lain terjatuh bersama sisa runtuhan konkrit terbabit," katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan runtuhan struktur penyambung jambatan sepanjang 50 meter dan seberat 200 tan itu menyebabkan gegaran kuat bagaikan gempa bumi.

"Mendengar bunyi kuat itu, semua rakan kerja di tempat bancuhan konkrit kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian bergegas ke tempat runtuhan.

"Mereka menarik keluar dua pekerja yang tertimbus dalam sisa runtuhan konkrit terbabit dan saya sempat melihat kedua-duanya dalam keadaan parah dengan darah meleleh keluar melalui telinga dan hidung," katanya.

Menurutnya, dia turut ternampak dua kereta orang awam yang menggunakan laluan di bawah binaan sambungan jambatan itu dihempap sisa runtuhan konkrit.

"Hingga sekarang saya masih terbayangkan kejadian yang berlaku di depan mata itu dan bersyukur kerana sempat melarikan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

Belasah enggan jadi gengster

Posted: 06 Jun 2013 12:28 PM PDT

Sungai Buloh: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, selepas dibelasah sekumpulan tujuh rakan sebaya yang bersenjatakan besi dan kayu di depan sebuah kafe siber di Damansara Damai dekat sini, Isnin lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Oii Boon King, dibelasah kumpulan terbabit dipercayai kerana menolak pelawaan mereka untuk menganggotai satu kumpulan gengster.

Menurut abang ipar mangsa yang juga saksi kejadian, Benny Chong, 35, adiknya dibelasah kumpulan terbabit tanpa belas kasihan selama lebih 10 minit.

"Mereka (kumpulan remaja) membelasahnya menggunakan besi dan kayu. Dia kini masih koma dan sedang dirawat di HSB," katanya memberitahu, Boon menerima 30 jahitan di kepala selain mengalami keretakan di tangan kiri dan kaki kanan.

Foto

RAKAMAN CCTV menunjukkan Boon dibelasah kumpulan berkenaan.


Menurut Benny yang ditemui di HSB di sini, semalam, kira-kira seminggu sebelum kejadian, Boon menolak pelawaan kumpulan terbabit untuk menganggotai satu kumpulan gengster dan mengesyaki ia adalah motif serangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


EDL bakar masjid

Posted: 06 Jun 2013 08:45 AM PDT

London: Sebuah masjid di utara bandar raya ini musnah dalam kebakaran dan dikhuatiri ia menjadi sasaran serangan balas terhadap pembunuhan anggota tentera Britain, Drummer Lee Rigby, baru-baru ini.

Kebakaran bermula awal pagi dan polis melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada anggota Liga Pertahanan Inggeris (EDL) bertanggungjawab.


Polis dari unit Antikeganasan mengetuai siasatan berkenaan selepas grafiti dengan perkataan EDL ditemui diconteng pada masjid itu.

Akibat kejadian itu, sebahagian daripada bangunan masjid milik Persatuan Kebajikan Brawani Somalia itu runtuh dan polis mengesyaki ia berpunca daripada perbuatan khianat.


Penghuni di dua bangunan berhampiran masjid itu berjaya diselamatkan sementara seorang wanita dirawat di tempat kejadian.


Beberapa masjid di Britain menjadi sasaran serangan selepas pembunuhan Lee Rigby di Woolwich, dua minggu lalu.

Foto

BOMBA memadamkan masjid yang terbakar di utara London awal pagi semalam.

Foto

ANGGOTA bomba memeriksa tempat kejadian.

Foto

MASJID yang musnah perlu dibina semula.

Polis berkata, mereka sudah mula berunding dan bekerjasama rapat dengan masyarakat Somalia dan Islam bagi memberikan sokongan.


Ali Abu, 30, dari badan kebajikan Britsom berkata: "Kami terkejut dengan apa yang berlaku. Kami mengecam serangan itu. Keadaan amat serius ketika ini dan kami kecewa dengan serangan terhadap masyarakat kami yang cintakan keamanan." Fiyaz Mughal dari Faith Matters, kumpulan yang mengawasi kegiatan antipenduduk Islam berkata: "Serangan itu mungkin ada kaitan dengan kegiatan antipenduduk Islam memandangkan masjid itu tidak jauh dari Woolwich dan ia aktif menganjurkan kegiatan Islam. Grafiti EDL juga ditemui di masjid itu." - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Paris Jackson cuba bunuh diri

Posted: 06 Jun 2013 08:37 AM PDT

Los Angeles: Paris Jackson, anak perempuan ikon pop, Michael Jackson dikejarkan ke sebuah hospital di California selepas cuba membunuh diri, kata sumber keluarga.

Remaja berusia 15 tahun itu cuba mengelar pergelangan tangan kanannya dengan pisau pemotong daging dan menulis nota membunuh diri, menurut laman web selebriti, TMZ.

Paris yang bapanya meninggal dunia pada 2009 diletakkan di bawah perhatian pakar sakit jiwa selama 72 jam di hospital, kata sumber itu yang turut berkata, remaja itu mengalami tekanan dan pernah dilapor menimbang untuk membunuh diri.

"Dia cuba mengelar dirinya. Dia merasakan dia perlukan bapanya. Dia pernah dirawat kerana tertekan. Ini umpama tangisan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, keadaannya baik ketika ini," kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.


Seorang jurucakap syerif berkata, pihaknya bergegas ke sebuah rumah di Calbasas dekat Los Angeles, tempat keluarga Jackson tinggal selepas menerima panggilan mengenai 'keadaan kesihatan.' Dia enggan mengesahkan identiti orang yang dibawa ke hospital.


Paris menulis dalam laman Twitternya beberapa kali Selasa lalu, termasuk; "Semalam, semua masalah saya kelihatan begitu jauh. Kini, ia seperti akan kekal' dan 'Saya hairan mengapa air mata berasa masin?"

Dalam satu kenyataan neneknya, Katherine berkata: "Menjadi remaja 15 tahun yang sensitif adalah sukar, tidak kira siapa anda. Ia lebih rumit lagi apabila anda kehilangan orang paling rapat dengan anda. Paris secara fizikalnya sihat dan kini mendapat rawatan perubatan yang sesuai. Harap anda dapat menghormati privasinya dan keluarga kami."

Ibu Paris, Debbie Rowe dan bekas isteri Raja Pop itu berkata: "Kami menghargai semua tumpuan diberikan kepada Paris ketika ini dan penghormatan terhadap privasi keluarga itu,"

TMZ melaporkan, Paris menelefon talian bunuh diri dan orang yang menyambut panggilannya memaklumkan kepada perkhidmatan kecemasan.

Ia menyiarkan rakaman audio panggilan 911 itu dengan orang yang menjawab panggilan itu kedengaran berkata: "Dos berlebihan. Syerif sudah dimaklumkan."
Paris dibawa keluar dari rumah keluarganya di Calabasas dengan pengusung.

Menurut TMZ, remaja itu mengelar lengan kanannya dan memakan pil Motrin, ubat yang digunakan untuk mengurangkan pening kepala dan sakit gigi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 6 Jun 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sana masalah bunuh di sini

Posted: 05 Jun 2013 01:23 PM PDT

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan telah menahan lebih 400 warga Myanmar sejak 2 Jun lalu sebagai langkah membanteras kes keganasan membabitkan warga negara itu yang semakin membimbangkan sejak 30 Mei lalu di sekitar Pasar Borong Selayang, di sini.

Keganasan yang mengakibatkan dua lelaki warga negara itu maut akibat ditetak serta disembelih pada 30 dan 31 Mei lalu itu dikatakan berpunca daripada pergolakan antara dua puak yang berlaku di selatan Myanmar. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, tindakan itu diambil bagi memudahkan polis mencegah jenayah yang menular di kalangan komuniti masyarakat berkenaan.


"Dari tangkapan berkenaan, kita dapat mengumpulkan maklumat peribadi mereka yang bekerja di negara ini khususnya di Lembah Klang untuk disimpan dalam sistem pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dengan adanya pangkalan data itu, polis dapat mengesan dengan mudah sekiranya mereka terbabit dalam sebarang kejadian jenayah dan antara 'sampling' yang kita ambil adalah DNA dan juga cap jari," katanya ketika sidang media di Hotel Boulevard, di sini, semalam.


Aziz berkata, tindakan itu adalah perlu bagi memberi peringatan kepada warga asing supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan jenayah di negara ini.


Katanya, polis tidak mahu mereka (warga asing) menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk melakukan jenayah dan mereka tertakluk kepada undang-undang negara ini.

Foto

RAKAMAN kamera litar tertutup merakam tiga lelaki bergaduh dipercayai warga Myanmar di Pasar Borong Selayang.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika menunggang motosikal bersama seorang rakannya di perkarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru dekat sini.


Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang lagi warga Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher di kawasan semak berhampiran Pasar Borong Selayang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Rintihan bawah treler

Posted: 05 Jun 2013 01:36 PM PDT

Kuala Terengganu: "Pemandu lori treler itu membunyikan hon, tetapi arwah yang terjatuh di tengah jalan tidak sempat bangun sebelum dirempuh kenderaan berat itu," kata Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, 19, rakan kepada Muhammad Shafiq Imran Syahril, 15, yang maut dalam kemalangan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian di atas sebuah jambatan jam 9 pagi, arwah yang juga pelumba pelapis Persatuan Lumba Basikal Kuala Terengganu dan Che Ku Mohd Nazmie bersama 43 rakan pelatih lain sedang berkayuh ke Lebuhraya Pantai Timur II untuk ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian latihan menghadapi satu kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini.

Kejadian itu turut menyebabkan Che Ku Mohd Nazmie dan seorang lagi rakan arwah, Ahmad Fikri Ahmad Fazli, 17, mengalami kecederaan ringan di bahu dan tangan.

Che Ku Mohd Nazmie berkata, kejadian berlaku apabila seorang daripada pelumba di hadapan memperlahankan basikalnya kerana terdapat lubang di jalan sebelum dia yang mengekori rapat tidak sempat mengelak daripada bergesel dengan pelumba terbabit.

Foto

BASIKAL Muhammad Shafiq terperosok ke bawah lori treler sebaik dirempuh, semalam.

Foto

MUHAMMAD Shafiq diberi bantuan kecemasan.


"Tayar kami bergesel dan saya terjatuh ke sebelah kanan jalan. Beberapa rakan di belakang saya termasuk arwah cuba mengelak daripada melanggar antara satu sama lain, tetapi gagal memandangkan jarak kami yang terlalu hampir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Bomoh import 'pujuk' sungai

Posted: 05 Jun 2013 01:36 PM PDT

Belaga: Operasi mengapungkan bangkai bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam, Bungan di sini, yang masuk hari kesembilan semalam, turut menggunakan khidmat tiga sami Buddha yang diterbangkan dari Thailand untuk memujuk semangat sungai.

Ketiga-tiga sami berkenaan tiba ke lokasi kejadian Isnin lalu bersama 'wang neraka' bernilai 3 juta bagi melakukan upacara spritual sebagai alternatif melancarkan usaha mengapungkan bot ekspres yang karam pada 28 Mei lalu itu.

Khidmat sami Phra Maha Songsak, 69, Phra Maha Lamphua, 44, dan Phra Maha Precha, 41, dari, Bangkok, Thailand itu yang juga bomoh hujan juga digunakan untuk membuat upacara bagi membolehkan paras air surut agar memudahkan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu.

Upacara bermula pada jam 11 pagi yang diketuai Songsak itu bertujuan meminta bantuan Tuhan Sungai dan Bukit untuk membantu memudahkan bot malang itu diapungkan.

Foto

BOMOH Siam yang diterbangkan dari Thailand melakukan persiapan bagi upacara memujuk semangat sungai.


Dalam pada itu, paras air surut sejak malam kelmarin berikutan empangan Bakun ditutup selain tiada hujan di Belaga membolehkan operasi mengesan kedudukan bot untuk memasang pelampung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi lahir dalam ketuban

Posted: 05 Jun 2013 11:41 AM PDT

Athens: Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.

Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.


Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.


Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.


Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.

Foto

BAYI itu dilahirkan bersama dengan pundi ketuban yang masih belum pecah.

Foto

JESSICA Alba bersama anaknya, Haven.

Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.


Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai 'pecah ketuban.' Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.

Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.


Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.


Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.


"Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: 'Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar," kata Jessica.


Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Komando tentera laut AS tukar jantina

Posted: 05 Jun 2013 11:14 AM PDT

Seorang anggota komando tentera laut Amerika Syarikat yang pernah mendapat pujian kerana khidmatnya, mengejutkan rakannya dengan misi terbaru menjadi seorang wanita.

Chris Beck yang pernah menganggotai Kumpulan Enam Pasukan SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat itu, mendedahkan bahawa dia kini ialah Kristen Beck.


Anggota komando itu yang berkhidmat selama 20 tahun mengesahkan dia kini menjalani rawatan hormon dan merancang menjalani pembedahan jantina.

Beck pernah dikerah 13 kali dalam misi Kumpulan Enam Navy SEAL yang menjadi terkenal selepas membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan.


Dia dikerah tujuh kali dalam misi pertempuran dan dikurniakan pingat Purple Heart dan Bintang Gangsa.


Beck bersara daripada tentera pada 2011, beberapa bulan sebelum anggota pasukan berkenaan menyerang tempat persembunyian Osama. Dia yang kini berusia 46 tahun dan bekerja sebagai perunding ketenteraan di Tampa mengambil keputusan untuk mengumumkan secara terbuka mengenai naluri kewanitaannya apabila memuat naik gambar baru profilnya di laman Linkedin dengan berpakaian sebagai wanita.

"Saya meninggalkan segala bentuk kepura-puraan saya dan memaklumkan kepada dunia mengenai identiti baru saya sebagai wanita," katanya dalam laman itu.


Dia mula menjalani rawatan hormon tiga bulan lalu. Dia juga menerima rawatan laser untuk menanggalkan bulu pada muka. Dalam biografinya, Beck menceritakan mengenai satu misinya apabila dia terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki Afghanistan untuk bergaul dengan anggota Taliban yang membenci wanita.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved