Jumaat, 14 Jun 2013

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Jilat bebola mata

Posted: 13 Jun 2013 09:06 AM PDT

Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar 'oculolinctus atau worming', mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.

"Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya," katanya kepada he Huffington Post. "Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki." Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.


"Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak," katanya.

Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.


Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai 'conjunctivitis' berlaku.


Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan 'worming'. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. - Daily Mail

Foto

AMALAN menjilat mata yang popular dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Lelaki nekad henti guna gergaji

Posted: 13 Jun 2013 08:57 AM PDT

Rio de Janeiro: Seorang peladang yang memotong kayu dengan gergaji bulat elektrik berikrar tidak akan menyentuh alat itu lagi selepas mata pisaunya tertanggal dan terbenam ke dalam perutnya.

Gregory Steinmedc, 56, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang mengerikan itu.

Dia dikejarkan ke hospital 30 batu dari kediamannya dengan mata pisau gergaji itu tersekat 10 sentimeter di dalam perutnya.

Peladang Brazil dari Campian Mission itu dibawa ke sebuah hospital di Santa Rosa dan memeranjatkan doktor kerana alat itu tidak terkena bahagian penting tubuhnya.


Steinmedc memberitahu wartawan tempatan bahawa dia tidak akan menggunakan alat itu lagi.


"Saya tidak akan gunakan alat itu lagi. Saya janji dan akan memegang janji itu. Alat itu memang bahaya."

Peladang terbabit menggunakan gergaji bulat itu untuk memotong kayu api di kediamannya.

Dia segera meminta bantuan isterinya, Freda yang pernah belajar ilmu pertolongan cemas ketika sewaktu kursus memandu.

Steinmedc berkata, hospital Santa Rose terletak dua jam dari kediaman mereka dan dia terpaksa menahan sakit kerana gergaji itu masih melekat di perutnya.

Pembedahan mengeluarkan alat itu memakan masa lebih dua jam. Menurut pakar bedah, Maurice Romano luka dialami Steinmedc ialah sedalam 10cm, tetapi tidak mengenai sebarang organ utama. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Bukan tanggungan kami!'

Posted: 13 Jun 2013 08:53 AM PDT

Kelana Jaya: "Bukan tanggung jawab FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) jaga dapur rumah orang lain." Itu kenyataan tegas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang tidak senang dengan tindakan segelintir pihak mengecam badan induk itu seperti bersikap lepas tangan dengan membiarkan pasukan mereka dihimpit masalah kewangan.

Menurut Azzuddin, FAM sudah menghulurkan geran tahunan RM350,000 kepada setiap pasukan Liga Super dan RM250,000 (Liga Perdana) dan tuduhan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim, badan induk bola sepak tanah air itu langsung tidak membantu, silap.


Shahidan yang sebelum ini digantung 30 bulan dan didenda RM39,000 selain dilucutkan status sebagai Presiden PFA mengeluarkan kenyataan itu kerana didorong rasa kecewa apabila terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membiayai gaji pemain skuad Singa Utara.

"FAM ada memberikan peruntukan tahunan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana, selain itu setiap pasukan ada pengurusan sendiri dan sudah menjadi tugas mereka mencari dana," kata Azzuddin.


Selain itu sidang media 'khas' Azzuddin selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA semalam turut hangat dengan isu kedudukannya sebagai peneraju utama sekretariat dipersoal kerana didakwa gagal menguruskan dengan baik hingga FAM menjadi mangsa kecaman pelbagai pihak.


Bagaimanapun Azzuddin yang mengisi kerusi panas itu pada September 2007 atas lantikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah menyatakan pendiriannya untuk tidak berundur selagi terus mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi.

Foto

Datuk Azzuddin Ahmad

"Tiada pihak boleh paksa saya berundur kerana saya berada di sini mengikut statut FAM. Selagi Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) tidak bertitah untuk berundur, selagi itu saya akan terus berkhidmat.


"Tugas di sekretariat hanyalah melaksanakan keputusan dibuat jawatankuasa tertentu dan saya tidak terbabit membuat keputusan," katanya.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi laporan akhbar tempatan sebelum ini menyifatkan kewibawaan FAM semakin dikecam dan mendakwa Azzuddin sebagai punca masalah itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Tunku Anum pengeluar atlet Kedah

Posted: 13 Jun 2013 08:50 AM PDT

Jitra: Kemudahan sukan yang sempurna dan terbaik menjadikan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMKTATAR) sebagai 'sekolah sukan' di Kedah.

Pengetua Sahabudin Ariffin berkata, antara kemudahan sukan disediakan ialah astaka, padang bola sepak, trek sintetik 400 meter, gimnasium dan gelanggang serba guna.


"Sekolah ini berjaya melahirkan ramai atlet sukan berbakat dan secara tidak langsung menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

"Kemudahan itu memudahkan pelajar menjalani latihan secara sistematik. Tahun ini, kami mendapat tiga jurulatih tetap yang menguruskan sukan bola sepak, olahraga dan sepak takraw," katanya.


Sahabudin berkata, tiga jurulatih itu dari SMK Pulau Nyior (sepak takraw), SMK Mergong (bola sepak) dan SMKTATAR (olahraga).


"Saya harap Jabatan Pelajaran Kedah menyediakan jurulatih untuk sukan bola jaring.

"Majoriti anggota pasukan olahraga Kedah dari SMKTATAR manakala pasukan bola sepak yang mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga dari sekolah ini.


"Selain itu, kebanyakan pemain sepak takraw dan bola jaring yang mewakili MSSM dan SUKMA negeri ini juga dari sekolah ini," katanya sambil memberitahu tujuh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMKTATAR diambil bermain untuk pasukan bola sepak Piala Presiden Kedah.

Pada tahun lalu, SMKTATAR muncul juara Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)/Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Bawah 14 dan 17 Tahun di samping Johan Liga KPM Bawah 14 Tahun.


Sekolah itu turut muncul juara Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 Tahun, naib juara Piala Sumbangsih Bawah 14 Tahun dan juara Karnival Sekolah-Sekolah Sukan Malaysia Peringkat Kebangsaan Bawah 13 Tahun tahun lalu.


Pada 2011, SMKTATAR muncul naib juara Piala Sumbangsih Liga KPM Bawah 14 Tahun dan tahun ini, menjuarai Piala Sumbangsih Liga KPM Bawah 14 Tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gedempol tanpa makan

Posted: 13 Jun 2013 11:15 AM PDT

Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.

Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.

"Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur," kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Foto

MANAYI (dua dari kanan) melawat keluarga Mani yang mempunyai masalah berat badan.


Velu berkata, bapa mereka yang berusia 80 tahun menghilangkan diri sejak lebih enam tahun lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14

Kalut dalam ribut

Posted: 13 Jun 2013 11:14 AM PDT

Georgetown: Ibarat nyawa di hujung tanduk. Itu yang terpaksa ditempuh seorang warga emas bersama empat cucunya apabila keretanya dihempap menara pemancar syarikat telekomunikasi sepanjang 20 meter yang tumbang dari Menara UMNO di Jalan Maccalister, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Koay Zheng Nian, 77, yang memandu Perodua Alza terpaksa merangkak keluar dari keretanya dan hanya mampu berdoa semua cucunya selamat kerana keadaan ketika itu agak kelam-kabut.

Ketika keadaan mencemaskan itu, dia bernasib baik kerana beberapa pengguna jalan raya lain turut memberikan bantuan selain mengeluarkan semua empat cucunya itu daripada kereta berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan membawa semua cucunya itu pulang dari sekolah sebelum kenderaan ditimpa binaan besi dan konkrit terbabit.

Foto

DUA kenderaan yang ranap ditimpa runtuhan.

Foto

SEORANG Ibu dan anak yang terperangkap dalam kereta selepas dihempap menara telekomunikasi seberat 50 tan diselamatkan.

Foto

PUNCAK Menara UMNO di mana menara pemancar dipasang.


"Saya terkejut dan terdiam seketika sebelum merangkak keluar dari kereta dan ketika itu cucu masih berada dalam kenderaan dan memang tidak mampu membawa mereka semua keluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 13 Jun 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Flat senget

Posted: 12 Jun 2013 11:05 AM PDT

Dengkil: "Saya terkejut apabila melihat dinding dapur retak dan rumah pula tiba-tiba senget selepas bunyi pelik menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar," kata M Saraswaty, seorang daripada 266 penghuni Blok 5 Flat Taman Permata, di sini, yang terpaksa berpindah selepas bangunan itu didapati tidak selamat didiami berikutan keretakan sejak petang kelmarin.

Saraswaty, 49, yang sudah tinggal di situ sejak 16 tahun lalu berkata, dia mula menyedari kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika sedang berehat bersama anak, menantu dan cucu di rumah.


"Sebelum ini, ada beberapa rumah di flat ini mengalami keretakan, tetapi tidak seteruk kali ini dan terasa senget sehingga pintu bilik pun tidak boleh ditutup.

"Kami tidak mahu tinggal di sini lagi kerana flat ini tidak lagi selamat. Mahu duduk setengah jam dalam rumah pun bimbang, apatah dalam tempoh lama. Kami tidak sanggup," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa rumah di blok itu mengalami keretakan agak teruk, jubin bertaburan di lantai manakala keadaan flat empat tingkat itu pula mendap.


Saluran air bawah tanah di penjuru flat didapati mengalirkan air terus ke longkang dan ia dipercayai penyebab berlakunya mendapan berkenaan.

Foto

KEADAAN tanah mendap di Blok 5 Flat Taman Permata.

Foto

MICHAEL menunjukkan jubin dinding dapur yang pecah.

Disebabkan keadaan bangunan yang tidak selamat, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengarahkan semua penduduk berpindah sementara waktu bagi membolehkan mereka membuat pemantauan terhadap keselamatan flat.


Seorang lagi penduduk, M Kalimah, 39, berkata dia menyedari kejadian itu apabila terasa rumah seolah-olah bergegar sebelum mendengar jiran menjerit meminta mereka turun segera kerana unit kediaman retak teruk.

"Ketua blok terus menghubungi polis dan bomba sebelum diminta mengosongkan rumah dengan segera akibat keretakan itu. "Malam tadi (kelmarin) kami tidur di khemah yang disediakan dan ada di kalangan penduduk tinggal di Dewan Serbaguna Dengkil, semua tidak berani masuk ke rumah kerana bimbangkan keselamatan," katanya.


Penduduk, Michael Dass, 24, berkata jubin dinding dapur rumahnya 'luruh' secara tiba-tiba dan beberapa bahagian dinding rumahnya retak akibat kejadian itu. Menurutnya, ibunya paling sedih akibat kejadian itu kerana sudah menghabiskan RM40,000 untuk mengubah suai kediaman yang diduduki sejak 16 tahun lalu.


"Ibu sangat sedih kerana dia ingat boleh tinggal dengan selamat dan selesa selepas mengubah suai rumah, tiba-tiba kejadian ini berlaku sedangkan wang simpanan sudah banyak habis dibelanjakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Penipu kantoi!

Posted: 12 Jun 2013 09:11 AM PDT

Shangdong: Seorang lelaki China dicop penipu selepas mendakwa menyimpan satu mayat makhluk asing di dalam petik sejuknya.

Li Kai mencetuskan kegamatan apabila memuat naik beberapa gambar yang didakwanya mayat makhluk asing itu.


Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas polis melancarkan siasatan berhubung cerita luar biasanya.

Li, dari Binzhou di wilayah Shangdong menulis dengan panjang lebar di dalam Sino Weibo, laman seperti Facebook di China, mengenai penemuan luar biasanya. Dia menceritakan bagaimana dia menemui makhluk bintang Marikh selepas mengekori beberapa pesawat UFO sepanjang Sungai Kuning di China.


Dia mendakwa melihat lima makhluk asing itu, termasuk seorang yang terhempas ke tanah selepas terkena perangkap arnab bervoltan tinggi yang dipasangnya.


Li seterusnya berkata, dia mengambil mayat itu dan membawanya pulang serta menyimpannya dalam peti sejuk.

Foto

LI menyimpan makhluk asing itu di dalam peti sejuknya.

Foto

LI menunjukkan tempat dia menjumpai mayat makhluk asing.

Foto

TANGAN makhluk asing.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing berkenaan dengan mata besar dan tangan yang kelihatan berurat serta sebungkus rokok merah pada tapak tangannya.


Gambar lain pula menunjukkan kaki makhluk itu diikat.

Bagaimanapun, kesangsian mengenai cerita Li itu timbul dan dia dipanggil oleh polis untuk disoal siasat.


Dia bertegas mendakwa ceritanya itu benar dan berkata ujian DNA membuktikan 'makhluk asing' itu memang datang ke bumi.


Li kemudian memberitahu pengikutnya bahawa polis menyekat berita itu dan mendesak supaya dia berdiam diri.


Bagaimanapun temberangnya terbongkar apabila polis mengumumkan penemuan menakutkan itu sebenarnya ialah 'makhluk asing' getah yang dibuat sendiri.


Polis Shandong semalam berkata, Li mengaku bahawa ceritanya itu palsu.


Menurut pegawai, lelaki itu membelanjakan lebih 120 yuan (RM65) untuk membuat 'makhluk asing' itu dengan getah dan bahan lain yang dibeli dari sebuah pasar tempatan berdekatan. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

Lapan bulan zakar pesakit tegang, doktor disaman

Posted: 12 Jun 2013 09:03 AM PDT

Wilmington: Seorang pemandu trak menyaman seorang doktor selepas kemaluannya tegang selama lapan bulan dan kantung buah zakarnya membesar seperti bola tampar setelah menjalani pembedahan implan kemaluan.

Daniel Metzgar, 44, menjalani pembedahan itu pada 2009. Mahkamah Agung New Castle County di Wilmington, semalam diberitahu, pembedahan itu gagal dilakukan dengan sempurna.


Peguam pemandu trak itu, Michael C Heyden, memberitahu mahkamah, kegiatan harian Metzgar seperti menunggang motosikal atau mengambil surat khabar, menjadi masalah kerana kemaluannya yang sentiasa tegang.

Lelaki itu memasukkan tiga implan kemaluan boleh kembung dan ia dilakukan oleh Dr Thomas J Desperito.


Bagaimanapun, peguam pakar urologi itu yang menolak tuduhan bertanggungjawab terhadap masalah menimpa Metzgar berkata, kesan perubatan yang buruk boleh berlaku tanpa kesilapan sesiapa.


Mereka berkata, Metzgar sepatutnya menyedari kesilapan berlaku apabila kantung buah zakarnya membengkak sehingga sebesar bola tampar selepas pembedahan pada Disember 2009 itu.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai masalah itu sehingga April 2010.


Colleen D Shields yang mewakili Desperito memberitahu mahkamah, doktor itu menasihatkan pesakitnya menjalani pembedahan kedua empat bulan selepas pembedahan pertama mengeluarkan implan apabila dia mengadu berlaku jangkitan dan kemaluannya tegang berterusan.

Meskipun diberi amaran, Metzgar enggan bertindak sehingga beberapa bulan kemudian.


Kemaluan palsu itu akhirnya dikeluarkan pada 2010. Metzgar memberitahu mahkamah, dia terpaksa memencilkan diri dan mengelak majlis sosial kerana malu dengan kedudukan kemaluannya.


"Saya langsung tidak boleh menari dengan keadaan kemaluan yang tegang mencucuk teman saya," katanya.


Metzgar dan isteri, Donna, menuntut bayaran ganti rugi yang tidak disebut jumlah daripada Desperito dan kumpulan perubatannya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


'Harian Metro selami lubuk hati rentasi sempadan'

Posted: 12 Jun 2013 11:32 AM PDT

Kuala Lumpur: "Saya berharap kemenangan ini dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap Harian Metro selama ini.

"Ia sekali gus membuktikan akhbar ini mampu menghasilkan berita serius dan bukan sekadar sensasi serta hiburan semata-mata," kata Ketua Pengarang Berita Harian Metro Tuan Asri Tuan Hussein.

Beliau diumum pemenang bagi kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia ( MPI)-PETRONAS 2012 di sini, malam tadi.

Laporan khas mengenai penderitaan umat Islam di Rohingya yang disiarkan secara bersiri akhbar ini selama enam hari pada Julai tahun lalu mengungguli kategori itu sekali gus membawa pulang RM15,000 serta sijil penghargaan sumbangan PETRONAS.

Foto

DARI kiri, Khairul, Iskandar Alang, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (NSTP) Mohammad Azlan Abdullah, Sophia, Farrah, Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Tuan Asri.


Kisah penderitaan masyarakat Rohingya itu mendapat perhatian rakyat negara ini yang menghulurkan sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi bantuan kemanusiaan Rohingya. bagi bantuan kemanusiaan Rohingya.


Berkongsi kisahnya untuk menyiapkan laporan berkenaan, Tuan Asri berkata, idea untuk membongkar sendiri penderitaan berkenaan timbul selepas bersimpati dengan kisah pembunuhan orang Rohingya di Arakan, Myanmar.

Beliau bersyukur kerana dengan laporan berkenaan, ia sedikit sebanyak membantu masyarakat Islam di sana menerusi sumbangan kepada tabung terbabit.

"Anugerah ini pengiktirafan kepada saya serta warga kerja Harian Metro dan berharap ia akan menjadi suntikan semangat kepada wartawan akhbar ini pada masa akan datang," katanya yang berpengalaman sebagai pengamal media sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, wartawan Berita Harian Sophia Ahmad dipilih pemenang utama Hadiah Kajai menerusi berita pendedahan kegiatan sindiket menjual ijazah palsu di negara ini.

Wartawan New Straits Times, Farrah Naz Karim dan Iskandar Alang Zainuddin memenangi kategori Laporan Berita Cemerlang; Datuk Zainul Ariffin Mohamed Isa (Penulisan Kolum/Ruangan Cemerlang) dan Khairul Mazzaman Gahazali bagi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang, masing-masing membawa pulang RM15,000 serta sijil penghargaan.

INFO:

  • Hadiah Kajai 2012- Sophia Ahmad (BH)
  • Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail - Abd Kadir Mohd Ayub ( Dewan Masyarakat) & Melissa Ong Kim Lean (NTV7)
  • Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang - Faizal Ridzuan (Milenia Muslim)
  • Laporan Berita Cemerlang - Farrah Naz Abd Karim & Iskandar Alang Zainuddin (NST)
  • Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang - Farrah Naz Abd Karim (NST)
  • Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang - Tuan Mohamed Asri bin Tuan Hussein (Harian Metro)
  • Penulisan Rencana Cemerlang - Azilea Badri (Unreserved)
  • Penulisan Kolum/Ruangan Cemerlang - Datuk Zainul Ariffin Mohamed Isa (NST)
  • Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang- Petronas - Isabelle Lai Lin Hui (The Star)
  • Kewartawanan Foto Cemerlang - Khairul Mazzaman Ghazali (NST)
  • Kewartawanan Esei Foto Cemerlang - Mazlan Samlon (BERNAMA)
  • Berita Video Terbaik - Aminhayat Abd Rahim & Fifi Izwan Roslan (TV9)
  • Dokumentari Video Terbaik - Za'im Helmi Zaini (TV3) Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
  • Raungan pilu

    Posted: 12 Jun 2013 11:32 AM PDT

    Penampang: Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang adik apabila melihat kakaknya digilis lori kontena 10 tan di depan mata.

    Kejadian di Kilometer 21, Jalan Kota Kinabalu-Papar itu berlaku dalam sekelip mata apabila Samsidar Samaruddin, 21, dari Kampung Andus Papar, yang membonceng motosikal ditunggang adik lelakinya itu terjatuh selepas bergesel dengan lori berkenaan.

    Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan, namun adik lelakinya hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

    Adik mangsa hanya mampu meraung melihat keadaan kakaknya dan ditenteramkan ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian.

    Foto

    ADIK mangsa meraung melihat keadaan kakaknya sambil ditenteramkan ahli keluarga.

    Foto

    IBU mangsa sebak melihat mayat mangsa.


    Ibu mangsa yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian pula pengsan sebaik melihat keadaan mayat anak kedua daripada enam beradik yang dalam keadaan mengerikan itu.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved