Khamis, 20 Jun 2013

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kampung Datu lenyap

Posted: 19 Jun 2013 11:12 AM PDT

Sibu: "Sebaik tiba di rumah, saya lihat penduduk berlari sambil menjerit api... api... api dan ada juga yang menangis," kata Mohamad Nur Hafiz Majidi, 28, ketika menceritakan kebakaran membabitkan hampir 100 rumah di Kampung Datu Lama, di tepi Sungai Rajang di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku sekitar 3.45 petang itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk kampung tradisi berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah terlalu rapat.

Menurutnya, api dipercayai bermula dari sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

"Rumah tidak berbumbung itu sudah lama ditinggalkan pemiliknya. Kebakaran bermula dari rumah itu, mungkin disebabkan cuaca terlalu panas sebelum merebak rumah lain.

Foto

KIRA-KIRA 100 rumah terbakar di Kampung Datu Lama, semalam.

Foto

PEMANDANGAN dari udara kebakaran yang berlaku di Kampung Datu Lama.

Foto

KAMPUNG Datu Lama hanya tinggal nama.


"Ketika kejadian, kebanyakan penduduk keluar bekerja dan kepulangan mereka dikejutkan dengan kejadian menyedihkan ini," katanya yang tinggal di Kampung Hilir ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Padah 'kejar' kapal terbang

Posted: 19 Jun 2013 11:11 AM PDT

Kota Kinabalu: Tindakan empat pelancong Hong Kong mengingkari arahan pengawal landasan kereta api supaya tidak menyeberangi laluan ketika sebuah kereta api melintas menerima padah apabila kenderaan dinaiki diseret hampir 10 meter hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Dalam kejadian jam 5.45 petang di Jalan Lintas berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) semalam, seorang lelaki berusia 50-an maut, manakala tiga ahli keluarganya cedera ringan apabila kenderaan berkenaan diseret sebelum berpusing beberapa kali lalu merempuh sebuah Perodua Myvi berhampiran.

Semua mangsa dikeluarkan sepasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, tiga penumpang Myvi termasuk bayi berusia satu tahun tidak cedera dan 200 penumpang kereta api dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort juga selamat.

Foto

MANGSA yang tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba.

Foto

ANGGOTA polis dan bomba menjalankan siasatan.


Menurut pengawal landasan dikenali sebagai Ag Zarin, 30, ketika kejadian dia melihat sebuah Hyundai Accent memandu laju ke arah KKIA.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tumpuan dua raja pecut

Posted: 19 Jun 2013 09:25 AM PDT

Kuala Lumpur: Perlumbaan tertua negara, Jelajah Malaysia bakal membabitkan penyertaan 20 pasukan yang mengibarkan cabaran bermula dari 26 hingga 30 Jun dengan pertempuran juara pecut pasti terarah kepada kepada dua wakil negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Saleh.

Anuar bakal turun bersama pasukan berstatus benua, Synergy Baku Cycling Project manakala Harrif membawa nama TSG selepas kedua-dua pelumba ini berdepan kegagalan di Le Tour de Langkawi (LTdL) hujung Februari lalu.


Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad dalam sidang media Majlis Penyerahan Tajaan Jersi Pecut daripada Milo mengesahkan penyertaan sembilan pasukan berstatus benua, tiga kebangsaan, tiga kelab dan lima ahli gabungan PKBM.

Sembilan pasukan berstatus benua terdiri daripada TSG, OCBC Singapore Continental Cycling Team, Matrix Powertag (Jepun) dan Huon Salmon Genesys Wealth Advisers Pro Cycling Team (Australia), CCN Cycling Team (Brunei), Polygon Sweet Nice (Ireland), Team 7 Eleven (Filipina) dan Team LBC (Filipina).


Tiga pasukan kebangsaan pula adalah Bahrain, Malaysia dan Singapura manakala pasukan kelab pula Team Putra Perjuangan Bandung (Indonesia), Custom Cycling Club (Indonesia) dan Team Corbusier (Sarawak).


Pasukan gabungan PKBM turut mengambil bahagian termasuk dari Negeri Sembilan, Terengganu, Majlis Sukan Negara (MSN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Naim berkata, Jelajah Malaysia memberi peluang kepada pelumba untuk memperbaiki ranking masing-masing dan ia adalah peluang terbaik untuk semua pelumba negara meraih mata bagi melayakkan diri ke Kejohanan Lebuhraya Dunia dan juga Sukan Olimpik Rio 2016 .


"Saya harap pelumba negara menggunakan Jelajah Malaysia ini sebagai medan memperbaiki ranking masing-masing terutama di negara Asia. Kejayaan mampu melonjakkan kedudukan mata sekali gus melayakkan diri ke Kejohanan Lebuh Raya Dunia di Florence, Itali September ini," katanya.

Malaysia setakat 25 Mei ini mengumpul 297 mata, manakala Hong Kong gah dengan 396 mata, sementara Iran pula memungut 319 mata. "Jika berjaya ke kejohanan dunia itu, peluang pelumba menambah pungutan mata seterusnya mencari slot ke Rio bagi mengulangi pencapaian 2012 adalah cerah."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

'Kenangan paling indah'

Posted: 19 Jun 2013 09:01 AM PDT

Seremban: Kem Milo 'Go Further' siri kedua di padang Sekolah Kebangsaan St Paul, Seremban menjadi kenangan paling indah buat 350 kanak-kanak pelbagai kaum sekitar bandar itu.

Program bermula dengan kanak-kanak diajar kemahiran asas sukan bola sepak, bola jaring dan bola keranjang dikendalikan jurulatih bertauliah diikuti dengan pertandingan. Gabungan KRT Bukit Kaya dan SK St Paul dipengerusi bersama Looi Chan Mun dan Guru Besar SK St Paul, Wong Mei Peng bertanggungjawab menguruskan program itu. Kem sukan yang turut dimeriahkan kehadiran ibu bapa peserta berjalan lancar. Milo memuji komitmen semua pihak terbabit pada hari itu.


Semua peserta program mendapat kameja T dan sijil penyertaan. Empat pasukan terbaik tiga acara sukan turut menerima pingat dan produk Milo. Van Milo yang menyediakan minuman segar Milo sentiasa menjadi tumpuan kanak-kanak dan ibu bapa.

Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products Sdn Bhd Ng Ping Loong berkata, kem sukan itu inisiatif Milo untuk membudayakan nilai-nilai positif dalam jiwa kanak-kanak agar mereka membesar dengan penuh keyakinan. "Peserta berpeluang mempelajari nilai-nilai positif kehidupan dan menghayati semangat kesukanan, ketabahan, dedikasi, perpaduan dan disiplin," katanya.


Pertandingan bola sepak 7 sebelah diungguli SK Seremban 2A selepas mengalahkan St Wanderers, 1-0, acara bola keranjang 3 lawan 3 lelaki dimenangi SJKC Sam Min yang menumpaskan SJKC Ma Hwas, 4-2 manakala Paroi GS pula menjuarai kategori perempuan selepas menumpaskan SJKC Paroi A, 5-1.


Acara bola jaring diungguli SK Taman Tasik Jaya selepas membenam SK Sri Seremban, 7-5.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 19 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Mata titik fokus

Posted: 19 Jun 2013 06:27 AM PDT

"Kulit Melayu mahu digelapkan lagi? Sudah cukup gelap, jadi kenapa perlu solekan perang?" Bertalu-talu soalan dihamburkan kala cuba mendapatkan model untuk sesi solekan MAC bagi himpunan musim panas tahun ini.

Benar, majoriti wanita Malaysia sukar mengaplikasikan warnanya yang disifatkan terlalu eksotik dan gelap kerana ramai terarah kepada solekan lembut.

Namun, koleksi Temperature Rising yang dipersembahkan MAC kali ini nyata menyerlahkan definisi berbeza dalam solekan perang' atau keemasan.

Menurut Jurusolek Acara Khas MAC Cosmetics Malaysia, Shahrum Mohd Nor, riasan keemasan ini sebenarnya mampu menyerlahkan sisi feminin seseorang wanita andai bijak memilih dan mengadun warna yang hampir dengan ton kulit.

Foto

WAJAH model yang kusam sebelum disolek.

Foto

OLESKAN gincu warna semula jadi Altered Beige dan disudahi pengilat bibir Liquid Passion.

Foto

SOLEKAN keemasan yang memberikan impak wajah sihat berseri.

Foto

MULAKAN dengan mengadun bedak asas dan penyamar cela.

Foto

LAYANGKAN bedak keemasan rona Soft Sand pada dahi, hidung dan rahang.

Foto

SAPUKAN pembayang ton merah jambu lembut Hot Nights pada tulang pipi.

Foto

GUNAKAN pensel Powerchrome rona Polished Jet untuk menggariskan mata. Adunkan dengan berus 286 untuk hasil lembut.

Foto

GABUNGKAN dengan warna pada kit palet Temperature Rising, mulakan dengan rona cerah di tulang kening disusuli warna lebih gelap di kelopak mata.

Foto

DENGAN berus tirus, oleskan rona paling gelap dalam kit palet terbabit pada garisan bawah mata.

Foto

SAPUKAN maskara False Lashes Extreme Black pada bulu mata atas dan bawah.

Foto

RAPIKAN kening dengan pensel dan Browset rona Girl Boy.


"Koleksi Temperature Rising ini cuba menzahirkan solekan segar dengan olesan bersinar yang sentiasa dikaitkan dengan seri wajah.


"Kala menggunakan warna keemasan, solekan sederhana dan tidak terlalu tebal amat digalakkan berikutan faktor cuaca panas kerana ia mengakibatkan solekan 'cair' lalu terpaksa dioles semula," katanya.

Biarpun solekan keemasan tertumpu pada pipi untuk kesan wajah sihat, Shahrum menegaskan zon mata perlu dititikberatkan kerana ia turut membantu mengimbangi keseluruhan solekan.

"Mata menjadi titik fokus apabila mahukan wajah dirias cantik. Sama ada riasan tebal dengan pembayang mata atau sekadar melorek nipis menggunakan pensel, solekan mata mampu serlahkan wajah berdimensi lalu menjadikannya lebih seimbang.

"Tapi apabila mata disolek dengan pilihan warna berat, elakkan penggunaan gincu atau warna bibir yang terang. Sebaiknya pilih rona semula jadi atau pastel seperti merah jambu lembut," ujarnya.

Koleksi Temperature Rising menawarkan riasan mata sederhana dan smoky, bergantung kepada personaliti atau pilihan masing-masing.

Palet empat warna Bare My Soul menonjolkan kesan keemasan hangat daripada rona hijau tentera, perang gelap dan gangsa manakala palet Temperature Rising menampilkan kemasan dingin dengan kompilasi warna ungu gelap, pic pastel dan kelabu.

Tambah Shahrum, penggunaan bedak asas yang berasaskan air serta tidak berminyak amat penting kerana ia membantu memastikan solekan tahan sepanjang hari.

Tidak ketinggalan MAC menambah losen Strobe dalam bentuk cecair dalam koleksi ini. Losen ini asasnya membantu meningkatkan seri pada wajah, sekali gus mengurangkan kesan cela.

Khusus untuk musim panas, Strobe hadir dengan pigmen kemilau menarik yang boleh disapu sedikit pada panel atas seperti dahi dan batang hidung, selain tepi rahang untuk hasil wajah sihat semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

Wan aktif bantu belia

Posted: 19 Jun 2013 06:13 AM PDT

Terang dan jelas sekali setiap bait puisi itu kala Wan Salwati Abdullah cuba menggugah semangat khalayak belia menerusi karangan bapanya ketika sambutan Festival Belia Putrajaya, baru-baru ini.

Seakan-akan meluahkan rasa hatinya, wanita kental ini nyata tidak mahu sekadar menjadi pelaung semangat tapi selaku pendukung harapan sang belia negara kala diperlukan.

Pada lewat usia 30-an, hampir tiada apa yang dapat mengekang langkah ibu kepada lima cahaya mata ini dalam membantu meningkatkan lagi taraf hidup golongan belia malah makin bertenaga meneruskan usaha sedia ada.

Melihatkan pencapaiannya selaku Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden ­Majlis Belia Malaysia ini, sama sekali tidak terlintas di fikiran penulis wanita ceria ini pernah berdepan saat getir dalam hidupnya.


Menyewa di rumah kecil satu bilik dengan berkongsi tilam bersama suami dan tiga anak yang ketika itu masih kecil selain perniagaan tadika yang merosot hingga memaksanya menutup pusat terbabit, di samping beberapa siri kegagalan dalam perniagaan, nyata mengubah perspektifnya pada dunia sekeliling.


"Saya tidak rasakan semua itu satu kegagalan dalam hidup. Bagi saya, apa yang dialami itu adalah pengajaran hidup paling berharga yang banyak membentuk diri saya hari ini.

"Saya sudah alami keperitan dalam hidup dan kini dengan apa yang ada pada saya akan digunakan sebaiknya untuk membantu yang lain," katanya yang lebih senang disapa dengan panggilan Wan.

Tambah penerima Anugerah Tokoh Belia Wanita Negeri Sembilan ini, setiap yang berlaku ada rahmatnya dan setiap pengalaman yang dilaluinya bersama keluarga merapatkan lagi hubungan mereka.

Sememangnya sejak kecil Wan didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan oleh bapa dan ibunya.

"Bapa dan arwah ibu saya seorang aktivis yang terbabit dengan kerja sukarelawan, begitu juga arwah datuk. Mereka pasti membawa saya ke mana pun mereka pergi.

"Saya lihat apa yang mereka lakukan banyak memberi impak positif kepada masyarakat dan dari situ timbul minat untuk turut aktif.

"Saya sentiasa berpegang kepada pesanan bapa bahawa kadangkala rezeki yang kita ada hari ini sebenarnya bukan 100 peratus kepunyaan kita, jadi kita perlu berkongsi sedaya mungkin.

"Benar, apabila kita saling membantu, ia kepuasan yang tidak dapat dinyatakan ­dengan kata-kata," ujarnya.

Usai memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wan banyak terbabit dalam kegiatan golongan muda sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

"Saya mula bekerja di bidang pengkeranian di Kesatuan Pekerja-Pekerja Negeri Sembilan sebelum menyertai Biro Tatanegara (BTN). Dari situ saya mula belajar dan memahami apa itu politik hinggalah mencetuskan minat untuk mendalaminya.

"Tapi minat ketika itu sekadar ingin memenuhi sifat ingin tahu dan tidaklah sampai mahu serius dalam bidang itu," katanya.

Wan meneruskan aktivitinya di BTN, di samping menjadi guru sandaran di Perak. Pada masa sama, Wan sempat mengikuti beberapa kursus kepemimpinan yang dianjurkan sekitar Negeri Sembilan.

Nyata jiwa belianya mendorong Wan melanjutkan pengajian diploma dalam jurusan belia dan pembangunan iaitu satu-satunya program inisiatif berkembar antara Universiti Putra Malaysia dan Kesatuan Komanwel.

"Saya cuma berpeluang untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma selepas berkahwin atas dorongan suami yang juga melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana.

"Bagi saya, untuk memimpin dan membimbing generasi muda ini, kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan bukan semata-mata bergantung kepada pengalaman.

"Saya bersyukur kerana berpeluang melakukan apa yang saya inginkan dan saya kini mahu berkongsi pengalaman dan ilmu ­dengan generasi muda.

"Saya mahu tekankan kepada belia apa jua kesukaran yang mereka hadapi pasti lambat-laun membuahkan hasil lumayan jika berusaha keras memperbaikinya.

"Saya harap dengan apa yang saya dan pasukan lakukan ini dapat membantu meningkatkan lagi golongan belia cemerlang yang kelak memimpin negara," katanya.

PUISI:

Belia belia belia
pernah kau dengar
pernah kau sebut kata
merdeka merdeka bukan
untuk berpeluk
tubuh dan meminta-minta
tapi merdeka menyahut
suara meminta tenaga
untuk negara
bersatu belajar bekerja
dan berkhidmat
bersatu belajar bekerja
dan berkhidmat
alunannya menyerumu menunaikan amanah.

- Dikau Harapan Bangsa, Abdullah Awang Embun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Edar katrij dakwat tiruan

Posted: 18 Jun 2013 10:52 AM PDT

Shah Alam: Sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membongkar kegiatan sindiket mengedar katrij pencetak pelbagai jenama disyaki berisi dakwat tiruan dianggarkan bernilai RM500,000 dalam tiga serbuan di Seksyen U5, di sini, semalam.

Sindiket berkenaan dipercayai sudah beroperasi sejak dua tahun lalu dan mengedarkan katrij itu untuk pasaran tempatan dan luar negara. Dalam serbuan berkenaan, sebanyak 3,525 katrij dirampas sebelum ia sempat diedarkan.


Ketua Penguat kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, dalam serbuan bermula jam 12 tengah hari itu, seramai 15 anggota penguat kuasa KPDNKK diketuai Shahran Arshad menyerbu tiga premis iaitu sebuah kilang yang dijadikan tempat penghasilan produk, sebuah kedai untuk pembungkusan dan sebuah rumah teres untuk dijadikan stor. Semua premis itu terletak berdekatan.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan risikan selama dua bulan bersama ejen risikan pemilik dagang sebelum mengenal pasti sebuah unit perumahan dan dua unit premis perniagaan yang dipercayai menjadi pusat terbesar operasi sindiket itu.


"Premis perniagaan pertama yang diserbu membabitkan dua blok kedai dijadikan kilang memproses dakwat kerana mempunyai pelbagai mesin, pemampat, serbuk dakwat dan katrij yang kosong serta serbuk dakwat dirampas selain menahan dua pekerja tempatan berusia 20-an.


"Seterusnya, serbuan dijalankan ke atas sebuah rumah teres yang dijadikan tempat menyimpan barangan yang sudah siap untuk dieksport ke negara jiran serta diedarkan di pasaran tempatan. Serbuan terakhir dilakukan ke atas sebuah kedai yang dijadikan tempat pembungkusan dan merampas pelbagai peralatan membungkus.

Foto

OTHMAN menunjukkan barangan yang dirampas.

"Dalam premis itu, kami merampas katrij pelbagai jenama seperti Samsung, Canon, HP dan Brothers," katanya, semalam.


Othman berkata, katrij berkenaan dijual dengan harga minimum RM50 sehingga RM180 seunit manakala bagi seunit katrij kosong tanpa dakwat dijual dengan murah serendah RM5 hingga RM12 untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, harga katrij berkenaan akan mencecah sehingga ratusan ringgit apabila menembusi pasaran negara jiran iaitu RM200 hingga RM300 seunit.


"Ini rampasan terbesar di Selangor hasil kerjasama dengan polis," katanya.


Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2012 kerana mengedar barangan tiruan dan sabit kesalahan setiap unit katrij yang dirampas akan dikenakan denda RM15,000 maksimum untuk syarikat manakala RM10,000 untuk individu atau tiga tahun penjara.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Satu sahaja sudah cukup...'

Posted: 18 Jun 2013 08:39 AM PDT

"Ramai pembaca mungkin agak keliru dan salah faham mengenai pembinaan Velodorom Nasional yang berbangkit di media cetak dan elektronik baru-baru ini. Ingin saya jelaskan kedudukan saya yang sebenar.

Penggiat, pegawai dan pelumba basikal trek Malaysia sudah lama menyarankan supaya satu velodrom tertutup dibina di Malaysia. Perjuangan ini disambut pihak media selepas kejohanan di velodrom sering terpaksa ditangguh atau dibatalkan akibat cuaca.


Kami berterima kasih kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merangkap Menteri Kewangan begitu prihatin dengan masalah ini dan memperuntukkan sejumlah wang dalam bajet 2013 bagi pembinaan velodrom kategori satu yang boleh menjadi hos kepada siri Piala Dunia Klasik, Kejohanan Trek Dunia dan Olimpik selain pertandingan di peringkat serantau dan benua.

Walaupun sebelum itu, ada saya cadangkan supaya tanah velodrom yang sedia ada di Cheras diswastakan dan pemaju membina velodrom baru kategori satu, kita tidak dimaklumkan DBKL sudah menjual tanah velodrom itu dan akan menggantikannya dengan membina velodrom tertutup kategori satu yang baru.


Apabila maklumat ini kami terima, saya mencadangkan KBS mengaturkan perjumpaan segera dengan DBKL untuk mengetahui status sebenar pembinaan velodrom Kuala Lumpur oleh DBKL.


Pandangan dan cadangan saya adalah andai DBKL hendak membina velodrom dan peruntukkan sudah ada maka kita boleh fikir semula sama ada hendak teruskan cadangan pembinaan velodrom di Nilai. Peruntukan untuk Nilai boleh digunakan untuk membina velodrom terbuka konkrit untuk latihan dan pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan di Wilayah Utara, Timur dan Selatan dan juga di Sarawak dan Sabah.

Foto

VELODROM Cheras bakal berubah wajah.

Walau apa sekalipun, keputusan perlu dibuat pihak berwajib iaitu KBS dan juga DBKL. Saya hanya memberikan pandangan peribadi saya, Malaysia hanya perlu satu sahaja velodrom kategori satu buat masa ini dan kita perlu ada velodrom lain untuk latihan di negeri bagi pembangunan sukan berbasikal trek peringkat akar umbi.


Perlu dijelaskan, saya tidak berniat membuat keputusan bagi mana-mana pihak dan juga pandangan saya adalah wajar dan saya tahu apa yang saya katakan. (My view is not out of place and I don't jump the gun).

Saya terbabit secara langsung dalam Jawatankuasa Penyelarasan Pembinaan Velodrom Nasional dikelolakan KBS dan Jawatankuasa Teknikal Pembinaan Velodrom Nasional dikelolakan JKR.


Saya juga menyambut baik keputusan DBKL membina velodrom tertutup di Kuala Lumpur dan apa juga keputusan dicapai KBS mengenai peruntukan yang sudah diluluskan bagi pembinaan velodrom dicadangkan di Nilai.


Jika niat dan hasrat saya disalah fahamkan dan tersilap, saya mohon maaf. Saya sudah menghubungi Khairy Jamaluddin menjelaskan kedudukan saya dan beliau sudah jelas mengenai perkara itu.


Semoga penjelasan dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18

'Saya kembali latih pemain'

Posted: 18 Jun 2013 08:31 AM PDT

Kuala Lumpur: "Saya akan kembali melatih pasukan negara esok (hari ini)." Demikian baris ayat pertama yang keluar sendiri daripada mulut pengendali skuad hoki negara Paul Revington selepas membisu sejak timbulnya isu beliau mahu meletak jawatan baru-baru ini.

Kenyataan itu juga mengesahkan bahawa beliau akan kembali membimbing skuad negara untuk menghadapi saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru bermula 29 Jun ini dalam memburu tiket untuk ke Piala Dunia 2014.


Revington ditemui selepas mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong di pejabatnya semalam.

Turut hadir ketua jurulatih skuad remaja negara Muhammad Dharma Raj Abdullah; Pengarah Program Pembangunan 1MAS Lim Chiow Chuan; pengurus skuad senior, George Koshy; pengurus skuad remaja Mirnawan Nawawi serta Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad.


Ditanya adakah beliau akan terus membimbing skuad negara selepas berakhir Liga Hoki Dunia, Revington sekadar berkata: "Kami akan membincangkannya selepas itu. Sekarang kita perlu fokus untuk Liga Hoki Dunia." Pengendali dari Afrika Selatan berusia 39 tahun itu turut mengesahkan hubungannya dengan Muhammad Dharma serta Chiow Chuan yang dikaitkan menjadi punca kepada keputusannya untuk meletak jawatan, sudah kembali pulih.


"Kami ada mengadakan perbincangan sebelum mesyuarat petang ini (semalam) dengan baik. Kami akan mengadakan beberapa lagi perbincangan selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Jong Kook puas layan peminat

Posted: 18 Jun 2013 02:22 PM PDT

Kedatangan bintang Korea Selatan, Kim Jong Kook dalam persembahan khas di Pusat Konven­syen HGH, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini jelas memberi kepuasan kepada lebih 1,500 peminat tegar penyanyi terbabit.

Mendapat jolokan Sparta atau Tiger serta mencetuskan fenomena menerusi rancangan 'gameshow' Running Man yang kini popular di Malaysia dan negara Asia lain, kehadirannya nyata dialu-alukan.

Jadi, tidak hairanlah seawal jam 6 petang perkarangan pusat konvensyen berkenaan sudah dibanjiri peminat yang tidak sabar bertentang muka dengan idola mereka itu walaupun persembahan hanya akan bermula pada jam 8 malam.

Tampil bersahaja dengan berseluar pendek, aksi lelaki berusia 37 tahun itu pastinya tidak akan dilupakan kerana bukan saja peminat dapat menyaksikan sendiri nyanyian hebatnya, malah lebih bertuah, ada di antara mereka dapat berpelukan dengannya.

Foto

JONG Kook memang 'sporting' malam itu.

Foto

GADIS bertuah yang dipilih Jong Kook.

Foto

SEMPAT membuat 'Gwiyomi' khas untuk peminat.


Yang pasti, terserlah di wajah setiap peminat mereka akan menjadi individu bertuah untuk naik ke pentas terutama sekali sewaktu sesi permainan dijalankan.


Jeritan demi jeritan juga nyata membuktikan semuanya sudah lama menanti peluang untuk bertemu dengan jejaka pemalu terbabit. Malah, Jong Kook sendiri tidak menyangka dia digilai di negara ini selain gembira dengan sambutan luar biasa itu.

"Sewaktu bersetuju terbabit dalam program Running Man, saya tidak pernah terfikir pun rancangan itu akan mencetuskan kejayaan luar biasa dan lebih membanggakan, nampaknya program berkenaan mendapat sambutan hebat di luar negara.

"Saya pun memang sudah lama mahu datang ke Malaysia dan melihat sambutan pada malam ini, benar-benar buat saya terharu," katanya.

Awalnya tampak malu-malu, dia bagaimanapun tidak menghampakan peminat bertuah yang dipilih bermain de­ngannya di atas pentas dan dia bersungguh-sungguh menghiburkan mereka.

Tidak hairanlah, semuanya berlumba-lumba mahu dipilih untuk bersamanya melakukan tiga permainan iaitu Flamingo & Tag Game, KJK Dream Girl serta Ice Breaking terutama sekali peminat wanita.

Paling menarik, sewaktu Jong Kook diminta memberi gambaran bagaimana ciri-ciri wanita idamannya, masing-masing tidak mahu terlepas untuk cuba memenuhi kriteria wanita dicari jejaka sasa itu.

"Saya idamkan wanita yang berkulit sawo matang, berwajah bulat, mata besar, berambut panjang dan memakai kasut sukan," katanya sebelum memilih lima peminat bertuah untuk dipanggil ke atas pentas.

Nyanyian hebat meskipun tidak pandai menari

Persembahan pada malam itu yang turut menampilkan penyanyi tampan tempatan Henley Hii menyanyikan Crazy dan Time is Love manakala Virus Wu dengan lagu We Are All We Are dan Sayang sebagai pembuka tirai, Jong Kook ternyata menghiburkan.

Memiliki suara bernada ting­gi, tepat jam 8.30 malam, Jong Kook tampil mengambil alih pentas dengan mendendangkan Today More Than Yesterday sebelum sesi temu ramah diadakan.

Tamat segmen permainan, dia kembali menggegarkan pentas dengan lagu Men Are All Like That, Don't Be Too Good To Me dan Star, Wind, Sun and Love diiringi penarinya.

Menjadi antara lagu paling popularnya, sewaktu mendendangkan lagu Loveable dan Twist King, hampir semua peminat berdiri tanda sokongan serta bernyanyi sambil menari bersama Jong Kook.

Mengakui bukan seorang penari yang bagus, dia bagaimanapun tidak berdiam diri dan menyanyi semata-mata apabila sedaya upaya cuba mengikut kareografi penarinya.

Apapun, kemerduan vokalnya nyata paling terserlah tatkala mengalunkan lagu balada berjudul One Man sebagai lagu penutup tirai malam itu. Biarpun kelihatan agak penat sebaik tamat sesi permainan sebelumnya, namun Jong Kook masih boleh menghayati setiap bait lagu penuh emosi terbabit.

Dianjurkan New Pro Star, PMP Entertainment serta Running into the Sun, selain showcase pada malam itu, Jong Kook juga tidak ketinggalan bertemu peminat untuk sesi autograf yang berlangsung di pusat beli belah Paradigm Mall, Kelana Jaya keesokan harinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kereta pesawat jadi rebutan

Posted: 18 Jun 2013 09:56 AM PDT

Los Angeles: Perang bidaan tercetus antara jutawan terkenal dalam usaha untuk mendapatkan kereta pesawat pertama di dunia yang ditawarkan untuk dijual pada harga kira-kira RM3 juta.

Dengan kereta dan kesesakan jalan raya kian menjadi-jadi pada 1940-an, pereka Moulton Taylor menghasilkan cara untuk mengatasi masalah itu. Pereka warga Amerika itu membina kereta pesawat, Aerocar yang pertama pada 1949 dan membuktikan bahawa dengan sayap yang boleh dilipat untuk membolehkannya bergerak di jalan raya, ia boleh dilakukan.


Aerocar dijangka mendapat sambutan hangat ketika itu tetapi selepas 25 tahun berkempen, Taylor masih gagal untuk mencapai persetujuan, termasuk dengan syarikat pembuat kereta terkenal, Ford.

Bersama-sama dengan prototaip asal, hanya empat Aerocar dibina dan pengumpul berebut-rebut untuk memiliki bahan sejarah kejuruteraan yang menakjubkan itu, yang masih boleh terbang dengan kelajuan 176 kilometer sejam.


Peminat aviasi, Greg Herrick berkata: "Ini ialah kemuncak rekaan abad yang ke-20 ketika itu dan begitu hampir untuk menjadikan imaginasi dunia menjadi kenyataan. "Tidak ada sesuatu yang sama dengannya ketika itu dan rekaan itu menarik begitu banyak perhatian. Ia begitu menakjubkan.


"Berita mengenainya tersiar di muka depan akhbar, majalah, buku dan rancangan televisyen di seluruh dunia. Tidak ada yang popular sepertinya sebelum itu.

Foto

AEROCAR ketika ujian penerbangan.

"Bagaimanapun, ketika harga minyak merudum pada 1970-an serta kekurangan semangat ahli perniagaan untuk melabur dalam industri terbabit, menyebabkan minat terhadap Aerocar juga terhakis." Kenderaan sepanjang enam meter itu mempunyai dua tempat duduk yang terletak bersebelahan, empat roda, sayap selebar 10 meter dan dilengkapi dengan enjin Lycoming 0-320 yang dipasang di atas tayar belakangnya.


Kipas pula dipasang pada hujung ekor yang diletakkan pada sudut menegak untuk membolehkan kipas itu mempunyai ruang secukupnya untuk berpusing. Bukan saja ia boleh diubah daripada sebuah pesawat menjadi sebuah kereta, tetapi sayapnya juga boleh dilipat ke sisi dan tangkinya ditanggalkan serta ditarik di belakang kenderaan seperti sebuah treler. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18

Ribery, Benzema dituduh laku seks dengan remaja

Posted: 18 Jun 2013 09:09 AM PDT

Paris: Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya sebagai 'hadiah hari jadi untuk dirinya.'

Ribery, 30, pemain bahagian tengah yang sudah berkahwin berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membawa pelacur bernama Zahia Dehar ke bilik hotelnya di Jerman ketika gadis itu berusia 17 tahun dan membayarnya RM3,000 untuk seks.


Bintang Real Madrid Karim Benzema juga berdepan dengan tuduhan mengadakan seks dengan pelacur berambut perang itu yang kini berusia 21 tahun.

Ribery yang memeluk Islam selepas berkahwin, mengaku mengadakan seks dengan Zahia, pelacur kelahiran Algeria tetapi mendakwa dia tidak tahu pelacur itu bawah umur.


Usia mengadakan seks dengan kerelaan di Perancis ialah 15 tahun. Bagaimanapun, umur yang ditetapkan untuk bekerja sebagai pelacur ialah 18 tahun.


Enam lelaki lain yang menguruskan rumah pelacuran di Paris tempat Zahia bekerja juga didakwa.

Zahia sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Ribery membayar tambang penerbangan kelas pertama berharga RM25,000 dan bilik di hotel lima bintang untuk melangganya selama semalam pada hari jadinya ke 26 pada 7 April 2010.


Zahia menjadi selebriti di Perancis sejak kejadian itu terbongkar dan melancarkan laman web porno serta baju dalam jenama sendiri.

Dia memberitahu majalah Paris Match: "Saya adalah hadiah hari jadi Ribery. Kami berkenalan di sebuah kelab di Paris. Dia menempah saya dan membawa saya ke Munich untuk meraikan hari jadinya yang ke-26. "Dia menempatkan saya di hotel mewah di Munich. Kami mengadakan seks dan dia membayar saya. Saya menjadi hadiah istimewa untuknya." Ribery mulanya didakwa pada Julai 2010 atas tuduhan melanggan pelacur bawah usia untuk seks. Bagaimanapun, kes itu diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan dia mengetahui usia sebenar Zahia. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved