Selasa, 12 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Terjun tasik 10 meter

Posted: 11 Jul 2011 10:39 AM PDT

LANGKAWI: "Sejak sebulan lalu, arwah tidak pernah tinggal solat lima waktu. Malah, segera menunaikannya sebaik mendengar azan," kata Suzana Mat Saad, 37, ibu kepada remaja lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU), Mohamad Amirul Amrie Ainsa, 13, yang ditemui lemas di Tasik Dayang Bunting, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa yang datang bersama enam ahli keluarganya dikatakan tiba-tiba terjun seorang diri ke dalam tasik sedalam kira-kira 10 meter itu sejurus tiba di situ sebelum hilang. Suzana berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu lumpuh kaki kanannya selepas terbabit kemalangan pada usia tujuh tahun. "Saya sedih sangat kerana baju raya tahun ini sudah siap dibeli dan dia juga sudah beberapa kali mencuba baju itu. Dia kata tidak sabar untuk memakainya pada pagi hari raya nanti," katanya ketika ditemui di sini.


Abang mangsa, Mohamad Amirul Assuar, 17, berkata ketika kejadian dia baru meletakkan beg pakaian dan sedang berurusan menyewa jaket keselamatan daripada seorang operator di kaunter berdekatan untuk kegunaan ahli keluarganya.

"Dari jarak kira-kira 20 meter, saya lihat adik berjalan ke tepi ponton dan terjun ke dalam tasik seorang diri sebelum tenggelam dan hilang. Sejurus itu, suasana menjadi kecoh dan kelam-kabut.


"Tanpa berfikir panjang, saya berlari dan turut terjun ke dalam tasik itu untuk cuba menyelamatkan adik, malangnya tidak sempat memegang baju atau rambutnya," katanya.


Mohamad Amirul Assuar berkata, kejadian yang berlaku pantas itu turut disaksikan beberapa pelancong asing yang kebetulan sedang mandi dan berenang dalam tasik berkenaan pada jarak 10 meter dari tempat adiknya terjun.

"Ekoran itu, seorang pelancong Eropah turut menyelam bersama saya ke dasar tasik bagi mencari mayat adik, namun usaha itu juga gagal kerana airnya dalam dan kami keletihan selepas beberapa minit menyelam.


"Selepas semua usaha berkenaan gagal, saya dan ahli keluarga mengambil keputusan menghubungi dan membuat aduan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi (IPD) dan bomba bagi meminta bantuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah kasih laki orang

Posted: 11 Jul 2011 10:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.


Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.

"Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya," katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.


"Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.


"Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru," katanya.

Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.


"Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan 'buaya darat'.

"Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.


"Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.


"Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya," katanya.


Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai.


Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.


"Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.


"Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin," katanya.


Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan.


"Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.


"Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu," katanya.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Sukar lahir ekspresi wajah

Posted: 11 Jul 2011 07:22 AM PDT

FILEM seram Jangan Pandang Belakang mula melonjakkan nama Intan Ladyana di layar perak pada 2007. Walaupun penampilannya memegang watak utama berganding dengan Pierre Andre untuk filem arahan Ahmad Idham itu dikritik, itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus melangkah lebih jauh.

Adnan Sempit yang menggandingkan dirinya dengan Shaheizy Sam mendapat sambutan dan Intan terus mengasah bakatnya melalui filem romantik komedi terbitan Metrowealth Pictures (MIG) seperti I'm Not Single, V3: Samseng Jalanan dan Kembar Siang. Kini, gadis tinggi lampai dan berkulit cerah ini kembali dengan filem seram Flat 3A arahan Azhari Zain.

Pemilik nama sebenar, Intan Nurladyana mengakui semakin menghampiri tarikh tayangan filem itu pada Khamis ini, semakin kuat debaran dirasakan. Dia memegang watak Fiqah, gadis kampung yang berhijrah ke bandar dan bekerja di kilang demi sesuap nasi.

Di Kuala Lumpur, Fiqah mempunyai teman lelaki dan mereka terlanjur tetapi tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya menyuruh Fiqah menggugurkan kandungannya.


Kata Intan, wataknya sebagai Fiqah paling mencabar sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan apabila terpaksa bermain dengan emosi yang berbeza kerana Fiqah terjerumus dalam lembah yang tidak bermoral sehingga diganggu hantu.


"Saya akui watak Fiqah lebih mencabar daripada watak yang saya pegang dalam filem Jangan Pandang Belakang kerana dalam filem Flat 3A, Fiqah melakukan perkara tidak bermoral dan salah di sisi agama iaitu terlanjur dengan teman lelakinya. Saya terpaksa menjiwai watak Fiqah yang terjerumus dalam lembah tidak bermoral dan cuba menyelami hatinya.

"Bukan senang untuk kita memahami perasaan seorang wanita yang terlanjur dengan teman lelakinya dan sanggup pula menurut permintaan menggugurkan kandungan hanya kerana sayangkan dia.

"Terdapat pelbagai emosi yang saya perlu tonjolkan ketika melakonkan watak Fiqah. Saya bermain dengan emosi sayang pada teman lelaki, perasaan takut diganggu makhluk halus, perasaan bersalah kerana menggugurkan kandungan dan tertekan kerana dosa yang dilakukan.

"Kadangkala ketika penggambaran, saya rasa susah untuk menunjukkan ekspresi pada wajah kerana mood untuk menjiwainya hilang. Bukan kerana hilang fokus tetapi mungkin disebabkan watak Fiqah yang agak rumit," katanya.

Bagi yang merindui penampilannya sebagai Nadia bersama Sam dalam Adnan Sempit, Intan baru saja selesai menjalani penggambaran untuk sekuel filem itu. Intan juga sekali lagi digandingkan dengan Sam dalam filem komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim.

Kalau debaran Intan begitu kuat menjelang tayangannya, apatah lagi buat pasangannya dalam filem itu, Adey Syafrien, 23, kerana belum sampai setahun menceburi dunia lakonan sudah diberi kepercayaan memegang watak utama dan digandingkan pula dengan pelakon popular seperti Intan.

Ketika mereka berdua digandingkan untuk fotografi ini, Intan yang menggayakan busana tajaan Old Blossom Box, mengakui tidak menghadapi masalah digandingkan dengan jejaka bertubuh sasa berasal dari Sabah. Bagi Intan, Adey seorang pelakon yang profesional dan boleh pergi jauh dalam industri seni.

Keserasian mereka berdua mula dipupuk ketika menjalani latihan selama dua minggu sebelum memulakan penggambaran. Malah Intan bersyukur kerana tidak mengalami 'gangguan' yang teruk ketika penggambaran Flat 3A.

Adey yang juga adik ipar pelakon Eizlan Yusof, adalah Top 5 pencarian CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2010. Katanya, peluang membintangi Flat 3A umpama mimpi jadi nyata.

"Saya umpama bayi yang baru belajar untuk merangkak, ternyata menerima cabaran besar apabila bersetuju memikul tanggungjawab memegang watak utama dalam filem ini.

"Memegang watak Anas, teman lelaki Fiqah (Intan), watak ini bagi saya memang berat kerana perwatakan Anas jauh berbeza dengan sikap sebenar saya.

"Perwatakan saya yang sebenar ialah seorang periang, banyak bercakap dan suka menyakat tetapi Anas adalah seorang yang panas baran, jarang senyum dan kalau pun senyum kerana menutup pergolakan yang terjadi dalam dirinya.

"Anas seorang yang suka memberontak dan merasakan tidak ada seorang pun yang menyayangi. Walaupun dia dari keluarga berada, Anas tidak pernah merasai kasih sayang ayahnya. Walaupun panas baran, dia sangat menyayangi Fiqah dan sanggup berkorban apa saja untuknya," katanya.

Kata Adey, sebagai orang baru, sangat berdebar menantikan tayangan filem itu. Akui Adey, lakonannya masih kekok tetapi sudah mencuba yang terbaik dan berharap diterima penonton.

"Sebelum melakonkan watak ini, saya terlebih dulu membuat kajian mengenai sikap seseorang yang panas baran. Saya turut melihat bagaimana melakonkan watak panas baran ini di YouTube," katanya.

Filem Flat 3A yang mula ditayangkan kepada umum Khamis ini, mengisahkan Fiqah yang yang bekerja di sebuah kilang, terlanjur dengan teman lelakinya, Anas lalu mengandung anak luar nikah.

Pada mulanya, Fiqah membantah permintaan Anas untuk menggugurkan kandungan itu tetapi akhirnya akur kerana Anas memukul dan memberikan ubat untuk menggugurkan kandungan itu.

Konflik bermula apabila Fiqah mengikut kawan baiknya, Ratna berpindah ke Flat 3A. Mereka tidak mengetahui rumah itu adalah tempat tinggal seorang dukun, Kang Suman yang dipercayai membunuh kanak-kanak kecil bernama Fatin. Bermulalah kejadian dia diganggu roh kanak-kanak kecil.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Intan Nurladyana Mohamat Yahaya
TARIKH LAHIR: 2 Jun 1982
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
TINGGI: 5 kaki 4 inci
BERAT: 43 kilogram
KERJAYA: Pelakon, model, hos
FILEM: Tipah Tertipu, Jangan Pandang Belakang, I'm Not Single, Adnan Sempit, V3: Samseng Jalanan, Flat 3A
PROGRAM TV: Hello Minda, Adventure Race 2006 dan Chopp!!

IKLAN TV: Oil of Olay, Dentyne, Kinder Bueno, Hotlink, Celcom, Acuvue, Mcdonald's, Toyota, Sunsilk, Nivea Skincare, Follow Me, Jacobents, Toyota Hilux, Dentyne dan Deify Skincare

FILEM: Tipah Tertipu The Movie, I'm Not Single, V3: Samseng
Jalanan, Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit, Kembar Siang, Flat 3A
DRAMA: Puteri, Jelatang, Dari KL Ke Queenstown, Sutera Maya, Suria Kasandra, Bionik, Kasi, Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit The Series.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tunggu keputusan Rais

Posted: 11 Jul 2011 06:01 AM PDT

PERSOALAN jawatan Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang menjadi isu di kalangan penggiat seni tanah air sejak tahun lalu, dijangka mencapai jalan penyelesaian dalam masa terdekat apabila Mohd Mahyidin Mustakim tidak lagi memikul tanggungjawab itu sejak 30 Jun lalu.

Mahyidin yang memegang jawatan itu selama empat tahun sepatutnya tamat kontrak pada 15 Ogos tahun lalu. Namun, sebaik nama pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri disebut bakal menggantikan tempat Mahyidin, kontraknya dilanjutkan atas kepercayaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sejak itu, beberapa kali kontraknya disambung tetapi kekosongan jawatan nombor satu di agensi perfileman itu sejak hampir dua minggu lalu seolah-olah memberi petanda Ahmad Idham hanya menunggu masa dilantik secara rasmi.

Namun, persoalan apakah Ahmad Idham menjadi pilihan Rais untuk memikul tanggungjawab KP baru atau ada calon lain yang lebih layak, ia belum dapat dipastikan. Selain Ahmad Idham, nama lain yang disebut-sebut sebelum ini ialah pensyarah filem Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Megat Al-Imran Yassin.


Ketika ini, jawatan KP dipangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Finas, Fatimah Ahmad buat sementara waktu. Fatimah yang ditemui pada majlis Pelancaran Tayangan Filem Untuk Rakyat di Finas, Hulu Klang, Selangor, Jumaat lalu menyatakan dia dipertanggungjawabkan menjalankan tugas KP mengikut arahan Rais.


Katanya, kontrak Mahyidin di Finas tidak lagi disambung dan mengenai pelantikan KP baru, ia bergantung pada pengumuman rasmi yang akan dibuat Rais.

"Buat masa ini, saya tidak tahu bila pengumuman itu akan dibuat dan kita hanya tunggu keputusan daripada menteri sendiri. Buat masa ini, saya berbincang dengan menteri agar menyambung tugas KP lalu. Antara tugas yang diberikan, saya harus meneliti semula sistem kerja di Finas," katanya.

Fatimah yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam sektor perkhidmatan kerajaan di pelbagai agensi termasuk Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) menyatakan, dia bersedia menggalas tanggungjawab baru itu atas kepercayaan diberikan Rais.

Dalam meneruskan aktiviti Finas bersama masyarakat, Fatimah bersama Timbalan Pengerusi Finas, Ahmad Puad Onah dan Timbalan Ketua Pengarah Finas (Operasi), Mohd Zulkifli Ab Wahab hadir melancarkan acara Tayangan Filem Untuk Rakyat. Pada acara itu, hadir sama, Produser Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam.

Fatimah berkata, tayangan filem percuma ini adalah kesinambungan acara yang sama diadakan sejak 2008. Filem tempatan yang mencatat kutipan box office dipilih untuk tayangan ini.

"Berdasarkan acara sama sebelum ini termasuk tayangan filem KL Gangster, sambutan diterima memang cukup menggalakkan. Seperti hari pertama ini (9 Julai), saya juga bimbang dengan kesan perhimpunan haram Bersih tetapi lebih 300 penonton dapat hadir.

"Adanya acara ini, ia menyemarakkan sokongan penonton terhadap filem tempatan. Lebih RM40 juta kutipan filem untuk enam bulan pertama tahun ini dan ia dijangka meningkat RM100 juta pada penghujung tahun ini," katanya.

Acara sempena sambutan Festival Kuala Lumpur ini diadakan selama sebulan menerusi aktiviti tayangan filem percuma kepada orang ramai. Filem mencatat kutipan tertinggi, KL Gangster menjadi filem pertama ditayangkan untuk acara ini di Dataran Karyawan, Finas.

Menyusul selepas ini, tayangan filem Karak dan Khurafat (16 Julai), Cun dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (23 Julai) manakala Kongsi dan Hikayat Merong Mahawangsa (30 Julai). Tayangan filem ini dibuat dua sesi iaitu jam 12 tengah hari dan 8 malam di dua lokasi, pawagam Coliseum dan Pawagam Mini P Ramlee.

Mengenai aktiviti lain, Finas turut mengadakan acara Sesi Teh Tarik bersama Persatuan Syarikat Post Produksi dan Animasi Malaysia (Postam) di Pawagam P Ramlee pada 12 Julai ini.

Katanya, acara ini menghimpunkan produser dan juruanimasi bertukar fikiran dalam usaha membantu bidang animasi ke arah pencapaian lebih baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tulang hangus jadi bahan bukti

Posted: 11 Jul 2011 10:23 AM PDT

SHAH ALAM: Cebisan tulang yang sudah hangus, dua telefon bimbit dan dua jam tangan antara barangan ditemui pasukan penyelam polis ketika mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di sekitar Banting dekat sini, tahun lalu.

Koperal Merzuki Shahrim dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berkata, cebisan tulang hangus itu ditemui ketika dia melakukan selaman di lokasi pertama iaitu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 12 September tahun lalu.

Menurutnya, dua telefon bimbit yang ditemui ialah jenis BlackBerry berwarna putih dan hitam dipercayai milik peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata, pasukannya dengan lima anggota menjumpai jam tangan jenama Seiko milik pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, jam tangan Bell & Ross milik Ahmad Kamil, pisau, dawai dan enam keping zink dikatakan digunakan melapik mayat semua mangsa.


Merzuki berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; Ahmad Kamil, 32; Noorhisham, 38 dan Kamaruddin, 44, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dirempuh kuda mengamuk

Posted: 11 Jul 2011 10:12 AM PDT

KLANG: Keriangan seorang wanita bercuti di sebuah taman tema air di Dengkil, dekat sini, bersama keluarganya sempena cuti hujung minggu bertukar tragedi apabila cedera di leher dan tangan akibat dirempuh seekor kuda, petang kelmarin.

Ketika kejadian, Nor Zainab Saron, 37, dari Kajang berjalan kaki bersama suami dan empat anak mereka yang masih kecil di kawasan gerai makanan apabila dirempuh seekor kuda yang mengamuk dan keluar dari trek latihan.


Lebih malang, anak Nor Zainab berumur lima tahun yang ketika itu berjalan bersamanya turut menjadi mangsa apabila terjatuh dan terseret bersamanya akibat rempuhan itu. Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dibenarkan keluar wad, tetapi masih perlu menerima rawatan susulan.

Difahamkan, mangsa dan keluarga tidak menyedari kehadiran kuda yang mengamuk itu kerana kawasan itu dipenuhi orang awam dan trek latihan kuda terletak agak jauh dari kawasan kejadian.


Kakak Nor Zainab, Nor Hayati, 40-an, berkata adiknya dirempuh secara tiba-tiba dari belakang oleh kuda yang ditunggang pelatih pusat latihan tentera berkuda menyebabkan dia terjatuh dan terseret beberapa meter sehingga mulutnya terkoyak selain luka di kepala dan jari.


"Suasana menjadi panik dan akibat kejadian, adik tidak sedarkan diri serta tidak mampu mengingati apa berlaku disebabkan hentakan kuat di kepala. Anaknya cedera di kepala dan menerima rawatan susulan.

"Selepas menerima rawatan dan pemeriksaan X-Ray di Hospital Banting, pada mulanya pihak hospital mengatakan adik saya tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kami diarahkan untuk tunggu 24 jam lagi bagi melihat tindak balasnya.


"Bagaimanapun, pada malam yang sama adik saya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di HTAR di sini, semalam.

Nor Hayati yang juga suri rumah sepenuh masa, berkata setibanya di HTAR, doktor mendapati adiknya mengalami kecederaan serius di leher serta tangan kanan yang memerlukan rawatan rapi dengan segera.


"Saya kecewa dengan kecuaian penunggang kuda terbabit yang dipercayai gagal mengawal kuda miliknya sehingga menyebabkan adik saya yang bertubuh kecil terpaksa menanggung kesakitan," katanya yang bakal membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Pawagam teknologi 4D diperluas

Posted: 11 Jul 2011 08:26 AM PDT

LOS ANGELES: Disebabkan sesetengah penonton wayang kurang berminat dengan filem tiga dimensi (3D) yang dianggap mahal, Hollywood kini dilaporkan dalam proses mengubah produk mereka kepada format empat dimensi (4D).

Bagaimanapun, sebahagian peminat berasa loya atau pening selepas menonton filem 3D seperti Kung Fu Panda 2 dan yang terbaru, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.


Sebuah syarikat Korea Selatan kini giat membina pawagam dilengkapi kerusi yang mampu bergegar mengikut keadaan dalam filem.

Melalui teknologi 4D itu, penonton juga bakal merasai pelbagai kesan khas yang dimasukkan ke filem, seperti angin, kabus, kilat serta bau-bauan.


Dikenali sebagai CJ 4DPlex, syarikat Korea Selatan itu baru membuka pejabatnya di Los Angeles bagi membolehkan pengaturcara komputer menyiapkan filem aksi.


Syarikat itu bercadang membina kompleks pawagam dengan kemudahan 4D pertama di Amerika Syarikat dengan New York sebagai lokasi utama.

Jurucakap syarikat itu berkata, jika mendapat sambutan, kemudahan itu akan diperluaskan ke Eropah.


Di Seoul, penggemar wayang di situ menikmati filem 4D terbaru - Kung Fu Panda 2 - pada minggu lalu.

Seorang penonton berkata, dia merasai kesan gerakan di pinggang atau pinggul ketika watak dalam filem animasi berkenaan bergaduh.


"Di akhir filem, ada buih jatuh dari siling bagi menimbulkan kesan percikan bunga api," katanya.


Untuk melalui pengalaman itu, dia tidak keberatan membelanjakan hampir RM48 untuk harga tiket.


Bagaimanapun, tidak semua gemarkan kesan fizikal itu.


Sesetengah penonton rimas akibat kesan basah ketika menyaksikan filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides walaupun sukakan bau tertentu seperti badan Kapten lakonan Johnny Depp.


Sebahagian penonton pula mengalami masalah pendengaran sementara selepas menyaksikan Transformers: Dark of the Moon. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hitler arah anak patung seks dibekalkan kepada tentera Nazi di Perancis

Posted: 11 Jul 2011 08:18 AM PDT

LONDON: Adolf Hitler pernah mengarahkan anak patung seks ciptaan Jerman dibekalkan kepada tentera Nazi selepas kebanyakan tenteranya menghidap penyakit kelamin.

Dokumen terbaru menunjukkan, penyakit kelamin di kalangan tentera Nazi sangat serius kerana mereka selalu berfoya-foya ketika bertugas di Paris.


Masalah itu dikatakan begitu serius sehingga mereka gagal menjalankan tugas di medang perang.

Pegawai kanan Hitler, Heinrich Himmler, pernah berkata bahaya terbesar bagi Jerman di Paris ialah penularan penyakit kelamin daripada pelacur.


"Menjadi tugas kita menghalang tentera daripada membahayakan kesihatan mereka," katanya.


Hitler dilaporkan mengarahkan penghantaran anak patung berbentuk wanita berambut perang dan bermata biru itu untuk diedarkan kepada tenteranya.

Saiz anak patung itu sengaja direka kecil supaya muat disimpan dalam beg sandang.


Bagaimanapun, pada 1942, tentera Jerman enggan membawa bersama mereka anak patung itu kerana bimbang akan ditertawakan jika ditangkap tentera Britain. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Isnin, 11 Julai 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Lakukan apa saja untuk Iqbal

Posted: 11 Jul 2011 10:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SETIAP hari dia pasti bertanya kepada anaknya yang sedang terlantar sakit, “Abang nak makan apa, abang nak minum apa? Biar ibu sediakan.” Dan apa saja perkataan yang terpacul daripada mulut anak comel ini pasti akan dipenuhi walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan angka tiga pagi.

Bahaya kalori kosong

Posted: 11 Jul 2011 06:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BENTUK pemakanan yang diambil kanak-kanak seawal tumbesaran­nya amat penting dan perlu dikawal kerana ia akan membentuk diri mereka apabila dewasa kelak. Lebih membimbangkan, kanak-kanak obes kebiasaannya cenderung membesar sebagai individu dewasa obes jika masalah kegemukan dan pemakanan tidak diatasi lebih awal.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Bakar' rumah jiran

Posted: 10 Jul 2011 09:52 AM PDT

PADANG BESAR: Seorang lelaki warga emas terkedu apabila mendapati tindakannya membakar sampah ketika cuaca panas terik menyebabkan rumah jirannya hangus dalam satu kejadian di Kampung Baru Sungai Serai, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 70-an itu hanya mampu tersandar di sebatang pokok berhampiran rumah berkenaan kerana terkejut.


Api yang berpunca daripada pembakaran sampah di bawah pohon buluh berterbangan memasuki rumah mangsa, Ahmad Sulaiman Bakar, 26, hingga menyebabkan ia musnah dan mangsa kini tinggal sehelai sepinggang.

Ketika kejadian, Ahmad Sulaiman bersama ibunya, Siti Fatimah Awang, 62, menghadiri majlis perkahwinan kenalannya di Kampung Blok 20, Chuping, dekat sini, manakala isterinya, Munirah Murad, 21, yang baru bersalin anak kedua sebulan lalu berada di rumah mentuanya di Abi, dekat sini.


Siti Fatimah berkata, dia dan Ahmad Sulaiman gagal menyelamatkan semua barangan di dalam rumah separuh papan yang diduduki anak ketiganya itu sejak tiga tahun lalu kerana api marak begitu cepat, tambahan pula kebakaran berlaku ketika cuaca panas terik.


"Sebelum itu, saya sudah menegur jiran terbabit (warga emas) supaya berhati-hati membakar sampah pada waktu panas terik memandangkan api ketika itu turut membakar pohon buluh yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah anak saya.

"Tetapi teguran saya tidak diendahkan kerana dia sedang sibuk membersihkan kawasan belukar di kawasan tanahnya untuk ditanam pokok getah. Sebelum menghadiri majlis kenduri itu, saya dan Ahmad sekali lagi memintanya supaya mengawasi sampah yang dibakar," katanya yang menetap bersebelahan rumah Ahmad ketika ditemui di tempat kejadian.


Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang anaknya, rumah anak ketiganya terbakar dan meminta segera pulang ke rumah ketika sedang menjamah nasi pada majlis perkahwinan itu.

"Sebenarnya, sebelum pergi ke majlis perkahwinan itu, hati saya sudah tidak tenang selepas melihat api pembakaran sampah menjulang tinggi membakar pohon buluh dan bimbang merebak ke rumah anak.


"Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila rumah anak hangus dan jiran yang membakar sampah dilihat duduk tersandar di sebatang pokok berhampiran tapak rumah Ahmad," katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Wanita Negeri, Mansor Jusoh yang hadir melawat lokasi kejadian, berkata empat beranak malang itu ditempatkan sementara di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga menunggu bantuan seterusnya.


"Saya terpaksa menenangkan jiran mereka yang menyebabkan rumah berkenaan terbakar kerana didapati dalam lemah dan terkejut," katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar, Penolong Penguasa Halid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2 petang dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat dalam lubang najis

Posted: 10 Jul 2011 09:52 AM PDT

GOMBAK: Seorang lelaki ditemui mati di dalam lubang najis dengan tiga kesan tetakan di kepala dipercayai dibunuh di kawasan kilang terbiar di Rawang, semalam.

Mayat lelaki berusia 30-an belum dikenal pasti identiti itu dipercayai warga asing dan mangsa ditetak dengan sebilah kapak yang ditemui kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dibuang.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata Balai Polis Rawang menerima maklumat orang awam kira-kira jam 1 tengah hari dan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mayat lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap itu dijumpai di dalam lubang najis dengan kedalaman kira-kira tiga meter. "Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan semak tepi kilang terbiar terbabit sebelum dibuang ke dalam lubang itu selepas titisan darah ditemui di kaki lima kilang itu.


"Malah, sebilah kapak dengan kesan rambut dan darah ditemui dalam semak dipercayai digunakan suspek untuk menetak kepala mangsa," katanya.


Abdul Rahim berkata, mayat yang sudah kembung itu dipercayai dibunuh tiga hari lalu dan dipercayai suspek lebih daripada seorang.

"Kilang terbiar itu sudah lebih dua tahun ditinggalkan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.


"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau ada waris yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61385222.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Janda glamor

Posted: 10 Jul 2011 09:39 AM PDT

MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman 'gemilang'nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.

Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

"Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.


"Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih," katanya.


Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

"Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami," katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.

"Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar," katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.

"Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya," katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

"Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.

"Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

"Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kecewa suami curang

Posted: 10 Jul 2011 09:29 AM PDT

MUAR: "Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri," kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.

Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.


Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.


Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

"Kita selesaikan perkara ini cara baik," teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

"Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved