Selasa, 15 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gubahan tangan, eksklusif

Posted: 15 Nov 2011 08:29 AM PST

GUBAHAN bunga untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan daripada kain jenis stoking yang mempunyai pelbagai warna pasti membuatkan majlis mempelai bertambah menarik.

Dengan reka bentuk ringkas dan sederhana serta tanpa corak gubahan bunga terlalu sarat, hantaran perkahwinan atau pertunangan tetap akan tampak cantik dan lebih elegan.

Suatu ketika dahulu, gubahan bunga pada hantaran tidak terlalu diambil berat malah boleh dibeli secara borong dalam pelbagai warna. Kini permintaan untuk mendapatkan bunga gubahan hantaran buatan tangan dalam rekaan eksklusif khususnya bagi menepati tema perkahwinan semakin mendapat perhatian ramai.

Berkongsi pengalaman dengan Jamaliah Abdul Rahman yang memilih aktiviti membuat bunga stoking pada masa lapang, seni membuat bunga daripada stoking agak merumitkan.


Seseorang itu harus mempunyai kesabaran tinggi dan sentiasa belajar serta berusaha agar tidak cepat putus asa.


"Ketika di awal proses pembelajaran dan pembuatan bunga ini memang tidak dinafikan agak sukar lebih-lebih jika jari tercucuk dawai halus.

"Bagaimanapun, usaha berterusan akan menghasilkan gubahan bunga stoking yang cantik dan memuaskan hati," katanya.

Tambahnya, selain penyeri kepada barangan hantaran perkahwinan dan
pertunangan, bunga gubahan stoking juga boleh dijadikan sebagai bunga telur, korsaj malah hiasan di sudut ruang tamu.

Bagi ruangan Hias minggu ini, ikuti panduan langkah demi langkah membuat gubahan bunga stoking untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. - Blog chantiquelia.blogspot.com (019-3622609 dan 012-2400088)

Full content generated by Get Full RSS.

Rasa sempurna masakan Thai

Posted: 15 Nov 2011 07:42 AM PST

MASAKAN Thai biasanya memberi penekanan terhadap rasa masam, masin, manis dan pedas pada setiap hidangannya.

Disebabkan kesempurnaan rasa yang terdapat dalam masakan Thai, ramai menggemarinya untuk dijadikan sebagai santapan utama ketika bersama keluarga dan teman.

Tidak hairanlah jika ia menjadi santapan kegemaran pelbagai lapisan masyarakat kerana keenakannya disebabkan campuran hidangan Timur yang ditambah pengaruh dari Barat sehingga berjaya menghasilkan rasa unik untuk setiap menu yang dihasilkan.

Bagi yang masih tercari-cari hidangan ala Thai dengan rasa sebenar seperti di negara itu, Cinnamon Coffee House di Hotel One World, Petaling Jaya kini membawa anda keenakan rasa sempurna dan hidangan lazat sepanjang November ini.


Sepanjang promosi berlangsung, petugas masakan mereka akan mempamerkan pelbagai hidangan menggoda yang disediakan menggunakan bahan segar dan disaji dengan hiasan menarik.


Bermula daripada pembuka selera, sup, hidangan utama sehingga pencuci mulut, mereka mengambil konsep suasana gembira di dalam hidangan yang disediakan agar pengunjung sentiasa tersenyum puas sepanjang menikmatinya.

Pengunjung akan disaji dengan masakan seperti tomyam dan kari hijau makanan laut serta rasa enak ikan merah masam manis ala Thai, kepah hijau dalam krim kelapa bercili, ayam paprik dan pencuci mulut pisang yang dimakan bersama santan.

Selain menyajikan pelbagai hidangan Thai, Cinnamon Coffee House turut me–nyediakan kaunter pasta, salad, masakan barat, China, Jepun dan menu tempatan lain untuk menambah cita rasa pengunjung yang hadir.

Buahan-buahan yang dipotong segar juga tidak dilupakan selain menyajikan pencuci mulut lain seperti kek, ais krim, ais kacang, kuih tradisional dan coklat.

Bagi yang berminat, promosi masakan Thai itu boleh dinikmati setiap Jumaat atau Sabtu bermula pada 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak.

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi Cinnamon Coffee House di talian 03-76811157.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Lesen palsu RM300

Posted: 14 Nov 2011 10:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya dengan bayaran RM300, seorang lelaki berusia 21 tahun mendakwa diperdaya sindiket pemalsuan lesen selepas dikesan memiliki lesen memandu palsu.

Lelaki terbabit menunggang motosikal milik rakannya ketika ditahan polis dalam Operasi Samseng Jalan Raya di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, petang kelmarin.


Difahamkan, hasil pemeriksaan mendapati lesen penjawat awam itu palsu dan dia mengakui mendapatkan lesen berkenaan melalui seorang lelaki berusia 40-an di hadapan sebuah sekolah memandu di Selayang, di sini.

Dia memberitahu tidak mengetahui lesen miliknya palsu namun rekod Jabatan Pendaftaran Jalan (JPJ) mengesahkan nama dan nombor siri lesen miliknya itu tidak wujud menyebabkan dia ditahan dan motosikal disita bagi membantu siasatan.


Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata berdasarkan semakan mengesahkan lesen dimiliki lelaki itu palsu.


"Melalui keterangan awal lelaki terbabit, kami percaya wujud sindiket memalsukan lesen dan berkemungkinan didalangi orang dalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) atas kesalahan memalsukan dokumen dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Terjun kondo lepas gaduh

Posted: 14 Nov 2011 09:59 AM PST

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan mati selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai terjun daripada tingkat lima kondominium berkenaan pada jam 12 tengah malam selepas bertengkar dengan teman lelakinya di kawasan parkir bangunan itu.


Menurut sumber, mangsa yang juga penuntut sebuah kolej di Cheras nekad terjun selepas bergaduh dengan teman lelakinya di dalam kereta.

"Mangsa berasal dari utara tanah air dan menuntut di kolej berkenaan sejak awal tahun lalu.


"Dia dan teman lelakinya bergaduh di dalam kereta di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum pelajar terbabit membuka pintu dan terjun," katanya.


Sumber berkata, mangsa yang parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Dira, Helmi karakter berbeza

Posted: 14 Nov 2011 05:01 AM PST

SELEPAS selamat diijabkabulkan pada tarikh istimewa, 11.11.11 lalu, pasangan pengantin Khaidhirah Abu Zahar atau mesra dengan sapaan Dira, 27, dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof, 33, diraikan pula dalam suasana meriah di Lanai @Matic, malam kelmarin.

Majlis resepsi bertemakan 'rock chick' yang menggabungkan kombinasi warna hitam dan putih itu cukup menarik apabila pasangan pengantin muncul dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi masing-masing sebelum bersanding di pelamin.

Kembara tujuh motosikal berkuasa tinggi untuk mengiringi pengantin, secara tidak langsung memaparkan kepada tetamu sisi lain Dira sebagai seorang wanita lasak walaupun di kaca televisyen dia sering dilihat dengan perwatakan lemah lembut dan feminin.

Dira yang ditemui pada sidang media selepas majlis persandingannya, berkata idea muncul dengan motosikal sebelum naik ke pelamin adalah ilhamnya dan suami yang mengakui mereka mempunyai minat sama iaitu menunggang motosikal.


"Namun, saya sebenarnya agak gementar menunggang motosikal pada malam ini (Ahad lalu) dengan gaun labuh. Apapun, mujur pereka fesyen Anizam Yussof berjaya menghasilkan gaun yang sederhana dan memudahkan saya untuk menunggang.


"Sebelum ini pun, saya pernah menunggang motosikal dengan memakai skirt. Barangkali, malam ini keadaannya berbeza kerana saya dan suami diraikan pada majlis persandingan kami. Justeru, sedikit sebanyak gementar jugalah dibuatnya.

"Bagaimanapun, saya bersyukur, gembira dan puas hati kerana majlis resepsi persandingan kami ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Maklum saja, kami hanya ambil masa enam bulan untuk berbincang menetapkan tempat dan tarikh persandingan ini," katanya.

Menyentuh soal destinasi bulan madu, dia dan suami mempunyai dua pilihan iaitu percutian di Pulau Bali, Indonesia dalam jangka masa terdekat ini, manakala ke Eropah pada hujung Disember nanti.

Menurut Dira, setakat ini hanya dua destinasi itu yang difikirkan.

"Apapun, sebelum bercuti bulan madu, kami perlulah menyiapkan segala urusan kerja yang secepat mungkin. Malah, kami juga perlu berbincang dengan majikan supaya meluluskan cuti untuk kami berbulan madu," katanya.

Ditanya pula mengenai ciri-ciri suaminya yang berjaya membuatkan dia terpaut hati, Dira berkenalan dengan Mohd Helmi yang juga Pengarah Fotografi ketika membintangi filem filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki berkata, mereka berdua mempunyai karakter berbeza.

"Suami saya ini ada kalanya seorang yang romantik dan kadang-kadang dia macam tiada perasaan. Tetapi, yang pasti emosinya stabil, tenang dan penyabar. Malah, dia juga mengambil berat terhadap anak saya, Tengku Anggun Deandra, 4.

"Bahkan, setiap kali kami keluar bersama, suami pasti bertanyakan Anggun. Saya lihat dia dapat menerima anak saya seadanya. Justeru, saya berasa sangat bertuah apabila Mohd Helmi mengatakan dia begitu menyayangi diri ini dan Anggun.

"Saya tidak pernah meminta Mohd Helmi untuk buat semua itu. Tetapi, dia sendiri yang sedia melakukannya kerana ingin membina keserasian dengan Anggun. Apa yang dilakukan berjaya mengambil hati Anggun untuk berasa selesa dengannya," kata Dira.

Hanya dalam tempoh singkat, tiga bulan sudah cukup untuk Mohd Helmi mengenali hati budi Dira dan terus melamar pelakon dan pengacara program Melodi di TV3 itu walaupun berstatus ibu tunggal kepada seorang anak. Bagi Mohd Helmi, isterinya penyayang.

"Dira, pada saya seorang wanita yang lasak, ringkas, boleh bertolak ansur serta senang berkomunikasi. Dia juga mudah dibawa berbincang dan lemah-lembut. Sekalipun keperibadiannya nampak seperti kasar tetapi dalam hati Dira tetap ada taman.

"Sikap Dira cukup disenangi walaupun dia ibarat api dan saya pula air. Namun, kami berdua serasi dan masih boleh bertolak ansur untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Mengenai Anggun, saya seorang yang sangat suka kerenah kanak-kanak.

"Oleh itu, saya tidak kekok untuk mengambil hati Anggun kerana sudah biasa memanjakan anak saudara sebelum ini. Saya menerima Dira dan Anggun sepenuh hati ini," kata Mohd Helmi yang mengakui tidak akan menghalang isterinya terus aktif dalam karier seni.

Majlis persandingan yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu, turut dimeriahkan dengan letupan bunga api meraikan pasangan pengantin. Antara rakan artis yang hadir, Sharifah Shahira, Ijoy, Nabil (Raja Lawak), Bront Palarae, Sharifah Amani, Shera Aiyob, Zahiril Adzim dan Riz Ainuddin.

Pasangan ini dinikahkan di rumah keluarga Dira di Merlimau, Melaka, Jumaat lalu. Dira menerima wang hantaran RM17,171,17 berserta mas kahwin RM7,777,77. Pasangan pengantin juga berbalas dulang hantaran sebanyak 11 dulang kepada pihak lelaki dan sembilan untuk perempuan.

Dinikahkan jam 4.16 petang di Masjid Merlimau Pasir, majlis bersejarah Dira dan Mohd Helmi turut disaksikan ibu bapa Dira, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dan isteri, Datin Seri Khalijah Mohd Jiddy.

Mohd Helmi mengakui pada mulanya berdebar juga menjelang pernikahannya tetapi apabila semuanya berlangsung dengan lancar dan selamat, macam tak percaya pula dia sudah jadi suami orang.

Bagi Dira pula, dia berdoa ke hadrat Ilahi supaya perkahwinan kedua yang dibinanya bersama Mohd Helmi akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Katanya, dia akan berusaha sedaya-upaya menjaga hubungan mereka sebagai suami isteri dengan baik

Menyentuh soal cahaya mata, kedua-dua mereka tidak membuat sebarang perancangan. Menurut Dira, biarlah Tuhan yang menentukannya. Ujarnya, dia dan suami menerima dengan hati yang terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata segera.

Full content generated by Get Full RSS.

CGI penanda aras baru

Posted: 14 Nov 2011 04:53 AM PST

KATEGORI Kesan Khas Visual Terbaik yang pertama kali diperkenalkan di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), bakal mencuri tumpuan apabila lima filem bertanding, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), Janin, Karak, Khurafat dan Libas.

Pengiktirafan pada karya yang menggunakan teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) ini mampu menjadi penanda aras pada pencapaian filem tempatan.

Begitu juga, penganugerahan Pelakon Harapan Lelaki dan Wanita serta Pengarah sebagai galakan pada penggiat seni agar terus memberikan hasil kerja cemerlang pada masa hadapan.

Untuk kategori Pelakon Harapan Wanita, apakah Nadia Nisaa yang baru saja menang Pelakon Pembantu Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) pada 4 November lalu menerusi lakonannya dalam filem Cun, bakal menang di FFM24?


Nadia bakal disaingi Shera Aiyob melalui lakonannya dalam Karak, Syamira Azmil (Karipap-Karipap Cinta), Shamimie Amalina Norhisham (Klipx 3GP) dan Sara Ali (Nur Kasih The Movie).


Untuk kategori lelaki pula menyaksikan saingan antara Aeril Zafril menerusi Aku Tak Bodoh, Zalif Sidek (Bini-Biniku Gangster), Arja Lee (... Dalam Botol), Adey Syafrien (Flat 3A) dan Sallehudin Abu Bakar (Hantu Bonceng).

Pengarah Harapan pula menyaksikan saingan sengit antara Khir Rahman (... Dalam Botol), Jeffry Chiang (Dilarang Masuk), Jurey Latiff Rosli (Libas), Baldev Singh (Rasuk) dan M Suurya (Sumpahan Puaka).

Keputusan empat kategori ini akan diumumkan pada acara Perasmian FFM24, 16 November ini (esok) sebelum Malam Kemuncak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 November ini.

Pada acara Perasmian FFM24 kali ini, ia mencipta sejarah tersendiri apabila memilih lokasi Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Acara dijangka bermula jam 8 malam akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut diumumkan pada malam pembukaan ialah Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Poster Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Cereka bukan bahasa Melayu Terbaik.

Pengerusi Publisiti dan Tajaan FFM24, Wani Wendy Wong Abdullah berkata, FFM24 meneruskan kelaziman agenda Festival Filem Malaysia pada tahun sebelumnya apabila mengadakan acara perasmian lebih awal sebelum Malam Kemuncak. Ini bertujuan memberi sebahagian anugerah utama manakala selebihnya diberikan pada Malam Kemuncak.

Pada acara perasmian ini, 10 anugerah daripada dua kategori, Anugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta. Konsep pada malam itu nanti lebih pada kasual, tiada karpet merah disediakan pada artis.

Katanya, acara ini menarik kerana dibuat dalam suasana terbuka dan dijangka 3,000 tetamu akan menghadiri acara ini termasuk 1,500 dari kalangan penggiat seni dan artis manakala selebihnya dibuka kepada orang ramai yang digalakkan hadir beramai-ramai.

"Bersama acara penting iaitu penyampaian 10 anugerah FFM24, acara turut diserikan dengan persembahan muzik 40 pemain Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Mereka ini akan memeriahkan persembahan pentas selain memainkan lagu Negaraku secara langsung pada permulaan acara. Begitu juga, rekaan pentas menarik tertera 41 filem yang bertanding pada FFM24 juga akan dipaparkan pada kain latar belakang," katanya.

Wendy mewakili penganjur Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), meletakkan harapan agar acara ini mendapat sokongan ramai penggiat seni termasuk orang ramai untuk turut serta.

"Kesemua 1,500 kad jemputan sudah diedarkan dan jika ada artis yang tidak dapat kad, mereka masih boleh datang kerana kami mempunyai kaunter pendaftaran untuk menyusun tempat duduk mereka.

"Insya-Allah, saya berharap acara ini mendapat sokongan ramai semua pihak agar FFM24 menjadi meriah dan terbaik. Untuk makluman mereka yang akan hadir nanti, masalah tempat letak kereta akan berlaku tetapi penganjur menyediakan bas untuk artis naik dari tempat letak kereta di Tangling dan Taman Tasik Perdana ke lokasi acara.

"Peringatan penting juga buat artis agar makan terlebih dulu sebelum acara bermula kerana acara dijangka habis lewat dan penganjur berharap cuaca malam itu nanti tidak hujan," katanya.

Mengikut perancangan penganjur FFM24, acara perasmian diadakan selepas sidang media Top 5 diumumkan pada 8 November lalu. Sehari selepas Perasmian FFM24, penganjur memfokuskan acara Malaysia Creative Pitch (MC Pitch) yang diadakan di Kompleks Studio Merdeka, Finas, Hulu Klang, Selangor pada 17 November ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Untuk acara MC Pitch yang julung kali diadakan ini, penganjur juga menggalakkan orang ramai tidak kira latar belakang tetapi mempunyai idea kreatif agar mengambil kesempatan hadir.

Sejurus MC Pitch, acara tayangan filem percuma pula diadakan pada 18 hingga 19 November sebelum tumpuan diberikan pada Malam Kemuncak (20 November).

FFM24 mendapat bajet sebanyak RM6.68 juta termasuk pelbagai tajaan dan Malam Kemuncak akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) bermula 8.30 malam untuk karpet merah sebelum acara bermula jam 9 malam.

Sudah tentu kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik paling dinanti-nantikan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Maksiat ‘ayam hutan’

Posted: 14 Nov 2011 10:28 AM PST

KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.

Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.

Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.


Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Beg bergerak-gerak’

Posted: 14 Nov 2011 10:27 AM PST

ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.


Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.


"Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.


"Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. "Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.


Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. "Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. "Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini. "Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. "Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Maut dibaham badak kesayangan

Posted: 14 Nov 2011 08:33 AM PST

KLERKSDORP (Afrika Selatan): Seorang peladang maut dibunuh badak air yang dibelanya sejak haiwan liar itu berusia lima bulan dan dilayan seperti anak sendiri.

Marius Els dilaporkan dibaham berkali-kali Humphrey - nama badak air itu sehingga dia menemui ajalnya pada malam Sabtu lalu.


Media semalam melaporkan, mayat Els, 41, yang mempunyai kesan cedera serius ditemui terapung dalam sungai di kawasan ladangnya di Klerksdorp, wilayah Barat Laut Afrika Selatan.

Awal tahun ini, Els menjadi perhatian ramai apabila gambarnya menunggang Humphrey disiarkan.


Kata Els, Humphrey seberat 1,200 kilogram itu seolah-olah anak lelakinya sendiri.


"Perangainya juga seperti manusia," katanya.

Menurut Els, wujud pertalian unik dan akrab di antara dirinya dengan Humphrey tetapi ia gagal difahami ramai orang.


"Bagi sesetengah orang, mereka menyangka hubungan baik manusia dengan haiwan hanya boleh berlaku jika ia membabitkan anjing, kucing dan haiwan domestik," katanya.

Memiliki ladang seluas 162 hektar, Els berbangga kerana dia mampu menjalin hubungan baik dengan haiwan paling berbahaya di Afrika.


Selain Humphrey, Els memelihara 20 haiwan eksotik berlainan spesies di ladang itu, termasuk zirafah dan badak sumbu.


Bagaimanapun, Els mempunyai hubungan istimewa dengan Humphrey sejak ia dibeli ketika haiwan liar itu berusia lima bulan.


Els juga membina tasik khas untuk Humphrey di ladangnya.


Ketika ini, Humphrey berusia enam tahun.


Menurut Els, dia sedar ada bahaya pada setiap haiwan peliharaannya itu dan sentiasa berhati-hati.


"Jika Humphrey berasa tidak mahu ditunggangi, dia akan mencampak saya seperti seekor kuda," katanya satu ketika dulu.


Mac lalu, Humphrey menyerang dua pemain kenu yang melalui tasik berkenaan untuk ke Sungai berhampiran. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Usahawan Singapura bawa keluarga melancong ke angkasa

Posted: 14 Nov 2011 08:30 AM PST

SINGAPURA: Sepasang suami isteri dan dua anak mereka membayar RM3 juta untuk menempah tempat dalam penerangan pelancongan ke angkasa disediakan syarikat Virgin Galactic, umum syarikat itu, semalam.

Pengarah Komersial Virgin Galactic, Stephen Attenborough, berkata dia menghadiri makan tengah hari bersama seorang lelaki yang menghubungi syarikat itu kelmarin.


"Ketika menikmati hidangan itu, dia bukan saja menandatangani kontrak untuk mendapatkan tempat bagi dirinya, malah dia menempah keseluruhan penerbangan kami," katanya.

Bercakap di persidangan media dan pemasaran, Attenborough berkata, ahli perniagaan itu menyerahkan cek AS$1 juta kepadanya dan meminta butiran mengenainya dirahsiakan.


"Nampaknya ahli perniagaan itu belum memberitahu isterinya," katanya.


Dengan kontrak itu, kata Attenborough ahli perniagaan terbabit bakal menjadi keluarga dari Asia pertama menjadi angkasawan secara serentak.

Virgin Galactic membuka tempahan ke angkasa lepas sejak 2005.


Setiap penumpang dikenakan RM627,000 bagi penerbangan yang boleh memuatkan empat penumpang dan dua juruterbang. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Arivalagan berang

Posted: 14 Nov 2011 08:02 AM PST

P ARIVALAGAN mendedahkan ada dalang daripada kalangan pegawai Malaysia sendiri menjadi punca pengadil bertindak berat sebelah terhadap atlet negara sekali gus menyaksikan skuad karate berputih mata pada hari terakhir pertandingan Sukan Sea ke-26 di Stadium Tertutup Tenis Senayan, Jakarta, semalam.

Selepas meraih empat emas kelmarin, Malaysia sekadar memenangi satu perak dan satu gangsa, masing-masing dalam acara kumite berpasukan wanita dan lelaki, kedua-duanya tumpas di tangan Indonesia.


Lantas Arivalagan, ketua jurulatih negara, menyalahkan pengadil yang lebih memihak kepada pasukan tuan rumah sekali gus menyaksikan anak buahnya gagal menepati sasaran enam pingat emas yang ditetapkan oleh Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), walaupun mereka memenuhi sasaran Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya bagaikan sudah diatur sejak awal lagi," katanya sebaik pasukan wanita negara tumpas 1-2 di tangan Indonesia pada perlawanan akhir.


Arivalagan yang membimbing skuad negara sejak 2004 bagaimanapun enggan mendedahkan nama dalang itu yang dianggapnya cuba untuk memastikan beliau disingkirkan daripada jawatan itu selepas temasya kali ini.


"Saya amat kecewa dengan pengadil. Mereka tidak mahu memberikan mata kepada peserta negara kerana mereka memutuskan sebegitu. Saya tahu siapa orangnya (dalang yang dimaksudkan) selepas saya sekadar berdiam diri selama ini," katanya.

Keputusan berat sebelah pengadil pertandingan menyaksikan Indonesia mengungguli gelanggang karate Sukan Sea dengan mengaut 10 daripada 16 pingat emas yang dipertandingkan.


"Saya bukannya mencari alasan tapi inilah kebenarannya kerana pengadil dari Taiwan sering tidak memihak kepada atlet kita.

"Ia bukan saja berlaku pada Sukan Asia Guangzhou 2010 apabila Jamalliah (Jamaludin) kalah di final kerana keputusan berat sebelahnya tapi juga berlaku hari ini ketika Syakilla Salni (Jefry Krisnan) bertarung dalam detik penentuan selepas terikat 1-1.


"Sayapun hairan kerana pengadil di Singapura yang sebelum ini memihak peserta negara ketika keadaan 50-50 tapi memihak kepada lawan kali ini," katanya.


Bagi acara kumite berpasukan lelaki, Malaysia tunduk 0-3 kepada Indonesia pada separuh akhir sebelum menewaskan Vietnam 3-0 bagi repechage pingat gangsa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak mahu seri

Posted: 14 Nov 2011 07:44 AM PST

SKUAD bola sepak negara tidak perlu bersusah payah untuk mencari slot ke separuh akhir jika Thailand berjaya menewaskan Singapura pada aksi terakhir kempen Kumpulan A Khamis ini.

Malaysia yang akan membuat perhitungan dengan Indonesia pada hari yang sama boleh mengetahui nasib mereka lebih awal memandangkan perlawanan antara Thailand dan Singapura bermula jam 5 petang waktu Malaysia.


Manakala skuad kendalian Ong Kim Swee akan turun beraksi dalam perlawanan paling dinanti menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno jam 8 malam.

Bagaimanapun pengendali negara itu tetap memilih untuk mencari kemenangan ke atas pasukan tuan rumah tanpa mengharapkan ihsan Thailand yang sudah terkeluar daripada saingan selepas tunduk kepada Indonesia 1-3 Ahad lalu.


"Kita belum layak secara rasmi lagi, lebih baik saya menetapkan fokus kepada pemain supaya menewaskan Indonesia.


"Memang atas kertas kita memiliki kelebihan untuk layak dengan hanya seri dengan Indonesia, tapi apa saja boleh berlaku," katanya.

Malaysia kini mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan, dua mata di belakang pendahulu kumpulan Indonesia.


Ketika tuan rumah sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir, Malaysia kini terpaksa bersaing dengan Singapura di tangga ketiga untuk mengisi satu lagi slot.

Dengan kelebihan empat gol dimiliki Malaysia, Singapura tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan besar ke atas Thailand sambil mengharapkan Malaysia gagal mendapat sebarang mata.


Jelas Kim Swee, selain memburu laluan ke separuh akhir, kemenangan ke atas Indonesia pasti akan menyuntik semangat anak buahnya bagi meneruskan misi mempertahankan pingat emas.


"Paling mustahak kita layak dulu ke separuh akhir tanpa mengira siapa yang akan kita tentang pada peringkat itu," katanya.


Jika Malaysia berjaya muncul juara kumpulan, mereka boleh mengelak bertemu juara Kumpulan B antara Vietnam dan Myanmar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Isnin, 14 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Lontar kisah pahit

Posted: 14 Nov 2011 05:34 AM PST

SEBAIK kaki melangkah masuk ke 'istana hinggap' yang dikhususkan untuk golongan asnaf, dikenali sebagai Kompleks Penempatan Asnaf di Kampung Pahang, Kuantan, Pahang, perasaan cuba menyelami dan berkongsi rasa bersama penghuni mengenai bait kehidupan silam masing-masing membuak-buak.

Penulis tidak mempunyai pilihan selain mahu membongkar kisah silam penghuni
di kompleks berkenaan.


Tatkala mula bercerita, terbit rasa sayu dan hiba apabila satu persatu kisah hidup masa lalu dilerai penuh emosi dan ada kalangan warga emas menitiskan air mata ketika bercerita kisah hidup yang penuh ranjau.

Pasrah dan akur dengan ketentuan Ilahi, Hadijah Mat Ali, 60, seakan cuba melontar sejauh mungkin kisah pahit yang mewarnai perjalanan hidupnya sejak ibu angkat tersayang meninggal dunia ketika usianya baru 11 tahun.

Tanpa menyalahkan sesiapa termasuk bapa angkat yang merahsiakan status dirinya, Hadijah meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga dia mendirikan rumah tangga dan meninggalkan kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak untuk mengikut suami merantau.

"Kami mengambil keputusan berpindah ke Pahang dan menjalani kehidupan dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti berkebun, berniaga dan menjadi pe-ngawal keselamatan," ujarnya cuba menyeka air mata yang membasahi pipi.

Hadijah yang tidak dikurniakan cahaya mata terpaksa berpisah dengan suami selepas jodoh mereka tidak panjang.

"Sejak itu, saya hidup merempat, menumpang di sana sini, bekerja tanpa mengira penat sehinggalah tergerak hati memohon bantuan daripada Majlis Agama dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Julai lalu.

"Saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat 'memiliki' sebuah rumah yang sempurna di sini.

"Tiada apa yang lebih membahagiakan saya selain menghabiskan sisa hidup dengan mengabdikan diri kepada Allah melalui al-Quran dan fardu ain yang dipelajari
di sini," katanya.

Bagi Ahmad Wah, 60, yang lebih senang dengan panggilan Pak Ngah, kehidupan serba daif dan melarat membawanya berhijrah ke kompleks berkenaan.

Warga emas berasal dari Kampung New Zealand, Maran dan tidak pernah berkahwin tinggal bersendirian di kampungnya walaupun mempunyai seorang kakak.

Ahmad tidak mahu menyusahkan kakaknya yang sudah uzur dan lebih selesa tinggal berseorangan sambil mengusahakan kebun pisang, betik dan ubi kayu.

"Tetapi sejak diserang pelbagai jenis penyakit, saya tidak dapat bekerja dan mengharap-kan bantuan jiran sehingga mereka membuat keputusan untuk menempatkan saya di sini.

"Selain menghabiskan masa belajar agama di surau, kami membela ikan di kolam dan berkebun di belakang rumah untuk menghabiskan waktu terluang," ujarnya yang meng-usahakan tanaman betik dan mempelam di belakang rumah-nya di kompleks berkenaan.

Dua saudara baru, Ahmad Shukri Sugumaran Abdullah, 62, dan Fatimah Abdullah, 67, bersyukur kerana mempunyai tempat berlindung sempurna berbanding sebelumnya.

Ahmad Shukri memeluk Islam sejak 25 tahun lalu mengakui melakukan pelbagai pekerjaan sejak berpisah dengan keluarga yang tidak rela melihat dia menukar agama.

"Ibu mahu saya meneruskan kehidupan sebagai seorang Islam dan tidak sesuai menetap bersama mereka. Sedih tetapi saya akur dengan permintaan ibu.

"Saya ingin berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub yang sudi mendengar rentetan peristiwa 'pahit' masa silam saya hingga membolehkan saya berada di kompleks ini," katanya yang suka berkebun dan membersihkan kawasan persekitaran bagi memenuhi masa lapang.

Ahmad Shukri berkata, setiap hari dia ke surau untuk mengaji dan belajar fardu ain dan dibawa ke masjid negeri pada hujung minggu untuk belajar agama dengan lebih mendalam.

"Alhamdulillah, saya beroleh ketenangan dan menjalani kehidupan lebih baik sebagai seorang Islam dan ingin terus berkhidmat di sini," katanya yang berasal dari Bentong.

Fatimah yang memeluk Islam sejak 16 tahun lalu berkongsi pengalaman sama dengan Ahmad Shukri yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk meneruskan kehidupan.

"Selepas memeluk Islam saya berpisah dengan suami dan meneruskan kehidupan sendirian tanpa arah tuju dan tiada tempat bergantung.

"Saya ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kuala Lumpur untuk mendalami Islam dan selepas beberapa tahun di sana, saya berpindah ke Kuantan untuk mencari pekerjaan," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Walaupun mengalami sakit lutut, Fatimah bijak menggunakan masa lapangnya dengan bertanam sayur-sayuran dan pokok bunga di rumahnya untuk mengelak rasa bosan.

"Saya berpeluang mendalami al-Quran, menjalani kehidupan Muslim sejati yang saya belum sempurnakan suatu ketika dahulu dan menikmati kehidupan hari tua dalam suasana yang jauh daripada keluarga sebenar," katanya.

Warga emas dari Kampung Mat Kilau, Jerantut, Jumat Togak, 75, bersyukur kerana mendapat perlindungan di kompleks berkenaan selepas sekian lama duduk bersendirian di kampungnya.

"Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah yang prihatin dengan nasib saya yang tinggal sendirian di rumah dan mengharapkan ihsan penduduk kampung.

"Saya suka berkebun kerana ia dapat menyihatkan badan dan saya suka memberi ikan makan kerana ia begitu tenang dan mendamaikan.

"Saya tidak pernah merasai kebahagiaan seperti ini sebelumnya," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkongsian hidup bersama bekas isteri.

Walaupun mempunyai keluarga yang mampu menjaga dan menguruskan makan minum-nya, Siah Usman, 80, pula memilih untuk menjadi penghuni di kompleks berkenaan untuk mendalami agama.

"Saya mahu belajar agama, beramal ibadat dan solat berjemaah bersama penghuni di sini yang jarang dapat dilakukan di rumah kerana masalah kesihatan.

"Walaupun pergerakan saya terhad kerana sakit lutut dan sendi, saya gagahkan diri untuk ke surau mengaji dengan kawan-kawan," katanya yang berasal dari Kampung Kempadang, Kuantan.

Sementara itu, Penolong Pengurus Kompleks Penempatan Asnaf, Nor Rosyidah Mohamed Tahir, berkata seramai 24 asnaf terpilih menetap di situ berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan.

"Kami terlebih dulu menyiasat latar belakang bakal penghuni dan melihat kemampuan mereka menguruskan diri.

"Antara syarat kemasukannya ialah beragama Islam, fakir, miskin, mualaf, ibu tunggal, warga emas dan tidak menghidap penyakit kronik dan bermastautin di Pahang," katanya.

Nor Rosyidah berkata, dia gembira kerana diberi amanah menjaga penghuni sejak kompleks itu beroperasi Oktober tahun lalu.

"Hati orang tua, kita harus faham. Mereka mudah terusik dan jika tersilap cakap, boleh merajuk. Mereka dahagakan curahan kasih sayang daripada anak-anak dan keluarga tetapi ada antara mereka yang tidak mempunyai keluarga malah ada yang tidak pernah berkahwin," katanya.

Nor Rosyidah berkata, dua anak lelakinya, Abdul Hadi Abqari Mohd Shaharuddin, 4, dan Abdul Hannan, 2, menjadi pengubat sepi, penawar dan teman setia kepada penghuni di situ.

"Anak-anak saya mesra dengan datuk dan nenek tidak rasmi mereka dan saya tidak sampai hati menyekat kebebasan anak-anak untuk bermesra dengan penghuni di sini.

"Saya juga terharu kerana mereka menganggap saya seperti anak sendiri dan hubungan saya dan semua kakitangan kompleks memang rapat," katanya.

Menurutnya, Kompleks Penempatan Asnaf bernilai RM3.5 juta dirasmikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 22 Mac 2011 dibina di atas tanah wakaf seluas kira-kira 1.8 hektar menempat-kan 10 unit rumah berkembar 20 bilik dan dua blok rumah teres 10 bilik.

Ia turut menyediakan kemudahan tempat rehat dan rekreasi, surau, dewan makan selain ruang untuk melakukan aktiviti berkebun dan menternak ikan sebagai terapi minda dan kesihatan penghuni.

Antara aktiviti diadakan ialah kelas pengajian agama Islam dengan fokus kepada mengaji al-Quran, kelas fardu ain, fardu kifayah dan kelas kemahiran hidup serta rawatan perubatan secara percuma dan diurus tadbir oleh Maip.

Full content generated by Get Full RSS.

Istikharah Sang Perindu (Siri 15): Jawablah pertanyaan hati sendiri

Posted: 14 Nov 2011 05:00 AM PST

AKU masih di kampung, hati masih berlibang-libu. Inilah ujian paling getir yang aku tempatkan diriku sendiri untuk menghadiri program induksi modul sendiri. Manalah tahu, kalau kaedah ini berjaya, aku akan jadikan ia sebagai program motivasi untuk remaja yang keras kepala, degil dan panas baran macam aku.

Ewah, jadi pakar motivasi nantinya aku. Dalam hati aku, Kak Ika tersenyum.

Sudah tiga bab catatan hati Kak Ika yang diposkan. Tiga hari aku baca. Aku tahu, ini cara terkini yang Kak Ika usahakan untuk tambat hati aku. Baru tiga, kata nenek, kalau nak berkat dan mustajab amalannya, kena berterusan selama dua puluh satu hari. Kalau terlupa kena ulang balik. Kak Ika kena poskan lapan belas bab lagi, maknanya aku kena tinggal di kampung, lapan belas hari lagi. Insya-Allah, aku akan cuba.

Selepas Isyak, sementara menunggu Pak Long balik dari masjid, aku melepak di ambin, ambil angin. Mak Long temankan aku. Aku dengarkan sahaja mak Long bercerita.


Hati Mak Long tersayat. Dia tidak punya anak lain, hanya Kak Ika. Hanya Kak Ika yang pernah berkongsi nyawa dengannya. Dia anak manis yang tidak pernah menyakitkan hati. Tetapi kuasa Tuhan siapa yang tahu, dia diuji dengan ujian paling besar. Lebih besar daripada tsunami, yang kalau tidak ditangani dengan hati-hati, semuanya musnah. Kata Mak Long, Allah turunkan ujian kepada hamba-hamba-Nya yang mampu menanggung ujian itu dan dia antara yang dipilih untuk diberi ujian itu. Semakin besar ujian, semakin besar ganjarannya. Semakin tinggi darjat hamba Allah itu.


Iya, itulah suara hati seorang ibu pakar motivasi yang menjadikan segala rindu dan rasa tidak kesampaian sebagai pembakar semangat untuk menjadi insan yang hebat cintanya pada qada dan qadar Allah. Dialah Mak Longku, seorang bidadari Melayu tercantik peri lakunya di dunia ini. Di dunia hatiku!

Kak Ika anak terbaik yang Allah berikan kepadanya. Mak Long amat mengasihinya.
Sebelum aku pulang, minggu lalu, beratus kali Mak Long ingin fon beritahu, dia dan Pak Long sihat. Tapi Pak Long tidak keluar rumah sepanjang hari. Batuknya menjadi-jadi.

Bagaimana Mak Long mahu fon Kak Ika? Terasa-rasa Pak Long perhatikan gerak gerinya. Kalau Pak Long tahu Mak Long fon Kak Ika, sepanjang hari Mak Long kena marah. Menjadi isteri, terpaksa Mak Long mengalah.

Mak Long benar-benar serba salah. Di sini suami, di sana anak. Dia sayangkan kedua-duanya. Perempuan mana yang jadi ibu tidak sayangkan anak? Perempuan mana yang jadi isteri tidak sayangkan suami?

Mak Long sayangkan kedua-duanya. Amat sayangkan mereka. Tetapi takdir Mak Long, dia tidak boleh sayangkan dan kasihkan kedua-duanya sekali. Kedua-dua insan yang disayangi dan dikasihi seluruh hati itu tidak diberi haknya untuk dicurahkan sepenuh kasih sayang dan tinggal serumah.

Malam-malam di perkampungan, hati Mak Long teringat-ingat anak tunggal berbudi itu. Tidak, Mak Long tidak pernah lupakan Kak Ika. Unggas malam sahut bersahutan. Suara cengkerik, burung jampuk, burung tukang masih tidak mahu diam.

Ibu masih di rumah nenek. Nenek tidak berapa sedap badan, aku terpaksa hantar
Mak Long pulang. Sekejap lagi kalau tidak ada aral melintang, aku akan kembali ke rumah nenek semula. Mujur Kak Ika beria-ia suruh aku dapatkan lesen memandu dan belikan aku kereta, kalau tidak, tidak dapatlah aku tunaikan tanggungjawab besar pada keluarga yang aku sayangi ini.

Aku terdengar bunyi batuk lelaki tua tujuh puluh dua tahun. Itulah batuk abadi Pak Longku yang sudah kudengar entah berapa puluh tahun. Batuk seorang lelaki perokok tegar yang degilnya bukan kepalang.

"Kalau nak mati, mati juga, berapa ramai orang yang mati tak hisap rokok? Hah, berapa ramai pula orang yang mati sebab hisap rokok?"

Aku pandang sahaja muka Pak Long yang dia rasa dia hebat sangat itu. Aku nak cakap apa? Tak kuasa aku nak bergaduh dengan dia sebab rokok. Tidak menyumbang kepada kebijaksanaan aku langsung, kalau dia rasa dia bagus sangat, biarlah dia tanggung kebagusan dan kebijaksanaan dia itu.

Aku nak tunggu dan lihat.

Itu pun dia, lelaki tua yang rasakan dia hebat itu, masih terbatuk-batuk.
Berangin di hujung anjung. Berkali-kali aku dengar dia mengeluh. "Aduh, sakitnya dada aku ni, Maheran."

Terdengar batuknya payah sekali. Aku nampak Mak Long jadi cemas. Mak Long urut belakangnya.

"Batuk Abang Aji semakin menjadi-jadi." Mak Long bangun ke dapur. Ambil ubat batuk, Mak Long tuangkan ke sudu besar. Dia hulurkan kepada Pak Long. "Minum ubat ni Abang Haji."

Pak Long masih terbatuk-batuk. "Dah, dah, aku tak mahu makan ubat tu lagi dah. Aku tak mahu."

Mak Long masih tidak jemu memujuk. "Kalau tak minum macam mana abang nak baik."

Pak Long masih berdegil.

"Abang Aji janganlah degil. Minum sajalah ubat batuk ini. Tekak gatal, saya dah rendamkan air asam jawa. Siang tadi saya rendam kembang semangkuk, Abang Haji minumlah. Kalau tak, demam nanti."

"Naik kebas lidah aku telan ubat. Tak hilang juga batuk aku."

"Bila? Masa bila Abang Haji minum? Tak luak-luak pun ubat batuk."

"Kau mana tahu?"

"Apa yang tak tahunya, bukan ada sepuluh botol pun ubat batuk dalam rumah ini.
Sebotol itu sajalah. Bukan ada dua puluh orang pun tinggal dalam rumah kita, kita dua orang saja."

"Sama sajalah, minum atau tidak. Batuk aku macam ini juga."

"Sayang sangat nak berhenti merokok. Kenapa?"

"Kalau tak merokok, risau hati ini semakin menjadi-jadi. Kau mana tahu?"

"Abang Haji sengaja cari penyakit. Risau apalah sangatnya. Saya tahu, abang teringkatkan Ika."

Batuknya semakin menjadi-jadi. Suaranya tersekat. Tidak dapat teruskan kata, diganggu batuk yang bersangatan.

Aku dengar Mak Long memujuk. "Abang Haji, saya panggil dia balik ya?"

Pak Long mula marah. "Ja..jangan." Terbatuk-batuk.

Mak Long yang budiman teruskan pujuk. Aku pula rasa tak sabar melihat perangai buruk Pak Long. Aku tahankan kaki untuk terus diam di tangga. Aku matikan diri mendengar suara Mak Long yang lembut macam bayu tengah malam. Dia memang seorang bidadari. Seorang permaisuri. "Jangan macam tu bang, siapa pun dia, dia tetap anak kita. Sampai bila abang nak berdendam dengan dia?"

Pak Long semakin marah. Aku rasa dia memang seorang ayah yang paling bodoh dalam dunia ini. Aku betul-betul sakit hati. Tapi demi Mak Long yang sangat aku hormati, aku pujuk hati mendengar suami isteri itu berbual.

"Aku tak mahu bu...budak tu. Budak tu." Suara Pak Long tersekat-sekat. Aku bersorak dalam hati, padanlah muka dia. Degil sangat. Hisap lagi rokok.
Hisaplah banyak-banyak sampai dua tiga lori. Hisaplah. Hisaplah! Degil. Orang cakap bukannya nak dengar. Ada telinga buat-buat pekak. Pekak betul-betul nanti, baru tahu.

"Tapi bukan kehendak dia nak jadi semua itu bang. Syafikah tidak bersalah.
Budak itupun tak berdosa. Dia cucu kita bang. Dia darah daging kita."

"Bukan, dia bukan darah daging aku."

Aku sudah tidak tahan menanggung sabar. Tetapi suara sebak Mak Long, aku tidak jadi melangkah.

"Saya bukanlah pernah mengandung sepuluh orang anak. Hanya dia seorang. Semua orang dalam dunia ini tak mahu nasib buruk, Abang Haji. Kalau boleh kita nak nasib kita baik sampai mati. Tapi kita siapa? Siapa kita nak lawan takdir Tuhan?"

"Dia anak tidak kenang budi."

Aku dapat rasakan hati Mak Long yang pilu. Hati ibu mulia itu semakin pilu.

"Abang Haji yang tak mahu terima dia. Buruk baik dia, dia tetap anak kita. Kita ada anak lainkah Abang Haji?"

"Tak ada pun tak apa. Kalau ada anak pun macam tak ada anak, nak buat apa."

"Dia tak pernah lupakan kita Abang Haji."

"Tapi dia dah kecewakan hati aku."

Mak Long yang mulia, yang bidadari yang permaisuri menahan sedih. "Berapa kali lagi saya nak cakap, itu bukan kehendak dia. Bukan kehendak dia, Abang Haji."

"Penat aku didik dia, jadi anak yang baik. Ha, tapi tapi itu balasan dia pada aku. Apa lagi yang tak cukup aku berikan? Cakap? Apa lagi?"

Mak Long masih tenang.

"Semuanya cukup, bang, Syafika memang anak yang baik. Semua orang tahu, dia anak yang baik bang."

"Baik apa? Baik apa? Tergamak dia malukan aku satu kampung. Baik apa?"
"Tapi itu bukan kehendak dia."

"Dia yang cari bala."

"Kenapa abang tak percaya pada qada dan qadar Allah?"

"Aku ni imam, Maheran. Imam kampung ini. Berani kau cakap macam tu."

"Sebab Abang Haji imamlah, Abang Haji sanggup buat macam tu. Abang Haji malu dengan orang kampung."

"Dah, aku tak mahu dengar apa-apa lagi."

"Abang Haji, kasihanilah Syafika Abang Haji. Dia tak bersalah. Dia tak berdosa. Dia teraniaya. Dia anak kita bang. Dia anak kita."

"Aku tak mahu dengar." Pak Long membentak.

Aku tahankan kaki agar tidak melangkah keluar. Aku tahan mulut agar tidak keluarkan kata-kata yang melukakan hati Pak Long, walaupun kata-katanya yang celupar boleh melukakan hati sesiapa saja. Untuk membela Kak Ika, aku pujuk hati untuk bersabar.

Tunggu Pak Long, tunggu, buku akan bertemu ruas juga! Aku urut dada, menahan sabar!

Dalam tidak mahu berfikir, aku teringat Kak Zura dan Abang Farhan. Sebenarnya aku tidak pernah pun padamkan fikiran aku untuk tidak berfikir tentang kedua-dua manusia yang tidak takut azab kubur dan api neraka itu. Mereka membesar sama dengan aku, disajikan cerita Hukama yang derhaka pada ibunya yang mengalami sakaratulmaut yang amat susah, sehinggakan Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat menyediakan kayu api untuk membakar jasadnya sekiranya ibunya tidak mahu memaafkan dia.

Kami membesar dengan cerita yang sama, cerita dari mulut nenek, tetapi apabila kami membesar mengapa perasaan membesar hanya dalam fikiran dan diri aku?

Hairan sungguh aku. Tidak takutkah dia akan api neraka? Mereka berani berbuat tidak baik pada ibu. Kak Zura berani meninggalkan anak dan berani melupakan apa yang dia pernah miliki. Mengapa dia seberani itu? Mengapa dia takut menjadi berani?

Hubungan aku dengan Kak Zura dan Abang Farhan masih belum sejernih seperti yang aku harapkan, tidak ada maknanya aku mahu membina hubungan dengan orang lain.
Aku suruh Pak Long lupakan niat suci hatinya itu, aku takut nanti kesucian niat itu akan dicemari perangai aku yang banyak menyakitkan hati dia.

Kata Kak Ika, keberanian datang apabila kita tahu kita tak mungkin menang dan terus mencuba di saat kita rasa, kita akan kalah. Tidak ada jaminan pada perasaan sendiri, kata Kak Ika lagi. Kadang-kadang kita rasa selesa tetapi hanya untuk seketika.

"Rasa selesa itu palsukah Kak Ika?" aku bertanya bingung.

Kak Ika mengangguk dan tersenyum. "Untuk tidak palsu, lakukan dengan istiqamah. Istiqamah lakukan perubahan. Lebih cepat kita dapat menerima perubahan itu, kehidupan akan lebih bermakna, akan lebih berharga."

Lama aku berfikir. Kenapa Allah berikan Kak Ika pada aku? Aku dibesarkan dengan hati, dengan fikiran dan dengan segala ilmu yang ada pada Kak Ika, tetapi mengapa perangai aku tidak sebaik dia? Kalaulah dapat sedikit sabarnya pun sudah cukup baik. Hemm entahlah!

Berkali-kali aku cuba untuk jadi manusia penyabar, tetapi sifat semula jadiku masih mendominasi hati dan perasaan aku. Dan kali ini, bukanlah kali pertama aku hadirkan dia dalam kelas motivasi paling eksklusif, seorang mentor, seorang mentee, tapi aku masih juga macam aku.

"Jehan nak buang marah dan panas baran, kadang-kadang berjaya, kadang-kadang hancur, kadang-kadang ke laut."

"Ujian dan cabaran paling besar untuk berjaya ialah takut gagal. Jehan kena bunuh rasa takut itu kerana ketakutan yang negatif itu berikan Jehan kegagalan.
Jangan takut pada kegagalan, kerana sekiranya kita tidak pernah gagal kita tidak pernah belajar dan tidak mahu belajar akhirnya kita selesa berada di tempat dan kita tidak bergerak, tidak berkembang dan tidak ke mana-mana.
Semakin kita rasa susah untuk mendapatkan sesuatu kita akan menjadi semakin berpengalaman dan semakin kuat dan hebat."

Terlopong aku mendengarnya. Aku rasa kata-kata itu terbang dalam kapal angkasa yang mustahil untuk aku dapatkannya.

"Mak hai, macam mana nak dapatkannya Kak Ika? Dikerat lapan pun tak mungkin Jehan dapat. Hui, susahnya nak jadi baik, nak jadi hebat macam Kak Ika."

Kak Ika peluk bahu aku. Ditepuk-tepuknya berkali-kali. "Jehan dah dapat pun.
Dalam diri Jehan dah ada benda ini semua."

Aku pandang Kak Ika satu macam. "Kalau nak ambil hati Jehan pun, berpada-padalah Kak Ika."

"Jehan, ketika kita berfikir, berusaha untuk memajukan diri, kita akan selalu rasa terseksa. Penyeksaan itu satu perlawanan antara mahu dengan tidak.
Perlawanan itu mencetuskan tenaga bergerak yang luar biasa, seperti tenaga di gelanggang padang bola sepak yang dihimpun daripada 22 pemain yang sedang berjuang. Tenaga itu ada dalam diri kita."

Aku tak tahu nak cakap apa. Terpesona dengan kata-kata semangat daripada pakar motivasi itu.

"Jehan sudah pun jadi pemimpin pada diri Jehan sendiri."

Aku pandang Kak Ika terkebil-kebil.

Dia pandang aku penuh kasih sayang. Itu yang jadikan aku selalu lemah. Hari itu aku hampir menampar muka Zurin, budak Kuala Lumpur yang marahkan mamanya yang datang melawat di kolej, akhirnya sebab takutkan aku, dia turun juga. Pernah juga aku terajang seorang mat rempit yang meragut beg Olin. Lintang pukang dia lari. Hish, ilmu silat dan taekwando jadikan aku bertenaga satu macam. Bukannya aku tidak teringin menjadi perempuan Melayu terakhir macam Kak Ika, tetapi panas baran yang masih kental dalam hati aku, hemm, jauh panggang dari apilah aku boleh jadi selembut Kak Ika.

"Jehan, seorang pemimpin adalah orang yang tahu jalan dan menunjukkan jalan.
Apakah kita perlukan orang lain untuk menjawab semua soalan yang ada dalam hati dan perasaan kita?" Suara kak Ika masih lembut, masih sejuk macam angin fajar di subuh akhir Ramadan di halaman masjid kampung kami.

"Kadang-kadang."

Aku teringat Olin yang ada krisis dengan keluarganya dan merajuk tak mahu pulang. Dia ke Singapura membawa diri. Aku berjanji esok atau lusa, aku akan cari dia.

"Sebenarnya tak perlu, kerana jawapan itu dalam dalam diri sendiri. Siapa yang memberi persetujuan hati untuk mengarahkan anggota badan untuk bertindak?"

"Hati kita sendiri."

"Iya kenapa? Kerana hati adalah raja dalam kerajaan negeri kita. Kita tahu jalan mana yang kita pilih, kalau tersalah pilih, kita minta petunjuk dari Allah. Jehan fikirlah, ada tak orang nak, yang boleh sakitkan hati kita, yang pandang rendah pada kita? Ada? Kalau ada, siapa yang izinkan?"

"Diri kita sendiri?"

"Iya, kerana apabila kita berfikir tentang ketakutan, akan menderita tanpa sebab kalau kita tidak berusaha mencari punca ketakutan itu. Kerana ketakutan itu sangat bahaya. Rasa takut lebih buruk daripada ketakutan itu sendiri."

Aku terangguk-angguk. "Ada kunci untuk berubahkah Kak Ika?"

"Ada, buka rasa takut itu dan lepaskannya keluar dari dalam hati dan fikiran.
Semakin banyak rasa takut yang kita lepaskan keluar, kita semakin mampu pergi lebih jauh."

"Ia takut yang tidak menyumbang kepada kebaikan. Tetapi takut yang menyumbang ke arah kebaikan?"

"Biarkan dia di tempatnya.

Kita tak perlu tunggu untuk lakukan sesuatu sehingga sesuatu itu sampai sendiri, sampai bila pun ia tidak akan sampai. Kita kena mencuba dan terus mencuba, walaupun banyak cubaannya dan tidak ada jaminannya, tetapi kita kena selalu ingat, melangkah setapak atau sedepa, pilihannya di tangan kita, yang menggerakkannya kaki kita, yang putuskannya hati dan fikiran kita."

Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang jatuh. Aku berlari ke serambi. Tidak percaya apa yang aku lihat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved