Jumaat, 28 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Mempelai langsing, anggun

Posted: 28 Sep 2012 07:10 AM PDT

SELAIN pakaian pengantin, pemilihan sepatu dalam persandingan tidak harus dipandang ringan. Selain berperanan memberikan keselesaan kepada si pemakai, pelindung kaki ini mampu memberikan imej menawan, segar dan memikat terutama apabila berjalan menuju singgahsana bersama pasangan.

Biasanya sepatu dihasilkan sedondon dengan pakaian, tetapi ada juga yang berlainan warna mengikut kegemaran pengantin. Apa yang menyerlahkan sepasang sepatu bukan saja pada warna, tetapi fabrik dan perhiasan digunakan.

Berkonsepkan Golden Touch I, Galeri Saiful Sin Couture memperkenalkan rekaan sepatu unik inspirasi daripada gaya segar dan menawan. Pemilihan warna memainkan peranan penting apabila jenama ini mengetengahkan rona terang seperti biru, kuning keemasan, hijau, merah dan merah jambu pada sepasang sepatu bersama perincian manik pada hadapan dan sisi kasut.

Rekaan unik dan memikat ilham dua pereka muda, Saiful Amar dan Saiful Alif ini sesuai digayakan mempelai sama ada untuk majlis perkahwinan di taman atau dewan.


"Mempelai pasti mengimpikan sepatu khayalan dengan sedikit kelainan pada potongan serta perincian manik digunakan.


"Justeru, menerusi sedikit tinjauan kami akur dengan sedikit sentuhan glamor, moden dan elegan yang menjadi inspirasi dalam menghasilkan rekaan," ujar Saiful Amar.

Menampilkan lapan rekaan kasut dengan warna terang disulami perincian manik pada bahagian tertentu, setiap padanan berada dalam kelas tersendiri. Lebih penting kasut digayakan mampu membuatkan mempelai bertambah langsing dan anggun.

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat tempahan mengikut rekaan serta warna pilihan di Galeri Saiful Sin, Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Koleksi klasik tampak elegan

Posted: 28 Sep 2012 05:48 AM PDT

POTONGAN yang tepat serta fabrik nipis memainkan peranan utama pada penampilan koleksi terkini diketengahkan The Dude & Duchess.

Ia memberi penghormatan kepada rekaan koleksi klasik yang masih digemari sehingga kini oleh pencinta fesyen seluruh dunia.

Diperkenalkan pada September lalu, rekaan koleksi The Other Side of Paradise dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada The Great Gatsby.

Kisah di sebalik The Other Side of Paradise itu menceritakan mengenai pertemuan golongan bangsawan yang menghimpunkan pemuzik jazz, artis, penulis sastera dan mereka yang terbabit dalam wacana sosial dan politik.


Dalam acara berkenaan, mereka dihimpunkan dalam suasana indah dengan kehadiran sofa baldu dan tirai rona gelap. Si jejaka mengenakan gaya rambut ke belakang bersama baju rona hitam.


Golongan wanita bangsawan pula menampilkan gaya menawan dan bergemerlapan dengan gaun sifon lengkap bersama rantai mutiara panjang.

Dilengkapi bayangan simetri dan elemen perincian yang indah, ia menampilkan lagi keunikan rekaan gaya klasik untuk peminatnya.

Meraikan gaya yang terkenal pada era 20-an, ia digemari kerana rekaannya yang ringkas, tetapi tampak elegan dan fabrik digunakan pula menonjolkan lagi keanggunan si pemakai.

Lipatan di bahagian dalam baju, skirt dan top bercetak digayakan bagi mereka yang berani. Tampak menarik apabila rekaannya diterjemahkan melalui corak garisan atau ilusi.

Fabrik nipis seperti sifon, georgette dan jersi menambah sentuhan halus untuk wanita bangsawan menonjolkan penampilan yang lembut manakala kain kapas serta twil membuatkan si jejaka tampak kemas.

Untuk musim ini, warna klasik dan bersahaja masih dikekalkan melalui penggunaan fabrik yang meniru kembali rona Zaman Batu.

Hijau buah zaitun, perang, merah jambu pudar dan ungu gelap bersama sentuhan ton coklat gelap serta keemasan bagi mewujudkan impak yang lebih menarik.

Rona hitam dan kelabu pula masih menjadi kegemaran buat si jejaka dan wanita yang ingin mengekalkan gaya klasik ketika berjumpa teman seangkatan.

Bermula pada harga antara RM129 hingga RM299, koleksi menarik yang ditampilkan boleh dimiliki di cawangan jenama berkenaan di Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery, Tangs 1 Utama dan Isetan, KLCC.

Untuk maklumat lanjut, layari, www.dudeandtheduchess.com, fashionvalet.net atau zalora.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Serbu dua stor DVD serentak

Posted: 27 Sep 2012 04:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dua stor menyimpan cakera video digital (DVD) dan cakera padat (CD) filem serta lagu cetak rompak dari luar negara di Jalan Tun HS Lee dan Jalan Silang, di sini, diserbu petang semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu, sebanyak 83,000 DVD dan CD dirampas dengan anggaran nilai RM100,000.


Serbuan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas, Abd Halim Anen dengan kekuatan 50 pegawai dan anggota menyerbu dua premis terbabit serentak pada jam 6 petang.

Abd Halim berkata, ketika serbuan kedua-dua premis itu tidak berpenghuni dan siasatan mendapati DVD dan CD di situ disasarkan untuk pasaran warga asing di Malaysia.


"Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan ke atas kedua-dua premis itu disyaki dijadikan stor," katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, kedua-dua premis terbabit tidak memiliki lesen dan jika sabit kesalahan mereka yang terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Penempatan gelandangan

Posted: 27 Sep 2012 04:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan sebuah pusat penempatan sementara golongan gelandangan bagi mengatasi masalah golongan itu di ibu negara.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, ketika ini DBKL sudah mengenal pasti satu kawasan seluas dua hektar untuk dijadikan pusat perlindungan sementara itu.


"Barangkali kami akan bersama kementerian berkenaan untuk membina satu pusat bagi penempatan sementara mereka (golongan gelandangan) terutama rakyat Malaysia yang tiada rumah dan tidur di bawah bangunan atau jambatan.

"Ada sesetengah mereka itu bekerja, tetapi memilih untuk tidak menyewa rumah dan lebih suka tinggal di bawah jambatan kerana dapat menjimatkan bayaran sewa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perbarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 2012 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, semalam.


Majlis dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Hadir sama, Timbalannya, Datuk M Saravanan dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop.


Ahmad Phesal berkata, satu pusat diperlukan bagi membolehkan bantuan kepada golongan ini oleh 13 badan bukan kerajaan (NGO) setakat ini diselaraskan.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata, statistik tindakan undang-undang sepanjang lapan bulan pertama tahun ini menunjukkan 66,708 notis kesalahan dikeluarkan dan 90 peratus daripadanya kesalahan lalu lintas.


"Jabatan Penguatkuasaan juga menyita 2,294 penjaja tanpa lesen selain 149 orang sudah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki penjaga parkir kereta haram.

"Sebanyak 324 notis kesalahan juga dikeluarkan kerana tidak menggunakan jejantas dengan kutipan kompaun serta-merta RM7,598," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Punggung lebam ‘diketuk-ketuk’

Posted: 27 Sep 2012 04:56 PM PDT

GOMBAK: "Selepas berbaring, perawat itu meletakkan ranting kayu di celah kaki dan mengepit menyebabkan saya menjerit kesakitan. Tapi, dia tak peduli dan terus mengetuk seluruh tubuh saya termasuk muka dan kepala dengan ranting kayu selama dua jam.

"Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya minta dia berhenti, namun tak dilayan kerana dia mendakwa ada syaitan dalam tubuh saya yang perlu dihalau dengan menggunakan kaedah itu."

Itu kata wanita dikenali sebagai Linda, 42, yang lebam teruk di beberapa anggota tubuh terutama punggung selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan alternatif, dekat sini, yang menggunakan kaedah 'ketuk-ketuk.'

Tidak puas hati dengan layanan diterimanya, Linda yang terpaksa menerima rawatan di hospital turut membuat laporan polis.


Linda mendakwa dia musykil dengan kaedah digunakan pusat rawatan terbabit kerana lelaki yang memberi rawatan turut menghalangnya membaca ayat suci al-Quran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Tak hirau ditembak

Posted: 27 Sep 2012 04:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Walaupun terkena tembakan, saya masih sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki penjenayah terbabit sebelum pengsan," kata anggota polis Unit Peronda (MPV), Koperal R Subramaniam, 52, yang cedera di perut selepas ditembak empat lelaki dalam kejadian di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

Beliau yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam, berkata, sebaik dua daripada empat lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arahnya dan rakan setugas, Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, mereka membalas tembakan itu sehingga dia akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

"Kejadian berkenaan langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara," katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam.

Beliau yang sudah 31 menjadi anggota polis, akan terus berbakti dengan pasukan dan negara.


Sementara itu, Ismail berkata, polis bangga dengan keberanian dua anggota terbabit yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas membanteras jenayah di negara ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Memori tercipta di Shanghai

Posted: 27 Sep 2012 06:51 AM PDT

PANDANGAN terus tertumpu pada satu fokus yang tidak henti melambai, manis lengkap bertudung hitam, senyum yang terukir bagai menceritakan perasaan yang lama disembunyikan.

Realitinya, lebih sejam menanti di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang kelmarin itu berbaloi dengan segala macam cerita yang dikongsikan.

Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali Shila Amzah terharu kepulangannya dinanti dan disambut meriah.

"Alhamdulillah. Akhirnya...," ucap si pemilik wajah jelita ini tatkala semua media datang berhimpit mendekatinya.


Bak lagunya sendiri Memori Tercipta, penyanyi muda itu memperoleh kenangan terhebat dalam sejarah kerjaya seninya. Dia kini superstar baru Asia. Siapa pernah menduga, bintang muda berbakat besar berusia 22 tahun itu punya peluang luar biasa apabila diangkat menjadi juara Asian Wave 2012 sekali gus menewaskan wakil-wakil dari negara Asia lain di Shanghai minggu lalu.


Itulah hakikatnya. Meskipun kemenangan itu disifatkan rezeki dan ketentuan, sesuatu yang sukar disangkal adalah usahanya selama ini dan kesungguhannya yang tidak sesaat terpadam dalam mengejar impian.

Jelas Shila yang pulang ditemani ayahnya, N.D Lala, ibu dan Pengurus Besar Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu, pengiktirafan yang diterima adalah cenderahati terindah buatnya yang sekian lama menanti.

"Bukan sehari dua saya berdiri dalam industri muzik sebaliknya lebih sedekad lamanya saya bertahan memperkenalkan nama dan bakat. Adat industri tempatan kita, ia tidak besar mana dan peluang ke depan bukan semudah yang dilihat. Saya berusaha dan terus meletak sepenuh kesungguhan sejak dulu semata-mata ingin mengejar impian.

"Mujur adanya ayah dan keluarga yang tidak pernah lupa menyokong. Mereka adalah inspirasi dan pembakar semangat untuk saya terus memacu langkah ke depan dan tidak sekali putus asa walaupun dugaan dan cabaran yang datang bukan kecil anak. Saya tempuh seribu satu kemelut namun alhamdulillah semuanya saya lewati dengan kemas.

"Justeru apabila berjaya menawan hati kesemua enam juri di Asian Wave 2012 dan memberikan sebuah persembahan yang berjaya memancing perhatian mereka, saya fikirkan ia adalah pencapaian terbaik dalam kerjaya nyanyian saya selama ini. Inilah yang dikatakan rezeki dan ketentuan yang saya percaya sejak dulu.

"Memegang pesan ayah sejak dulu, kerja keras dan usaha bagaimana sekali pun saya sebelum ini, jika tidak pernah ditetapkan itu adalah rezeki saya, ia tidak akan datang juga. Dan kini rasanya Tuhan mendengar doa saya dan akhirnya impian itu terjawab juga apabila saya diberikan peluang menjadi juara walaupun wakil lain tidak kurang hebatnya.

"Bagaimanapun apa yang lebih penting adalah peluang dan pengalaman yang saya miliki sepanjang menyertai pertandingan ini. Ia jelas memberikan saya perspektif baru dan dimensi yang jauh lebih segar untuk menjadi seorang penyanyi juga penghibur yang baik," katanya lagi.

Jika ramai yang masih tidak mengerti, Shila berjaya melepasi kesemua cabaran yang diberikan dalam pertandingan yang memasang objektif mencari penyanyi terbaik di peringkat Asia bagi diletak menjadi ikon.

Julung kalinya dianjurkan, Asian Wave 2012 disenaraikan sebagai program televisyen yang paling ramai mendapat sambutan apabila lebih dua bilion penonton menyaksikan pertandingan itu.

Bukan sekadar menewaskan 60 penyanyi lain yang mendaftar, malah lebih membanggakan lagi, gadis jelita yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan memahami bahasa Cina selepas menerima pendidikan bahasa itu lebih lima tahun ketika zaman persekolahannya itu turut dijulang tinggi oleh kesemua barisan juri.

Shila menerima jolokan 'superstar' oleh penyanyi terkenal juga juri, Eric Moo selepas berjaya membuatkan seluruh dewan bersorak untuknya dengan menyampaikan tiga lagu di malam kemuncaknya termasuk Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu berbahasa Cina, Zheng Fu yang dipopularkan penyanyi tersohor Na Ying.

Tatkala pusingan separuh akhir lagi, Shila menyampaikan lagu popular nyanyian Adele, Set Fire to The Rain dan Forever Love (Wang Lee Hom), seluruh dewan sudah tertumpu padanya.

Selain trofi kemenangan juara Asian Wave yang tidak henti dibelek teman media dan peminat-peminat setianya yang menanti di KLIA itu, anak sulung empat beradik ini turut diberikan Dana Perkembangan Kerjaya sejumlah RM5 juta yang dikongsi sama dengan tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu.

Malah lebih pentingnya ucap Shila, peluang untuknya menembusi pasaran China yang berpuluh ganda lebih luas dari Malaysia adalah keutamaannya ketika ini.

"Alhamdulillah saya diberikan banyak peluang termasuk kontrak dengan syarikat media terbesar di sana, Shanghai Media Group yang sudah pun berada di tangan saya. Cuma saya bersama keluarga mengambil masa untuk meneliti keseluruhan kandungan kontrak tersebut. Buat masa ini, pihak penganjur sudah pun mengatur beberapa perancangan buat saya.

"Dana Pembangunan Kerjaya itu lebih memberikan saya semangat kerana mereka membuka laluan buat saya membina nama di sana. Merakamkan album dalam bahasa Inggeris, Cina dan Melayu, mengadakan konsert dan persembahan jelajah seluruh China dan insya-Allah mereka juga akan menyusun strategi pemasaran untuk saya di sana.

"Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur kerana tidak mudah untuk kita menembusi pasaran besar mereka. Mungkin inilah permulaan buat saya dan doakan saja yang terbaik," katanya yang mengakui sudah ramai penduduk di China yang mengenalinya selepas muncul dalam Asian Wave 2012.

Berkali-kali ucap Shila petang itu, dia begitu berterima kasih dengan sokongan semua pihak terutamanya peminat yang mendoakan dan memberi semangat. Malah ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterimanya dianggap satu penghargaan terbaik buat dirinya secara peribadi.

Shila yang juga naib juara program One In A Million musim kedua dipilih secara peribadi oleh Prism atas dasar kualiti vokalnya, kekuatan dan penampilan tersendiri dan paling penting, kesungguhan dan semangatnya.

Memetik kata Ong Peng Chu, pihaknya yakin yang mutu nyanyian Shila mampu mengangkat nama Malaysia ke satu fasa yang lebih baik kerana kredibiliti penyanyi muda ini konsisten walaupun peluang buatnya jarang sekali dibentang luas sebelum ini.

Terlanjur bertemu dengannya, persoalan mengenai kekasihnya juga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad tidak terlepas ditanya. Jawabnya dengan senyuman tanpa ragu, sokongan dan doa teman istimewanya tidak pernah henti sepanjang perjuangannya di China lalu.

"Setiap hari Sharnaaz akan mesej bertanyakan keadaan dan persediaan saya di sana. Bukan saja semangat, malah dia juga yang banyak memberikan motivasi untuk saya terus kuat berdepan kesemua saingan," katanya yang sempat membeli tudung di sana.

Sharnaaz bagaimanapun tidak sempat menjemputnya di lapangan terbang memandangkan terikat dengan komitmen penggambaran filem Darah Panas.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Wajah baru E!

Posted: 27 Sep 2012 05:13 AM PDT

MENJADI antara satu program berita hiburan yang kukuh baik di Hollywood juga Asia, E! sentiasa mencari formula baru untuk terus 'mengikat' pengikut setianya. Memiliki akses yang cukup kebal untuk sentiasa mendapat berita terbaru selebriti terkenal Asia, sememangnya kandungan E! sentiasa dinantikan penonton.

Intipatinya yang padat, eksklusif dan terbaru bagaimanapun bukan jaminan untuk pihak penerbitan program itu berpeluk tubuh lantas baru-baru ini, pembaharuan ke atas program berkenaan diumumkan.

Pembaharuan menyeluruh yang turut dibuat bermula di Amerika Utara dan diumumkan pada 9 Julai lalu itu sudah pun mula menggunakan wajah baru termasuklah logo serta 'tagline' iaitu E! Pop of Culture. Bermula 23 September 2012, E! Asia secara rasminya juga turut menggunakan logo serta 'tagline' berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan Universal Networks Antarabangsa, Asia Pasifik, Christine Fellowes, sinonim dengan E! yang sentiasa menyajikan kandungan semasa, terbaru dan menghiburkan, jenamanya cukup relevan di hati penonton.


"Sangat jelas, E! menjadi nadi kepada sumber budaya pop dan elemen itu sentiasa menjadi ikutan. Maka sehingga kini, kami akan sentiasa memastikan kandungan yang terbaik serta ikut perkembangan disajikan buat pengikut E!.


"Menjadi pilihan untuk mengikuti dunia hiburan semasa di Asia juga, kami sangat gembira dengan evolusi ini dan semestinya akan memastikan kandungan selepas ini padat dan menghiburkan bagi memuaskan hati peminat budaya pop di rantau ini," katanya.

Tidak dinafikan, E! menjadi saluran utama bagi NBCUniversal baik di Amerika Syarikat (AS) mahupun di seluruh dunia dan boleh ditonton di 150 negara serta disampaikan dalam 26 bahasa berbeza. Setiap hari, kandungannya yang merangkumi personaliti, trend, muzik, fesyen, TV, filem, seni, teknologi, rekaan dan sukan tidak pernah gagal memikat penonton.

Masih mengekalkan dua hos berpengaruh, Dominic Lau dan Marion Caunter, E! juga turut menampilkan beberapa program baru termasuklah Opening Act, Married To Jonas selain meneruskan program lain kegemaran ramai, Live From The Red Carpet, Fashion Police dan Keeping Up With The Kardashians.

Pada pengumuman berkenaan yang diikuti sebuah acara koktel pada sebelah malamnya itu, turut diperkenalkan adalah kempen NBCUniversal Truth. Mengambil konsep mendekati penonton wanita dengan memilih rancangan-rancangan hebat, saluran itu ternyata sentiasa mengambil berat mengenai golongan wanita.

"Ternyata kajian menunjukkan 64 peratus daripada penonton TV terdiri daripada golongan wanita. Seiring itu, kami mengadakan kempen kreatif menyesuaikan mereka dengan pelbagai rancangan yang relevan dengan cara hidup, pilihan dan kelakuan seseorang wanita Asia.

"NBCUniversal juga terbukti sebagai saluran yang mempunyai aneka portfolio berpaksikan wanita dan ini sekali gus memberi kelebihan kepada pengiklan untuk mengikat penonton wanita. Kempen ini ternyata sangat tepat untuk mewakili kami sebagai rangkaian yang berjaya, menghiburkan dan dalam masa sama tetap sebagai satu perniagaan," tambah Christine.

Sementara itu, sebagai tanda sokongan kepada program hiburan terkenal seluruh dunia itu, beberapa selebriti tempatan termasuklah Tasha Shilla, Ning Baizura dan Chris Dalton, Thanuja, Fahrin Ahmad, Iz Sulaini, Amir Luqman, Ash Nair, Alvin Anthons dan Pamela Chong. Acara koktel berkenaan adalah sebagai meraikan penjenamaan terbaru program E! bagi rantau Asia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Cinta hingga ke mati

Posted: 27 Sep 2012 02:50 PM PDT

GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung.

Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu.


Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley.

Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa.


Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah.


Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu.

Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun.


"Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain," katanya.

Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya.


Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci.


Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai.


Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan.


Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri.


"Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati," kata Emma.


Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Gigi ketawakan tawaran lumayan bapa

Posted: 27 Sep 2012 02:48 PM PDT

HONG KONG: Anak perempuan bilionair play- boy yang didakwa lesbian, mentertawakan tindakan bapanya menawarkan hampir RM200 juta kepada mana-mana lelaki yang boleh mengembalikannya menjadi wanita tulen.

Cecil Chao Sze-tsung, antara orang paling kaya di Hong Kong menawarkan hadiah itu selepas anaknya, Gigi berkahwin dengan teman wanitanya, Seab Eav di Perancis.

Taikun hartanah itu yang tidak dapat menerima perkahwinan sesama jenis itu berikrar akan membayar kepada mana-mana lelaki yang boleh berkahwin dengan Gigi dalam satu majlis tradisional.

Bagaimanapun, anak perempuannya yang berusia 33 tahun itu dan lulusan Universiti Manchester menganggap tawaran HKD500 juta (RM200 juta) itu sebagai 'agak menarik.'


Dia memberitahu akhbar South China Morning Post: "Ada ketikanya orang enggan menerima apa yang diberitahukan kepadanya.


"Dia (Chao) mempunyai tafsiran menarik mengenai saya."

Gigi enggan mengesahkan laporan mengenai perkahwinannya pada 4 April lalu dengan berkata: "Saya tidak takut untuk mengaku sesuatu. Tetapi saya mahu menghormati ibu bapa saya. Biarkan masa menjadi saksi," katanya.

Bapanya yang mendakwa mempunyai 10,000 teman wanita, menafikan laporan mengenai perkahwinan sesama jenis Gigi dan menegaskan anaknya masih bujang.

"Saya tidak kisah lelaki itu kaya atau miskin. Paling penting hatinya baik," kata Chao mengenai calon ideal untuk menjadi suami anaknya.

"Gigi wanita yang baik, berbakat dan cantik. Dia menghormati ibu bapanya dan pemurah serta melakukan tugas sukarela," katanya kepada South China Morning Post.
Perkahwinan sesama jenis tidak diiktiraf di Hong Kong.

Menurut laporan, Chao bertengkar dengan Gigi minggu lalu selepas Gigi mengumumkan pada satu majlis di Beijing bahawa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya, Seab Eav, lima bulan lalu.

Chao yang sering muncul di majlis sosial di Beijing dan majalah selebriti, tidak pernah berkahwin.

Selain wang berkenaan, dia juga berjanji untuk membantu bakal menantunya memulakan perniagaan. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Bukan masa eksperimen

Posted: 27 Sep 2012 02:32 PM PDT

BEKAS pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berpendapat tempoh dua bulan terakhir sebelum sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF, November ini bukan lagi masa untuk ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal melakukan eksperimen terhadap barisan pemainnya.

Baginya, skuad kebangsaan perlu meraih keputusan meyakinkan pada aksi persahabatan dalam tempoh fasa terakhir persiapan bagi memberikan gambaran jelas mengenai pemain terbaik yang boleh memikul misi melakar sejarah mencipta kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.


"Bagi saya waktu untuk melakukan eksperimen sudah berakhir. Ini tempoh persiapan terakhir, bukan lagi untuk mencuba kombinasi pemain sebaliknya jurulatih (Rajagobal) sudah mengenal pasti pemain terbaiknya.

"Sekarang adalah fasa memperkemaskan permainan dengan pasukan kebangsaan sudah memiliki sekurang-kurangnya dua pemain terbaik untuk bersaing merebut satu posisi. Untuk beraksi dalam sesuatu kejohanan, memiliki pemain serba boleh memberi kelebihan kepada sesebuah pasukan," katanya ketika dihubungi Arena Metro di United Kingdom semalam.


Skuad kendalian Rajagobal mengharungi tiga lagi perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 16 Oktober dan 14 November serta Vietnam (3 November) sebelum turun mempertahankan Piala AFF di laman sendiri pada 24 November.


Dalam aksi terakhir 11 September lalu, Malaysia tumpas 0-2 kepada seteru Asia Tenggara, Vietnam namun pada perlawanan 'rahsia' dengan Kemboja pada 20 September, Harimau Malaya menang 3-0.

Ada yang menganggap perlawanan persahabatan tidak boleh dijadikan ukuran seperti dilakukan Itali apabila mara ke final Euro 2012 biarpun gagal meraih keputusan meyakinkan ketika dalam persiapan.


Menurut Serbegeth atau lebih popular dengan panggilan Shebby yang kini bertugas sebagai Penasihat Global Kelab Bola Sepak Blackburn Rovers, pendekatan seperti itu tidak boleh diambil kira.

"Adakah kita memiliki kualiti sama seperti Itali? Adakah kita mempunyai pemain seperti (Gianluigi) Buffon? Adakah kita mempunyai pemain sehebat (Andrea) Pirlo? Mereka pemain berpengalaman dan walaupun pada perlawanan persahabatan tidak beraksi 100 peratus tapi prestasi mereka meningkat pada kejohanan sebenar," katanya.


Bagaimanapun pandangan disuarakan bekas pemain pertahanan kebangsaan dan Kuala Lumpur itu bukanlah mahu menidakkan kemampuan pemain negara kerana beliau yakin Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan.


"Kita mempunyai pemain generasi emas yang pernah menjuarai Piala AFF dan saya harap skuad negara dapat melakukan persiapan terbaik," jelas Shebbie.


Pada Piala AFF kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan pasukan naib juara pusingan kelayakan manakala Thailand, Vietnam, Filipina dan juara pusingan kelayakan berentap dalam Kumpulan A.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


RM (A) FC, Cullen FC tunjuk belang

Posted: 27 Sep 2012 02:15 PM PDT

PASUKAN futsal RM (A) FC dan Cullen FC muncul juara Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Pengkalan Chepa 2012 bagi kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita di KB Futsal Arena, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

RM (A) FC menewaskan PDM Penambang FC menerusi sepakan penalti manakala Cullen FC menundukkan Sky FC, 1-0 pada perlawanan akhir untuk muncul juara.


Kejayaan skuad terbabit membolehkan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM1,000 serta piala dan hadiah iringan.

PDM Penambang FC dan SKY FC yang muncul naib juara kategori masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala dan hadiah iringan.


Kejohanan sehari anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa itu mendapat sambutan menggalakkan disertai 64 pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 27 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31


Guna FB cegah kanser

Posted: 23 Aug 2012 08:12 AM PDT

BERAPA ramai antara kita berani bersuara sama ada menegur atau memarahi ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan wanita mahupun orang asing yang merokok terutama jika ia dilakukan di depan mata?

Ya, memang ada yang berani namun jumlah mereka yang berdiam diri lebih ramai. Mungkin disebabkan malu, malas, takut dimarahi atau sudah serik menegur, kita bertindak mengambil keputusan untuk tidak bersuara lagi.

Kata-kata seperti 'suka hati mereka, sudah sakit nanti tanggung sendiri' dan 'ala, mereka sudah besar, tahu fikir mana baik dan mana buruk' selalu didengari apabila masalah untuk menegur si perokok tegar ini dibangkitkan.

Bagaimanapun, jangan sesekali berputus asa untuk terus menasihati mereka terutama anak muda agar menjauhi rokok mahupun perkara lain yang tidak sihat demi kesihatan diri.


Ini kerana, bahan di dalam rokok yang mengandungi tembakau itu adalah penyebab utama dan tertinggi kepada penyakit pembunuh di seluruh dunia iaitu kanser.


Justeru, berlandaskan sebab tanggungjawab dan menyayangi masyarakat, Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Courts Malaysia (Courts), melancarkan kempen mengenai bahaya dan pencegahan kanser secara inovatif melalui saluran laman sosial paling popular, facebook.

Pengarah Urusan NCSM, Rubi Ain Dahlan, berkata kempen yang dinamakan sebagai 'I Choose' atau 'Saya Pilih' ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia sama ada pelajar sekolah, kolej atau universiti terhadap penyakit ini yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

"Dengan kerjasama Courts, hari ini kami dapat melancarkan halaman facebook khas untuk golongan belia. Halaman ini istimewa kerana ia akan menjadi saluran utama bagi mereka berkongsi maklumat termasuk cara mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pengambilan bahan makanan, senaman dan seumpamanya sejak peringkat awal bagi menghindari kanser.

"Selain itu, dengan kewujudan halaman facebook ini, kami dapat memikat hati semua golongan belia apabila nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian serta digemari mereka.

"Golongan belia sememangnya berkeupayaan untuk menyerap maklumat yang banyak. Oleh itu, kami berharap dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting ini kepada mereka menerusi saluran komunikasi yang paling disukai agar dapat membentuk diri mereka untuk membuat pilihan bijak dengan mengatakan tidak kepada kanser," katanya.

Menurut Rubi Ain, kajian menunjukkan pencegahan kanser bermula dengan gaya hidup sihat dan lebih wajar serta berkesan lagi sekiranya amalan itu dimulakan dari usia muda.

Tidak sukar, antara petua menjaga kesihatan untuk menjauhi kanser atau penyakit kronik lain adalah dengan menggunakan krim pelindung sinaran matahari, meninggalkan tabiat merokok dan mengurangkan diri terdedah daripada asap rokok, memakan lebih banyak buah-buahan atau sayur-sayuran segar serta elak pengambilan makanan yang siap diproses.

Tambahnya, kempen berkenaan juga adalah sebahagian daripada program Harapan Kami Untuk Kanak-Kanak iaitu satu usaha inisiatif berterusan anjuran NCSM dan Courts sejak 2010.

"Keluarga sihat adalah asas kebahagiaan anggotanya. Seiring dengan konsep perniagaan Courts yang mengutamakan rumah tangga, amat penting bagi kami untuk membabitkan diri dan menyumbangkan usaha dalam kegiatan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia," kata Pengarah Negara Courts, Chris Yong.

Selain akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai cara mengurangkan risiko kanser, halaman ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti koreografi tarian.

Menerusi medium sama, anda boleh menyaksikan sebuah video istimewa bertajuk Unlike Cigarettes yang mengandungi pandangan selebriti tempatan seperti Cheryl Samad, Jeremy Teo, Jojo Struys, Azura Zainal, Stephanie Chai, Julie Woon, Fuad, Will Quah dan Shawn Lee yang menggalakkan golongan belia untuk menghindari serta menghentikan tabiat merokok.

Satu lagi aktiviti yang boleh disertai oleh semua remaja warganegara Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun ialah pertandingan membuat video. Peserta hanya dikehendaki merakamkan diri mereka untuk berkongsi pendapat mengenai keburukan merokok dan menghantar rakaman video berkenaan sebelum 30 September 2012.

Lima peserta terbaik yang akan diadili oleh barisan panel bertauliah berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Courts seperti televisyen Samsung LED 32 inci, Apple iPod Shuffle 2G dan mesin pencetak foto Canon Selphy.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat berguna mengenai penyakit kanser ini, layari www.facebook.com/ichoosemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/23


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved