Harian Metro: Hati |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| Posted: [unable to retrieve full-text content] |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: BeritaUtama |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Global |
| PSY terima sijil Rekod Dunia Guinness Posted: 10 Nov 2012 01:19 PM PST LONDON: Penyanyi sensasi Korea Selatan, PSY menerima sijil Rekod Dunia Guinness ketika ditemuramah di studio Radio 1 BBC di sini, semalam. PSY, yang terkenal dengan lagu Gangnam Style menerima sijil berkenaan selepas mengalahkan LMFAO dan Justin Bieber untuk 'Like' paling banyak bagi video dalam YouTube. Video Gangnam Style mencatatkan 4,911,081 'Like' sejak mula dimuatnaikkan pada 15 Julai lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/11 |
| Posted: 10 Nov 2012 01:17 PM PST RIYADH: Lebih 5,000 gadis bawah umur 14 tahun melangsungkan perkahwinan di Arab Saudi. Media negara itu memetik aktivis sosial, Ali Abdul Rahman al-Roumi sebagai berkata,ia bagaimanapun bukan satu trend yang berlaku di negara berkenaan.
Beliau tidak menyebut tempoh masa perkahwinan itu berlangsung. "Terdapat 5,622 perkahwinan membabitkan gadis babawah 14 tahun. Masalah ini dijangka tidak akan selesai meskipun jika kerajaan menetapkan had umur untuk mendirikan rumah tangga.
Katanya, tindakan yang perlu dilakukan ialah mengambil kira usia pengantin lelaki dan perempuan tidak terlalu jauh dan memastikan jumlah wang hantaran tidak terlalu mahal bagi mengelak daripada perbuatan yang disifatkan sebagai 'menjual anak kepada orang kaya. Menurutnya, kebanyakan perkahwinan bawah umur itu berlaku di kawasan pedalaman kerana kecenderungan ibu bapa untuk mengahwinkan anak mereka dengan lelaki tua yang kaya. Dalam pada itu, Ahli Majlis Syura, Abdullah Bin Saleh Al Haeithi berkata, Kementerian Kehakiman sedang mengkaji pelaksanaan had umur untuk berkahwin. - GN Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/11 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT "Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api. "Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.
Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga. Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.
Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera. Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya. Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad. Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi. Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi. "Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya. Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain. "Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka. "Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya. Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara. "Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya. Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya. "Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| Posted: 09 Nov 2012 12:45 PM PST KUALA LANGAT: Kejadian banjir di beberapa kawasan di sini turut menjejaskan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang yang menyebabkan murid terpaksa diberi cuti lebih awal manakala banyak peralatan sekolah rosak. Ketua Guru Kafa berkenaan, Aniz Yushaily Abrar berkata, banjir kali ini disifatkan paling buruk kerana mencapai paras pinggang, sedangkan dalam kejadian empat tahun lalu air hanya naik setakat paras buku lali dan tidak memberikan masalah.
"Pihak sekolah juga terpaksa memberi cuti lebih awal kepada murid sejak Isnin lalu berikutan faktor keselamatan," katanya.
"Malah, hari ini (semalam) air mulai surut, pihak kami mengambil kesempatan membersihkan bilik darjah dan kawasan sekolah," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/10 |
| 28 lagi dikenal pasti untuk disita Posted: 09 Nov 2012 12:43 PM PST KUALA LUMPUR: Segelintir penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) dikesan menyewakan rumah dihuni kepada warga asing untuk tujuan mengaut untung. Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, tindakan penyewa itu menyalahi perjanjian di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penyewa yang sepatutnya mendiaminya sendiri.
Menurutnya, sebanyak 30 unit disita dalam operasi DBKL yang dijalankan selama tiga bulan sejak Ogos lalu. Proses menyita dibuat serta-merta dan dilakukan pada waktu malam.
Dalam laporan itu, seramai 450 penyewa akan dikenakan tindakan undang-undang menerusi notis 30 hari yang dihantar sebelum kediaman terbabit disita dalam tempoh 14 hari.
"Penyewa yang diambil tindakan boleh mengemukakan rayuan bergantung pada alasan yang diberikan. Sepatutnya, penyewa mengisi borang di pejabat kecil DBKL untuk memaklumkan kekosongan itu jika ia ditinggalkan lebih seminggu sehingga menjangkau tiga bulan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/10 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright 2010 All Rights Reserved