Harian Metro: Hati |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| Posted: 25 Nov 2012 12:15 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melantik 77 kontraktor dengan kos keseluruhan RM77 juta untuk menyelenggara Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kebanyakan kontraktor yang dilantik sudah selesai urusan kontrak bagi memulakan kerja penyelenggaraan dalam masa terdekat.
Menurutnya, aspek penyelenggaraan merangkumi pelbagai aduan penduduk PPR antaranya resapan dan bocor akibat hujan. Kos projek untuk satu kontraktor adalah RM1 juta dan kerja penyelenggaraan dilakukan di kawasan masing-masing.
Katanya, gelanggang baru ini membawa konsep tiga dalam satu yang boleh digunakan untuk kemudahan sukan futsal, bola jaring dan sepak takraw. Kos satu gelanggang baru adalah RM83,000 manakala RM23,000 digunakan untuk kos baik pulih.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| ‘Kami dah beri kelonggaran’ Posted: 25 Nov 2012 12:13 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota Setapak berniaga pada setiap Isnin dan Selasa, meskipun pada cuti sekolah. Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat berikutan rungutan penduduk yang mahu bazar terbabit dipindahkan ke tempat lain.
"Namun mereka (peniaga) memohon melanjutkan tempoh perniagaan setiap hari sempena cuti sekolah, namun kami tidak luluskan kerana mengambil kira kepentingan penduduk," katanya selepas majlis penutup Pertandingan Akhir Kejohanan Futsal Piala Pusingan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur di PPR Kerinchi, semalam. Mohd Amin Nordin juga berkata, DBKL mengenal pasti lokasi sesuai bagi memindahkan peniaga ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan setiap hari tanpa mengganggu kawasan penduduk.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: BeritaUtama |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Global |
| Posted: 25 Nov 2012 11:41 AM PST NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna. Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.
Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.
Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.
Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| Gangnam Style catat rekod tontonan di Youtube Posted: 25 Nov 2012 11:38 AM PST SEOUL: Video 'Gangnam Style' oleh sensasi pop Korea Selatan, Psy, semalam menjadi video paling banyak ditonton di YouTube. Video berkenaan mencatatkan lebih 805 juta tontonan. mengalahkan 'Baby' oleh penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber.
Penyanyi berusia 34 tahun itu menjadi terkenal sejak 'Gangnam Style,' yang menyaksikan dia melakukan tarian kuda, mendapat sambutan hangat sejak diterbitkan pada Julai lalu. Sehingga petang kelmarin, video muzik itu mengumpulkan catatan 805 juta tontonan, berbanding 'Baby' yang mencatatkan 803 juta.
'Gangnam Style' mencatatkan rekod itu hanya dalam masa empat bulan. Lagu Psy yang menceritakan mengenai kawasan kediaman elit di Seoul, menduduki carta muzik teratas di Britain ke Australia dan menjadi sebutan orang kenamaan, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon. Sementara itu, populariti Psy yang nama sebenarnya Park Jae-Sang terus meningkat dengan mendapat penghormatan dalam industri muzik awal bulan ini apabila membuat persembahan bersama ikon pop, Madonna di konsertnya di Madison Square Garden, New York. Dalam wawancara dengan CNN baru-baru ini, Psy mendedahkan rancangan untuk menerbitkan lagu terbaru dengan lirik berbahasa Inggeris dan Korea. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| Posted: 25 Nov 2012 11:27 AM PST SORAKAN penyokong jitu skuad negara, Ultras Malaya - 'Rajagobal apa kau buat?' ketika di penghujung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, menceritakan segala-galanya. Apa tidaknya, skuad Harimau Malaya memilih jalan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila mudah ditundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B dengan kapten Singapura, Mohamad Shahril Ishak mendedahkan kepincangan skuad kebangsaan yang kerap dipertahankan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal sebelum ini, apabila meledak dua gol sebelum pemain veteran, Aleksandar Duric melengkapkan kemenangan juara tiga kali itu.
Dalam aksi menentang musuh tradisi Singapura itu, pengalaman sembilan pemain skuad juara 2010 menjadi taruhan Rajagobal dalam kesebelasan utama selain tiga pertahanan baru, Mohd Azmi Muslim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Bunyamin Umar diberi kepercayaan kali ini.
Selepas aksi hambar lebih setengah jam, skuad kebangsaan kemudian tergamam dengan dua gol pantas kapten skuad Singa, Shahril dalam tempoh enam minit.
Empat minit kemudian, Khairul Fahmi melakukan kesilapan apabila tertampan bola sepakan percuma Shahdan ke belakang dan biarpun cuba dikeluarkan Mohd Fadhli Shas di atas garisan gol, Shahril pantas menanduk untuk gol kedua Singapura.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| Guardiola minat bimbing Brazil Posted: 25 Nov 2012 11:24 AM PST RIO DE JANEIRO: Bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola tidak akan melepaskan peluang untuk mengendalikan skuad Brazil, yang menyingkirkan Mano Menezes, minggu ini. Akhbar harian sukan, Lance melaporkan Guardiola sebagai berkata yang 'pasukan kebangsaan Brazil adalah satu-satunya pasukan yang beliau sedia untuk melatih esok' jika diberikan peluang.
Guardiola sebelum ini menekankan yang beliau akan kekal bercuti di Amerika Syarikat selepas meninggalkan Nou Camp, musim panas lalu.
CBF berkata, mereka akan mengumumkan pengganti Menezes dalam tempoh terdekat. Menezes gagal untuk memberikan pingat emas Olimpik apabila Brazil tewas kepada Mexico di final acara bola sepak di London, musim panas lalu.
Bagaimanapun, Lance berkata, pengambilan jurulatih asing akan menimbulkan kontroversi dan sehubungan itu menjadi faktor yang tidak memihak kepada Guardiola.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| Konsep persembahan bertaraf dunia Posted: 25 Nov 2012 06:25 AM PST MALAM gemilang buat Yunalis Zarai (Yuna) dan Zizan Razak (Zizan) apabila kedua-duanya membawa pulang dua trofi di Shout! Awards 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Jumaat lalu. Jika Yuna yang digelar 'singer-songwriter' semakin melakar nama di pentas antarabangsa, Amerika Syarikat cemerlang menerusi kategori Popstar Award dan Wired Celebrity Award, Zizan pula diangkat peminatnya menerusi kategori Best On Screen Chemsitry Award bersama Johan untuk program Raja Lawak 6 dan Favorite TV Personality Award. Kemenangan Yuna melalui Popstar Award bukan saja mengulangi kejayaannya tahun lalu, juga menewaskan nama besar seperti Aizat, Hafiz, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Najwa Mahiaddin. Pengiktirafan bagi kategori Wired Celebrity Award yang julung kalinya diperkenalkan di Shout! Awards, dinilai berdasarkan pengaruh selebriti dalam media sosial dan Yuna sememangnya pilihan yang tepat.
"Bagi saya setiap kemenangan amat bermakna bagi saya. Perbezaan kemenangan yang dulu, semestinya satu pengalaman yang amat manis kerana ia pengiktirafan terawal saya semenjak berada dalam industri seni. "Kemenangan sekarang ini saya andaikan sebagai penggerak untuk lebih bekerja keras dalam bidang muzik. Kemenangan sebenarnya bukan mudah untuk diraih kerana peminat di luar sana sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada saya. "Saya tidak melihatnya sebagai satu cabaran saja tetapi juga tanggungjawab dan saya tak akan pernah berhenti melakukan yang terbaik untuk masa depan saya dan industri muzik tempatan. "Mengenai kemenangan menerusi kategori Wired Celebrity Award pula, walaupun anugerah itu tidak mengkhusus pada muzik tetapi peminat yang mengikuti perkembangan saya menerusi media sosial adalah satu 'reflection' kepada kerjaya muzik saya sendiri. "Jika bukan kerana muzik dan lagu saya, mereka tidak akan mengenali siapa Yuna. Tidak sekadar membawa pulang dua trofi malam itu, Yuna juga muncul sebagai penyampai anugerah Ultimate Shout! Award di mana anugerah sama pernah dimenanginya tahun lalu. Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan trio adik-beradik, KRU sebagai pemenangnya. Lebih bermakna, Yuna tampil dengan persembahan cukup memukau menerusi lagu Lullabies diiringi kumpulan koir cilik dan penyanyi latar dari luar negara. Pujian harus diberikan kepada Zizan kerana bintang popular itu sanggup bergegas datang selepas selesai beraksi di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2. "Saya jarang muncul dalam produk 8TV. Disebabkan itu, saya terkejut apabila mengetahui yang saya memenangi dua anugerah iaitu Best On-Screen Chemistry dan Best TV Personality Award. "Apatah lagi, Shout! Awards ini berbeza daripada majlis anugerah hiburan yang lain kerana ia membabitkan golongan 'urban' sesuai dengan 8TV sebagai stesen 'urban'. Sementara saya pula orang kampung (berseloroh)! "Jadi saya amat terharu kerana kehadiran saya diterima dalam acara 'urban' seperti Shout! Awards ini. Penerimaan mereka memperluaskan lagi jalan untuk saya berkarya, sekali gus mendekati pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Black juga cemerlang pada malam itu apabila kolaborasi pertamanya dengan Malique Too Phat menerusi lagu Teman Pengganti, melayakkan mereka menerima trofi Flava Award yang dulu pernah dimenangi Mizz Nina. "Saya yakin anugerah ini dimenangi tidak hanya kerana populariti lagu Teman Pengganti tetapi juga pengaruh besar Malique. Walaupun dia sudah lama muncul di khalayak ramai, pengaruhnya cukup kuat dan hebat. "Saya bertuah menjadi antara artis yang diterima Malique untuk berkolaborasi. Kumpulan Bunkface pula terus mempertahankan trofi Rockstar Award tiga tahun berturut-turut tanpa tercabar mana-mana artis sejak tahun pertama penganjuran Shout! Awards. "Kami berasa sangat bersyukur kerana Bunkface masih lagi menjadi pilihan peminat untuk anugerah ini selama tiga tahun berturut-turut. Terima kasih peminat kerana menyokong dan mempercayai karya kami," ujar Sam. Massacre Conspiracy yang mendominasi kategori Break Out Award (Best New Act) tidak menyangka kemenangan mereka kerana dari awal, Diandra Arjunaidi disebut-sebut menguasai pencalonan kategori berkenaan. "Kami tidak menyangka akan menang kerana kami sangka trofi ini milik Diandra. Pernah memenuhi undangan membuat persembahan di beberapa negara seperti Kanada dan Indonesia, Massacre Conspiracy khabarnya merancang 'road tour' di seluruh Asia Tenggara sekitar Januari ini. Sementara itu, pelakon jelita Nora Danish yang membuat kemunculan khas menerusi video muzik, Ajari Aku nyanyian Anuar Zain, baru-baru ini, sekali lagi mempertahankan gelaran Hot Chick Award yang dimenanginya tahun lalu. Robot Transformers memukau! IMPAK pertama yang dapat dikatakan mengenai Shout! Awards 2012 adalah rekaan pentas, kesan visual serta penataan lampunya bertaraf antarabangsa, malah terbaik kalau dibandingkan dengan mana-mana anugerah tempatan setakat ini. Meskipun baru masuk tahun ketiga ia dianjurkan, kehebatan pentasnya setaraf majlis anugerah antarabangsa iaitu MTV Awards. Ia menghidangkan persembahan pembukaan paling 'grand' dan memukau dengan kemunculan robot ala Transformers bersama kesan lampu fluorescence dan percikan bunga api selepas kemunculan Altimet, ZE dan Goldfish & Blink. Seperti tahun sebelumnya, Shout! Awards begitu berani mengetengahkan pendatang baru dalam barisan persembahan. Tahun ini misalnya, menampilkan Go Gerila, Diandra Arjunaidi, Anas, Ila Damia, Liyana Fizy, kumpulan Massacre Conspiracy dan ramai lagi. Dalam memberi peluang kepada yang baru, yang lama tidak dilupakan. Penonton malam itu dibawa mengimbau kehebatan lagu 90-an yang pernah menjadi fenomena pada satu ketika dulu. Anas menyanyikan lagu Inilah Nasibku nyanyian Nico manakala Ila Damia melontarkan vokal gemersiknya melalui lagu Belaian Jiwa dipopularkan Carefree dan Innuendo. Menyedari seluruh dunia dilanda deman K-Pop, Shout! Awards kali ini turut menerbangkan khas dua kumpulan K-Pop iaitu Vixx dan Nu'est 1. Ada sebahagian penonton terutama gadis bersorak dan selebihnya terutama lelaki menyambutnya dengan laungan 'boooooo!' Mungkin juga ia sekadar usikan nakal kepada peminat gadis yang begitu tergila-gilakan K-Pop. Menjelang giliran Yuna membuat persembahan, pihak produksi 8TV terlebih dulu memberi 800 belon kepada penonton untuk dilepaskan ke udara. Bagaimanapun, gimik itu tidak menjadi kerana Yuna sendiri terlupa memberikan isyarat kepada penonton lantas belon-belon itu tidak dilepaskan. Seperkara yang normal dalam sesebuah majlis penganugerahan, apatah lagi dibuat di lokasi terbuka, sebagus manapun ia pasti ada sedikit kekurangan. Antara yang ketara, berlaku berapa kesalahan teknikal. Barangkali kesulitan berlaku ekoran hujan renyai seawal persembahan lagi. Satu babak pula menyaksikan Atilia, Yasmin Hani dan Sazzy Falak tersilap membacakan keputusan. Bukan salah mereka, tetapi dek gara-gara tertukar sampul surat kategori, sehinggakan keputusan anugerah Favourite TV Show bertukar menjadi Favourite TV Personality. Secara keseluruhan, acara anugerah yang dikendalikan Hannah, Razif dan Henry Golding ini wajar diberi pujian. Kemunculan Amy Search, Jason Lo, Sharifah Amani dan tiga lagi adik-beradiknya, Marsha Milan Londoh, Sara Ali, Izara Aishah, Siti Saleha, Farid Kamil, Rina Omar dan ramai lagi sebagai penyampai anugerah menambah kehangatan majlis ini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/25 |
| Posted: 25 Nov 2012 06:01 AM PST ISTERI kepada pelakon kacak, Hugh Jackman berkeras untuk tidak mahu berjauhan lebih daripada dua minggu lagi selepas ini. Bintang Les Miserables itu mengahwini isterinya, Deborra-Lee Furness, juga seorang aktres dan pengarah pada 1996 berjanji sewaktu perkahwinan itu bahawa penting bagi mereka bertemu selalu.
"Sewaktu bertemu Deb dulu, dia sudah menghasilkan 20 filem. Dia mengatakan kepada saya bahawa kami tidak boleh berjauhan lebih daripada dua minggu dan saya membalas, kenapa tidak, ia satu idea bagus. "Deb risau kerana selama berkecimpung membikin 20 filem berkenaan, dia menyaksikan ramai orang yang menjauh akibat jarang berjumpa.
"Saya banyak menghabiskan masa dengan bapa saya yang tidak berapa sihat dan tahu hanya itu saja saat paling berharga boleh saya berikan apatah lagi mengetahui keadaannya bertambah teruk. "Tidak pernah rasa bahagia sebegini kerana Deb dan anak-anak juga nampaknya gembira dengan keputusan untuk berpindah di sini. Setiap pagi, saya akan turun ke pantai untuk berenang bersama teman-teman dan rasa hidup ini sangat indah," katanya sewaktu ditemu bual stesen radio Triple M 104.9FM di sana. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/25 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| Advertorial: Lima mitos bidet digital Posted: 25 Nov 2012 12:53 PM PST MINGGU lalu, penulis sempat meluangkan masa hujung minggu dengan menonton wayang bersama seorang teman. Seperti biasa, sebelum cerita yang dinanti bermula, treler beberapa filem akan diputarkan. Tidak terkecuali, beberapa iklan turut dipaparkan sebagai selingan. Penulis tersenyum keseorangan apabila tanpa disangka-sangka munculnya iklan Coway Bidet untuk tontonan penonton di panggung itu. Menarik, menggelikan hati dan mesej yang ingin disampaikan juga mudah untuk difahami. Diharapkan orang ramai dapat mempelajari sesuatu dan mengetahui kelebihan tandas digital itu seperti penulis yang sudah mencubanya sendiri. Penulis yakin, ramai di kalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana ia dipasang di rumah, adakah alat ini akan merosakkan mangkuk tandas, lantai jubin dan sebagainya?
Terdapat lima mitos yang dikenal pasti apabila berbicara akan masalah ini. Pertama, anda tidak perlu risau kerana pemasangan bidet digital ini tidak memerlukan tandas anda diketuk, ditebuk atau dipecahkan. Sebaliknya, ia hanya dipasang di bahagian tempat duduk di atas mangkuk tandas asal anda seperti menggunakan skru. Kedua, anda juga tidak perlu memasangnya sendiri kerana juruteknik profesional Coway akan datang ke rumah untuk melakukan proses pemasangan dengan sempurna. Ketiga, tempoh waktu pemasangan pula tidak mengambil masa terlalu lama. Menurut pengalaman penulis, proses itu hanya berlangsung selama 30 minit hingga sejam saja. Selain itu, walaupun terdapat bidet yang digunakan itu berasaskan tenaga elektrik, anda jangan sesekali takut kerana masalah terkena renjatan elektrik dan sebagainya tidak akan berlaku malah, ia berfungsi seperti tandas normal. Hal yang sama juga diyakini tidak akan berlaku jika anda menggunakan bidet digital jenis bateri. Akhir sekali, tandas digital ini boleh ditanggalkan untuk tujuan memudahkan proses menaik taraf sistem dan juga jika anda tidak mahu menggunakannya lagi. Beberapa pengguna turut berkongsi mitos, pendapat dan pengalaman mereka menggunakan Coway Bidet ini di laman sosial. Liyana Shuib misalnya menyatakan, pemasangan dilakukan dengan cepat malah tiada sebarang tebukan atau pecahan di bahagian mangkuk tandas. Noorkhairul Aliza pula berkata, dinding dan lantai jubin juga tidak diusik dan masih dalam keadaan baik kerana juruteknik memasang bidet itu di bahagian tempat duduk saja dan bukannya keseluruhan mangkuk tandas. Sementara itu, anda juga turut berpeluang mencuba sendiri tandas digital ini secara percuma selama 14 hari. Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/CowayMalaysia dan coway.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggannya, 1800-888-111. Anda juga boleh menyaksikan iklan Coway Bidet di bawah. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
| ‘Berpuasa’ menikmati makanan enak Posted: 25 Nov 2012 08:23 AM PST SEMUANYA bermula selepas melihat gambar ketika menjadi pengapit pengantin rakan baik sendiri. Alangkah terkejutnya Shazaliza Azlin Rusli, 27, apabila mendapati dia begitu besar, montel dan gemuk, berbeza dibandingkan mempelai yang bukan saja langsing, tetapi jelita dan menawan. "Saya tergamam seketika melihat tubuh sendiri di dalam gambar. Seakan tidak percaya wanita yang berdiri di sebelah pengantin itu adalah saya. Terasa diri begitu buruk dan hodoh. Pada masa itu juga, semacam ada satu kuasa yang membisikkan di telinga saya supaya berubah," katanya memulakan bicara. Shazaliza yang sentiasa riang dan ceria ini bercerita, sejak kecil dia memang suka bergambar. Pantang diminta beraksi di hadapan kamera pasti dia tidak menolak. Tetapi biasanya dia menyorokkan tubuh sama ada berdiri di barisan belakang atau di sisi orang lain. Tetapi itulah kali pertama dia tidak dapat menyembunyikan tubuhnya. Apatah lagi melihat wajah sendiri di sebelah pengantin yang anggun menawan membuatkan dirinya terasa begitu kerdil. Dia yang memiliki berat badan 150 kilogram dua tahun lalu mengakui, tidak pernah kurus sebelum ini kerana dilahirkan dalam keluarga yang comel. Walaupun berisi, Shazaliza mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, tidak pernah malu serta aktif bergerak.
"Bayangkan apa yang saya makan jika berada di kedai mamak pada waktu malam? Pastinya nasi menjadi pilihan bersama teh tarik. Aktiviti ini berlangsung hampir setiap hari bermula sejak zaman belajar sehingga sekarang. Malah, ia menjadi amalan yang sukar ditinggalkan. Apabila pulang ke rumah sekitar jam 12 malam, saya terus tidur," jelasnya. Menyedari semangat untuk langsing berkobar-kobar, dia mendaftar untuk menjalani sesi latihan di gimnasium bersama seorang rakan. Sejak itu, Shazaliza langsung tidak menoleh ke belakang dan meneruskan gaya hidup aktif dan sihat sehingga sekarang. Oleh kerana tidak boleh berlari di mesin larian kerana badan terlalu berat, Shazaliza mengambil jurulatih peribadi bagi memberi tunjuk ajar serta teknik latihan yang betul. "Dengan adanya jurulatih, latihan menjadi lebih tersusun. Saya menjalani aktiviti enam kali seminggu. Memang agak memenatkan kerana sebelum ini saya tidak pernah bersenam. Namun, selepas enam bulan hasilnya sangat memuaskan. Namun ujar Shazaliza, usahanya tidak berhasil tanpa disiplin dalam pemakanan. "Pada mulanya memang agak menyeksakan. Bayangkan saya terpaksa berpuasa menikmati makanan enak yang sebelum ini menjadi makanan harian terutama pada Aidilfitri kerana terpaksa menjaga makan semata-mata ingin kurus. Namun, saya dikelilingi keluarga yang banyak memberikan sokongan. Walaupun ibu menyediakan hidangan lazat, dia faham sebab saya tidak boleh makan," katanya yang mengambil jurulatih peribadi setahun saja dan kemudian melakukan senaman sendiri. Kemuncak kejayaan eksekutif pengiklanan di The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ini apabila berjaya menurunkan berat sebanyak 31 kilogram menerusi program kesedaran kesihatan Kilos For Cash dan berjaya menjadi juara Kini Shazaliza mampu memiliki berat 94 kilogram selepas kehilangan hampir 50 kilogram dalam masa dua tahun, malah dia berazam mencapai berat ideal 65 kilogram. "Apa yang menggembirakan kini saya boleh memakai pakaian bersaiz lebih kecil berbanding dulu. Malah, jika dulu haid tidak teratur, tetapi kini haid saya kembali normal, badan pula lebih ringan dan sudah mampu berlari," katanya. Bagi Nordiana Abd Wahab, 30, menurunkan berat badan sebanyak 49 kilogram dalam masa satu setengah tahun adalah pencapaian yang sangat membanggakan apatah lagi sejak kecil gadis ini tidak pernah kurus. Bermula pada usia enam tahun, ibunya memberikan makanan tambahan untuk meningkatkan selera makan dan sejak itu Nordiana makan apa saja tanpa henti. Keadaan bertambah buruk apabila dia yang bertugas sebagai penyunting Berita Harian bekerja pada waktu malam bermula pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Ini menyebabkan Nordiana meninggalkan sarapan, melewatkan makan tengah hari dan mengambil makanan berat selepas habis bekerja. "Waktu makan saya terus bertukar. Saya langsung tidak mengambil sarapan, tetapi makan dengan banyak selepas jam 5 petang. Keadaan ini membuatkan saya berasa sangat lapar selepas bekerja dan mengambil makanan berat seperti nasi setiap hari. Malah, saya akan makan sehingga jam 2 pagi. "Melihat peningkatan berat yang ketara, ayah membelikan mesin larian untuk bersenam, namun semua ini tidak mengubah pendirian saya untuk kurus. Alat itu hanya dijadikan hiasan di rumah, malah saya terus leka dengan apa yang berlaku. Namun, apabila bapa saudara menghidap serangan jantung, ayah memberi amaran saya juga boleh menghidap penyakit berbahaya seperti jantung dan kencing manis sekiranya tidak menjaga pemakanan. Lantas saya memutuskan untuk memulakan diet, tetapi berhenti selepas beberapa ketika kerana merasakan begitu sukar," katanya. Namun, segala-galanya berubah selepas melihat iklan program kesedaran kesihatan Lose Big Win Big anjuran NSTP tahun lalu dan menyedari ia satu peluang bagi menurunkan berat badan dengan mendapatkan bantuan pakar. "Saya terus mendaftarkan diri kerana berasa inilah masa sesuai menguruskan badan. Sepanjang enam bulan menjalani proses berpantang, banyak yang saya pelajari. Tiada cara mudah untuk kurus melainkan dengan bersenam dan menjaga pemakanan. Selain itu, program ini juga menjadi terapi terbaik kerana mengajar saya cara menguruskan tekanan, menguatkan minda dan bersosial dengan semua orang memandangkan sebelum ini saya kurang keyakinan diri," katanya yang pernah mencuba pil kurus dan produk makanan tambahan namun hasilnya tidak seperti digambarkan. Nordiana memutuskan untuk mengupah seorang jurulatih peribadi kerana berasa tidak mampu melakukannya berseorangan. Walaupun dia tahu cara bersenam yang betul, dia mahu menurunkan berat dengan lebih cepat menerusi bantuan jurulatih peribadi. "Pada permulaan, saya menjalani latihan empat kali seminggu selama satu jam di bawah pengawasan jurulatih. Daripada situ, saya belajar teknik senaman yang betul sehingga mampu melakukannya sendiri," katanya. Menerusi program itu, Nordiana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 kilogram, malah kakinya tidak lagi terlalu bengkak jika berdiri terlalu lama. Untuk kurus dan sihat, menjaga pemakanan sangat penting selain senaman. Jika sebelum ini dia makan apa saja tetapi kini Nordiana menjadi seorang yang pemilih. Buktinya, untuk sarapan wanita ini hanya mengambil susu, buah dan biskut, makan tengah hari dengan lauk dan sayur-sayuran saja manakala malam memilih pasta dan tomyam selain mengelak mengambil minuman manis dan sejuk serta berhenti makan snek, ais krim, kek dan biskut. Kini Nordiana memiliki berat 81 kilogram dan berusaha mendapat berat ideal 68 kilogram. Walaupun mengakui cabaran terbesar adalah wang, menguruskan masa dan motivasi, dia tekad mahu melakukannya. "Ini kerana hanya saya mampu mengubahnya, bukan orang lain. Apa yang penting, sentiasa bersemangat dan berusaha melakukannya," ujarnya. Panduan untuk kurus: Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/25 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright 2010 All Rights Reserved