Selasa, 11 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Boleh menyusu jika tak mudarat

Posted: 11 Dec 2012 06:55 AM PST

RAMAI kaum ibu beranggapan menyusu ketika hamil tidak harus dilakukan.

Malah, mereka juga berpendapat menyusukan bayi secara seiringan (tandem) iaitu menyusukan bayi yang baru bersalin bersama anak yang sedia ada tidak boleh dilakukan.

Ia juga perlu dihentikan kerana proses berkenaan mungkin boleh memberi kemudaratan kepada anak yang baru lahir mahupun anak sedia ada.

Tanggapan terbabit diperkukuhkan lagi dengan mitos pantang larang orang tua mengatakan si ibu tidak patut menyusukan anaknya lagi ketika mengandung.


Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan kandungan terjejas disebabkan khasiat susu badan diambil oleh anak yang masih menyusu sedangkan bayi di dalam kandungan sedang membesar dan memerlukan nutrien tambahan.


Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada.

Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.

Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.

Keadaan ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung dan lagipun kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu untuk anak sedia ada.

Ibu yang hamil juga harus memastikan tumbesaran bayi yang menyusu tidak terbantut kerana kerana kekurangan susu.

Pada masa ini, ramai ibu yang khuatir mengenai keperluan susu anak mereka namun mereka perlu ketahui selepas anak berumur setahun, susu bukanlah lagi diet utama bagi anak.

"Anak perlu diberi makanan lain untuk memenuhi keperluan zat mereka dan proses penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.

"Jika pertumbuhan tumbesaran anak terbantut disebabkan kekurangan susu badan dan disahkan doktor pakar kanak-kanak, ibu yang hamil harus menambah susu formula untuk anak sedia ada yang menyusu terutama jika anak terbabit berumur bawah enam bulan," katanya.

Ibu juga harus tahu pada penghujung kandungan, susu ibu akan berubah rasa kerana penghasilan kolostrum sebagai persediaan untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan anak yang menyusu itu berhenti menyusu secara semula jadi.

Namun si ibu tadi tidak perlu memaksa anak itu meneruskan penyusuan dan perlu diingatkan jika kanak-kanak berkenaan ingin terus menyusu, kolostrum akan sentiasa terbentuk dan mencukupi untuk bayi yang bakal dilahirkan.

"Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, dia harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu kerana ia boleh mengganggu emosi anak itu.

"Tetapi jangan bersedih kerana si ibu boleh cuba memujuk mereka menyusu semula selepas kelahiran bayi baru sekiranya masih ingin membekalkan khasiat susu ibu untuk jangka masa panjang kepada si anak tadi," katanya.

Selain itu, tanggungjawab ibu menyusu ketika hamil agak berat kerana jika anak yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun, si ibu perlu memerhatikan pertambahan berat badannya sendiri semasa hamil.

"Kebiasaannya si ibu akan menjadi lebih penat kerana perlu melayan kerenah anak dan bayi dalam kandungan pada masa yang sama, oleh itu dapatkan rehat secukupnya bagi mengurangkan tekanan.

"Ketika hamil puting payudara si ibu juga mungkin lebih sensitif justeru, si ibu perlu memastikan anak sedia ada menghisap puting dengan cara yang betul," katanya.

Jika keadaan sebaliknya berlaku dan si ibu mengalami luka pada bahagian berkenaan, jangkitan kuman mudah berlaku dan mungkin boleh menyebabkan payudara membengkak dengan nanah dan ibu perlu melakukan pembedahan kecil. Ini akan menyukarkan keadaan dan anak mungkin akan berhenti menyusu.

Bagaimanapun, katanya untuk memastikan penyusuan susu ibu terbabit berjaya, golongan ibu yang membuat keputusan untuk meneruskan penyusuan ketika hamil perlu menjaga kesihatan diri serta mengambil makanan seimbang secara tetap.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengambilan kalsium terutama susu sentiasa mencukupi memandangkan keperluan kalsium anak dalam kandungan serta anak yang sedang menyusu sangat tinggi.

"Si ibu seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul serta makan makanan berzat.

"Malah, mereka perlu minum air dengan kuantiti yang banyak demi kesihatan diri dan juga bayi," katanya.

Dr Suhaimi berkata, terdapat beberapa keadaan yang mana kaum ibu tidak dibenarkan menyusukan bayi mereka ketika hamil.

Keadaan ini apabila ibu hamil mengalami masalah muntah yang teruk semasa awal mengandung.

Selalunya ibu yang mengalami muntah yang teruk, badan mereka sangat tidak bermaya dan meneruskan penyusuan akan lebih memudaratkan ibu. Mereka boleh mencuba untuk memulakan penyusuan semula apabila keadaan pulih kelak.

Satu lagi faktor apabila ibu mengalami kontraksi pramatang semasa mengandung atau mereka pernah melahirkan bayi pramatang.

Kebiasaannya doktor tidak menggalakkan penyusuan kerana dengan meneruskan penyusuan ia akan menyebabkan kontraksi bertambah kuat dan akan menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang.

Keadaan ini disebabkan penambahan dan perubahan hormon dalam badan yang menggalakkan kontraksi.

Jika berlaku perdarahan semasa peringkat awal mengandung, ibu juga tidak digalakkan meneruskan penyusuan kerana khuatir ia mungkin boleh menyebabkan keguguran kandungan.

Akhir sekali, dia berharap ibu yang ingin menyusukan bayi ketika hamil agar sentiasa bertanya doktor mereka terutama sekali jika terdapat sebarang keraguan.

Fakta susu ibu:

  • Khasiat dalam susu ibu mengatasi segala khasiat yang disediakan dalam susu formula sedia ada di pasaran.
  • Si ibu perlu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun di samping makanan tambahan bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat makanan tambahan pula hanya dimulakan ketika anak berumur enam bulan dan ke atas.
  • Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam dan digunakan
    bayi dengan berkesan.
  • Ia juga berupaya melindungi si bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
  • Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi terbabit kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Penyusuan susu ibu juga menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
  • Penyusuan susu ibu berupaya membantu mengeratkan kasih sayang antara
    anak dan ibu.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11



  • Kelebihan kentang

    Posted: 11 Dec 2012 06:43 AM PST

    KENTANG kaya dengan pelbagai khasiat pemakanan khususnya serat, vitamin dan mineral penting. Mungkin tidak ramai tahu kentang bersaiz sederhana seberat 148 gram kaya dengan vitamin C.

    Selain itu, ia juga membekalkan zat kalium apabila dimakan dengan kulit selain hanya mengandungi 110 kalori serta kurang daripada sembilan peratus nilai harian karbohidrat.

    Ia membekalkan serat sebanyak lapan peratus jika diambil bersama kulit dan tidak mengandungi lemak, natrium serta kolesterol.

    Pelbagai jenis kentang segar boleh didapati di dunia seperti russet, kentang putih bulat, putih panjang, merah, kuning, biru dan ungu serta jejari.


    Kentang russet digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya ditanam di kawasan barat laut negara itu dan ia boleh didapati sepanjang tahun.


    Teksturnya lebih berkanji serta mudah dikenali melalui warna kulit yang perang dan isinya yang putih. Disebabkan kandungan kanji yang tinggi, teksturnya seperti tepung apabila dimasak menjadikannya sesuai dibakar, digoreng atau dilecek.

    Kentang putih bulat juga boleh didapati sepanjang tahun. Ia mempunyai kandungan kanji sederhana tinggi dan berkulit nipis rona perang muda serta isinya berwarna putih.

    Teksturnya berkrim dan bentuknya masih kekal walaupun selepas dimasak. Berbeza dengan kentang putih panjang yang berbentuk bujur.

    Kandungan kanji sederhana tinggi dan berkulit nipis rona perang muda mempunyai tekstur yang pejal serta rasa berkrim apabila dimasak.

    Ia sesuai direbus, dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ditumis goreng menjadikannya kentang yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.

    Kentang merah pula boleh didapati secara lebih meluas sepanjang tahun. Ia dikenali melalui warna kulitnya yang secara semula jadi berwarna merah.

    Kentang merah mempunyai tekstur keras, licin dan kalis air menjadikannya sesuai dibakar, dikukus, direbus dan dijadikan salad.

    Kentang kuning pula semakin digemari di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati hampir sepanjang tahun. Kentang jenis ini mempunyai tekstur padat dan berkrim dengan warna keemasan dan isinya lembut seperti rasa mentega. Ia sesuai dimasak dengan cara dilecek, dipanggang, dibakar, direbus dan dikukus.

    Bagi mereka yang masih belum tahu mengenai kewujudan kentang berwarna biru dan ungu, ia sebenarnya sudah mula popular di Amerika Syarikat. Kebanyakan kentang biru dan ungu boleh didapati pada musim luruh.

    Kentang yang boleh dianggap luar biasa itu mempunyai rasa seperti kekacang dengan isi aneka warna sama ada biru tua atau lavender hingga putih.

    Warnanya kekal apabila dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro tetapi ia juga boleh disediakan dengan cara panggang atau kukus.

    Kentang jejari pula berbentuk tiub lonjong panjang seperti jari manusia.
    Kentang kecil yang berukuran panjang lima hingga 10 sentimeter itu boleh didapati dalam aneka warna semula jadi yang menarik.

    Teksturnya yang keras dan melekit menjadikannya sesuai dimasak dengan cara kukus, bakar, rebus atau dijadikan salad.

    Menggunakan kentang, pelbagai produk boleh dihasilkan seperti kentang sejuk beku, nyah hidrat, segar atau kerepek. Tahukah anda kerepek kentang dicipta di Amerika Syarikat pada 1853? Ia semakin digemari kerana segar selain dieksport ke seluruh dunia untuk diproses menjadi pelbagai jenis kerepek kentang.

    Penanaman kentang memerlukan iklim yang baik dan tanah subur selain peralatan atau kemudahan untuk menghasilkan kerepek bermutu tinggi.

    Penuaian, pengendalian, peralatan dan kemudahan penyimpanan yang betul penting untuk mengekalkan ketinggian mutu kerepek sepanjang proses pengeluaran dari ladang ke kilang pengeluaran.

    Kentang yang baru dituai disimpan kira-kira dua hingga empat minggu pada suhu 14.5 darjah Celsius untuk membolehkan pembentukan lapisan perlindungan suberin.

    Dalam tempoh berkenaan, gula yang berlebihan disesuaikan dengan kentang sebelum suhu diturunkan kepada suhu penyimpanan.

    Kentang disimpan dalam stor direka khas bagi membolehkan suhu, kelembapan, oksigen dan karbon dioksida dipantau serta dikawal untuk memaksimumkan jangka hayatnya.

    Kelembapan dikekalkan pada tahap 90 hingga 95 peratus untuk mengurangkan pengecutan, lebam akibat tekanan dan kehilangan teksturnya.

    Berbeza dengan kentang nyah hidrat, ia dihasilkan dalam bentuk emping, tepung atau hirisan. Biasanya, ia digunakan dalam perkhidmatan penyediaan makanan dan bakeri atau tujuan pengeluaran makanan secara umum.

    Emping kentang pula biasa digunakan dalam produk snek kentang rekaan termasuk berbentuk kepingan dan semperit manakala kentang nyah hidrat berbentuk hirisan, dadu atau cincang mempunyai pelbagai kegunaan.

    Disebabkan itu, kentang menjadi makanan sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu menggunakan pelbagai jenis masakan berbeza.

    Justeru, Lembaga Kentang Amerika Syarikat (USPB) memperkenalkan pelbagai cara baru menggunakan kentang sebagai ramuan utama dalam masakan di Grand Salon, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Memperkenalkan empat menu roti kecil yang mempunyai bahan di atasnya (canape), ia mudah disediakan untuk dihidang kepada tetamu.

    Selain pencuci mulut, Chef Eksekutif Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Antoine turut menunjukkan cara menyediakan makan malam menggunakan bahan asas iaitu kentang.

    Untuk maklumat lanjut layari laman web www.potatoesusa-malaysia.com dan www.potatogoodness.com.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Ubat maut RM40,000

    Posted: 10 Dec 2012 12:11 PM PST

    KUALA LUMPUR: Seorang warga emas kecewa selepas mendapati ubat tradisional yang dibeli daripada seorang jurujual dengan harga RM40,000 untuk merawat kanser hati dihidap isterinya yang didakwa mampu mengubati penyakit itu ternyata ubat palsu selepas kematian wanita kesayangannya itu di rumah mereka di Sentul, September lalu.

    Lelaki itu, Bay Fatt Soon, 73, mendakwa didatangi seorang pengamal perubatan tradisional Cina di rumahnya yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit mendiang isterinya pada 22 Ogos lalu.


    Katanya, tabib terbabit menjanjikan penyakit mendiang isterinya yang dikahwini sejak lebih 50 tahun itu akan sembuh dan mampu hidup lebih lama sekiranya memakan ubat yang bernilai RM360,000 berkenaan.

    "Tabib terbabit mendakwa mempunyai kedai ubat di Johor dan berjaya merawat ribuan pesakit menggunakan ubat berkenaan.


    "Saya yang hanya mahukan lebih masa bersama mendiang isteri percaya kata-kata tabib terbabit dan membayar RM40,000 untuk ubat berkenaan," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.


    Menurut Bay, penyakit isterinya bertambah parah sebelum meninggal dunia sebulan selepas menggunakan ubat berkenaan.

    Dia yang berasa tertipu cuba menghubungi tabib terbabit, namun usaha mengesan lelaki itu gagal apabila diberitahu kedainya di Johor ditutup selepas diburu ramai pesakit yang membeli ubat berkenaan.


    Bay menemui Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di pejabatnya untuk mendapatkan bantuan sebelum diperkenalkan dengan pengedar sah ubat berkenaan yang mengesahkan ubat itu palsu.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11



    Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500

    Posted: 10 Dec 2012 11:59 AM PST

    KAJANG: Seorang warga emas kerugian RM13,500 apabila dipercayai diperdayakan seorang ahli politik ketika menganjurkan satu konsert Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persatuan di Tian Hou Temple, di sini, pada Februari lalu.

    Mangsa, Tan Kim Swee, 70, dari Pandan Perdana, Cheras di sini, kesal dengan sikap ahli politik berkenaan yang cuba lepas tangan berhubung bayaran tiket bagi persembahan itu.


    Katanya, dia diamanahkan ahli politik yang juga Adun kawasan itu untuk menguruskan acara terbabit dan memberi 18 buku tiket konsert bernilai RM1,000 dan RM700 bagi jumlah tetamu seramai 458 orang.

    "Ini kali pertama saya ditipu sepanjang 20 tahun menguruskan acara.


    "Saya terpaksa menanggung hutang terbabit kerana penganjur mahu saya menjelaskan wang itu segera selepas konsert habis," katanya.


    Menurut Tan, keengganan Adun itu menjelaskan bayaran kepada penganjur menyebabkan dia terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan untuk menyelesaikan hutang terbabit.

    "Saya pergi ke pejabat Adun itu sebanyak tiga kali untuk meminta kembali wang konsert, tetapi tidak dilayan dan dia memberi alasan tidak mahu membayarnya serta menganggap ia percuma.


    "Saya sudah buntu bagaimana mahu mendapatkan wang saya kembali. Saya hanya minta RM3,800, tetapi masih tidak dipedulikan," katanya ketika sidang media di sini, semalam.

    Tan membuat laporan polis pada September lalu di Balai Polis Pandan bagi menuntut keadilan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    ‘Abah...tolong abah!’

    Posted: 10 Dec 2012 12:29 PM PST

    ARAU: "Abah...tolong abah! Selamatkan Fasha. Akak takut!" antara jeritan yang masih terngiang-ngiang di telinga Mazlizan Md Isa, 28, ketika anak perempuannya, Nur Fasha Adriana, 10, dilarikan lelaki yang memecah masuk rumahnya di sini, awal pagi Sabtu lalu.

    Dalam kejadian jam 1.30 pagi di rumahnya yang terletak di Ulu Pauh, Mazlizan parah dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan di tangan dan dagu selepas ditetak suspek menggunakan pisau.

    Ketika itu, katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan berpaut di tingkap kereta suspek sebelum dia jatuh selepas diseret lebih 100 meter.

    Difahamkan, ketika kejadian, anaknya tidur nyenyak di rumah itu bersama nenek dan datuknya, manakala Mazlizan baru pulang daripada berniaga.


    "Ketika itu Fasha, ayah dan ibu saya tidur nyenyak.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11



    Alamak, treler masuk rumah

    Posted: 10 Dec 2012 12:29 PM PST

    KUANTAN: Brek tangan sudah ditarik manakala tayar hadapan disendal dengan batu-bata menyebabkan seorang pemilik treler, Mohd Yusabry Mohd Yusof, 39, bingung bagaimana treler 13 tan miliknya itu boleh bergerak merempuh rumah ibunya hingga menyebabkan bahagian depan rumah itu rosak teruk.

    Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Yusabry sepatutnya menghantar peralatan solar yang sudah dimuatkan ke dalam treler itu ke Kuala Lumpur dan singgah di rumah ibunya di Felda Panching Timur, di sini, untuk menukar pakaian sebelum memulakan perjalanan.

    "Selepas menghidupkan enjin treler bagi memanaskannya saya masuk ke bilik untuk menukar baju. Sebelum itu, saya sudah pastikan brek tangan ditarik manakala tayar disendal dengan bata.

    "Tiba-tiba terdengar dentuman amat kuat dan sebaik keluar dari bilik, saya dapati kepala treler sudah berada dalam rumah. Saya hanya sempat melaungkan Allahuakbar sebelum kepala treler itu berhenti di ruang tamu.


    "Saya benar-benar hairan dan terkejut dengan kejadian ini kerana kalau tidak diusik sesiapa, mana mungkin treler itu bergerak sendiri," katanya.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Belum jalan dah pandai berenang

    Posted: 10 Dec 2012 07:38 AM PST

    GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

    Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.


    Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.

    Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.


    Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. "Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.


    "Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.

    "Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah.


    "Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.

    Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu.


    "Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang." kata Charlotte. - DM

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Pengacara radio kesal sebabkan jururawat bunuh diri

    Posted: 10 Dec 2012 07:35 AM PST

    SYDNEY: Dua pengacara radio yang panggilan palsu mereka menyebabkan seorang jururawat diraja di sebuah hospital di London membunuh diri, semalam meluahkan perasaan kecewa terhadap kejadian itu dalam satu wawancara.

    Mel Greig dan Michael Christian berkata, mereka berhajat menghantar ucapan takziah kepada suami dan keluarga Jacintha Saldanha.


    "Ia satu kejadian tragik yang tidak diramalkan oleh sesiapa. Anda tahu peranan kami dalam kejadian itu dan kami amat kesal," kata Christian.

    Mel yang kelihatan menangis dan jelas terkejut menambah: "Saya juga begitu kecewa dengan apa yang berlaku." Kedua-dua pengacara berkenaan meluahkan kesedihan mereka buat kali pertama dalam wawancara berkenaan dan mengaku mereka tersentak dan terlalu kecewa.


    Mereka mungkin tidak akan meminta maaf berhubung panggilan ke hospital Duchess of Cambridge selepas ketua stesen radio tempat mereka bekerja menganggap tindakan itu mungkin keterlaluan.


    Jacintha, 46, ibu dua anak yang juga dikenali sebagai Jess, ditemui mati di kuarters jururawat di Hospital King Edward VII, tengah London, Jumaat lalu. Dia dipercayai menggantung diri.

    Selasa lalu, dia menerima panggilan daripada Mel, 30 dan Christian yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles. Jururawat itu yang tidak mengesyaki apa-apa, menyambungkan mereka ke wad tempat isteri Putera William, Kate, 30, dirawat.


    Mel memberitahu rangkaian televisyen Australia mengenai bagaimana dia mendapat berita mengenai kematian jururawat itu. "Saya masih ingat saat itu dan tidak dapat melupakannya sejak ia berlaku. Saya ingat soalan pertama saya, 'Adakah dia seorang ibu?'" "Saya sentiasa terkenang peristiwa berkenaan. Saya hanya mahu menghubungi keluarganya, memeluk mereka dan memohon maaf," kata Mel.

    Christian menambah: "Saya hanya berharap keluarganya mendapat kasih sayang, sokongan dan penjagaan yang mereka perlukan." Di tanya bagaimana perasaannya, dia menjawab: "Amat kecewa." Kedua-dua pengacara itu kelihatan sebak ketika bercakap.


    Stesen radio Sydney, 2Day FM semalam berkata, kedua-dua petugas mereka itu berusaha untuk mencari cara terbaik bagi menghubungi keluarga Jacintha.


    Tetapi apabila ditanya sama adakah mereka akan memohon maaf, jurucakapnya, Sandy Kaye berkata: "Tidak. Itu mungkin langkah yang keterlaluan. Mereka sudah pasti mahu mengucapkan takziah. Tetapi ia isu yang begitu sensitif di banyak peringkat." Tetapi pagi semalam, pengacara itu bertindak memohon maaf menerusi televisyen Australia. - DM

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Nak ikut jejak Maya Karin

    Posted: 10 Dec 2012 05:30 AM PST

    SELEPAS Aaron Aziz dan Adi Putra mencipta nama sebagai pelakon popular di Malaysia, kini seorang lagi anak jati Kota Singa sanggup menyeberangi Selat Tebrau untuk mencuba nasib. Atikah Suhaimie, gadis jelita yang bernaung sebagai bakat baru di bawah Metrowealth Pictures (MIG).

    Baru berusia 21 tahun, Atikah yang juga anak kedua daripada tiga beradik disunting penerbit terkenal, David Teo menerusi Instagram. Hanya di laman maya, David memintanya menghantarkan maklumat peribadi diri kepada MIG sekiranya Atikah berminat dalam kerjaya seni dan ingin menjadi seorang pelakon.

    Menerusi maklumat dihantar dalam Instagram itu, Atikah kemudian ke negara ini menjalani sesi uji bakat yang diadakan MIG. Namun, Atikah berkata pada mulanya dia juga bimbang dengan tawaran diberikan David kerana mereka belum pernah berjumpa dan berkenalan pun hanya di Internet.

    "Saya tahu David seorang penerbit filem terkenal di Malaysia. Bagaimanapun, apabila tawaran diberikan itu datangnya daripada individu yang saya kenali di Internet, maka perasaan risau dan was-was tak mampu dielak. Apatah lagi, saya sedia maklum kenalan di Internet tidak semuanya boleh dipercayai.


    "Di Internet, ramai individu suka menyamar. Jadi, haruslah saya tidak mahu menjadi salah seorang mangsanya. Pun begitu, tak dinafikan saya juga memang meminati bidang seni sejak kanak-kanak lagi. Malah, ketika persekolahan dulu pun saya juga sering menjayakan projek lakonan," katanya mesra berbicara.


    Ditanya apa yang menjadi kekuatannya untuk mencuba nasib di negara ini, Atikah berkata, restu ibu dan bapanya membuatkan dia berani untuk berhijrah ke Malaysia dan membina karier sebagai anak seni. Apatah lagi, keyakinan daripada David membuatkan ibu bapanya yang bersikap terbuka merestui.

    "Saya nekad untuk menjadi pelakon di Malaysia dan berkorban meninggalkan karier tetap sebagai eksekutif akaun dan pemasaran di Singapura. Malah, tak sangka juga saya berjaya dalam uji bakat di MIG yang sekali gus membuka ruang kepada saya berlakon dan membintangi filem pertama, Lagenda Budak Hostel.

    "Di bawah bimbingan pengarah Ismail Bob Hasim, saya gembira mendapat banyak tunjuk ajar. Ditambah lagi, dalam filem itu saya memperoleh peluang sangat berharga kerana bekerjasama dengan ramai pelakon berpengalaman. Sebagai orang baru, mereka sangat baik dan selalu membantu saya.

    "Jadi, saya gembira dapat berlakon di Malaysia walaupun ketika di Singapura dulu pernah juga berlakon. Saya membintangi dua drama iaitu Dikir Puteri sebagai Jasmin, seorang pelajar sekolah dan Deli Catensen, sebuah info drama berkonsepkan masakan. Ketika itu, saya bergandingan dengan pelakon baru.

    "Tetapi senario yang saya lalui di Singapura tidak sama di negara ini. Macam saya katakan, biarpun Lagenda Budak Hostel adalah percubaan awal saya di Malaysia, namun gandingan diberikan bukan calang-calang pelakon. Walaupun baru, saya mendapat kepercayaan beraksi bersama pelakon senior," katanya.

    Enggan melepaskan peluang yang sudah berada dalam genggaman, Atikah berkata, dia akan gigih berusaha dan memastikan masyarakat di negara ini mampu menerima kehadirannya dengan bakat lakonan dipersembahkan. Bahkan ujarnya, dia juga seorang yang suka belajar dan tidak malu bertanya.

    Berbicara mengenai pelakon Malaysia yang diminatinya, tanpa berselindung Atikah berkata aktres jelita, Maya Karin adalah bintang pujaannya. Ujar gadis yang cukup menyayangi kucing ini, dia cukup kagum dengan lakonan Maya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam yang disifatkan begitu berkesan.

    "Sejak persekolahan dulu pun saya memang suka menonton lakonan Maya dan sentiasa berangan-angan nak tiru gaya lakonannya. Justeru, Maya adalah ikon yang saya jadikan panduan untuk menjadi seorang pelakon berjaya suatu hari nanti. Pada saya, Maya pelakon yang bijak bermain mata.

    "Permainan mata dipersembahkan Maya mampu untuk saya merasai emosi watak dilakonkannya. Sebagai peminat, saya juga menyimpan impian supaya suatu hari nanti dapat berlakon di sampingnya. Apapun, semua ini bergantung kepada peluang dan jika memperolehnya saya pasti takkan menolak," katanya.

    Mengikat kontrak bersama dengan MIG selama lima tahun, Atikah juga ditanya mengenai pandangannya terhadap kejayaan beberapa pelakon kelahiran Singapura seperti Aaron Aziz dan Adi Putra. Ujarnya, dia hanya melihat kejayaan mereka sebagai sumber inspirasi untuk membantunya mencapai kejayaan juga.

    Menyentuh juga mengenai tawaran lakonannya yang dirancang MIG selain filem, anak tunggal perempuan dalam keluarga itu memaklumkan dia juga membintangi drama Rawan di samping pelakon seperti Faralyna Idris dan Fadzil Zahari.
    Melakonkan watak Julia, katanya ia cukup mencabar sebagai wanita simpanan.

    "Tak dinafikan, saya berasa janggal ketika mula-mula mendapat watak ini. Apatah lagi, ia watak antagonis dan gelap. Justeru, sebagai orang baru, saya bimbang juga memikirkan bagaimana reaksi dan penerimaan masyarakat terhadap diri ini.
    Pun begitu, saya sedar harus berani mencuba kerana itulah cabarannya.

    "Malah, saya juga sudah memaklumkannya kepada keluarga. Mujur mereka faham dan tidak menghalangnya. Tetapi, pada masa juga mereka mengingatkan saya supaya tidak keterlaluan beraksi kerana harus menjaga nama baik keluarga. Jarak jauh dari mereka kini juga bukan tiket untuk saya bebas," katanya.

    Berbicara soal perancangan masa depannya di negara ini, Atikah berkata, semuanya diserahkan kepada takdir. Ujarnya, terlalu awal juga untuknya memikirkan perancangan akan datang kerana baru saja menjadi pelakon. Apapun, katanya dia belajar erti kehidupan daripada pengalaman dilalui.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Unsur lucah bawa padah

    Posted: 10 Dec 2012 05:17 AM PST

    SEJAK minggu ketiga lagi, kumpulan Dadidu, Pimai dan Balas berada di tangga tiga terbawah dan kedudukan itu kekal sehingga minggu keempat yang akhirnya menjadi penamat perjuangan mereka.

    Cuma di antara tiga kumpulan yang sebelum ini bagai kekontangan idea, Balas menampakkan peningkatan apabila persembahan jenaka mereka di Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) yang bersiaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, berjaya menggeletek hati penonton.

    Malangnya, Balas tersilap langkah sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan memperkatakan sesuatu berunsur 'double meaning' di akhir persembahan mereka sehingga menyebabkan gagal mendapat markah yang baik daripada juri yang dibarisi oleh Awie, Wulan, Lisa Surihani dan Najip Ali.

    Mengimbas kembali kenyataan panas salah seorang anggota Balas sewaktu persembahan berbunyi: "Kena letak air liur atas kepala baru senang masuk".


    Situasi itu sebenarnya dijelaskan sebagai petua orang tua-tua, jika mahu ilmu senang masuk cara ("kena letak air liur atas kepala baru senang masuk") patut dilakukan.


    Bagaimanapun, gara-gara kenyataan berkenaan ia membawa padah kepada Balas sehingga menyebabkan mereka tersingkir.

    Awie menerusi komentarnya, berkata: "Sebagai juri saya sendiri tidak senang dengan lawak 'double meaning', lawak, tetapi bunyinya kotor di telinga. Sebelum ini pun ramai penonton sedia maklum dengan persembahan Balas yang selalu 'double meaning'. Tapi harus diingat program ini ditonton seisi keluarga dari anak kecil sehingga dewasa."

    Manakala Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, menerusi keterangan dalam sidang media yang diaturkan sesudah usai siaran MLM2012, berkata,
    demi menjaga kandungan program pihaknya mewujudkan sistem pemarkahan.

    "Balas ada memaklumkan kepada saya mereka tidak berniat untuk mengutarakan sesuatu berbaur fitnah. Namun, dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan dialog mereka tidak lengkap. Apa yang cuba dimaksudkan mereka kena letak air liur pada kepala benang baru senang masuk."

    "Apapun, kesilapan sudah dilakukan dan inilah risikonya apabila membabitkan program siaran langsung. Yang terjadi tidak boleh ditarik semula. Harus diingatkan kepada peserta supaya tidak lagi menggunakan lawak 'double meaning'.

    "Sebagai pihak penerbitan dan penyiar, Astro sangat mengambil kira sensitiviti masyarakat dan memastikan setiap program kita tidak menyinggung perasaan umum.

    "Justeru itu, menerusi program MLM2012 kami wujudkan sistem pemarkahan di mana juri boleh mengurangkan markah bagi kumpulan yang membuat jenaka 'double meaning'.

    "Saya secara peribadi berpendapat, peserta sebenarnya perlu lebih kreatif dalam mencari bahan iaitu dengan membuat kajian daripada mengambil jalan singkat dengan mengenengahkan lawak murahan. Saya berasa kagum dengan kumpulan yang tidak bergantung dengan lawak murahan tetapi menggunakan isu semasa kemudian menyuntik elemen komedi dalam persembahan.

    "Saywho antara kumpulan yang mempunyai kepakaran ini dan saban minggu mereka memikat rakyat Malaysia dengan mengutarakan isu yang dekat di hati masyarakat negara ini. Bagaimanapun, untuk persembahan malam ini kumpulan R2 mengejutkan juri dan persembahan mereka mendapat pujian," katanya.

    R2 bagaimanapun diumumkan lima kumpulan yang berada di tangga terbawah selain The Bandung Jokers. Pun begitu, mereka terselamat daripada penyingkiran.

    Secara keseluruhan peserta kegemaran Jozan yang dianggotai Zizan dan Johan, masih lagi menguasai dan mendahului pertandingan diikuti kumpulan Jambu.

    Malam bertemakan 'Mengayat' yang dikendalikan pengacara Datuk AC Mizal itu, turut menampilkan persembahan kumpulan Shiro, Sabon dan Boboi, iaitu tiga daripada tujuh kumpulan yang masih meneruskan perjuangan pada minggu kelima.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Makin sukar

    Posted: 10 Dec 2012 07:28 AM PST

    KUNJUNGAN skuad negara ke Bangkok untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF, semalam tidak banyak bezanya bagi pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal ketika situasi kini seakan-akan tidak memihak kepada anak buahnya.

    Seperti perlawanan separuh akhir pertama kelmarin yang berkesudahan seri 1-1, ketua jurulatih negara itu masih berdepan masalah kehilangan beberapa tonggak utama menjelang pertemuan timbal balik bertemu anak buah Winfried Schafer di Stadium Supachalasai.


    Pemain seperti Wan Zack Haikal Wan Nor serta Mohd Shakir Shaari pada pendapat Rajagobal hampir pasti tidak dapat diturunkan.

    Namun Rajagobal tetap tenang walaupun mengetahui lawannya mempunyai skuad terbaik untuk diturunkan pada Khamis ini selain kelebihan beraksi di halaman sendiri.


    "Semua perlu faham, kami tidak mempunyai lima tonggak akibat kecederaan dan keputusan seri bagi saya sesuatu yang cukup baik dengan komitmen tinggi ditunjukkan setiap pemain.


    "Kalau dibandingkan dengan Thailand, mereka dapat turunkan semua pemain utama. Kita perlu bersikap positif," katanya.

    Hasrat meraih bekalan selesa pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin lebur selepas Thailand berjaya mengikat kedudukan sekali gus perlawanan timbal balik Khamis ini dilihat lebih memihak kepada Thailand.


    Tapi Rajagobal tidak panik, sebaliknya berkata, barisan pemainnya sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila bertemu anak buah Schafer sekali lagi.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Messi ledak sejarah

    Posted: 10 Dec 2012 07:22 AM PST

    MADRID: Rekod jaringan terbanyak dalam setahun milik lagenda bola sepak Jerman, Gerd Mueller yang bertahan selama 40 tahun akhirnya dipecahkan Lionel Messi kelmarin selepas penyerang Barcelona itu menjaringkan dua gol pada minit ke-85 dan 86 ketika menewaskan Real Betis 2-1.

    Pemain berusia 25 tahun dari Rosario, Santa Fe, Argentina itu mengukuhkan peluangnya mencatat satu lagi rekod andai dianugerah Ballon d'Or buat kali keempat berturut-turut.


    Kehebatan menggelecek, keserasian bersama pasukan dan kekerapan menjaringkan gol menjadikannya pemain lebih sempurna.

    Malah dia membuktikan dirinya mampu terus menyerlah pada majlis anugerah sukan yang menawarkan hadiah terbesar dengan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan lima kejuaraan La Liga.


    Messi juga dua kali memenangi anugerah pemain terbaik Piala Dunia Fifa selain menjadi pendahulu senarai penjaring terbanyak Barcelona dengan 283 gol dalam semua kejohanan.


    Berbekal kebolehan semula jadinya itu, Messi langsung tiada bandingan dalam sukan ini namun kelincahan kakinya bersama Barcelona itu tidak pernah menjadi ketika bersama pasukan kebangsaan.

    Messi menjaringkan 31 gol dalam 76 perlawanan bersama Argentina, satu rekod yang mengecewakan dan tidak mampu menyelamatkan negaranya dari tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2010 dan Copa America yang dianjur negaranya tahun lalu.


    Pengkritik sering mengatakan Messi tidak boleh dibandingkan dengan Pele mahupun Diego Maradona semata-mata kerana kehebatannya bersama kelab, melainkan dia meninggalkan kesan mendalam pada kejohanan utama antarabangsa.

    Peluang untuk Messi melakukannya adalah pada Piala Dunia Brazil 2014 pada usia 26 tahun dan dia mesti berada dalam kedudukan terbaik untuk menunjukkan bakatnya pada kejohanan paling berprestij itu.


    "Saya masih menaruh impian bergelar juara dunia dan menjulang Copa America bersama pasukan kebangsaan," kata Messi.


    "Saya tahu apa yang perlu dilakukan dan yakin mampu melaksanakannya." - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Isnin, 10 Disember 2012

    Harian Metro: Hati

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Hati


    Terkesan tragedi 2008

    Posted: 10 Dec 2012 06:25 AM PST

    TIDAK ramai sanggup bersengkang mata secara sukarela semata-mata untuk menganjurkan aktiviti amal.

    Apatah lagi ia dilakukan demi mengumpulkan dana untuk golongan memerlukan di negara asing yang jauh dari tempat kelahiran sendiri.

    Namun, bagi lima wanita warga Perancis iaitu Florence Lambert Lee, Katell Lecue, Flavie Causse-Fournial, Sandrine Baudeau dan Nadege Lubrano segala usaha yang lakukan nyata mencetus inspirasi.

    Memasuki tahun kedua penganjurannya kini program French Market Bazar - Le Marche De Noel ini ternyata berjaya menarik minat ramai penggemar produk serta barangan Perancis.


    Mensasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM40,000, usaha itu tidak sia-sia apabila sejumlah RM48,000 berjaya dikumpulkan di akhir bazar berkenaan.


    Bagi Florence, jumlah kutipan yang diperoleh daripada bazar kali ini sememangnya amat menggalakkan berbanding tahun lalu dengan jumlah kutipan keseluruhan RM24,000.

    "Setiap ringgit yang diperoleh akan diserahkan keseluruhannya kepada badan kebajikan terpilih. Ini bagi memastikan bantuan yang diberikan mereka kepada golongan kurang berkemampuan berkenaan sentiasa mencukupi.

    "Kami hanya bertindak sebagai penganjur sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran. Objektif utama menyediakan platform terbaik kepada keluarga pesakit bagi mendapatkan bantuan diperlukan serta memberikan kesedaran mengenai penyakit kanak-kanak," katanya.

    Bazar yang diadakan di Carcosa Seri Negara itu dimulakan seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 7 petang. Ia dikunjungi lebih daripada 700 pengunjung terdiri daripada komuniti warga Perancis yang tinggal di sini serta warga tempatan yang turut memeriahkan acara.

    Gerai pempamer yang disediakan pula meningkat daripada 40 kepada 50 gerai.
    Antara produk yang dipamerkan merangkumi pakaian, aksesori perhiasan, hiasan dalaman rumah, mainan kanak-kanak, makanan serta beg dan kasut kulit buatan tangan.

    Semua kutipan dana terbabit akan diserahkan kepada Madeleine Children's Fund (MCF), Rumah Ozanam, Tanma dan Be Positiv yang memfokuskan usaha mereka membantu kanak-kanak, lelaki dan wanita tempatan yang memerlukan bantuan.

    MCF ialah tabung khas untuk meringankan kos ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan serta pelbagai kelengkapan diperlukan untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.

    Tanma pula bermakna kuat dalam bahasa Burma (Myanmar) iaitu organisasi pelarian politik wanita yang menyokong projek kraftangan pelarian Myanmar di Kuala Lumpur.

    Rumah Ozanam Batu Arang ialah rumah kebajikan yang menyediakan penjagaan kepada wanita dan kanak-kanak yang menghidap HIV dan Aids.

    Begitu juga dengan Be Positiv iaitu sebuah organisasi atau pusat pemulihan kepada lelaki dan kanak-kanak yang menghidap HIV.

    Florence yang sudah 18 tahun menetap di Malaysia berkata, usaha amal itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu golongan memerlukan terutama pesakit kanser apatah lagi dia turut mempunyai pengalaman berhadapan situasi berkenaan.

    Peristiwa kehilangan anak perempuannya pada 2008 akibat kanser meninggalkan kesan amat mendalam pada dirinya serta keluarga. Ini menjadikan wanita ini cekal untuk sentiasa berusaha membantu golongan memerlukan mendapatkan rawatan diperlukan.

    "Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata anak perempuan saya sebelum dia meninggal dunia meminta saya membantu kanak-kanak yang senasib dengannya dengan apa cara sekalipun.

    "Oleh itu, saya membulatkan tekad mencari idea melakukan program terbaik dalam usaha membantu golongan ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Tidak dinafikan kenangan itu sukar dilupakan dan sentiasa tersemat di hatinya seumur hidup. Walaupun agak sukar untuknya berkongsi cerita mengenai anak perempuannya itu kepada umum, dia tetap menguatkan semangat.

    Dia akui mengambil masa dua tahun menjalani 'tempoh bertenang' selepas kematian anaknya sebelum berjaya mengelolakan bazar ini buat kali pertama tahun lalu.

    "Saya bernasib baik kerana bertemu empat lagi rakan yang turut berkongsi impian menghulurkan bantuan dengan cara tersendiri kepada golongan memerlukan.

    "Harapan di masa depan supaya bazar ini terus berkekalan tetapi segalanya dalam perancangan kerana tidak dinafikan bukan mudah untuk menganjurkan program sebegini bersendirian," katanya.

    Bagi pempamer, Amy Blair yang mewakili The Batik Boutique, ini bukanlah kali pertama dia menyertai aktiviti sebegini terutama membabitkan jualan amal.

    Dia yang sudah lima tahun menetap di Malaysia berkata, rasa tanggungjawab untuk membantu golongan memerlukan membuatkannya sentiasa menyokong setiap aktiviti amal dilakukan.

    Malah, penulis turut berasa teruja dan kagum kerana Amy amat fasih berbahasa Melayu serta berhasrat ingin memartabatkan batik ke peringkat antarabangsa.

    "Saya memilih batik sebagai produk utama jualan disebabkan keunikan produk terbabit yang sukar didapati di tempat lain.

    "Bukan saja selesa dipakai malah ia juga mempunyai nilai yang tinggi untuk diketengahkan sebagai cenderahati terutama kepada masyarakat antarabangsa," katanya.

    Bagi pengunjung bazar berkenaan, Ellisha Othman, cukup teruja dengan kepelbagaian produk unik disediakan.

    Walaupun pertama kali mengunjungi bazar amal sebegini, ternyata dia amat berpuas hati dengan produk yang diketengahkan penganjur.

    Selain beramal, dia juga boleh memilih produk unik yang jarang dan sukar diperoleh di pasaran tempatan pada harga berpatutan.

    "Saya gembira kerana di samping menyumbang kepada pengumpulan dana untuk diserahkan kepada mereka memerlukan, saya juga boleh melihat pelbagai produk hiasan dalaman, aksesori serta rekaan pakaian yang berlainan.

    "Pada masa sama, menghadiri acara sebegini juga membolehkan kita bertemu rakan baru daripada bangsa lain," katanya.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini, boleh layari www.facebook.com/leMarchedeNoel2012.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Cikgu Rania 2: Dia yang tertewas

    Posted: 10 Dec 2012 05:46 AM PST

    JARI-JEMARI Rania yang runcing mengurut-urut lembut lengan kanan Makcik Rohaya. Minyak urut berangin cap Tok Ayah disapu lagi di sekitar lengan yang berurat-urat itu. Lengan Makcik Rohaya yang sengal-sengal sejak malam tadi beransur pulih bila digosok dengan minyak urut berwarna kuning cair itu.

    "Bagus minyak ni," puji Makcik Rohaya.

    Dia membaca maklumat yang terdapat pada bekas pembungkus botol minyak urut.
    "Minyak dari Terengganu. Bagus sungguh!"

    "Bukan saja minyak yang bagus, tengok siapa yang urut." Sengih Rania mencuit hati Makcik Rohaya.

    "Ya Ren memang pandai serba-serbi. Pandai urut, pandai belajar, pandai memasak, pandai cari suami, pandai jaga diri.."

    "Dah dah dah, cukup, biar Ren pula menambah. Yang mak cik tu pula ada hati nak pindah konon. Tengok ni, kat rumah ni kalau mak cik salah urat, sengal-sengal badan, ada Ren tau! Ren boleh tolong urut sikit-sikit. Kalau duduk kampung nanti siapa nak buat?" Bebelan Rania terhadap Makcik Rohaya bersambung balik pada pagi Ahad yang bercuaca indah itu. Sebelum ini dia membebel juga tapi berhenti sekejap dek kesibukan dengan pelbagai urusan. Keluhan Makcik Rohaya terdengar lagi. Sudah beribu-ribu kali Makcik Rohaya mengeluh begitu.

    Rania melunjurkan kakinya yang berasa kebas dan kali ini tangan tua Makcik Rohaya pula yang memicit betisnya. Mereka duduk bersantai di pondok depan mengadap laman yang berumput. Puan Sri Zalia pula sedang asyik membelai bunga-bunga ros yang mekar di taman mini belakang. Leka betul dia. Itulah hobinya sejak dulu. Kini, hobinya itu semakin menjadi-jadi lebih-lebih lagi dengan kesibukan Tan Sri Razlan. Suaminya itu bukan sahaja sibuk dengan urusan kerja tetapi juga sibuk menguruskan hal Zara Aliya.

    Gasaklah dia! Fikir Puan Sri Zalia. Dengan topi kembang di kepala, asyik benar dia memotong ranting-ranting pokok bunga ros yang berselirat.

    "Ingat, kalau mak cik sebut lagi nak pergi dan tinggalkan Ren, Ren juga akan tinggalkan rumah ni. Abang Qayyum pun dah ajak Ren pindah. Dia balik dari Sweden nanti, terus Ren ajak pindah, habis cerita!" Kata-kata Rania menyentap hati Makcik Rohaya.

    Seperti memberi kata dua kepadanya! Ini sudah masuk kali ketiga Rania menghalangnya. Selepas majlis perkahwinan di Kampung Daun Pisang, dia ditahan oleh Rania atas alasan macam-macam. Kebetulan, kelahiran anak Murni yang diberi nama Fahmi membuatkan Puan Sri Zalia kelam-kabut sedikit, jadi Makcik Rohaya setuju. Kemudian dirayu-rayu Rania lagi apabila Ummar Qayyum kembali semula ke Sweden.

    "Janganlah ugut mak cik sampai macam tu." Renungan Makcik Rohaya menusuk hatinya.

    Kegelisahan bertakung di rongga hati orang tua yang nampak benar sukar membuat keputusan. Dibuang mati emak diluah mati ayah . Wajahnya berkerut.

    "Ren tak main-main. Mak cik keluar hari ni, esok Ren ikut. Mak cik tak percaya, mak cik tengoklah..." Daripada duduk Rania sudah berdiri. Dia membalik-balikkan tubuhnya yang berasa lenguh.

    Keresahan Makcik Rohaya kian ketara. Rania retus beberapa kuntum bunga kesidang lalu diselitkan di sanggul rambut tua Makcik Rohaya. Tangan Rania dipegang dan diusap-usap lembut oleh Makcik Rohaya.

    "Mana boleh Ren buat macam tu. Sampai hati Ren nak tinggalkan mama Ren tu?"
    tanya Makcik Rohaya seraya menjuihkan mulutnya pada Puan Sri Zalia yang masih terbongkok-bongkok di taman mini.

    "Mak cik pula sampai hati nak tinggalkan Ren? Nak balik kampung nak duduk seorang?"

    "Itu mama Ren. Mak cik ni siapa? Masakan boleh disamakan. Mak cik orang gaji di rumah ni!" Perempuan tua itu mulai sebak.

    "Mak cik...." Rania menjerit kecil seraya memeluk pembantu rumah yang sudah dianggap macam keluarga sendiri. Hiba hatinya mendengar ungkapan tersebut.
    Jarang sekali Makcik Rohaya berkelakuan aneh sedemikian. Air mata Makcik Rohaya yang menitis disapu lembut oleh Rania.

    "Kenapa mak cik cakap macam tu? Tak baik. Kami sayang mak cik dan tak pernah anggap mak cik macam tu."

    "Kamu anak beranak orang baik-baik, kalau tidak masakan berbelas-belas tahun mak cik duduk di sini."

    "Habis tu kenapa mak cik cakap macam tu? Ada siapa-siapa yang kata mak cik orang gaji di sini?" cungkil Rania.

    Makcik Rohaya serba salah. Dia menelan air liur. Rahsia yang berlaku antara dirinya dengan Murni tidak ada siapa yang tahu hingga saat ini. Segan pula hendak memberitahu Rania apa yang berlaku kerana sebelum dia dicaci Murni, dialah yang terlebih dahulu suka menyindir dan memerli Murni. Mengenangkan itu, Makcik Rohaya mendiamkan diri.

    "Siapa cakap pada mak cik macam tu? Beritahu Ren? Murni?" serkap Rania.
    Terlintas juga di hatinya mungkin Murni ada berkata sesuatu kepada Makcik Rohaya sehingga menyebabkan Makcik Rohaya berkecil hati. Tetapi mustahil kerana selama berada di rumah itu, Makcik Rohaya yang selalu mengenakan Murni. Makcik Rohaya menggeleng.

    "Kalau bukan Murni, tak payahlah mak cik nak ambil kisah, kami semua sayangkan mak cik. Kami anggap mak cik macam keluarga sejak dulu. Jadi, mak cik kena duduk di sini sampai bila-bila. Mak cik tak boleh ke mana-mana tau," Rania memaksa.

    Makcik Rohaya mengeluh dalam.

    "Lagipun sekarang mak cik dah jadi nenek, nenek Fahim!" pipi tua Makcik Rohaya dicium Rania.

    Mendengar itu, dari hiba, muka Makcik Rohaya berubah rona. Juih Makcik Rohaya kian panjang. Hingga saat itu, dia tidak suka mendengar nama Murni atau apa-apa sahaja tentang perempuan itu. Dia meluat pada budak kampung yang tidak sedar diri itu. Tidak ada siapa pun yang tahu bahawa kerana perempuan bernama Murni itulah dia mahu keluar dari rumah yang sudah dihuni berbelas-belas tahun itu. Kata-kata nista yang diucapkan Murni masih terngiang-ngiang lantas menusuk hati tuanya.

    Marahkan Murni, anak Murni pun tak dipandangnya. Banyak alasan yang diberi supaya dia tidak perlu menjaga Murni dan anaknya. Bidan kampung dipanggil oleh Puan Sri Zalia untuk menguruskan Murni manakala anak Murni pula diupah pengasuh dari pusat asuhan berdekatan untuk menjaganya di rumah bermula jam 8 pagi hingga 7 malam. Pada waktu malam, Murni terpaksa menjaga anaknya sendiri.

    Dia sering mendengar anak Murni menangis pada waktu malam. Jarang sekali bayi itu dapat tidur nyenyak. Kembung perut, lapar atau tidak selesa barangkali, fikirnya. Padan muka kau Murni! Jagalah anak kau sendiri! Getus Makcik Rohaya.
    Kemudian, direnung pula wajah Rania yang putih dan bersih sesuci dan sebersih hatinya. Daripada panas hati, jadi sejuk serta-merta bagai api disiram air hujan.

    Aku sayang sangat budak ni. Sejak dia sunti lagi aku mengasuhnya, masakan kerana budak tak tahu asal-usul itu, Rania hendak aku tinggalkan? Buatlah dia juga pergi dari rumah ini, sunyi sepilah rumah mewah ini. Yang ada hanya Rania dan Rais suami isteri dengan bayi yang baru lahir. Hubungan Tan Sri dengan Puan Sri pun tidak lagi semesra dahulu walaupun mereka masih berkomunikasi.
    Bermaharajalela pula si Murni itu kelak. Entah apa pula yang boleh dia lakukan kalau sudah beraja di mata, bersultan di hati, fikir Makcik Rohaya dengan perasaan gerun.

    "Mak cik tak jadi pergi, mak cik akan jaga Ren tapi Ren mesti janji cepat mengandung tahu," janji Makcik Rohaya dua hari selepas itu. Kali ini Makcik Rohaya pula bersyarat. Gembira bukan kepalang Rania mendengarnya. Segera pula dia berkongsi berita gembira itu dengan Puan Sri Zalia.

    "Alhamdulillah, bolehlah mak cik tolong tengok-tengokkan anak Murni," harap Puan Sri Zalia.

    Rania diam sahaja. Bukan dia tidak perasan Makcik Rohaya kurang kisah tentang Murni dan anaknya cuma dia malas hendak memanjangkan cerita itu. Yang penting Makcik Rohaya mahu terus tinggal bersama mereka. Terpulang pada Makcik Rohaya hendak tengokkan anak Murni atau tidak. Dia tidak kisah. Dia pun sedang sibuk membina rumah tangga. Banyak yang hendak dipelajari sebagai seorang isteri. Ke dapur hendak juga dijengah. Kerana itulah dia seronok apabila Makcik Rohaya akan terus tinggal bersama mereka.

    Bebanan tugas di sekolah pula makin banyak dipikul. Dengan wujudnya sistem baru iaitu PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) untuk menilai murid-murid, kerja guru makin bertimbun. Kerana itu dia perlu bijak membahagikan masa. Nasib baik Ummar Qayyum juga sedang sibuk dengan tugasnya di Sweden, kuranglah sikit peranannya sebagai isteri. Kalau tidak, mana masa nak siapkan kerja sekolah, menyemak buku latihan murid-murid, belajar memasak, melayan suami.

    Ah! Rindu pula pada Ummar Qayyum, fikir Rania seraya mencapai longgokan buku karangan murid tingkatan lima Perwira yang belum disemak. Minggu depan dia akan dicerap oleh Puan Salsiah Harun. Oleh itu, buku-buku latihan murid perlu ditanda sebelum diserahkan kepada Ketua Panitia untuk tindakan selanjutnya.
    Senak dadanya semasa buku karangan milik Shahir Fikri mahu ditanda. Bukan sahaja karangan jenis ucapan yang diarahkan tidak dibuat malah beberapa karangan lain yang sebelum itu juga tidak dilengkapkan walaupun telah berulang kali diberi peringatan. Budak itu memang suka mencabarnya. Nama murid itu memang terkenal dalam kalangan guru-guru yang mengajarnya. Malas, baran dan bermasalah disiplin. Esok, Shahir Fikri perlu dipanggil dan ditanya, fikir Rania.

    "Saya dah cakap, saya tak suka karangan," budak lelaki berwajah cengkung dengan pipi berjerawat itu menjawab soalan Rania.

    "Suka tak suka awak kena buat. Kan cikgu dah pesan berkali-kali. Tak lulus karangan, kebarangkalian awak gagal BM tinggi. Gagal BM, awak gagal SPM."

    Mukanya masam mencuka.

    "Buatlah ya," pujuk Rania. Suaranya lembut. Shahir Fikri mengerling ke kiri kanan memberi isyarat bosan. "Esok cikgu nak tengok ya," sambung Rania lagi.
    Esoknya, sebaik sahaja masuk ke kelas 5 Perwira, kelibat Shahir Fikri tidak ada di tempatnya.

    "Mana Shahir?" tanya Rania lalu menghampiri kumpulan murid lelaki yang duduk sekelompok.

    Hanya ada sebelas orang sahaja murid lelaki di dalam kelas tersebut. Dua puluh lima orang lagi terdiri daripada murid perempuan. Kawan-kawannya yang duduk sebelah menyebelah saling memandang.

    "Dia keluar cikgu," kata Nor Azmi.

    "Keluar ke mana?"

    "Jumpa cikgu."

    "Cikgu mana?"

    "Cikgu tanyalah dia nanti," sahut Aiman Saleh lepas tangan.

    Rania tidak bertanya lagi. Dia bergerak ke depan kelas dan mulai mengajar.
    Sedang leka mengajar, tiba-tiba bunyi deringan telefon bergema. Rania menoleh ke arah murid-muridnya.

    "Bunyi apa tu? Telefon kan?" Rania mahu mendapatkan kepastian. Semua murid memandang padanya. Deringan bunyi telefon masih kedengaran. Rania mengikut arah bunyi deringan tersebut.

    Datangnya dari arah kelompok murid-murid lelaki. Seketika kemudian bunyi itu berhenti tetapi beberapa saat selepas itu deringan itu terdengar kembali.

    "Telefon siapa tu? Tolong bagi saya," arah Rania.

    Masing-masing mendiamkan diri. Murid-murid lelaki membatukan diri manakala murid-murid perempuan mulai berbisik sesama sendiri.

    "Siapa punya telefon tu?" tnya Rania lagi. Mukanya sudah masam. Pengajaran dan pembelajarannya sudah terganggu.

    "Kamu tahu kan, salah membawa telefon bimbit ke sekolah," ujarnya lagi lalu mengarahkan Aiman Saleh mencari arah bunyi telefon bimbit tersebut. Daripada sebuah beg galas berwarna hitam, Aiman Saleh keluarkan sebuah telefon bimbit.
    Diserahkan telefon tersebut kepada Rania.

    "Awak punya?" tanya Rania.

    "Bukan. Shahir punya," jawab Aiman Saleh.

    Telefon bimbit itu diletakkan di atas meja guru dan Rania kembali mengajar.
    Lima belas minit kemudian, Shahir Fikri masuk tanpa memberi salam. Dia duduk di kerusi lalu dibisikkan sesuatu oleh Aiman Saleh. Wajahnya yang masam menjadi bengis tiba-tiba.

    "Pulangkan balik telefon aku," ujarnya tiba-tiba.

    Suaranya tinggi. Dia sudah berdiri. Rania terkejut bukan kepalang disergah begitu. Pengajaran dan pembelajaran terhenti tiba-tiba. Murid-murid perempuan memandang pada Shahir Fikri yang kelihatan tegang. Nafasnya turun naik. Mereka sama terkejut melihat tindakan kurang ajar rakan sekelas.

    "Saya ambil telefon awak sebab alat itu mengganggu pengajaran saya dalam kelas.
    Boleh awak duduk dan bertenang?" arah Rania kekal berhemah.

    "Aku nak telefon aku balik," herdiknya tanpa segan-silu.

    "Saya akan pulangkan tapi bukan sekarang."

    "Aku tak kacau kau, kau jangan kacau harta benda aku. Bagi balik telefon aku," tengking Shahir Fikri tiba-tiba.

    Kelas jadi sunyi-sepi. Semua tergamam dengan tindakan biadap seorang murid terhadap guru. Aiman Saleh yang cuba meredakan keadaan tegang Shahir Fikri turut ditepis. Shahir Fikri bergerak ke depan lalu menendang beberapa kerusi yang mengganggu laluannya. Dicapai sebuah kerusi lalu dicampak ke lantai.
    Keadaan jadi bertambah huru-hara. Rania menyabarkan dirinya. Ikutkan hati, mahu sahaja dilempang murid yang biadap dan tidak beretika itu tetapi mengenangkan situasi yang mencemaskan itu, dia mendiamkan diri. Banyak yang menerjah fikirannya saat itu. Dia risau akan keselamatan murid-murid lain. Bimbang juga kalau-kalau murid yang sedang naik angin itu mencampakkan kerusi ke arah murid-murid lain yang kaku tidak bergerak. Justeru dijadikan diri sebagai benteng. Kalau Shahir Fikri semakin ganas, dia sanggup jadi mangsa asalkan murid-murid selamat.

    Keadaan semakin riuh-rendah. Shahir Fikri terus beraksi. Sambil bergerak laju, dia terus menendang beberapa kerusi dan menjerit-jerit seraya melemparkan kata-kata kesat kepada Rania. Sambil beristighfar, Rania memerhatikan saja gelagat murid yang kerasukan itu. Tiba-tiba muncul Fakhrul Aziz, murid dari kelas Lima Laksamana di ambang pintu. Murid yang berwajah tenang itu cuba memujuk Shahir Fikri tetapi dia ditumbuk di muka. Terpisat-pisat Fakhrul seketika.

    Kesabaran Rania kian menipis. Ringan sahaja tangannya mahu melayang ke muka Shahir Fikri tapi segera disanggah Fakhrul Aziz. Di luar kelas, murid-murid menjadi penonton drama realiti. Beberapa orang murid dan pengawas yang cuba meredakan keadaan Shahir Fikri turut ditempik. Shahir Fikri bergerak ke kelas sebelah lalu menengking pula beberapa guru yang kebetulan sedang memandang ke arahnya.

    Akhirnya, dia kembali semula ke kelas setelah amukan amarahnya dilepaskan. Rania masih di tepi pintu memaut tiang kesabaran semasa keadaan mulai tenang. Di anak tangga teratas, Rania tersuluh kelibat Encik Salman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sedang berlari-lari anak menuju ke tingkat empat. Murid-murid sudah pun bersurai - barangkali kerana menyedari kehadiran Encik Salman.

    Shahir Fikri duduk di tempatnya semula. Nafasnya tercungap-cungap seperti lembu yang baru disembelih. Beberapa orang murid perempuan mengesat air mata.
    Kesedihan melanda mengenangkan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh rakan sekelas kepada Cikgu Rania.

    Rania masih tergamam di muka pintu. Dia tidak berganjak sungguhpun dia sedar Encik Salman ada di luar kelas. Dari celahan tingkap, Encik Salman berhenti dan memandang tepat ke muka Shahir Fikri. Sungguhpun tenang tapi wajahnya tegas. Kemudian, dia bergerak ke pintu belakang dan sekali lagi dia berdiri tegak. Dua tangannya mengilas di belakang. Kelas masih sepi.

    "Shahir, ikut saya ke pejabat. Sekarang," ujarnya dan terus pergi.

    Rania tidak mampu mengungkapkan apa-apa kata lagi. Sepuluh minit kemudian, loceng berbunyi dan dia pergi tanpa menunggu murid-murid mengucapkan terima kasih. Sepanjang jalan menuju ke bilik guru, dia berasa kosong yang teramat sangat. Rasa tidak percaya masih menghantuinya. Bagaimana seorang murid tega mengucapkan kata-kata kesat kepada guru yang memberi ilmu? Begitukah adab seorang murid? Allah melihat dan mendengar semua. Tidak takutkah dia pada kemurkaan Allah?

    Astaghfirullahalazim! Rania beristighfar. Beberapa orang guru melahirkan rasa simpati kepada Rania. Perasaan marah dan geram mereka pada Shahir Fikri tidak terbendung.

    "Dia memang bermasalah sejak dulu. Kenapa masih disimpan? Sepatutnya dah lama dibuang," komen Puan Khairiah, guru Sains yang pernah mengajar Shahir Fikri.

    "Kesalahannya banyak do'oh lalu. Dohlah bawok telefon, masuk lambak, ponteng kelah. Paling teruk biadap terhadap guru," sampuk Puan Che Marhaini dalam loghat daerah.

    Bukan main bersemangat guru yang berasal dari Kelantan itu apabila berhujah.
    Beberapa orang guru yang mendengar tersenyum simpul kerana gelihati melihat gelagatnya yang tak ubah seperti ahli politik. Bila bercakap seluruh anggota badannya berfungsi. Dia memang pandai berlawak.

    "Kita fikir bila kita bagi peluang, dia akan berubah," Encik Yusuf merasionalkan keadaan.

    "Mana nak tahu dia lagi hebat sekarang." Ada nada kesal pada bicaranya.

    "Cikgu Yusuf memang slow motion sokmo!" potong Che Marhaini.

    Rania hanya mendengar komen-komen para guru. Dia tidak berminat untuk menyampuk. Seperti tadi, dia masih tetap kosong. Masih terkejut dan sukar mempercayai peristiwa yang menimpanya. Sejarah berulangkah? Dia teringat kisah lama di sekolah sebelum ini. Setandan kelapa, mesti ada kelapa komeng!

    Kalau ini ujian-Mu untuk menduga aku Ya Allah, aku terima dengan reda, kata hatinya semasa memandu pulang ke rumah.

    Qayyum, luluh hatinya bila teringatkan suami yang jauh. Bagusnya kalau abang ada! Rintihnya tatkala keretanya berhenti di pagar rumah. Pintu pagar automatik sedia terbuka.

    Rania memarkir keretanya di ruang parkir khas. Dia melangkah longlai menuju ke pintu utama dengan hati yang cukup sebal. Loceng dibunyikan. Makcik Rohaya tersenyum menyambutnya di ambang pintu. Tiada sesiapa di ruang tamu utama.
    Makcik Rohaya bergegas pula ke dapur. Rania mendengar bunyi sesuatu ditumis.
    Bau gulai patin masak tempoyak menusuk hidungnya. Dia bergerak ke dapur.

    Kenapa Makcik Rohaya masak ikan patin tempoyak? Membuatkan ingatanku pada Qayyum makin menjadi-jadi!

    "Kenapa Ren?" tanya Makcik Rohaya sebaik sahaja terpandangkan wajah sugul Rania.

    Rania duduk di kerusi di meja makan di bahagian dapur basah. Dihidangkan segelas air kosong lalu disuakan pada anak majikannya.

    "Mama mana, mak cik?" tanyanya pula tanpa menjawab soalan yang ditanya. Air diteguk oleh Rania.

    "Mama ada kat bilik Ren," sahut Makcik Rohaya. Berkerut dahi Rania.

    "Mama buat apa dalam bilik Ren?"

    "Entahlah, pergilah..." ujar Makcik Rohaya.

    Sisa-sisa tenaga yang tinggal, Rania kerah untuk mendaki anak tangga menuju ke kamar tidurnya. Dia membuka tombol pintu kamar lalu terus masuk ke dalam.
    Kelibat ibunya tidak ditemukan tetapi di dalam kamar mandi, dia terdengar bunyi jirusan air.

    Jendela kamarnya terbuka membawa masuk angin petang menyapu muka. Rania hampiri jendela. Bau rumput yang baru dipotong menyegarkan mindanya. Dia suka bau itu. Dia bertenggek di birai jendela. Ingatan pada suami makin terasa.
    Terkenang akan memori indah bersama Ummar Qayyum semasa mereka bersantai di tepi jendela semasa bercuti di hotel di Paris tempoh bulan.

    Tubuhnya tiba-tiba diraih dari arah belakang. Rania terkejut.

    "Sayang..." sebuah kucupan hinggap di telinganya. Berderau darah Rania.
    Dipalingkan tubuh.

    Ummar Qayyum sedang tersenyum. Mata mereka bertemu. Dengan tidak semena-mena direbahkan kepalanya di dada bidang Ummar Qayyum. Tanpa diduga, di dada itu, tangisannya bergema!

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10



    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved