Khamis, 20 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Juadah pelbagai tema

Posted: 04 Oct 2012 07:47 AM PDT

MENU menarik dan menyelerakan mengikut pelbagai tema bakal menemui pengunjung Hotel Impiana sepanjang Oktober ini.

Dimulakan dengan bufet Pan Asian Treats pada harga RM68++ pada setiap Isnin hingga Khamis, pengunjung berpeluang menjamu hidangan Mediterranean pada setiap Jumaat dan Sabtu, sementara Ahad dipenuhi pelbagai juadah tempatan pada harga RM48++ seorang.

Menariknya, ais krim Baskin Robbins turut disediakan sebagai pencuci mulut untuk semua hidangan bufet ini.

Pada masa sama, Tonka Bean juga mengalu-alukan pengunjung merasai bufet tengah hari menu antarabangsa yang menggabungkan cita rasa tempatan pada harga RM58++ seorang.


Ais krim Baskin Robbins sekali lagi menjadi tarikan, selain beberapa variasi pencuci mulut yang pasti menepati selera pengunjung.


Andai ada masa senggang di hujung minggu, Tonka Bean tidak ketinggalan menyediakan bufet minum petang yang menawarkan bermacam hidangan antaranya burger mini, kuih-muih, dim sum, roti jala, sate ayam dan daging, nasi lemak, ayam goreng berempah, sosej, mi kari, piza, apam balik serta ubi sambal.

Tidak sekadar menjamu selera, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan sekeliling serta Menara Berkembar Petronas yang terletak berhadapan kafe dalam keadaan tenang tanpa gangguan hiruk-pikuk kota.

Untuk tempahan, boleh hubungi 03-21471111 sambungan 3034 atau 3035.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04



Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Budak disamun dalam surau

Posted: 19 Dec 2012 09:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Biarpun berada dalam surau, seorang kanak-kanak lelaki masih menjadi mangsa jenayah apabila dia bukan saja dipukul sebaliknya turut disamun dua lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Fairuez Irwan Shah, 11, bukan saja cedera di kepala sebaliknya kehilangan telefon bimbit yang dihadiahkan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 49, sempena hari lahirnya pada tahun lalu.


Ketika kejadian, Fairuez menunggu di surau berkenaan bagi menunaikan solat Zuhur. Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia dan ahli keluarganya dididik bapa supaya menunaikan solat di surau atau masjid sejak berumur 10 tahun. Menceritakan semula kejadian itu, Fairuez berkata, dia yang menunggu masuk waktu solat didatangi dua lelaki berusia 20-an.

"Saya kenal seorang saja..lagi seorang saya tidak kenal. Sebaik datang, mereka rampas telefon bimbit saya. Belum sempat berkata apa-apa, lelaki itu menumbuk dan memukul saya.


"Mereka mengarahkan saya supaya pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Fairuez berkata, dia memaklumkan kejadian itu kepada abangnya selepas pulang ke rumah manakala bapanya mengetahui kejadian itu selepas pulang dari tempat kerja jam 11 malam.

"Saya dibawa ayah ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.


Katanya, akibat kejadian itu, dia kini trauma untuk pergi ke surau atau masjid sendirian.

"Namun, jika ditemani ahli keluarga atau ayah, saya akan pergi," katanya. Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Dewi teruskan legasi KLangit

Posted: 19 Dec 2012 05:45 AM PST

CERITA ini sudah lama, mungkin juga sudah basi atau tidak lagi relevan. Pendek kata ia tidak perlu diungkit lagi. Namun, adilkah mereka dihukum tanpa diberi peluang mempertahankan diri atau menjelaskan status persembahan mereka yang dikatakan ke 'laut' sewaktu beraksi di pentas Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19) tidak lama dulu.

Terpalit secebis rasa kesal, namun Muhamad Nor Hadre Ayub (Ary) sebagai vokalis, Mohd Haris Muhamad (Haris) sebagai gitaris dan Mohd Izwan (E-One) optimis menganggap pembabitan dalam persembahan AIM19 tempoh hari satu pengalaman bermakna dan berguna buat mereka.

"Tiada siapa yang mahu membuat persembahan yang buruk. Ia membabitkan soal kredibiliti dan kepercayaan umum tambahan pula acara itu ditonton ramai.

"Sebagai orang baru yang diberi peluang beraksi menerusi acara berprestij itu, tentunya kami menjangkakan persembahan terbaik dan mahu meninggalkan impak yang besar kepada penonton, bagaimanapun ia bertukar sebaliknya. Mungkin bukan rezeki kami.


"Apapun persembahan itu masih meninggalkan impak yang besar apabila orang tetap memperkatakan mengenai persembahan kami meskipun komentarnya terarah sudut negatif. Buruk atau baik persembahan kami, kritikan ikhlas yang diberikan peminat juga masyarakat umum kami terima dengan hati yang terbuka. Biar ada kepedihannya namun kami realistik.


"Kami tidak mengharapkan selalu dipuji kerana pujian itu boleh buat manusia lupa diri. Yang mengata, mengkritik dan menegur, kami rasa golongan ini lebih ikhlas. Apapun, saya ingin menjelaskan sebenarnya saya tidak berapa sihat malam itu kerana demam, selsema dan sakit tekak.

"Tetapi disebabkan kerja, mahu tidak mahu terpaksalah teruskan juga. Tapi biasalah orang tidak mahu tahu apa masalah kita kerana mereka sering jangkakan yang sempurna. Pokoknya kami hadapi dugaan ini dengan senyuman," kata Ary.

Tiga sahabat itu mengunjungi Balai Berita pada Isnin lalu, untuk mempromosikan album pertama berjudul Dewi yang mula berada di pasaran November 2012.

Merencanakan majlis pelancaran album berkenaan pada 14 Januari 2013 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Dewi memuatkan enam lagu, kesemuanya hasil ciptaan Panji Sakti termasuk sebuah lagu hasil nukilan KLangit sendiri berjudul Dewi.

Selepas Sesal Mendua, Dia Lydia, kini KLangit dalam rangka promosi single ketiga mereka Dewi yang semakin mendapat sambutan di pihak radio.

Ditubuhkan pada 2008, Sesal Mendua yang mulanya disangka lagu dari negara seberang ternyata memberi impak yang cukup besar terhadap karier nyanyian KLangit.

"Terbaru kami mendapati lagu Sesal Mendua ditonton lebih 3 juta penonton di YouTube, di mana jumlah itu tidak pernah kami jangkakan langsung memandangkan dulu untuk memperoleh 300 penonton pun susah.

"Lebih membanggakan, Sesal Mendua pernah muncul juara carta di hampir semua stesen radio tempatan. Termasuk jumlah muat turun lagu itu mencapai hampir 150,000 unit seawal putarannya.

"Kami harapkan maklum balas yang sama untuk lagu Dia Lydia dan semestinya, Dewi. Dewi ini sangat istimewa kerana ia adalah lagu ciptaan kami sendiri. Dewi adalah hasil karya yang kami simpan sejak lapan tahun lalu. Ia menceritakan, lelaki yang berlaku curang terhadap kekasihnya Dewi," kata E-One.

Melanjutkan perbualan, KLangit mengakui meskipun meminati muzik rock, mereka sebenarnya mamat jiwang dan sukakan karya-karya rock kapak.

Mengerti bahawa cinta bagaikan nutrisi dalam kehidupan manusia, album Dewi mengangkat 'cinta' yang bahagia, cinta yang dikhianati dan cinta yang kecundang sebagai bahan penceritaan menerusi album perdana mereka yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia.

Saat Cinta pula satu-satunya lagu duet yang terdapat di dalam album ini.
KLangit memilih Zizi kerana vokal Zizi amat sesuai untuk lagu ini. Saat Cinta menceritakan kepada semua betapa indahnya saat ketika bercinta.

"Saat Cinta mengisahkan percintaan antara lelaki dan wanita mampu memberi apa saja dan kita harus hadapi saja semua dugaan. Kami memilih Zizi kerana 'tone' suaranya yang unik dan dia menghayati lagu ini dengan baik sekali," katanya.

Manakala, Honey Hani sebuah lagi lagu untuk wanita, yang sesuai didengarkan kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ingin cepat bernikah sekiranya sudah ketemu yang sesuai untuk dijadikan calon isteri.

Sementara itu, Ratu Bohong dicipta ketika mendengar luahan isi hati rakannya yang sering dibohongi oleh kekasih hatinya. Malah KLangit sendiri menganggap lagu ini sesuai untuk para peminat remaja mereka kerana liriknya yang bersahaja.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kritikan sosial pelajar UMS

Posted: 19 Dec 2012 05:36 AM PST

SETIAP ilmu yang diajar perlu dipastikan diterima dengan baik oleh pelajar. Perlu ada suatu medium untuk menilai keupayaan mereka yang memilih mengikuti jurusan teater.

Sama ada mereka benar-benar memahaminya atau tidak, segala-galanya akan terserlah dalam ujian yang diberikan. Di situlah terletaknya jawapan apakah mereka mempraktikkannya dalam pementasan sebenar.

Untuk itu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan sesi ujian buat pelajar tahun 3 pengkhususan teater yang akan dinilai melalui bahagian masing-masing.
Dengan dibantu oleh pelajar tahun 1 dan 2 Seni Kreatif, pelajar ini terbabit mementaskan pelbagai genre teater antaranya berjudul Prebet Cinta Berahi pada malam ini (20 Disember 2012) di Dewan Resital UMS, bermula jam 8 malam.

Prebet Cinta Berahi adalah teater genre realisme yang diadaptasi daripada naskhah Street Car Named Desire hasil tulisan penulis agung karya teater moden di Amerika iaitu Tennese Williams.

Projek ini dikendalikan Shah Zainal iaitu pensyarah teater Sekolah Pengajian Seni yang bertindak sebagai penyelia. Ia akan dinilai oleh dua pensyarah lain iaitu Dr Andika Aziz Hussin dan Dr Rohani Yusof.

Manakala Profesor Samad Salleh dari Universiti Sains Malaysia (USM) bertindak sebagai penilai jemputan. Syamil Samsuddin bertindak sebagai pengarah manakala Nik Amir Syazwan bertindak sebagai pengarah artistik.

Prebet Cinta Berahi menampilkan Reen Ismail sebagai Bella, Ilya Rusaidi (Sofea) dan Kamal Azizan (Sahak). Sebelumnya, ketika mula-mula diperkenalkan di negara kita, karya moden ini sudah diadaptasi menjadikan judulnya Trem Bernama
Desire.

Ilya yang pernah mengarah teater Mencari Ricka dalam Festival Teater Malaysia 2012 (FTM 2012) baru-baru ini berkata, menerusi Prebet Cinta Berahi, kumpulannya 'Thespian Laboratory' mengadaptasikannya sekali lagi dengan membawa kepada pendekatan yang berbeza iaitu antara kehidupan masyarakat tempatan di bandar raya Kuala Lumpur dengan pantai timur.

"Karya Tennese Williams ini sebenarnya mengetengahkan masalah manusia terutamanya sekali perihal wanita yang begitu lemah, rapuh, senang dibinasa dan menjadi mangsa kaum lelaki di Barat ketika itu yang juga kita dapat lihat di Malaysia kini.

"Namun, masalah ini kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat.
Melalui pementasan Prebet Cinta Berahi ini, dapatlah dijadikan sebagai media kritikan untuk menyampaikan mesej ini kepada penonton yang juga masyarakat tempatan," katanya yang berjaya mencung-kil bakat Nur Athirah Jumien yang muncul pemenang kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan Mazrona Kalinggalan menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam FTM 2012.

Prebet Cinta Berahi mengetengahkan watak Tengku Nabila dan kakaknya Tengku Sofea dari Kuala Lumpur. Keluarga mereka ialah keturunan kerabat diraja dan berada, dan mereka tinggal di sebuah villa mewah di Bukit Tunku yang diberi nama Villa Impian.

Nama Villa yang mereka diami sebenarnya menjadi subteks kepada drama ini, kerana mereka terleka dan nyenyak tidur, sedangkan pada hakikat siangnya mereka sebenarnya hanyut dan berhadapan dengan realiti yang membinasakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Budak diseret 10km

Posted: 19 Dec 2012 12:07 PM PST

NIBONG TEBAL: Seluruh badannya hancur hingga menampakkan tulang, manakala kepalanya pula berkecai dan hanya meninggalkan cebisan rambut.

Begitu keadaan mayat seorang kanak-kanak, Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Salam, 3, yang diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaikinya bersama keluarga yang terbabas kerana mengelak bangkai haiwan di atas jalan.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa dalam keadaan mengerikan itu ditemui pengguna lebuh raya di tepi jalan berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap, dekat sini, sebelum memaklumkannya kepada polis.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Ford Laser yang dinaiki mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Cuba sorok dalam tandas

Posted: 19 Dec 2012 12:07 PM PST

MELAKA Seorang penjenayah bukan saja gagal melarikan beberapa peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman, malah turut dicekup polis ketika bersembunyi di dalam tandas, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 pagi, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan lot kedai menempatkan pejabat syarikat itu di Plaza Mahkota, di sini.


Menurut sumber, anggota peronda yang kebetulan melalui kawasan itu curiga selepas melihat sebuah Honda EX5 diletakkan di belakang premis berkenaan.

"Curiga dengan keadaan itu, mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada pintu premis.


"Malah, pemeriksaan di tingkat bawah premis itu menemui lelaki berkenaan yang bersembunyi di dalam tandas," katanya, semalam.


Menurutnya, pemeriksaan menjumpai kain dan tali yang diikat melalui cermin tandas premis itu dipercayai untuk digunakan suspek bagi melarikan diri.

Katanya, polis turut menemui komputer riba di dalam dua kotak dipercayai dikumpul suspek untuk dicuri serta pemutar skru.


"Panik kegiatannya dihidu, lelaki itu mengikat beberapa helai kain dan tali dipercayai digunakan untuk keluar dari premis melalui tingkap tandas namun gagal," katanya.

Sementara it, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, malah ujian air kencing turut mendapati suspek ketika itu positif mengambil dadah jenis methamphetamin" katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Militan sasar petugas kempen antipolio

Posted: 19 Dec 2012 10:26 AM PST

PESHAWAR: Penyerang bersenjata meningkatkan serangan baru ke atas pekerja kesihatan yang membawa vaksin polio, semalam, menjadikan korban keganasan itu meningkat kepada sembilan orang.

Kejadian terbaru itu turut mendorong Unicef dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung kempen yang dibantah Taliban itu. Serangan semalam membabitkan seorang petugas wanita dan pemandunya yang ditembak mati di Charsadda, dekat Peshawar.


Pegawai polis Peshawar, Wajid Khan, berkata sebelum itu, seorang lagi pekerja kesihatan dalam keadaan kritikal selepas ditembak ketika memberikan titisan vaksin polio kepada orang awam "Dua lagi pasukan penyedia vaksin dijadikan sasaran di bandar Nowshera dan Charsadda, tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Pakistan adalah satu daripada tiga negara di dunia yang masih berdepan wabak polio, tetapi usaha mengekang penyakit itu selalu diganggu akibat bantahan Taliban.


Beberapa kawasan yang dikuasai militan itu mengharamkan vaksin berkenaan diberi kepada orang awam. Sejak kempen disokong PBB dijalankan di seluruh Pakistan Isnin lalu, sembilan orang pekerja kesihatan terbunuh dalam serangan yang berlaku setiap hari. Seorang kakitangan maut ditembak di Karachi pada Isnin dan empat lagi dibunuh di bandar itu kelmarin.


Seorang lagi mangsa dibunuh di Peshawar. Khabar angin kononnya vaksin polio itu adalah taktik Barat meracuni umat Islam menghalang usaha mengatasi wabak berkenaan di Pakistan.

Kecurigaan program itu semakin menebal apabila seorang doktor membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesan Osama bin Laden dengan berselindung di sebalik kempen membasmi hepatitis pada 2011. Kes polio menurun kepada 28 pada 2005 tetapi meningkat ketara kepada 198 pada 2011 - angka tertinggi sepanjang tempoh lebih sedekad. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Gangnam Style picu kiamat?

Posted: 19 Dec 2012 10:10 AM PST

NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?

Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.


Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.


Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.


"From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine," Nostradamus, 1503.

"From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.


"Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud "Circle Will Be Nine?" Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: "Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan." Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Misi baru

Posted: 19 Dec 2012 09:53 AM PST

SELEPAS kedudukannya dijamin selamat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekurang-kurangnya hingga hujung tahun depan, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kini mahu memberikan tumpuan penuh terhadap misi Harimau Malaya melepasi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari.

Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, beliau tidak berasa tergugat biarpun dikritik hebat selepas kegagalan pasukannya mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012.


"Dari mula lagi saya sudah katakan, saya masih ketua jurulatih kebangsaan dan mempunyai kontrak hingga Disember 2013. Bagi saya, fokus tetap sama, mempersiapkan pasukan menghadapi kelayakan Piala Asia 2015," katanya, semalam.

FAM menerusi persetujuan Presiden, Sultan Ahmad Shah kelmarin memutuskan Rajagobal yang membimbing skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Piala AFF 2010 kekal sebagai ketua jurulatih meskipun ada desakan supaya jawatannya diberikan kepada individu lain termasuk calon pilihan, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee.


Desakan itu bukan hanya didorong rasa tidak puas hati peminat bola sepak dengan kegagalan Harimau Malaya gagal ke final Piala AFF sebaliknya keputusan hambar dalam siri perlawanan persahabatan termasuk seri 1-1 dengan Bangladesh serta kedudukan ranking yang jatuh merundum.


Biarpun ranking terbaru dikeluarkan Fifa menunjukkan Malaysia meningkat ke kedudukan 158 berbanding 163 sebelum kejohanan AFF bermula, kedudukan itu masih rendah berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara, Vietnam (131), Thailand (136), Singapura (154) dan Indonesia (156).

Harimau Malaya tersingkir di separuh akhir Piala AFF selepas seri 1-1 di Kuala Lumpur sebelum tumbang 0-2 di Bangkok kepada Thailand, Khamis lalu.


Rajagobal yang menetapkan misi utamanya selepas bergelar juara Asia Tenggara pada 2010 untuk membawa Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia sedia merombak semula pasukannya dengan memilih pemain yang layak berdasarkan prestasi dalam Liga Malaysia yang bermula pada Januari.

"Saya akan menilai pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia, siapa yang menyerlah akan dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan." Bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia diundi bersama Qatar, Bahrain dan Yaman dalam Kumpulan D.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Arsenal tunda perlawanan

Posted: 19 Dec 2012 09:48 AM PST

LONDON: Arsenal mengesahkan pertembungan Liga Perdana Inggeris dengan pencabar dari kota London, West Ham pada Hari Boxing ditangguhkan kerana mogok perindustrian yang dijangka dilakukan pekerja kereta api bawah tanah.

Pemandu kereta api London Underground dijangka melancarkan mogok sebanyak tiga kali dengan yang pertama pada 26 Disember ini.


Tindakan anggota kesatuan pekerja Aslef itu mampu mencetus kekecohan perjalanan di ibu negara itu dan Gunners memutuskan untuk menangguhkan perlawanan di Stadium Emirates, mengambil kira kepentingan kedua-dua penyokong kelab itu.

"Berikutan cadangan mogok dan tindakan industri di London Underground pada Hari Boxing, perlawanan Liga Perdana Arsenal menentang West Ham United di Stadium Emirates, yang asalnya dijadualkan pada Rabu, 26 Disember ditangguhkan," menurut satu kenyataan dalam laman web rasmi kelab itu.


"Keputusan ini diambil sekarang, kerana tempoh persiapan diperlukan bagi menjaga keselamatan Stadium Emirates oleh semua agensi terbabit.


"Kami amat mengambil berat keselamatan penyokong Arsenal, begitu juga penyokong West Ham United, pekerja pada hari perlawanan dan malah setiap orang yang bercadang untuk menghadiri perlawanan pada Hari Boxing." Tarikh baru perlawanan itu bagaimanapun belum ditetapkan namun Arsenal berkata: "Kelab boleh mengesahkan perlawanan ini akan diadakan semula sama ada pada Rabu, 23 Januari atau Sabtu, 26 Januari.

"Tarikh perlawanan itu akan ditentukan hasil keputusan pusingan ketiga Piala FA, yang akan berlangsung pada hujung minggu Sabtu, 5 Januari dan Ahad, 6 Januari." Anggota Aslef mengundi 9-1 untuk melancarkan mogok berikutan pertikaian jangka panjang mengenai bayaran kerja lebih masa pada Bank Holidays.


Mereka dijangka melancarkan mogok selama 24 jam pada 26 Disember ini diikuti pada 18 dan 25 Januari. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 19 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tubuh lebih bertenaga

Posted: 19 Dec 2012 06:30 AM PST

IRAMA muzik rancak pop Korea mengiringi pakar terapi yang sedang melakukan urutan gaya Korea kepada beberapa pelanggan. Jika dilihat, ia seakan sama dengan urutan tradisional Indonesia atau Melayu namun diberi sedikit kelainan dengan menumpukan kepada pemecahan lemak di kawasan bermasalah seperti pinggul, pinggang, perut dan paha.

Sekali-sekala tangan juru terapi bergerak pantas mengulit kemas pada bahagian pinggang mengikut alunan irama. Semakin lama semakin perlahan namun masih keras bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan. Kesannya selepas melakukan buat kali pertama tubuh menjadi lebih mantap, darah mengalir lancar sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan mulus sekiranya dilakukan secara berterusan.

Menurut pemilik Mentari Hair Beauty & Spa, Aida Nordin, urutan gaya Korea disediakan kerana menyedari kebanyakan pelanggan semakin bersikap terbuka dalam menjalani rawatan kecantikan.

Selain urutan tradisional Melayu dan Bali, gaya Korea semakin mendapat tempat kerana masyarakat di negara berkenaan amat mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Lihat saja kepelbagaian jenis rawatan kecantikan ditawarkan daripada hujung rambut hingga kaki serta kaedah tradisi yang memberi kepuasan kepada mereka.


Jelas Aida, urutan gaya K-Pop ini dibawa khas dari Korea selepas menjalani latihan dengan pakar terapi terlatih dari negara terbabit. Selepas merasai sendiri dan melihat keberkesanannya, dia menghantar empat terapi di bawah pengawasannya menjalani latihan yang sama.


"Saya teruja selepas menyedari di Malaysia tidak banyak pusat kecantikan menyediakan urut gaya Korea kerana lebih cenderung dengan urut Bali dan Thailand. Selepas mencuba ia bukan saja mampu menurunkan berat badan malah tubuh menjadi lebih ringan dan bertenaga," jelasnya.

Sebelum diurut, sejenis minyak disapu ke seluruh badan pelanggan bagi memudahkan proses urutan dan melembutkan kulit. Urutan dilakukan menggunakan sejenis garam bagi memberikan kesan lebih menyerlah ke setiap bahagian bermasalah.

Diakui urut gaya Korea ini sedikit menyakitkan terutama apabila diberikan tekanan bagi pemecahan lemak pada pinggul, perut, paha dan lengan manakala pada otot lain hanya sapuan lembut dan ringan. Tumpuan utama diberikan pada bahagian mengandungi lemak kerana proses pemecahan perlu dilakukan berulang kali.

"Pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan namun selepas 30 minit pelanggan akan merasai keselesaan selepas pemecahan lemak berlaku. Hampir 60 minit mereka yang melakukannya akan merasai kehilangan berat badan dan pada bahagian tertentu lemak berkurangan sehingga dua inci. Malah ramai mengakui kesakitan dialami akan berkurangan selepas beberapa minit diurut dan meninggalkan rasa 'sedap' dan segar," jelasnya yang menggalakkan wanita melakukannya dua kali seminggu dalam masa tiga bulan untuk mendapatkan hasil maksimum. Selepas itu, kebanyakan mereka berpuas hati kerana urutan ini bukan saja baik untuk kesihatan malah mencantikkan badan.

Untuk kesan yang lebih memuaskan selepas diurut, pelanggan digalakkan melakukan spa atau mandi herba bagi memulih dan melancarkan peredaran darah.

Pusat kecantikan yang terletak di Semenyih ini menyediakan semua keperluan untuk wanita seperti rawatan badan, mandi susu, mandi herba, rawatan sental, rawatan kuku tangan dan kaki, wajah serta rambut. Menyedari kebanyakan wanita mengimpikan kulit yang halus dan gebu serta tubuh menawan, Aida akhirnya membuka pusat kecantikan ini pada Mei 2003 selepas menamatkan perkhidmatan di sebuah syarikat swasta sejurus menerima maklum balas positif pelanggan.

Dengan susun atur letak serta rekaan mendamaikan, Aida berpegang kepada prinsip bukan saja ingin memberikan perkhidmatan kecantikan malah jaminan keselesaan ketika mendapatkan rawatan.

"Kebanyakan mereka yang datang ke sini biasanya akan melepak dari pagi hingga ke petang. Biasanya mereka meluangkan masa melakukan rawatan badan, wajah dan rambut sekali gus kerana kekangan waktu," katanya yang turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit Eada termasuk sabun, penyegar, krim pelembap, losen, krim pelindung matahari dan set untuk jerawat.

Menggunakan rona cerah jingga di segenap ruang serta merah jambu pada perabot dan tirai, Aida yakin warna terang menjanjikan keceriaan kepada pelanggan.

Selain itu, dia membahagikan ruang kepada tiga bahagian iaitu bilik rawatan wajah, badan dan rambut.

"Biasanya wanita yang melakukan rawatan wajah inginkan suasana sunyi sebab itu saya mengasingkan kepada beberapa bahagian bagi keselesaan mereka," katanya.

Pusat yang dikhususkan untuk wanita ini juga menyediakan ruang santai bagi pasangan atau ahli keluarga menunggu. Namun mereka tidak perlu bimbang kerana lokasi di tengah bandar Semenyih dengan deretan kedai makan serta pusat beli-belah, pelanggan tidak akan bosan menunggu.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9 pagi hingga 7 malam, pusat terbabit turut menyediakan khidmat rawatan kecantikan untuk pelanggan yang ingin melangsungkan perkahwinan serta urut bersalin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Teknik semburan udara popular

Posted: 19 Dec 2012 06:04 AM PST

MAMPU memberikan kesan solekan yang lebih kemas dan semula jadi, teknik semburan udara (air brush) menjadi kegemaran ramai jurusolek profesional di dalam mahupun luar negara.

Malah, teknik solekan ini sebenarnya sudah lama popular di negara membangun seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Berbanding negara kita, teknik ini mungkin masih kurang mendapat pendedahan.

Menurut pemilik dan jurusolek Face Art Academy serta Nica Professional Make Up, Monica Lee, berbeza dengan solekan biasa, teknik ini hanya menggunakan peralatan khusus yang dipanggil 'the gun' serta disokong oleh mesin khas, kompresor.

Peralatan itu membolehkan bedak asas disembur pada kulit wajah ketika proses solekan.


"Uniknya, teknik ini menjadikan ton bedak asas lebih sekata, semula jadi dan paling penting tahan lama. Namun, bagi mereka yang baru hendak mencuba, anda harus mempelajari prosesnya dengan terperinci kerana ia tidak semudah yang disangka.


"Kita mesti pandai mengawal picu pada alat ini supaya kesan semburan menjadi sekata," katanya.

Kesan cela seperti jerawat dan bintik hitam boleh ditutup dengan hanya menggunakan kesan solekan nipis. Selain menggunakan berus atau jari untuk mengenakan solekan, kecanggihan teknologi seperti ini turut berupaya memberi kesan berbeza.

Selain bedak asas, kosmetik lain seperti pemerah pipi, pembayang mata dan gincu juga boleh disapu menggunakan teknik semburan lalu menjadikan solekan lebih ringan dan kita juga berasa selesa dengan aktiviti seharian.

Teknik solekan ini cukup popular dan banyak digunakan untuk perfileman, iklan komersial televisyen, teater atau pertunjukan fesyen. Ia banyak dipraktikkan di luar negara dan kini semakin digemari kebanyakan jurusolek profesional Malaysia.

Tambah Monica, teknik solekan semburan udara mempunyai banyak kebaikan iaitu memberikan liputan meluas selain menutup kulit wajah tidak sempurna seperti kemerahan, kesan penuaan atau parut jerawat.

Solekan berdefinisi tinggi atau HD ini memberikan sapuan sekata pada seluruh wajah. Solekan definisi tinggi hampir popular seperti menggunakan alat solek mineral atau yang mempunyai kolagen yang mengandungi reflektor ringan dan bahan untuk memberikan kulit sempurna selepas disolek terutama ketika penggambaran.

"Solekan menggunakan teknik ini turut membuatkan kulit kelihatan lebih muda.
Bahan digunakan begitu halus membuatkan solekan sekata tanpa meninggalkan sebarang garisan yang mungkin ada jika menggunakan berus atau span.

"Bedak asas wajah dalam bentuk cecair yang digunakan untuk teknik semburan udara ini juga mengandungi oksigen yang baik untuk kulit. Ia boleh mengelakkan liang pori daripada tersumbat atau kulit menjadi kering serta tidak berminyak seperti solekan biasa," katanya menambah, teknik ini juga sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur.

Wanita kini rata-rata gemarkan solekan ringkas dan tampak moden tetapi memberikan impak kepada keyakinan diri mereka terutama untuk solekan harian.

Selain jenis solekan normal, teknik semburan udara ini juga sesuai untuk menghasilkan solekan berbentuk karakter seperti cerita seram dan kesan kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved