Harian Metro: Hati |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| Mesin kilang kejuruteraan meletup Posted: 31 Dec 2012 10:45 AM PST MERU: "Mesin membuat barangan elektronik yang sedang digunakan tiba-tiba meletup menyebabkan semua pekerja berhampiran lari dan tidak sempat menyelamatkan barang seperti dompet, telefon bimbit dan barangan berharga lain," kata seorang pekerja mengenai kebakaran sebuah kilang memproses barang kejuruteraan di Jalan Haji Salleh, di sini, petang semalam. Pekerja yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 4 petang, pekerja kilang itu dikejutkan dengan letupan sebuah mesin yang beroperasi.
"Tapi, saya bersyukur kerana rakan sekerja sempat menyelamatkan diri dan tidak berlaku insiden yang tidak diingini seperti kecederaan dan kehilangan nyawa," katanya.
"Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan Kota Raja terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu berikutan kebakaran yang agak serius," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| Posted: 31 Dec 2012 07:46 AM PST "PENGIKTIRAFAN ini adalah untuk seluruh rakyat Sabah," kata penyerang Harimau Muda A kelahiran Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN. Anak muda berusia 20 tahun dari Bongawan itu mengaku terkejut apabila namanya terpilih bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.
"Mungkin kerana aksi itulah saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Wan Zack Haikal. Namun mungkin nasib lebih menyebelahi saya," katanya di Kota Kinabalu, semalam.
"Memang inilah yang saya mahu lakukan, seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia turut mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika menentang England.
Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut merangkumi Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| ‘Pengalaman menakjubkan’ Posted: 31 Dec 2012 07:34 AM PST BRISBANE (Australia): Maria Sharapova menganggap tahun lalu paling bermakna dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Perancis selain membawa bendera Russia pada upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik London. "Banyak perkara yang berlaku," katanya. "Ia catatan Grand Slam yang mengambil masa agak lama buat saya berbanding pemain lain.
"Pengalaman Olimpik tidak akan saya lupakan kerana ia kali pertama menjadi Olimpian. Saya adalah atlet wanita pertama Russia membawa bendera negara dan ia amat mengharukan. Ia satu pengalaman menakjubkan." Maria yang bertanding pada kejohanan Antarabangsa Brisbane minggu ini berkata, saingan tenis wanita masa kini lebih sengit dan hebat berbanding sebelum ini.
"Tahap tidak konsisten itu menyebabkan ranking mereka tidak bagus dan saya berdepan mereka dalam beberapa pusingan awal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| Posted: 31 Dec 2012 05:08 AM PST NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan 'klise' itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai. "Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki," katanya tersenyum. Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana. Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.
Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian. "Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghubungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling 'panas' tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis. "Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya," katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti. Jelasnya lagi: "Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna. "Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya. "Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan," katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway. Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah 'merampas' cinta pelakon lebih senior daripadanya. Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan. "Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!" Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: "Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat." Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman. "Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini," katanya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih. Trivia gosip Lofa Pencapaian Lofa Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| Intermezzo: Jom sambar Led Zeppelin Posted: 31 Dec 2012 04:36 AM PST Selamat Tahun Baru 2013! Pembuka tirai tahun ini saya dahulukan dengan album Led Zeppelin - nama yang bukan asing buat peminat genre blues rock dan rock 'n' roll. Kumpulan ini sangat berpengaruh dalam sejarah rock dan album Celebration Day hadir sebagai penghargaan buat peminat setia mereka dan pengasas Atlantic Records, Ahmet Ertegun. Konsert Celebration Day menampilkan persembahan barisan asal, Jimyy Page selaku pemain gitar utama, John Paul Jones (keyboard/gitar bass), Robert Plant (vokal) dengan trio turut disertai Jason Bonham, anak bekas pemain dram legenda, John Bonham.
Konsert ini menyaksikan mereka menyampaikan 16 lagu terbaik Led Zeppelin sepanjang zaman seperti Rock n Roll, Kashmir, Whole Lotta Love, Trampled Underfoot dan Stairway To Heaven. Semua lagu terbabit dirakam dalam dua CD dan satu DVD ketika konsert diadakan pada 10 Disember 2007 di 02 Arena, London.
Apapun, kenyataan itu dapat diterima kerana Paul Jones mahukan lagu konsert boleh difahami. Apa cuba disampaikan memang mudah kerana setiap lipatan kulit album dalam menyediakan petikan kata-kata setiap anggota mengenai rasional menjayakan konsert selama lebih dua jam itu. INFO: ARTIS: Led Zeppelin
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: BeritaUtama |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Global |
| Warga Asia sambut tahun baru dengan meriah Posted: 31 Dec 2012 09:49 AM PST CANBERRA: Krisis kewangan? Kemelesetan? Tidak di Asia, tempat pertama di dunia yang menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan penuh ghairah. Myanmar yang semakin demokratik mengadakan pengiraan detik kedatangan tahun baru buat kali pertama. Jakarta merancang sambutan jalanan terbesar, sesuai dengan peningkatan ekonomi Indonesia. Di Sydney, orang ramai berkhemah sejak malam Ahad lalu di pantai pelabuhan untuk berada di tempat paling bagus ketika 1.5 juta orang dijangka berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang berpusat di Jambatan Pelabuhan Sydney.
Bagaimanapun, di New Delhi, semangat untuk menyambut tahun baru dicemari dengan kematian seorang mangsa rogol, Sabtu lalu. Hotel, kelab dan persatuan penduduk di ibu negara India itu memutuskan untuk membatalkan sambutan berkenaan, sebaliknya meminta orang ramai membakar lilin sebagai memperingati mangsa. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| 3 sekeluarga mati di air terjun Posted: 31 Dec 2012 09:48 AM PST JOHANNESBURG: Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 bersama-sama anak perempuan mereka, mati selepas terjatuh ketika menyeberang sebuah air terjun di Afrika Selatan. Pasangan berkenaan bersama anak mereka berusia belasan tahun itu dipercayai berpegangan tangan ketika jatuh dari ketinggian 30 meter di air terjun berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman, Jumaat lalu.
Menurut akhbar Beeld, mereka yang terbunuh itu ialah Pieter Prinsloo, 38, isteri, Adele, 34 dan anak mereka, Shante, 13, dari Benoni, berhampiran Johannesburg. Mereka ditemui oleh pasukan penyelamat beberapa jam selepas terjatuh dari Air Terjun Rietfontein.
"Mereka tiba sehari selepas Krismas. Keluarga itu keluar bersiar-siar dan menemuii ajal di air terjun berkenaan. "Amat menyedihkan kerana ketiga-tiga keluarga itu mati bersama," kata Botha. Menurut laporan akhbar Beeld, Prinsloo dan Adele adalah pasangan kekasih sejak kecil dan bercuti kerana meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 semalam. Keluarga itu dipercayai meraikan Krismas di rumah mereka di Benoni sebelum bercuti bersama anak mereka. Kakitangan rumah peranginan itu meminta bantuan kira-kira jam 10 malam apabila keluarga itu tidak pulang. Kawasan tragedi itu adalah antara yang paling sibuk di Afrika Selatan pada musim cuti. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| Buat perbandingan harga, kualiti Posted: 31 Dec 2012 05:36 AM PST PERKEMBANGAN teknologi masa kini menjadikan setiap aktiviti harian cukup mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa sebarang kekangan. Begitu juga dengan membeli-belah. Masing-masing tidak perlu lagi berebut semata-mata mendapatkan sesuatu barangan, sebaliknya ia boleh dilakukan melalui hujung jari saja di rumah secara dalam talian. Tetapi, adakah pembelian barangan atau produk secara dalam talian sebegini menyamai kepuasan membeli barangan secara langsung? Eksekutif perbankan, Nurul Aini Mohd Latiff, 28, gemar membuat pembelian secara dalam talian mengkhusus kepada produk tertentu saja.
"Saya meneliti terlebih dulu jenama barangan yang diingini serta membuat perbandingan harga atau kualiti dan bukan membelinya tanpa memikirkan masalah pada kemudian hari. "Jika sudah membuat keputusan untuk memilih sesuatu jenama, saya akan mengikuti perkembangan terkini dan kemudian barulah membeli," katanya ketika ditemui di Femes Bazaar yang diadakan di Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Namun, untuk barangan lain seperti baju, dia masih belum begitu pasti dengan kualiti serta saiz pakaian yang ditawarkan memandangkan bentuk badannya agak berisi. "Saya tidak begitu yakin dengan pilihan saiz baju yang ditawarkan lalu memilih untuk membelinya di kedai bagi memastikan kualiti barangan berpadanan dengan harga. "Malah, saya tanya pendapat rakan terlebih dulu dan membuat perbandingan antara satu jenama dengan jenama yang lain, tetapi yang pasti pembelian dengan barangan ada di tangan lebih mengujakan," katanya. Nurul Hannah Fadzilan, 22, pula gemar mengunjungi aktiviti bazar sedemikian kerana boleh mendapatkan barangan pada harga lebih rendah berbanding pembelian di blog. Sekiranya membeli secara dalam talian, barangan yang ditawarkan itu tidak boleh dilihat secara langsung dan segalanya bergantung kepada keyakinan diri. Walaupun membuat belian secara dalam talian, ternyata kepercayaan terhadap produk yang dipamerkan tidak boleh diletakkan 100 peratus. "Saya pernah membuat pembelian baju raya secara dalam talian dengan memilih saiz dan potongan mengikut badan asal, tetapi apabila diterima, baju itu tidak cukup panjang (singkat) dan saya agak kecewa. "Daripada gambar dan saiz yang dipaparkan, kelihatan baju terbabit cukup sempurna, tetapi ternyata ia indah khabar daripada rupa," katanya. Bagi Siti Marlina Meor Jalaluddin, 28, dia sememangnya pembeli tegar barangan secara dalam talian kerana ia memudahkan dirinya. Malah, fokus pembelian hanya terarah kepada barangan dikehendaki tanpa menyimpang kepada barangan lain seperti kebiasaan berlaku apabila keluar membeli-belah. "Pada awalnya saya agak takut untuk melakukan belian secara dalam talian kerana bimbang tertipu serta apa yang dikehendaki tidak sampai, tetapi saya berserah saja dengan harapan bukan sebaliknya berlaku. "Alhamdulillah hingga kini saya belum mengalami sebarang masalah dengan setiap pembelian. Ada 10 peniaga barangan dalam talian yang menjadi kegemaran saya kini," katanya. Pengunjung bazar, Mohd Fendy Izwanizam Bahiman, 25, pula lebih gemar membuat pembelian secara langsung berbanding dalam talian kerana boleh melihat sendiri kualiti barangan dikehendaki, bukan tekaan semata-mata. "Pengalaman rakan yang tertipu menggunakan cara pembelian sebegitu mendorong saya untuk mengelak daripada membeli secara dalam talian. "Namun, ada kebaikan dan keburukan membeli secara dalam talian. Paling penting individu yang mengamalkannya perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat keputusan melakukannya," katanya. Seramai 50 peniaga menyertai aktiviti bazar berkenaan yang memperlihatkan kepelbagaian produk dan barangan yang ditawarkan kepada pengunjung. Mereka terdiri daripada 35 pengusaha blog dan 16 selebriti terkemuka tanah air yang turut meluangkan masa menyertai aktiviti berkenaan. Antara pengusaha yang me–nyertai bazar termasuk You, Me and Shoes, Cufica, Ana Abu, Wolf Gang, Hameera Design, Flash Back, FYFA, Bellapizo, RedClassic Event, Fabulous Fashion, Fashion Conversation, Limited Rainbow, Aishah Sinclair dan Sazzy Falak. Bagi peniaga, aktiviti yang dijalankan ini mendekatkan mereka dengan penggemar barangan yang sebelum ini hanya mendapatkannya secara dalam talian, tetapi kali ini setiap produk ditawarkan secara langsung pada harga berpatutan. Menurut pengasas Limited Rainbow, Atikah Farhana Zulkefli, 23, bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan mendapatkan produk secara dalam talian. Mereka pasti teragak-agak membuat pembelian kerana tidak mengetahui bentuk serta kualiti barangan yang dipamerkan kerana tidak melihatnya secara langsung. "Saya mengambil inisiatif memberikan penjelasan secara jelas mengenai barangan sama ada dari segi saiz, warna, bentuk serta potongan. "Ia menjadikan hubungan antara peniaga dan pelanggan lebih erat kerana maklum balas yang diperoleh menjadikan mereka lebih yakin dengan kualiti barangan," katanya. Selain itu, Syarifah Zanida Syed Md Zaki pula memilih untuk memasarkan barangan aksesori seperti rantai leher, gelang tangan dan cincin. Pemilihan aksesori untuk dipadankan bersama pakaian tidak sesukar memilih pakaian yang ingin digayakan. "Penggayaan aksesori juga lebih pelbagai dan rantai leher antara produk paling mendapat permintaan hangat daripada pelanggan," katanya. Bagi Nurulhuda Zulkifli, kolek–si Fashion Conversation yang disediakannya lengkap daripada pakaian, aksesori serta beg tangan. Pelanggan boleh mendapatkan padanan gaya diingini pada satu tempat mengikut kesesuaian dan harga ditawarkan pula berpatutan. Kebanyakan produk diimport dari Korea, Hong Kong, China dan Indonesia yang menjadi ikutan penggemar fesyen. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| Posted: 31 Dec 2012 05:20 AM PST KITA sangka mempunyai hobi tetapi ke mana semua–nya? Ketiadaan hobi apabila bercuti panjang kononnya mahu digantikan dengan tidur namun hakikatnya, sebanyak mana kita boleh menjadikan tidur sebagai maraton? Hobi dan kerja adalah perkara berbeza. Ada orang menjadikan hobinya sebagai sumber pendapatan tetapi lama-kelamaan hobi itu membosankan kerana dia sudah terikat dan tidak lagi relaks. Bukankah hobi sepatutnya menenangkan dan dibuat mengikut masa sendiri?
Sekiranya hobi yang anda miliki sekarang tidak lagi hobi sebaliknya boleh dikatakan kerja, nampaknya anda perlukan hobi baru. Hobi yang tiada kena mengena dengan tempahan dan panggilan telefon daripada pelanggan yang mahu anda membuat kek cawan atau lapik meja berkait mengikut selera dan waktu yang mereka tentukan. Hobi Raja Mariam Raja Mohamed, 52, mungkin boleh dijadikan ikutan. Menggabungkan dua minatnya, fotografi dan menulis, Raja Mariam atau lebih mesra di panggil Kuyam mahu berkongsi pandangannya dengan insan lain.
"Apabila saya membuat esei bergambar, ini kerana saya mahu berkongsi sesuatu dengan orang lain dari sudut yang saya nampak. Orang lain yang melihat gambar itu mungkin berasa ia sekadar gambar biasa tapi sebenarnya dari sudut pandangan saya, ada perkara lain di sebalik–nya," katanya. Menulis esei bergambar, Kuyam meletakkan emosi pada setiap gambar yang kaku itu. Dia mula minat menulis dan bidang fotografi sejak di bangku sekolah lagi. Namun kekangan masa membuatkan ia ditinggalkan sekian lama sehinggalah minat itu hidup kembali sejak adanya laman sosial dan Internet. Ruang di laman sosial memberi peluang baginya menggabungkan kedua-dua minat dan hobi itu sekali gus, justeru, bermulalah aktivitinya memuat naik esei bergambar pada 2010. "Ia timbul semula apabila saya ingin berkongsi cerita sejarah terutama mengenai bangunan warisan yang unik di kampung saya, Bukit Chandan seperti Baitul Rahmah, Baitul Anor, Istana Kenangan dan seumpamanya. "Jadi saya kongsi gambarnya. Tanpa gambar, tulisan akan jadi agak hambar, begitu juga sebaliknya. Itulah permulaannya dan selepas itu, apabila minat fotografi menjadi bertambah mendalam hinggakan tidak boleh berpisah dengan kamera, saya mengabadikan imej menarik tidak kira landskap, manusia atau peristiwa dan saya tulis ceritanya sekali," katanya. Proses Kuyam dalam menghasilkan esei bergambar tidaklah mengikut turutan tertentu. Kadang-kadang apa yang hendak diceritakan sudah ada di dalam kepala dan kemudian baru mengambil gambar. Adakalanya dia mengambil gambar terlebih dulu. Setakat ini, Kuyam hanya berkongsi esei bergambar dengan rakan dan saudara di laman sosial. "Laman sosial ialah platform terbaik bagi saya kerana ia paling mudah untuk berkongsi dan memaparkan esei bergambar saya. Kini, saya sudah mempunyai 20 esei bergambar yang dibuat pada masa terluang dan diletak di bahagian 'notes' di facebook. Apa yang nyata, saya sangat berpuas hati dan seronok dengan penghasilan esei bergambar ini. "Contohnya esei bergambar mengenai kehidupan nelayan di Pantai Sri Mersing, Medan. Gambar yang saya abadikan itu menyentuh hati. Bagaimana sifat reda dan rajin nelayan di situ yang membanting tulang dengan kaedah penangkapan ikan yang masih primitif berbanding tempat lain. "Hasil tangkapan pula amat sedikit selepas semalaman di tengah laut tetapi mereka tidak merungut. Mereka reda dengan rezeki yang Allah berikan. Ini membuat saya rasa insaf dan ingin berkongsi perasaan dengan orang lain yang melihat gambar itu. Mudah-mudahan orang lain mendapat iktibar daripada esei bergambar itu," katanya. Cerita yang ditulis Kuyam selalunya berunsur teladan, menyentuh hati atau berkaitan sejarah. Sekiranya betul-betul menumpukan perhatian, dia dapat menyiapkan satu esei bergambar dalam masa sehari dan tidak pernah melebihi seminggu. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright 2010 All Rights Reserved