Isnin, 4 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Memahami bahasa, budaya Jepun

Posted:

Mereka datang daripada latar belakang berbeza, tapi hanya satu yang mengeratkan tali persahabatan wanita ini, lelaki! Bukan calang-calang lelaki yang berjaya membuatkan empat sahabat ini melakukan sesuatu yang dianggap membuang masa oleh segelintir orang lain.

Nyata, pengaruh Satoshi Ohno, Jun Matsumoto, Sho Sakurai, Masaki Aiba dan Kazunari Ninomiya yang membentuk kumpulan popular Jepun dikenali sebagai Arashi berjaya memberi impak besar dalam kehidupan empat sahabat ini.

Bermula sebagai peminat, Linda Hamid, Helen Hamdan, Hotaru Siow dan Syiena Arshad kemudian menyertai kelas bahasa Jepun bagi memudahkan mereka memahami setiap bait ayat yang disampaikan oleh kumpulan itu.

Malah, salah seorang kini menjadi tutor bahasa Jepun di pusat bahasa yang disertai mereka.

Foto

MINAT mendalam pada Arashi membolehkan empat wanita ini bersahabat baik.


Bagi Linda, minatnya mendalami bahasa dan budaya Jepun selepas melihat kakak kembarnya mempelajari bahasa terbabit.


"Sebelum ini saya lebih terarah kepada boyband Barat dan tak minat apa pun mengenai Jepun. Tapi masa itu kakak kembar saya mula belajar bahasa Jepun.

"Pada 2004, saya menonton drama Orange Days dan bermula dari situ, saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Jepun," katanya.

Linda seterusnya menonton drama Gokusen dan tertarik dengan watak Shin Sawada lakonan Matsumoto.

"Ketika itu, polisi saya apabila menonton drama bergantung kepada watak wanita dan bukan disebabkan lelaki. Tapi dalam Gokusen, saya suka menonton watak Matsumoto itu.

"Kakak saya kemudian mencari di Internet mengenai pelakon terbabit hingga akhirnya mengetahui dia juga penyanyi, salah seorang ahli kumpulan Arashi," jelasnya.

Walaupun pelik melihat kakaknya terlalu meminati Arashi, Linda tetap menyokong kakaknya. Kesempatan berkenalan dengan seorang lagi peminat Arashi kala menemani kakaknya di Putrajaya berjaya membuatkan Linda tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keistimewaan kumpulan ini.

Kecenderungan untuk mengikuti kelas bahasa Jepun pula bermula selepas dicabar kakak kembarnya.

"Saya ingin mendapatkan buku Arashi, yang semuanya berbahasa Jepun. Kakak saya yang ketika itu mengikuti kelas bahasa Jepun seakan-akan mencabar saya untuk turut sama mempelajari bahasa ini.

"Katanya, lebih baik saya tidak membelinya kalau kefahaman saya mengenai buku itu kurang 30 peratus. Kata-katanya itu membuatkan saya bersemangat untuk mendaftarkan diri ke kelas bahasa Jepun pada 2005," ujarnya.

Tambah Linda, aktiviti yang digelar fandom ini turut memberi kesan positif pada dirinya.

"Sebelum sertai fandom ini, saya jarang keluar rumah bersama rakan. Ibu bapa juga agak tegas dengan kegiatan sosial kami, jadi saya tiada rakan yang benar-benar memahami keadaan saya.

"Tapi sejak mengenali rakan fandom, secara perlahan-lahan saya mula dapat keluar dan melakukan perkara yang saya gemari. Bayangkan pada usia 25 tahun barulah saya dapat keluar dan melakukan aktiviti bersama rakan lain.

"Rakan fandom juga amat memahami situasi saya dan kami sangat rapat hinggakan kenal dengan keluarga masing-masing.

"Disebabkan Arashi jugalah saya ke luar negara buat pertama kali untuk menonton konsert mereka pada 2008," katanya.

Bagi Helen, pengenalannya pada budaya dan bahasa Jepun bermula apabila didedahkan dengan kartun anime berpunca daripada abang yang gemar mengumpulnya.

"Pada masa sama, saya menonton drama Takuya Kimura, Beautiful Life pada 2000. Dari situ saya terus berminat mendalami lagi budaya dan mempelajari bahasa Jepun untuk memudahkan saya memahami karya mereka," katanya.

Helen bagaimanapun mengurangkan seketika minatnya pada anime ketika di sekolah menengah.

Tapi minat itu bercambah semula ketika di universiti dan Helen menggunakan kelebihan capaian Internet yang pantas untuk menonton kartun anime kegemarannya.

"Satu demi satu anime saya tonton hinggalah saya terjumpa drama Gokusen yang dimuat naik fandom. Saya tertarik dengan satu watak lalu mencari maklumat pelakon itu di Internet.

"Carian saya kemudian membawa kepada pautan laman sesawang yang menunjukkan bahawa pelakon itu juga adalah penyanyi dan salah seorang ahli kumpulan Arashi.

"Atas dasar ingin tahu lebih lanjut, saya menonton pautan seterusnya iaitu klip video lagu Pikanchi Double daripada kumpulan Arashi," ujarnya.

Helen kemudian terus menonton beberapa video Arashi, tapi tidak berpuas hati kerana tempoh yang singkat bagi setiap video.

"Saya sertai forum peminat Arashi Malaysia dan cuba minta bantuan mereka muat turun video membabitkan Arashi. Tiba-tiba Linda menghantar mesej pada thread peminat Malaysia dan terus ajak untuk bertemu bagi berkongsi video," katanya.

Jelas Helen, jika tidak kerana Arashi mungkin dia tidak sampai ke tahap di mana berjaya dalam ujian JLPT (Ujian Kefasihan Bahasa Jepun) hingga membolehkan-nya menjadi tutor di pusat bahasa terbabit.

Hotaru dan Syiena pula pernah ke Jepun untuk menonton konsert Arashi pada 2011 dan 2012. Hotaru sebelum ini tahu mengenai Arashi tapi tidak begitu fanatik.

"Sebelum ini boleh dikatakan minat saya pada Arashi sekejap ada, sekejap tak ada. Saya pernah lihat video persembahan mereka pada 1999, kemudian minat watak manga yang dibawakan seorang ahli Arashi pada 2002.

"Pada 2005 pula, saya sukakan lagu dalam drama Hana Yori Dango dan Arashi yang menyanyikannya. Saya terkejut kerana kumpulan itu masih bersama.

"Tapi saya meminati Arashi secara mendalam pada 2010 menerusi Syiena hanya selepas menyertai kelas bahasa Jepun. Sama seperti fandom lain, kami saling berkongsi video dan maklumat mengenai Arashi.

"Tambahan apabila sudah bekerja, lebih mudah mendapatkan barangan memorabilia Arashi secara dalam talian dan kami sudah mampu untuk ke Jepun bagi menyaksikan persembahan mereka," katanya.

Dek terlalu meminati Arashi juga, Syiena nekad ke Jepun bersama Hotaru semata-mata menonton pementasan teater 'Aa, Koya' lakonan Matsumoto pada 2011.

Tegas Syiena, hanya fandom yang faham mengenai minat mereka ini. Baginya, Arashi yang menjadi tunjang pada minatnya untuk mendalami bahasa lain.

"Ramai yang lihat sudut negatif mengenai fandom ini. Tapi kami cuba jadikannya perkara positif, ia bukanlah perkara sia-sia jika dimanfaatkan sebaiknya.

"Belajar bahasa asing ini juga dapat menambah kemahiran dalam hidup kita.
Benar, ramai yang rasakan bahasa Jepun sukar dipelajari tapi bagi saya, apa jua bahasa asing pasti ada kesukarannya asalkan kita sabar dan fokus dalam mempelajarinya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Dikurung 'rahmat' untuk kebebasan

Posted:

Pengalaman pahit dirantai selama lebih dua minggu dan dikurung dalam kotak sebesar keranda di bilik bawah rumah di pinggir New York ketika berusia 10 tahun disifatkan sebagai 'perkara paling baik yang berlaku dalam hidupnya' kerana ia menjadi kunci untuk Katie Beers, 30, lari daripada penganiayaan.

Kini selepas 20 tahun, Katie bersama wartawan televisyen yang membuat liputan kisah penculikannya itu menulis buku bertajuk 'Buried Memories: Katie Beer's Story'. Cuma buku rakaman sejarah peribadi itu mempunyai pengakhiran yang menyenangkan hati pembaca.

Katie kini berusia 30 tahun, sudah berkahwin, dikurniakan dua cahaya mata, mempunyai ijazah pengurusan perniagaan dan bekerja di sebuah syarikat insurans di kawasan pedalaman Pennsylvania.

Kisah penculikannya pada awal 1993 mendapat perhatian ramai apabila kehidupan sebenarnya mula terdedah. Ketika polis masih mengesan kedudukannya, penderitaan yang dialami Katie terbongkar satu demi satu. Hidupnya ketika kecil penuh derita, diabaikan ibu sendiri dan berulang kali diperkosa suami ibu pembaptisannya sejak dia berjalan jatuh lagi.


Dulu dia digelar budak berkutu, budak terbuang yang tidak mempunyai kawan dan selalu dipaksa mengheret pakaian keluarganya ke kedai dobi, membeli rokok atau makanan ringan untuk orang tuanya.


Penculiknya, John Esposito, seorang kenalan keluarganya mengaku jenayah yang dilakukannya pada 13 Januari 1993. Dia menunjukkan kepada pihak polis di mana Katie dikurung dan disembunyikan selama 17 hari iaitu di bilik bawah tanah di rumahnya di Bay Shore, New York.

Gadis malang itu kemudian diletakkan di bawah penjagaan ibu bapa angkat, dibesarkan dengan penuh kasih sayang di rumah barunya di East Hampton dan istimewanya, Katie tiba-tiba mempunyai empat orang adik-beradik yang mesra.

Ibu bapa angkatnya bukan saja mengenakan disiplin dalam hidup barunya, malah dia juga dihantar ke sekolah dan diminta melakukan kerja rumah yang ringan. Bahkan mereka juga melindungi Katie daripada menjadi perhatian media sehingga ibu bapa angkatnya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah supaya kehidupan si gadis malang itu tidak diganggu. Mujurlah pihak media mematuhi arahan mahkamah untuk membolehkan Katie membesar dengan aman.

"Sebagai masyarakat, kita bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak ini, jika tidak pernyataan sayang kita pada anak sendiri adalah palsu dan rasa belas ihsan kita antara satu sama lain hanyalah pura-pura," kata James Catterson yang menjadi pendakwa raya Suffolk County ketika itu.

Sejak itu, tiada sebarang kisah mengenai kehidupan Katie didedahkan sehinggalah baru-baru ini lensa jurugambar sekali lagi tertumpu padanya apabila ibu muda itu melancarkan bukunya. Malah, dia juga muncul dalam program Dr Phil dan menjadi tajuk utama rencana majalah People.

Dalam satu temu bual, baru-baru ini, Katie berulang kali menegaskan penculikan itu satu rahmat baginya.

"Itulah perkara paling baik yang berlaku dalam hidup saya. Tanpa penculikan itu, saya tidak mungkin dapat keluar daripada kehidupan dulu yang penuh dengan penganiayaan," katanya.

Di sekolah, Katie pelajar yang aktif. Di sekolah menengah East Hampton, dia menjadi pemain bola tampar, terbabit dalam pementasan drama dan akhirnya menyambung pelajaran ke sebuah kolej di Pennsylvania dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Di situlah dia bertemu dengan lelaki baik hati yang menjadi suaminya.

"Tiada guna saya bersedih atau memikirkan kejadian silam itu. Saya tidak mahu fikir apa akan terjadi kalau saya tidak diculik. Saya cuba untuk tidak bersedih atas apa yang berlaku kerana kejadian itulah yang menjadikan saya seperti hari ini. Saya berpuas hati dan gembira dengan kehidupan saya," katanya tenang.

Katie memberitahu, empat tahun lalu dia bersetuju menjadi penulis bersama menghasilkan buku berkenaan yang diilhamkan wartawan televisyen WCBS, Carolynn Gusoff, walaupun cadangan untuk menulis itu sudah bertahun-tahun ada dalam hatinya.

"Saya mahu membantu orang yang tidak tahu ke mana hendak dituju apabila menemui jalan buntu. Sebenarnya laluan ke arah hidup yang lebih baik sentiasa ada," katanya.

Walaupun tiada dendam di hati, Katie enggan memberitahu di mana kampung dia membesar, nama keluarga selepas bersalin atau sebarang perkara membabit­kan zaman persekolahannya kerana keluarganya mahu semua maklumat berkenaan dirahsiakan.

Dalam buku itu, Katie menulis dia dicabul dan dirogol Sal Inghilleri suami ibu pembaptisannya sejak dia baru belajar berjalan. Atas kesalahannya itu, Inghilleri dipenjarakan 12 tahun dan mati dalam penjara pada 2009 selepas ditangkap kerana melanggar peraturan ketika dalam parol (tempoh pembebasan dan disyaratkan berkelakuan baik).

Katie juga merakamkan bagaimana Esposito merogolnya ketika dia dikurung dalam bilik bawah tanah, sambil menerangkan bagaimana dia berusaha memadamkan kenangan pahitnya itu untuk menguatkan hati meneruskan kehidupan.

Esposito, yang mengaku bersalah kerana menculik bagaimanapun tidak disabitkan dengan jenayah rogol. Dia dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan beberapa kali permohonan bebas dengan parol ditolak. Permohonan untuk dia mendapatkan parol sekali lagi dijangka akan dibawa ke mahkamah hujung tahun ini. Dalam perbicaraan mendapatkan parol pada 2007, Esposito mengatakan dia adalah aseksual (tidak mempunyai organ jantina yang jelas) dan ketika mencium mangsa (Katie), dia tidak pernah cuba melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Dalam satu suratnya kepada Carolynn yang turut dicetak dalam buku berkenaan, Esposito berkata, dia berhak untuk dibebaskan.

"Saya fikir Katie tahu saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Saya kesal dengan apa yang saya lakukan. Saya rasa menyesal setiap kali memikirkannya. Itu benar-benar satu kesilapan besar," tulisnya.

Katie menulis, dia masih ingat keadaannya ketika dikurung dalam bilik bawah tanah itu. Dia tidak boleh tidur, takut jika Esposito masuk ke bilik itu dan menderanya. Dia takut Esposito mencabulnya ketika dia tidur. Bahkan dia juga bimbang sekiranya Esposito mengambil gambarnya ketika dia tidur dan menghantar gambar berkenaan kepada polis. Dia bimbang polis akan berhenti mencarinya jika mereka menganggap dia sudah mati.

Dia 'menyambut' ulang tahun kelahiran ke-10 ketika pita rakaman yang me­gandungi lagu 'Selamat Hari Jadi' nyanyian Katie sendiri ditemui di bilik berkenaan walaupun wanita ini mengatakan tidak ingat mengenainya.

Esposito memberinya makanan ringan dan air soda yang menyebabkan sampai hari ini Katie tidak lalu hendak menelan coklat kerana ia dianggap makanan ruji untuknya dalam kurungan. Ketika dalam kurungan, Katie ada akses televisyen kecil dalam bilik bawah tanah itu, tetapi sampai hari ini dia tidak boleh mendengar lagu I Will Always Love You de­ndangan Whitney Houston kerana ia ditayang berulang kali di MTV dan VH1.

Menurut Katie, pada awalnya dia tidak cam siapakah Carolynn walaupun kerap melihat wajah wanita itu di televisyen. Carolynn ialah wartawan stesen New12 di Long Island yang membuat laporan mengenai kehilangan Katie.

"Terasa seperti kami sudah 16 tahun kenal," kata Katie pada pertemuan kali pertama dengan Carolynn pada 2008 untuk memulakan projek buku itu.

Kata Carolynn, kebencian yang terbuku di hati Katie selepas berulang kali didera seksual dan diabaikan keluarganya sebelum diculik mungkin menjadi senjata menguatkan semangatnya untuk bertahan.

Dominick Varrone, detektif Suffolk County yang mengetuai penyiasatan, bersetuju dengan kata-kata Carolynn. Dia memberitahu Carolynn dalam bukunya, "Kerana cara dia dibesarkan, pengalaman (penderitaan) seksual, penderaan, biasa dengan persekitaran dan daya tahannya, Katie berada pada satu kedudukan lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak normal berusia sembilan tahun. Kami percaya perkara inilah yang menjadi sumber kekuatannya."

Dalam buku itu, ibu Katie, Marilyn Beers digambarkan sebagai wanita yang kuat bekerja, tetapi selalu tiada di rumah dan melepaskan tanggungjawab membesarkan Katie dan abangnya kepada orang lain termasuk Inghilleri dan isterinya. Dia bagaimanapun tidak membalas pesanan telefon apabila diminta memberikan komen terhadap buku berkenaan.

"Saya harap buku ini bermanfaat dan ada banyak kebaikan dengan terbitnya buku ini. Saya mahu membantu kanak-kanak, orang dewasa atau menjadi penceramah motivasi. Namun pada masa sama, saya tetap sukakan pekerjaan sebagai ejen insurans di kampung saya di Pennsylvania. Saya gembira dan bersyukur de­ngan hidup saya sekarang," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Digilis bas sekolah lepas jatuh motor

Posted:

Shah Alam: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis sebuah bas sekolah selepas motosikal ditungganginya bergesel motosikal lain sebelum terjatuh di Kilometer 8.3 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Seksyen 7, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd Faiz Tasnim Mohd Roshidi, 19, mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan akibat digilis bas yang gagal mengelak.


Mangsa yang juga operator kilang di Klang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila dilanggar bas berkenaan yang datang dari Kuala Lumpur.

Ketua Trafik Shah Alam Deputi Superintendan Roslan Aziz berkata, mangsa tidak dapat mengawal motosikal sebelum bergesel motosikal lain yang berada pada kedudukan sama.


Akibatnya, mangsa terbabas dan terjatuh.


"Sebuah bas dari belakang gagal mengelak mangsa dan melanggarnya sehingga terseret beberapa meter.

Foto

MAYAT mangsa di bawah bas.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat, manakala seorang lagi penunggang cedera ringan dan mendapatkan rawatan di hospital sama," katanya ketika dihubungi, semalam.


Pemandu bas berkenaan sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Ikut suami menetap di Sabah

Posted:

Tiada saat lebih membahagiakan selain saat diijab kabul bersama lelaki idaman yang akhirnya sah bergelar suami dan menjadi teman untuk melayari kehidupan selepas ini.

Begitulah juga dirasakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 25, saat empunya diri mendengar sendiri lafaz daripada Fathuddin Mazlan, 29, pada majlis akad nikah yang berlangsung ringkas di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Yang jelas, penya­nyi Cinta Bersatu itu kelihatan tenang dan bahagia meskipun dalam hatinya siapa tahu debaran untuk melangkah ke alam berumah tangga.

Menjelaskan dia memang sudah bersedia untuk menempuh kehidupan suami isteri, Liyana ternyata seperti tidak percaya kini dia bukan lagi berstatus solo.

Foto

KUCUPAN sayang daripada suami.

Foto

SESI merenjis oleh tetamu khas.

Foto

PASANGAN mempelai memotong kek.

Foto

MENGABADIKAN potret bersama ayah dan ibu tercinta masing-masing.


"Saya rasa macam bermimpi pun ada. Tidak sang­ka akhirnya saya jumpa dan mengahwini lelaki idaman saya. Semestinya kehidupan selepas ini berbeza kerana sudah bergelar isteri, namun saya benar-benar rasa bahagia sekarang ini.


"Fathuddin adalah lelaki yang cukup sempurna buat saya dan yakin dia juga akan menjadi suami terbaik," katanya sejurus tamat majlis akad nikah yang bermula jam 9 pagi itu.

Dengan dua kali lafaz tepat jam 10.26 pagi, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin yang dinikahkan sendiri bapanya, Datuk Jasmay Md Shah dengan mas kahwin seutas gelang tangan emas bernilai RM5,500.

Liyana menerima lima dulang hantaran daripada pe­ngantin lelaki berupa tas tangan, wang hantaran bernilai RM28,300.88 dalam bentuk cek, sirih junjung, set bara­ngan kemas iaitu cincin, rantai dan anting-anting serta mas kahwin.

Fathuddin pula menerima tujuh dulang merangkumi sirih junjung, kek, buah anggur, kasut kulit Prada, jam tangan Tag Heuer, cincin Bvlgari dan dompet Louis Vuitton (LV).

Anggun dalam persalinan rona putih rekaan Jovian Mandagie, senyuman Liyana juga tidak lekang saat berdampi­ngan dengan Fathuddin sebaik selesai upacara berkenaan dan menarik nafas lega apabila segalanya berjalan lancar.

Meneruskan acara resepsi pada sebelah malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Daga­ngan Dunia Putra (PWTC), atur cara majlis berkenaan cukup ringkas namun pastinya bermakna buat pasangan mempelai itu.

Dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk dalam kalangan rakan selebriti, sewaktu perarakan masuk ke dalam dewan, Liyana menggayakan sekali lagi persalinan berona putih rekaan Jovian manakala pada acara potong kek, dia memakai gaun rekaan Rizman Ruzaini.

Dimulakan dengan acara merenjis, upacara malam itu diteruskan dengan sesi jamuan sambil dihiburkan band yang juga rakan baik Liyana, AG & The Co menyanyikan lagu-lagu pilihannya khas buat Fathuddin termasuklah Love (Nat King Cole), Selalu De­nganmu (Tompi), Linger (The Cranberries) dan banyak lagi.

Ditanya me­ngenai peranca­ngannya untuk berbulan madu, Liyana berkata, dia mengikut saja pilihan lokasi Fathuddin yang lebih gemar bersantai di pantai dan mahukan ketenangan.

"Selesai saja acara ini, dalam pertengahan Februari saya akan terbang semula ke New York untuk tujuan kerja dan Fathuddin akan ikut sekali. Kemudian, kami akan singgah pula ke kota London untuk membeli-belah.

"Namun kami tidak bercadang berbulan madu di sekitar sana kerana 18 Mac nanti kami akan pulang ke Sabah dan mungkin mencari mana-mana tempat peranginan di sana untuk bulan madu," katanya yang memutuskan untuk menetap di Sabah selepas ini mengikut suaminya.

Tidak ambil pusing kontroversi

Beberapa hari sebelum menempuh detik bahagianya, umum turut dikejutkan dengan kontroversi yang tercetus mengenai isu gambar praperkahwinan pelakon Khurafat ini.

Bagaimanapun, lali dengan asam garam sebagai artis, Liyana berkata, kontroversi itu langsung tidak menggugat persiapannya malah tidak terlintas di benaknya untuk dipedulikan.

"Mengambil kira pembabitan saya dalam industri sejak kanak-kanak lagi, biasalah perkara sebegitu akan menimpa tidak mengenal masa. Namun, bukan alasan untuk saya pening memikirkan kerana apa yang paling penting adalah hari bahagia saya.

"Apatah lagi Fat­hud­din, dia langsung tidak membaca mengenai la­­poran isu berkenaan dan memang tiada kesan pun ke atas fokus kami," katanya me­­ngulas mengenai isu salah faham antaranya dengan seorang jurugambar bebas.

Sementara itu, Liyana yang bakal terbang semula ke New York pada 15 Februari ini untuk menjalani penggambaran telemovie sehingga 27 Februari nanti juga kini muncul dengan single terbaru berjudul Jujur.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Datin Paduka Umie Aida dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Yusry dan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Farish Aziz, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, Marsha Londoh, Dafi, Datin Sofia Jane, Eja, Tam Suhaimi, Fazura, Erma Fatima dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Warna ceria majlis sanding

Posted:

Mata terpaku pada kejelitaan dan ketampanan pasangan mempelai saat melintasi permaidani merah menuju ke pelamin yang dihias begitu indah. Tetamu yang diundang tidak kurang hebatnya apabila masing-masing melaram sakan.

Itu antara secebis memori tatkala berlangsungnya majlis persandingan aktres berbakat besar, Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Bertemakan hitam putih, rata-rata selebriti yang hadir memilih warna yang tidak memenuhi tema lantas membiaskan lagi keceriaan pada malam penuh bererti buat pasangan mempelai.

Fazura misalnya, memilih persalinan rona ungu sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini manakala Dafi tampak begitu ceria dengan sepasang baju Melayu dari jenama Lats Collection.


Marsha pula menawan dengan persalinan rona 'turquoise' berpotongan ala-ala 'cheongsam'.


Pasangan sama cantik sama padan, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya, juga tidak kurang hebatnya dengan kombinasi pakaian mereka, begitu juga merpati dua sejoli, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim.

Antara nama-nama besar lain yang turut memeriahkan majlis persandingan Liyana dan Fathuddin adalah Sofia Jane, Sharifah Eja, Farid Kamil, Sharifah Sakini, Dira Abu Zahar, Ana Dahlia, Tam Suhaimi, Zain Ruffedge termasuk Vanidah Imran, suami, Rashidi Ishak serta anak-anak.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Aguero hukum Reina

Posted:

MANCHESTER: Sergio Aguero menyelamatkan Manchester City dengan jaringan di penghujung perlawanan untuk membantu pasukannya seri, 2-2, apabila menentang Liverpool, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, jika keadaan ini berterusan dan jika tertinggal dua mata akan membuatkan juara bertahan itu sukar untuk mengejar Manchester United bagi mengekalkan kejuaraan.

Rembatan `volley' Steven Gerrard pada minit ke-73 bagaikan memberi gambaran Liverpool bakal membawa pulang tiga mata dari Stadium Etihad tapi Aguero melakukan kejutan dengan jaringan penyamaan enam minit kemudian.

City yang berada di depan menerusi jaringan Edin Dzeko terkejut apabila bekas penyerangnya Daniel Sturridge menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak jauh.


United kini memiliki kelebihan sembilan mata berbanding City dengan baki 13 perlawanan selepas ketinggalan empat mata terutama selepas perlawanan dengan QPR yang berkesudahan seri 0-0.


Liverpool sehingga ini masih belum dapat menumpaskan pasukan teratas liga tetapi gandingan Sturridge dan Suarez membuatkan pertahanan City yang kehilangan Vincent Kompany berdepan pelbagai masalah.

Gol kesebelash Dzeko bagi kempen musim ini muncul apabila dia menolak masuk kemas untuk jaringan pertama City hasil hantaran silang berpunca daripada David Silva dan Milner.

Sementara itu, Liverpool yang tidak putus menyerang memperoleh gol penyamaan menerusi Sturridge yang menerima umpanan daripada Seteven Gerrard.

City yang kelihatan tidak kemas di bahagian belakang hampir dihukum apabila Pablo Zabaleta yang cuba meleretkan bola kepada Hart yang hampir mencecah gawang sendiri.

Akhirnya, Aguero yang berjaya lolos selepas menerima hantaran Gareth Barry, memperdaya Pepe Reina dan menendang masuk gol penyamaan di minit akhir perlawanan.

KEPUTUSAN:

Man City 2 (Dzeko 23, Aguero 78) - Liverpool 2 (Sturridge 29, Gerrard 73)

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Mati kerana katak

Posted:

Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Foto

KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.


Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Nazmi sudah 'turun darjat'

Posted:

Kuala Lumpur: Keputusan mengejut bekas pemain SC Beira Mar, Nazmi Faiz Mansor kembali ke Malaysia tanpa penjelasan kukuh, mengundang rasa kecewa dua bekas pemain negara yang pernah berkelana di luar negara.

Mohd Fadzli Saari serta Juzaili Samion yang pernah beraksi di kelab Jerman, SV Wehen pada awal 2000 dan kini menghabiskan sisa-sisa karier mereka dengan beraksi di kancah Liga Malaysia, jelas tidak bersetuju dengan keputusan pemain berusia 19 tahun itu.


Bagi Mohd Fadzli yang kini beraksi bersama Sime Darby FC, jika benar Nazmi mengambil keputusan sendiri untuk pulang ke Malaysia, ia bukanlah keputusan tepat.

"Saya tidak pasti apa alasan sebenar Nazmi, tetapi berdasarkan laporan media, dia sendiri yang buat keputusan untuk pulang dan mungkin itu keputusan yang terbaik baginya.


"Tapi, bagi saya (keputusan Nazmi) itu merugikan kerana dia sudah dapat peluang dan difahamkan mengikat kontrak tiga tahun. Dia baru beberapa bulan di sana dan banyak lagi yang boleh dipelajari jika terus kekal.


"Tidak kisah jika tidak dapat beraksi dalam pasukan utama, asalkan dia mendapat latihan dan pengalaman yang saya anggap cukup berharga kerana tidak akan diperoleh di sini. Peluang itu pasti akan datang, tapi segala-galanya memerlukan kesabaran.

Foto

NAZMI ketika menandatangani kontrak bersama kelab Portugal.

"Saya pernah saksikan sendiri dia bermain dan secara jujur, saya memang mengagumi Nazmi kerana bakatnya cukup luar biasa. Saya yakin satu hari nanti dia pasti menyerlah," katanya.


Bagi Juzaili, dia bersetuju dengan pendapat jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang kecewa dan kurang bermotivasi untuk menghantar pemain muda beraksi ke luar negara bagi mengelakkan perkara sama berulang.

"Dia pergi bawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu lihat kejayaan pemain negara di pentas tertinggi.


"Bukan senang nak dapat tawaran seperti ini dan pemain berkenaan kena terima setiap cabaran. Jadi keputusan pulang ke Malaysia boleh memberi kesan dan mungkin minat ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka bermain bola semakin berkurangan," katanya.


Nazmi menerusi sidang media kelmarin menyatakan dia sendiri membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan memilih untuk menyertai PKNS FC yang kini beraksi dalam kancah Liga Super.


Namun jawapan pemain itu kurang meyakinkan apabila mengakui membuat keputusan itu secara mengejut dan tidak dijangkakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Jaguh hoki dalam dewan

Posted:

Teluk Intan: Kelab Workshop Elite A Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara Kejohanan Hoki 6 Sebelah Dalam Dewan Sempena Kemerdekaan bagi merebut Piala Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Kejohanan edisi keempat anjuran Kelab Tsuyoi Teluk Intan itu menyaksikan Kelab Hoki Workshop Elite A menang besar 5-0 ke atas Kelab Hoki Ipoh Silver Club dalam perlawanan akhir di gelanggang Arena Square, Teluk Intan, baru-baru ini.


Dua gol, masing-masing menerusi jaringan Razali Mohd Azimi dan Mohd Syafiq Yaakob manakala satu lagi sumbangan Mohd Hanif Che Alim sudah memadai untuk membolehkan Kelab Workshop Elite Adari membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 berserta pingat dan piala pusingan.

Kelab Ipoh Silver Club yang gagal untuk menyaingi kelab dari ATM itu terpaksa berpuas hati dengan RM400 berserta pingat.


Kelab Workshop Elite B ATM pula menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Parit Buntar dengan jaringan 1-0 bagi menerima RM200 berserta pingat. Kelab Parit Buntar pula menerima RM100 berserta pingat.


Sebelum itu di separuh akhir, Kelab Workshop Elite A ATM menewaskan pasukan adik, Workshop Elite B ATM 1-0 naso; penentuan pukulan stroke selepas kedua-dua pasukan itu terikat 2-2 masa penuh perlawanan, manakala Kelab Ipoh Silver Club menumpaskan Parit Buntar, 3-2.

Hadiah disampaikan Timbalan Pengerusi Belia 4B Negeri Perak, Saiful Adli Arshad manakala majlis pembukaan disempurnakan Pengerusi Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.


Sebanyak 16 pasukan dari dalam dan luar negeri ini mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Hamilton beli jet

Posted:

London: Dia menyara hidup dengan memandu kereta lumba Formula 1.

Tetapi kini Lewis Hamilton mempunyai pengangkutan yang jauh lebih laju sebuah jet bernilai 20 juta pound (RM97 juta).


Pemandu Formula 1 terbabit berharap jet Bombardier CL-600 berwarna merah yang berkelajuan 500 batu sejam itu akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan juri X Factor, Nicole Scherzinger.

Sementara Hamilton tinggal di Monaco, bekas anggota Pussycat Doll itu berpangkalan di Los Angeles dan kedua-duanya membuat perjalanan ke serata dunia untuk tugas mereka. Rakannya berkata, jejaka berusia 28 tahun itu membeli jet mewah itu untuk memudahkan perjalanannya menemui teman wanitanya sekerap mungkin.


Pasangan itu berpisah pada 2011, dilaporkan kerana tertekan apabila terpaksa meluangkan begitu banyak masa membuat perjalanan beribu-ribu kilometer. Juara dunia 2008 itu turut menukar pendaftaran rasminya kepada G-LCDH yang bermaksud Lewis Carl Davidson Hamilton. Juara Formula 1 2008 itu berjimat membayar cukai kastam apabila mengambil penghantaran jet berkenaan di Lapangan Terbang Isle of Man bulan lalu.


Pihak berkuasa pulau itu mengenakan cukai lebih rendah berbanding di tanah besar.

Foto

HAMILTON berharap jet Bombardier CL-600 akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan Nicole.

Foto

JET peribadi Hamilton dilengkapi dengan katil mudah alih, televisyen plasma dan bar.

Hamilton kemudian membuat penerbangan sulung ke Stuttgurt, Jerman, di mana dia melawat pasukan Formula 1, selepas menandatangani kontrak 60 juta pound (RM292 juta) dengan Mercedes September lalu.


Dia memuat naik fotonya berehat di tempat duduk dalam jet itu di Twitter dan menulis: "Berakhir hari cuti, kembali ke kawasan pergunungan untuk berlatih!" Bekas pemandu McLaren itu dan Nicole, 34, yang mula berpacaran pada 2007, telah menyertai kelab elit "super selebriti", termasuk Tom Cruise dan Oprah Winfrey yang mampu memiliki jet peribadi.

Itu bermakna mereka tidak perlu berdepan penundaan di lapangan terbang awam yang menyediakan penerbangan untuk orang ramai. Nicole baru-baru ini berkata: "Saya tidak syorkan hubungan jarak jauh pada orang lain. Hamilton juga akan berkata begitu.


"Tetapi jika ia berbaloi, anda perlu berjuang untuk itu. Kami cuba untuk bertemu semungkin yang boleh," katanya.


Nicole dilaporkan membelanjakan 750,000 pound (RM3.6 juta) untuk menyewa jet peribadi bagi melawat teman lelakinya sepanjang tahun lalu. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Maut dirempuh kereta api laju

Posted:

Albuquerque (New Mexico): Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mati dirempuh kereta api laju Amtrak ketika dia melintas landasan sambil mendengar muzik.

Polis berkata, Jose Angel dia mendengar konduktor membunyikan hon, kerana dia memakai fon kepala ketika berjalan pulang dari Sekolah Tinggi Bernalillo di sepanjang landasan kereta api bersama dua kawannya.


Rakannya dan saksi lain melaporkan melihat Angel berjalan atas landasan tanpa menyedari sebuah kereta api menuju ke selatan muncul dengan kelajuan 112 kilometer sejam, lapor Albuquerque Journal. Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.15 petang menemui mayat mangsa dekat Valle Avenue dan Oak Street, kawasan antara dua laluan umum lintasan kereta api.

Polis menemui serpihan fon kepala dalam telinga mangsa dan iPod di tempat kejadian.


Ketua Polis Bernalillo, Julian Gonzales dilaporkan berkata: "Saya rasa mesej kejadian ini untuk semua remaja ialah: Lihat kedua-dua arah sebelum melintas sama ada di jalan raya atau landasan kereta api." Kereta api terbabit dalam perjalanan ke arah selatan menuju Albuquerque ketika ia merempuh mangsa. Ia meneruskan perjalanannya kira-kira sejam kemudian. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Ahad, 3 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Mula suka-suka, kini aktif berkayuh

Posted:

Kira-kira dua tahun lalu, lapan wanita ini hanya menjadi pemerhati dan penyokong kepada suami masing-masing setiap kali pasa­ngan mereka menyertai aktiviti berbasikal di sekitar taman perumahan.

Sesekali mereka cuba mengayuh, itu pun selepas termakan ajakan suami yang mahu mereka turut serta atas alasan sekadar suka-suka.

Namun, bermula daripada suka-suka itu, ia menjadi titik tolak pembabitan mereka dalam aktiviti berbasikal ini yang dilakukan pada setiap malam Khamis dan hujung minggu di kawasan berhampiran kediaman mereka di Prima Saujana, Kajang.

Apabila minat sudah bercambah di hati, mula­lah pasangan masing-masing sanggup membelikan basikal supaya boleh bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Foto

BERMULA daripada suka-suka, aktiviti berbasikal kini menjadi hobi tetap.


Menggelar diri mereka sebagai kumpulan diva kelab berbasikal Doc-Roc Cycling Team (DRCT), peluang berkumpul beramai-ramai melakukan aktiviti riadah yang menyihatkan membuatkan mereka berasa seronok.


Sejak itu, kumpulan diva ini tidak menoleh ke belakang lagi. Aktiviti berbasikal meredah bukit, hutan belukar, hujan atau sekadar menyusuri tepian jalan raya dijadikan aktiviti mingguan bagi mengisi masa lapang.

Lina Mohd Noor, 39, berkata, penyertaan aktiviti sedemikian membentuk disiplin dan keyakinan diri yang kuat selain mengerat­kan silaturahim bersama rakan.
Malah, ia juga mampu meningkatkan ikatan kasih sayang dan persefahaman kerana dilakukan bersama pasangan masing-masing.

"Jujurnya, saya tidak sangka berupaya melakukan aktiviti ini kerana ia seakan-akan nampak mudah, namun hakikatnya memerlukan kudrat tulang empat kerat yang cukup kuat.

"Aktiviti ini mencabar, tetapi pada masa sama menyeronokkan. Kami juga dapat membentuk sikap bekerjasama serta semangat berpasukan yang tinggi.

"Sepanjang lebih dua tahun menyertai aktiviti berbasikal ini, ia memberi pengetahuan dan kemahiran untuk mendaki bukit, menuruni curam dan pelbagai lagi teknik yang mencabar kepada saya," kata­nya.

Walaupun mereka bergelar isteri, ibu dan pekerja yang sibuk menguruskan pelbagai urusan rumah tang­ga serta pejabat, ia tidak menjadi alasan mereka tidak boleh melakukan aktiviti berkenaan yang banyak dimonopoli kaum Adam.

Biarpun ada golongan yang masih beranggapan aktiviti itu tidak sesuai untuk wanita, kebanyakan orang menganggapnya sebagai aktiviti berfaedah apatah lagi apabila ia dilakukan bersama suami.

Malah, ia boleh memberi rangsangan kepada ahli keluarga lain dan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup aktif.

Seorang lagi ahli kelab, Normarina Abdul Jabbar berkata, walaupun mereka sibuk dengan urusan rumah tangga, sempat juga meluang­kan masa kira-kira tiga jam untuk berbasikal bersama suami dan rakan setiap Rabu dan hujung minggu.

"Semua ini dilakukan selepas menguruskan hal di rumah dan pada waktu petang atau malam kami berkumpul sebelum berkonvoi ke tempat yang ingin dituju.

"Kami juga berasa lebih yakin selepas menyertai aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai lasak ini," katanya yang pernah cedera di muka, tangan dan kaki ketika menyertai kayuhan amal mahupun jambori.

Bagaimanapun, ia bukan faktor penghalang untuk­nya terus melakukan aktiviti berbasikal.

Dia yang pernah menyertai beberapa acara berbasikal seperti jambori berkata, aktiviti sedemikian bukan saja memerlukan kekuatan fizikal dan mental, tetapi juga kemahiran dan kesabaran terutama ketika melalui kawasan mencabar.

"Sukan berbasikal sememangnya memenatkan dan memerlukan stamina yang tinggi, tetapi di sebaliknya ia mengajar kita supaya tabah dalam menghadapi cabaran.

"Walaupun kami semua wanita, kami tiada masalah menyertai aktiviti ini kerana ia turut membabitkan suami masing-masing yang banyak mengajar serta membantu," katanya.

Rakannya, Sheriza Mohd Nazir, 41, pula berkata, penyertaan wanita dalam aktiviti lasak sudah menjadi kebiasaan dan ia diterima oleh masyarakat.

Selain mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah, menyertai aktiviti itu memberi peluang kepada kami menimba pengalaman baru selain menghabiskan masa dengan suami serta rakan.

"Kami menyertai pelbagai acara berbasikal atau jambori di merata tempat antaranya di Beserah, Kluang, Alor Gajah dan Kuala Kangsar.

"Panas terik, hujan, ribut petir semuanya kami tempuh sedaya mungkin. Pernah di pertengahan jalan ada antara kami yang sudah tidak terdaya lagi dan rasa mahu mengalah, tetapi semangat berpasukan serta menyokong antara satu sama lain membuatkan kami meneruskan perjalanan," katanya yang memberitahu pada permulaan, kelab DRCT ini hanya dianggotai kaum Adam sebelum segelintir isteri ahli kelab menyertainya.

Ahli kelab paling muda, Norfadzilah Uzir Abd Wahab, 34, berkata dengan mengayuh basikal, mereka juga dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan untuk menjaga kecantikan tubuh.

Pemakanan yang diambil sebelum dan selepas berbasikal amat penting bagi memastikan kecergasan mereka berada di tahap memuaskan supaya tidak mengah mahupun 'pancit' ketika menunggang basikal lebih-lebih lagi apabila perlu mendaki bukit.

Selalunya, sebelum menyer­tai sesuatu acara atau jambori, mereka mempergiatkan latihan dengan mengayuh lebih kerap seperti tiga kali seminggu.

Makanan diambil pula lebih kepada makanan kurang berminyak seperti sup atau makanan berasaskan rebusan. Majalah kecergasan turut dijadikan panduan dalam pemilihan diet seharian mereka.

Contohnya, untuk bekalan tenaga sewaktu acara, mereka akan bawa buah kurma dan coklat yang boleh dimakan di setiap perhentian.

Bagi mereka yang mempu­nyai masalah kewangan untuk menjadi ahli di kelab kecergasan atau gimnasium, aktiviti berbasikal seperti ini boleh dijadikan pilihan kerana selain murah, ia juga berkesan, menyeronokkan dan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan sekiranya dilakukan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat-handai.

Antara kelebihan berbasikal adalah mampu men­stabilkan keseluruhan otot tubuh terutama di bahagian pinggul dan bahu, mengurangkan risiko penyakit, menurunkan kadar kolesterol dalam badan, menguat­kan tulang dan merehatkan minda.

Berbasikal senaman yang sesuai bagi semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki kerana ia turut membabitkan aktiviti kardio dan pernafasan yang menguatkan badan.

Tidak cukup dengan itu, aktiviti ini juga membantu daya ketahanan jantung dan saluran darah dengan menga­lirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan sambil membakar lemak badan serta mengurangkan selulit.

Secara tidak langsung, ia menggalakkan jantung menjadi lebih cekap, memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Usah mengalah untuk hidup

Posted:

Tanyalah pada sesiapa saja, pengesahan doktor mengatakan mereka menghidap kanser adalah satu hakikat yang amat sukar diterima. Sehingga kini kanser masih menjadi penyakit yang sangat digeruni walaupun ia tidaklah jauh berbeza dengan penyakit kronik lain. Mungkin stigma yang mengatakan kanser sebagai pembawa maut membuatkan ia dikategorikan sebagai pe–nyakit yang mengerikan.

Pakar perubatan mengatakan, kedudukan kanser sebenarnya sama dengan penyakit kronik lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, pe–nyakit jantung, sakit buah pinggang dan strok.

Semuanya boleh me–nyebabkan kematian jika tidak dirawat dan dikawal, tetapi mungkin sifat kanser yang boleh merebak menjadikan semangat kita melayang tatkala mendengar pengesahan kewujudannya dalam badan.

Memang bukan mudah untuk menerima hakikat kita menghidap kanser. Kebanyakan orang boleh menerima berita disahkan menghidap kencing manis atau tekanan darah tinggi dengan tenang. Tetapi untuk kanser lain ceritanya. Walaupun sudah berulang kali diberitahu bahawa kanser boleh dirawat, masih ramai menganggap kedatangan penyakit ini menandakan hidup mereka bakal berakhir.


Ini antara anggapan kurang tepat yang masih kuat bertapak dalam ma–syarakat, bukan di negara kita saja bahkan di seluruh dunia. Berita pengesahan kanser tidak kira apa jenisnya didapati boleh membuatkan pesakit menjadi sangat sedih, bimbang, murung, menyalahkan diri sendiri sehingga ada yang hilang semangat meneruskan hidup.


Dalam Perhimpunan Organisasi Pencegahan Kanser Asia Pasifik ke-6 (APOCP), Dr Wendy Lam daripada Pusat Latihan dan Penyelidikan Psiko-Onkologi, Pusat Pengajian Kesihatan Awam Universiti Hong Kong memberitahu, sehingga 55 peratus wanita Barat yang menetap di pulau itu mengalami gejala kemurungan apabila disahkan menghidap kanser payudara. Lebih 50 peratus wanita Cina Hong Kong pula mengalami kemurungan berpanja–ngan sebaik mengetahui menghidap penyakit itu.

Sebaik disahkan menghidap kanser, biasanya perbincangan lebih tertumpu pada soal rawatan (perubatan) sedangkan kesan psikologi yang dialami pesakit menuntut perhatian yang sama. Antara kesan psikologi yang biasa dialami pesakit kanser ialah rasa bimbang, sedih, murung, marah, terkejut, sering menangis, keliru dan mula mengasingkan diri.

Kesan psikologi ini lebih hebat dirasai pada pesakit:

  • Wanita
  • Masih muda (khususnya di bawah umur 21 tahun)
  • Tidak berkahwin, bercerai atau berpisah dengan pasangan
  • Tinggal sendirian
  • Kurang sokongan sosial
  • Mempunyai masalah kewangan

    Oleh kerana ia biasa berlaku, kadangkala pakar perubatan terlepas pandang isu psikologi ini. Isu ini perlu diberikan perhatian serius supaya pesakit dan keluarga sama-sama dapat mengharungi saat getir sepanjang menjalani rawatan.

    Selain itu, stigma masyarakat juga menjadikan kanser sebagai penyakit yang sangat membimbang–kan. Masyarakat di negara maju pun ada yang mempunyai tanggapan negatif terhadap pesakit kanser.

    Prof Suzanne Chambers daripada Institut Kesihatan Griffith, Universiti Griffith, Australia berkata, ada sesetengah masyarakat di negara itu melabelkan pesakit kanser sebagai orang yang hilang kemampuan dan berikutan itu, berlakulah masalah diskriminasi.

    Secara global, 25 peratus masyarakat dunia percaya pesakit bertanggungjawab terhadap penyakit (kanser) yang dihidapi. Mereka menganggap perlakuan seseorang individu itu menyebabkan mereka mendapat kanser. Contohnya kanser paru-paru disebabkan tabiat merokok.

    "Ada bekas pesakit kanser memberitahu penduduk di tempat tinggalnya berhenti datang ke rumahnya. Ramai bimbang jika di rumahnya terutama di tandas, ada saki baki bahan kimia (ubat kanser) yang menyebabkan mereka boleh dijangkiti kanser.

    "Akibatnya, mereka bukan saja berhenti berkunjung ke rumahnya malah tidak lagi bertanya khabar. Keadaan ini menyebabkan bekas pesakit kanser tertekan kerana diasingkan dan wujudnya unsur diskrimi–nasi," katanya.

    Seorang doktor di India memberitahu, kanser bukan sekadar penyakit tetapi ia pemusnah keluarga. Pada ketika pesakit sudah sembuh, keluarganya sudahpun kucar-kacir (kerana pelbagai isu berkaitan kanser termasuklah stigma dan kos rawatan) menyebabkan pesakit berasa lebih baik mereka mati.

    Isu psikologi ini tidak hanya berlaku pada pesakit dewasa saja kerana kesan yang dihadapi pesakit kanser kanak-kanak lebih ketara. Pesakit kanak-kanak bergelut dengan persoalan seperti:

  • Bagaimana hendak saya beritahu orang bahawa saya bekas pesakit kanser?
  • Apa pandangan orang pada saya apabila mengetahuinya?
  • Adakah rakan sebaya masih mahu berkawan dengan saya?
  • Apakah ada yang sudi menjadi teman istimewa saya?
  • Adakah ibu bapa saya percaya saya boleh berdikari dan menjadi individu normal?
  • Adakah saya boleh mengadakan hubungan seks kelak?
  • Adakah saya berpeluang mempunyai anak kelak?

    Selain itu, pesakit kanak-kanak turut menghadapi masalah keyakinan diri terutama jika mereka mengalami kesan sampingan akibat kanser yang terpaksa ditanggung seumur hidup. Contohnya, pesakit kanser tulang yang terpaksa dipotong kakinya bagi menyelamatkan nyawa atau kehilangan sebelah mata akibat kanser mata.

    Kurang keyakinan diri inilah yang akan memberi kesan lebih besar kepada kualiti hidup mereka kelak. Bahkan ia menjadi penghalang untuk mencapai impian masa depan pesakit.

    Itu belum masuk soal pendidikan kerana pesakit kanak-kanak kerap tidak hadir ke sekolah, tidak dapat mengikuti pelajaran, sering berasa letih (kesan rawatan), ada masalah untuk belajar (termasuk tidak dapat menulis dan me–ngeja dengan baik, sukar memahami konsep dan fakta matematik, susunan, mempunyai masalah pendengaran, kurang tumpuan, sukar mengingat dan kurang kemahiran merancang serta mengurus).

    Perbaiki kualiti hidup

    Apa yang ditulis di atas adalah serpihan kecil daripada isu yang dihadapi pesakit kanser. Kanser tidak kira apa jenisnya ialah penyakit yang disebabkan kewujudan sel tidak normal. Ia membesar (bilangan sel bertambah banyak) dan boleh melumpuhkan fungsi sel yang sihat. Apa yang membezakan kanser ialah kedudukannya sama ada di kulit, mata, hati, paru-paru, prostat, usus atau mana-mana organ.

    Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang diraikan pada setiap 4 Februari, marilah kita bersama-sama mengetepikan pendapat yang mengatakan kanser membunuh kehidupan. Memang diakui kanser memberi kesan besar kepada kehidupan pesakit dan keluarga tetapi mereka masih boleh menikmati hidup yang berkualiti.

    Selain mendapat rawatan awal dan betul, isu psikologi pesakit dan keluarganya perlu diberikan perhatian. Jika anda ialah pesakit, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menerima hakikat ini dengan hati dan fikiran terbuka. Memang bukan mudah, tetapi berusahalah dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

    Penerimaan ini akan menjadikan anda seorang individu yang lebih kuat semangat dan ia secara tidak langsung memberi kesan positif pada badan. Ramai pakar mengatakan pesakit yang bersikap dan berfikiran positif menunjukkan tindak balas lebih baik terhadap rawatan.

    Antara perkara lain yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kualiti hidup:

    Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal

    Memasukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin hidup bukanlah satu perkara yang sukar. Hidup anda boleh menjadi lebih aktif dengan melakukan perkara kecil seperti kerap menggunakan tangga ketika berada di tempat kerja. Letakkan kenderaan jauh sedikit dari destinasi kita supaya kita boleh berjalan. Walaupun ada sesetengah orang tidak menganggapnya sebagai satu senaman, kebanyakan pakar kesihatan berkata, ia akan memberi kesan positif.

    Bagi pesakit kanser, sebaiknya berbincanglah dengan doktor jika anda mahu menyertai sebarang program senaman. Namun aktiviti fizikal yang ringan dan lazim seperti berjalan, berjoging, menari, berenang dan pelbagai senaman kardio lain pada tahap sederhana boleh dilakukan. Seperti individu sihat yang lain, pesakit kanser juga disaran bersenam walaupun hanya beberapa minit setiap hari. Kalau dapat bersenam 30 minit sehari, lima hari seminggu, tentulah lebih baik.
    Bagaimanapun, selaraskan jenis senaman dengan keadaan kesihatan anda.

    Senaman sangat bermanfaat kepada pesakit kanser kerana ia membantu:

  • Meningkatkan kekuatan dan ketahanan badan. Ini termasuklah menguatkan otot dan tulang.
  • Mengurangkan risiko mengalami kemurungan.
  • Mengurangkan rasa bimbang.
  • Mengurangkan keletihan.
  • Memperbaiki emosi.
  • Membantu meningkatkan keyakinan diri.
  • Mendekatkan diri dengan agama atau meditasi.

    Ia cara yang baik untuk menenangkan fikiran. Menurut salah seorang pesakit kanser yang pernah penulis temui, Dr Abdul Razak Muhammad, pakar ortopedik yang menghidap leukemia mieloid kronik (CML), sepanjang tempoh berada di wad, dia mengisi masanya membaca al-Quran dan kaedah itu bukan saja menenangkan hatinya, malah menguatkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

    Menikmati hidup

    Lakukan aktiviti yang anda gemari atau memulakan hobi baru. Tidak kira apa aktiviti yang anda pilih, sebaiknya ia turut membabitkan ahli keluarga. Jadikan penyakit anda sebagai titik mula untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga dan dengan cara ini anda boleh mencipta kenangan manis bersama.

    Kenal pasti keperluan pesakit

    Jika pesakit ialah kanak-kanak, keperluannya mungkin lebih menjurus kepada soal pendidikan. Jadi ibu bapa, ahli keluarga atau guru boleh merekodkan pengajaran guru di dalam kelas supaya boleh didengar atau ditonton kemudian.

    Beri dorongan

    supaya pesakit tidak cepat berputus asa. Anda mungkin boleh menjemput kawannya datang ke rumah supaya anak anda dapat berkongsi pengalaman dan bercerita mengenai penyakitnya. Ia secara tidak langsung dapat merungkai persoalan yang disenarai di atas. Kurang–kan kekurangan fizikalnya contohnya dengan membelikan kaki atau mata palsu untuk membantu meningkatkan keyakinan dirinya.

    Minta kerjasama pihak sekolah (guru)

    Kanak-kanak yang bentuk fizikalnya 'kurang normal' ada kebarangkalian yang tinggi diejek dan dibuli rakan sekolah. Jadi minta kerjasama guru untuk memberi kesedaran mengenai penyakit dan mengelakkan pesakit dibuli. Pengetahuan mengenai sesuatu penyakit akan membuatkan kanak-kanak lebih menghormati perasaan kawan yang sakit.

    Minta nasihat doktor untuk mengekalkan kesuburan pesakit

    Menurut pakar kesuburan, Datuk Dr Prashant Nadkarni, ramai doktor dan ibu bapa terlepas pandang isu kesuburan pesakit muda sedangkan ia satu aspek penting. Di negara kita, ada 28 makmal yang boleh menyimpan sperma, embrio dan telur pesakit. Ini kerana rawatan kanser sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kesuburan seseorang.

    Bagi pesakit lelaki contohnya, mereka boleh menyimpan sperma sebelum menjalani rawatan. Walaupun kualiti sperma mereka kurang baik, ada teknik moden yang boleh membantu mereka mempunyai anak apabila sampai masanya kelak. Kualiti sperma yang disimpan akan kekal.

    Bagaimanapun, keadaan berbeza dengan telur daripada pesakit perempuan kerana kualitinya akan merosot sedikit.

    Dapatkan bantuan kumpulan sokongan

    Kumpulan soko–ngan amat penting untuk membantu anda dan keluarga mengharungi tempoh getir ini. Berkongsi pengalaman, pengetahuan dan idea, anda boleh meningkat–kan kualiti hidup pesakit dan ahli keluarga lain. Di sinilah anda akan mendengar banyak idea yang boleh dijadikan panduan. Jangan malu kerana semua orang dalam kumpulan sokongan ini mahu setiap anggotanya hidup bahagia.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04
  • Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved