Khamis, 13 Jun 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Flat senget

Posted: 12 Jun 2013 11:05 AM PDT

Dengkil: "Saya terkejut apabila melihat dinding dapur retak dan rumah pula tiba-tiba senget selepas bunyi pelik menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar," kata M Saraswaty, seorang daripada 266 penghuni Blok 5 Flat Taman Permata, di sini, yang terpaksa berpindah selepas bangunan itu didapati tidak selamat didiami berikutan keretakan sejak petang kelmarin.

Saraswaty, 49, yang sudah tinggal di situ sejak 16 tahun lalu berkata, dia mula menyedari kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika sedang berehat bersama anak, menantu dan cucu di rumah.


"Sebelum ini, ada beberapa rumah di flat ini mengalami keretakan, tetapi tidak seteruk kali ini dan terasa senget sehingga pintu bilik pun tidak boleh ditutup.

"Kami tidak mahu tinggal di sini lagi kerana flat ini tidak lagi selamat. Mahu duduk setengah jam dalam rumah pun bimbang, apatah dalam tempoh lama. Kami tidak sanggup," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa rumah di blok itu mengalami keretakan agak teruk, jubin bertaburan di lantai manakala keadaan flat empat tingkat itu pula mendap.


Saluran air bawah tanah di penjuru flat didapati mengalirkan air terus ke longkang dan ia dipercayai penyebab berlakunya mendapan berkenaan.

Foto

KEADAAN tanah mendap di Blok 5 Flat Taman Permata.

Foto

MICHAEL menunjukkan jubin dinding dapur yang pecah.

Disebabkan keadaan bangunan yang tidak selamat, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengarahkan semua penduduk berpindah sementara waktu bagi membolehkan mereka membuat pemantauan terhadap keselamatan flat.


Seorang lagi penduduk, M Kalimah, 39, berkata dia menyedari kejadian itu apabila terasa rumah seolah-olah bergegar sebelum mendengar jiran menjerit meminta mereka turun segera kerana unit kediaman retak teruk.

"Ketua blok terus menghubungi polis dan bomba sebelum diminta mengosongkan rumah dengan segera akibat keretakan itu. "Malam tadi (kelmarin) kami tidur di khemah yang disediakan dan ada di kalangan penduduk tinggal di Dewan Serbaguna Dengkil, semua tidak berani masuk ke rumah kerana bimbangkan keselamatan," katanya.


Penduduk, Michael Dass, 24, berkata jubin dinding dapur rumahnya 'luruh' secara tiba-tiba dan beberapa bahagian dinding rumahnya retak akibat kejadian itu. Menurutnya, ibunya paling sedih akibat kejadian itu kerana sudah menghabiskan RM40,000 untuk mengubah suai kediaman yang diduduki sejak 16 tahun lalu.


"Ibu sangat sedih kerana dia ingat boleh tinggal dengan selamat dan selesa selepas mengubah suai rumah, tiba-tiba kejadian ini berlaku sedangkan wang simpanan sudah banyak habis dibelanjakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Penipu kantoi!

Posted: 12 Jun 2013 09:11 AM PDT

Shangdong: Seorang lelaki China dicop penipu selepas mendakwa menyimpan satu mayat makhluk asing di dalam petik sejuknya.

Li Kai mencetuskan kegamatan apabila memuat naik beberapa gambar yang didakwanya mayat makhluk asing itu.


Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas polis melancarkan siasatan berhubung cerita luar biasanya.

Li, dari Binzhou di wilayah Shangdong menulis dengan panjang lebar di dalam Sino Weibo, laman seperti Facebook di China, mengenai penemuan luar biasanya. Dia menceritakan bagaimana dia menemui makhluk bintang Marikh selepas mengekori beberapa pesawat UFO sepanjang Sungai Kuning di China.


Dia mendakwa melihat lima makhluk asing itu, termasuk seorang yang terhempas ke tanah selepas terkena perangkap arnab bervoltan tinggi yang dipasangnya.


Li seterusnya berkata, dia mengambil mayat itu dan membawanya pulang serta menyimpannya dalam peti sejuk.

Foto

LI menyimpan makhluk asing itu di dalam peti sejuknya.

Foto

LI menunjukkan tempat dia menjumpai mayat makhluk asing.

Foto

TANGAN makhluk asing.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing berkenaan dengan mata besar dan tangan yang kelihatan berurat serta sebungkus rokok merah pada tapak tangannya.


Gambar lain pula menunjukkan kaki makhluk itu diikat.

Bagaimanapun, kesangsian mengenai cerita Li itu timbul dan dia dipanggil oleh polis untuk disoal siasat.


Dia bertegas mendakwa ceritanya itu benar dan berkata ujian DNA membuktikan 'makhluk asing' itu memang datang ke bumi.


Li kemudian memberitahu pengikutnya bahawa polis menyekat berita itu dan mendesak supaya dia berdiam diri.


Bagaimanapun temberangnya terbongkar apabila polis mengumumkan penemuan menakutkan itu sebenarnya ialah 'makhluk asing' getah yang dibuat sendiri.


Polis Shandong semalam berkata, Li mengaku bahawa ceritanya itu palsu.


Menurut pegawai, lelaki itu membelanjakan lebih 120 yuan (RM65) untuk membuat 'makhluk asing' itu dengan getah dan bahan lain yang dibeli dari sebuah pasar tempatan berdekatan. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

Lapan bulan zakar pesakit tegang, doktor disaman

Posted: 12 Jun 2013 09:03 AM PDT

Wilmington: Seorang pemandu trak menyaman seorang doktor selepas kemaluannya tegang selama lapan bulan dan kantung buah zakarnya membesar seperti bola tampar setelah menjalani pembedahan implan kemaluan.

Daniel Metzgar, 44, menjalani pembedahan itu pada 2009. Mahkamah Agung New Castle County di Wilmington, semalam diberitahu, pembedahan itu gagal dilakukan dengan sempurna.


Peguam pemandu trak itu, Michael C Heyden, memberitahu mahkamah, kegiatan harian Metzgar seperti menunggang motosikal atau mengambil surat khabar, menjadi masalah kerana kemaluannya yang sentiasa tegang.

Lelaki itu memasukkan tiga implan kemaluan boleh kembung dan ia dilakukan oleh Dr Thomas J Desperito.


Bagaimanapun, peguam pakar urologi itu yang menolak tuduhan bertanggungjawab terhadap masalah menimpa Metzgar berkata, kesan perubatan yang buruk boleh berlaku tanpa kesilapan sesiapa.


Mereka berkata, Metzgar sepatutnya menyedari kesilapan berlaku apabila kantung buah zakarnya membengkak sehingga sebesar bola tampar selepas pembedahan pada Disember 2009 itu.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai masalah itu sehingga April 2010.


Colleen D Shields yang mewakili Desperito memberitahu mahkamah, doktor itu menasihatkan pesakitnya menjalani pembedahan kedua empat bulan selepas pembedahan pertama mengeluarkan implan apabila dia mengadu berlaku jangkitan dan kemaluannya tegang berterusan.

Meskipun diberi amaran, Metzgar enggan bertindak sehingga beberapa bulan kemudian.


Kemaluan palsu itu akhirnya dikeluarkan pada 2010. Metzgar memberitahu mahkamah, dia terpaksa memencilkan diri dan mengelak majlis sosial kerana malu dengan kedudukan kemaluannya.


"Saya langsung tidak boleh menari dengan keadaan kemaluan yang tegang mencucuk teman saya," katanya.


Metzgar dan isteri, Donna, menuntut bayaran ganti rugi yang tidak disebut jumlah daripada Desperito dan kumpulan perubatannya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


'Harian Metro selami lubuk hati rentasi sempadan'

Posted: 12 Jun 2013 11:32 AM PDT

Kuala Lumpur: "Saya berharap kemenangan ini dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap Harian Metro selama ini.

"Ia sekali gus membuktikan akhbar ini mampu menghasilkan berita serius dan bukan sekadar sensasi serta hiburan semata-mata," kata Ketua Pengarang Berita Harian Metro Tuan Asri Tuan Hussein.

Beliau diumum pemenang bagi kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia ( MPI)-PETRONAS 2012 di sini, malam tadi.

Laporan khas mengenai penderitaan umat Islam di Rohingya yang disiarkan secara bersiri akhbar ini selama enam hari pada Julai tahun lalu mengungguli kategori itu sekali gus membawa pulang RM15,000 serta sijil penghargaan sumbangan PETRONAS.

Foto

DARI kiri, Khairul, Iskandar Alang, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (NSTP) Mohammad Azlan Abdullah, Sophia, Farrah, Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Tuan Asri.


Kisah penderitaan masyarakat Rohingya itu mendapat perhatian rakyat negara ini yang menghulurkan sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi bantuan kemanusiaan Rohingya. bagi bantuan kemanusiaan Rohingya.


Berkongsi kisahnya untuk menyiapkan laporan berkenaan, Tuan Asri berkata, idea untuk membongkar sendiri penderitaan berkenaan timbul selepas bersimpati dengan kisah pembunuhan orang Rohingya di Arakan, Myanmar.

Beliau bersyukur kerana dengan laporan berkenaan, ia sedikit sebanyak membantu masyarakat Islam di sana menerusi sumbangan kepada tabung terbabit.

"Anugerah ini pengiktirafan kepada saya serta warga kerja Harian Metro dan berharap ia akan menjadi suntikan semangat kepada wartawan akhbar ini pada masa akan datang," katanya yang berpengalaman sebagai pengamal media sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, wartawan Berita Harian Sophia Ahmad dipilih pemenang utama Hadiah Kajai menerusi berita pendedahan kegiatan sindiket menjual ijazah palsu di negara ini.

Wartawan New Straits Times, Farrah Naz Karim dan Iskandar Alang Zainuddin memenangi kategori Laporan Berita Cemerlang; Datuk Zainul Ariffin Mohamed Isa (Penulisan Kolum/Ruangan Cemerlang) dan Khairul Mazzaman Gahazali bagi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang, masing-masing membawa pulang RM15,000 serta sijil penghargaan.

INFO:

  • Hadiah Kajai 2012- Sophia Ahmad (BH)
  • Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail - Abd Kadir Mohd Ayub ( Dewan Masyarakat) & Melissa Ong Kim Lean (NTV7)
  • Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang - Faizal Ridzuan (Milenia Muslim)
  • Laporan Berita Cemerlang - Farrah Naz Abd Karim & Iskandar Alang Zainuddin (NST)
  • Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang - Farrah Naz Abd Karim (NST)
  • Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang - Tuan Mohamed Asri bin Tuan Hussein (Harian Metro)
  • Penulisan Rencana Cemerlang - Azilea Badri (Unreserved)
  • Penulisan Kolum/Ruangan Cemerlang - Datuk Zainul Ariffin Mohamed Isa (NST)
  • Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang- Petronas - Isabelle Lai Lin Hui (The Star)
  • Kewartawanan Foto Cemerlang - Khairul Mazzaman Ghazali (NST)
  • Kewartawanan Esei Foto Cemerlang - Mazlan Samlon (BERNAMA)
  • Berita Video Terbaik - Aminhayat Abd Rahim & Fifi Izwan Roslan (TV9)
  • Dokumentari Video Terbaik - Za'im Helmi Zaini (TV3) Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
  • Raungan pilu

    Posted: 12 Jun 2013 11:32 AM PDT

    Penampang: Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang adik apabila melihat kakaknya digilis lori kontena 10 tan di depan mata.

    Kejadian di Kilometer 21, Jalan Kota Kinabalu-Papar itu berlaku dalam sekelip mata apabila Samsidar Samaruddin, 21, dari Kampung Andus Papar, yang membonceng motosikal ditunggang adik lelakinya itu terjatuh selepas bergesel dengan lori berkenaan.

    Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan, namun adik lelakinya hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

    Adik mangsa hanya mampu meraung melihat keadaan kakaknya dan ditenteramkan ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian.

    Foto

    ADIK mangsa meraung melihat keadaan kakaknya sambil ditenteramkan ahli keluarga.

    Foto

    IBU mangsa sebak melihat mayat mangsa.


    Ibu mangsa yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian pula pengsan sebaik melihat keadaan mayat anak kedua daripada enam beradik yang dalam keadaan mengerikan itu.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Emma mengaku ikut Chacha

    Posted: 12 Jun 2013 11:42 AM PDT

    Pasangan memiliki pertalian darah atau adik beradik memilih profesion yang sama bukanlah satu perkhabaran luar biasa. Ia memenuhi pelbagai sektor, namun harus diakui apabila membabitkan dunia hiburan serta-merta menjadikan mereka lebih istimewa berbanding pasangan adik-beradik lain.

    Sekadar menyebut beberapa nama, Bell, Anne dan Darling daripada keluarga Ngasri antara pelakon adik-beradik yang begitu popular terutamanya ketika zaman kanak-kanak mereka.

    Selain itu, arena hiburan dimeriahkan lagi dengan kehadiran bintang seperti Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah; Linda dan Diana Rafar; Zizie Ezette dan Shaheizy Sam; Uqasha dan Nelydia Senrose; Ikhwan HotFM dan Erna; Ahmad Idham, Abby dan Khalid; Rosyam Nor dan Azman Nor; Erma Fatima, Umie Aida dan Betty termasuk empat bersaudara paling berbakat, Sharifah Aleya, Amani, Aleesya dan Ariana.

    Tiket menjadi seorang bintang pastinya lebih mudah. Jika mereka itu memiliki paras rupa menawan dan masih muda seperti mana dua beradik ini yang khabarnya menjadi rebutan produser serta pengarah drama mahupun filem.


    Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong, 21, dan Siti Aisyah Ismail, 18, yang mesra disapa sebagai Chacha Maembong, adalah anak kepada pelukis terkenal, Ismail Embong.


    Jika diukur dari segi pembabitan, Chacha sebenarnya terlebih dulu menceburi bidang lakonan. Namun, kerana kerjayanya bermula sebagai pelakon kanak-kanak ramai yang tidak begitu mengenalinya.

    "Orang selalu kata, Chacha ikut jejak langkah saya, sebenarnya tidak. Saya yang ikut jejak langkah dia dalam bidang lakonan. Tapi mungkin kerana status dia sebagai adik saya dan kebetulan Chacha sudah lama berehat daripada berlakon, orang ramai nampak macam saya yang terlebih dulu berlakon.

    "Kadang-kadang saya simpati dengan Chacha bila ada yang bertanya adakah dia memilih lakonan kerana mahu mengikuti jejak langkah saya dan adakah dia merasakan dirinya mampu menyaingi popular kakak? Namun, hakikatnya dia yang terlebih dulu mengorak langkah dalam bidang ini.

    "Mujurlah saya lihat dia tidak pernah tertekan. Saya sendiri tidak pernah menganggap diri saya popular dan paling penting tidak kira siapa dulu dan siapa kemudian, kami sama-sama menyertai bidang lakonan kerana minat," kata Emma.

    Menurutnya, berbanding Chacha yang meminati bidang lakonan sejak kecil, dia pula lebih kepada memanfaat peluang yang diberi dan akhirnya jatuh cinta, jadi minat serta memasang impian untuk menjadi pelakon serba-boleh satu hari nanti.

    "Apapun, kami tidak pernah menganggap diri kami popular. Kami masih baru banyak lagi perlu belajar, perlu faham dan perlu perbaiki," kata Emma.

    Chacha ketika diminta mengulas mengenai populariti kakaknya itu berkata, meskipun dia yang lebih dulu menceburi bidang lakonan, tidak pernah terdetik untuk cemburu dengan peluang dan populariti dimiliki Emma.

    "Dia kakak saya dan jika kami berjaya, samalah seperti kejayaan satu keluarga. Lagipun, sejak kecil keluarga kami mengamalkan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang, jadi untuk berasa iri hati kepada saudara kandung sendiri adalah sifat yang tidak patut ada pada adik-beradik.

    "Saya yakin, setiap manusia juga diberi kelebihan. Saya punya cara saya dan Emma punya caranya. Walaupun mungkin saya nampak ketinggalan sedikit, saya percaya selagi ada kemahuan untuk memperbaiki diri kita mampu jadi orang yang berjaya," katanya.

    Makin laris di pasaran

    Bercerita mengenai aktiviti seni masing-masing, dua beradik ini sibuk di lokasi penggambaran. Chacha kini sibuk di set penggambaran Mira Sofea arahan Along Kamaluddin, di mana dia sendiri mendukung watak utama sebagai Mira.

    Sebagai Mira, Chacha perlu menjadi lebih dewasa daripada usia sebenarnya dan antara peranan yang cukup mencabar kemampuannya setakat ini.

    "Saya baru pulang dari Pulau Pangkor yang dipilih sebagai salah satu lokasi menarik untuk Mira Sofea. Saya berasa amat terharu kerana diberi kepercayaan melakonkan watak utama apatah lagi drama ini diarahkan pengarah terkenal, Along Kamaludin," katanya.

    Jika Chacha masih lagi dalam perjuangan melangsaikan baki penggambaran, Emma pula sedang berehat seketika bagi melakukan persiapan memasuki set penggambaran telemovie raya, Menantu Raya, arahan Murali Abdullah yang dijadualkan bermula minggu depan.

    Selesai penggambaran berkenaan, Emma akan terbabit dalam satu lagi penerbitan telemovie bagaimanapun kali ini di bawah arahan Sheila Rusly menerusi satu naskhah yang masih belum bertajuk.

    "Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki saya tidak putus. Baru selesai menjalani penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid, saya ditawarkan pula telemovie daripada pengarah cukup disegani, Murali Abdullah dan Sheila Rusly.

    "Saya belum dapat membayangkan bagaimana bentuk penggambarannya kerana belum memasuki set, apapun saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menjalani penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh.

    "Bekerja dengan abang Mamat memang satu pengalaman tidak dapat dilupakan. Dia sangat profesional, kreatif dan teliti di set. Dia juga tekun mengajar saya bagaimana hendak menghidupkan watak saya dalam filem ini sekali gus menjadi pelakon yang hebat. Dia juga saya sifatkan seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

    "Impian bekerja dengan abang Mamat sudah tercapai. Tinggal lagi, saya masih pendam impian untuk berlakon dengan Umie Aida dan Rosyam Nor. Saya sangat mengagumi mereka yang sentiasa menjadi idola saya.

    "Kesempatan ini, saya dan Chacha juga ingin berterima kasih kepada Zizan Razak dan Marina Juki kerana sudi mengambil kami di bawah pengurusan Wire Fame Entertainment. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kebajikan kami sangat terjaga," kata­nya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    'Tiada kemajuan!'

    Posted: 12 Jun 2013 08:25 AM PDT

    Kuala Lumpur: Tan Kim Her tidak akan lagi berada dalam barisan jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas tamat kontrak kerana beliau dianggap gagal menghasilkan keputusan, iaitu memastikan pemain beregu, terutama lelaki meraih gelaran utama antarabangsa.

    Keputusan itu diumum Pengurus Besar BAM Kenny Goh yang mengaku jurulatih itu tidak berjaya menaikkan prestasi pemain badminton negara.


    "Ya, memang beliau tidak menghasilkan keputusan yang kami inginkan," kata Kenny ketika menjawab soalan adakah ketua jurulatih beregu itu mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

    Sebelum ini BAM mempertahankan tindakan menerima peletakan Rexy Mainaky tahun lalu, disebabkan tidak lagi membawa hasil menerusi keputusan dan kejuaraan di kejohanan antarabangsa.


    Namun sejak Kim Her kembali ke dalam barisan kejurulatihan kebangsaan 2010, beliau boleh dianggap langsung tidak membawa hasil seperti keputusan ditunjukkan Rexy, menamatkan kemarau 36 tahun pingat emas Sukan Asia menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di Doha 2006, selain pasangan itu juga menjuarai Seluruh England pada 2007.


    Di bawah bimbingan Rexy juga, gandingan terbabit hampir menang gelaran takhta dunia di Paris 2010.

    Foto

    GANDINGAN Kien Keat (kanan) dan Boon Heong tak menyerlah.

    Foto

    KIM Her (kanan) gagal pastikan beregu lelaki raih kejuaraan antarabangsa.

    Meskipun Rexy disingkir untuk menjaga beregu wanita sejak Kim Her kembali, jurulatih itu pantas mengubah gandingan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dan Woon Khe Wei-Vivian Hoo ke dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia.


    BAM juga harus melihat pergolakan di kalangan pemain sejak jurulatih itu mula berkuasa, apabila beberapa pemain beregu bergaduh dan bertindak meminta bertukar gandingan.

    Malah pembantunya, Pang Cheh Chang sebelum ini juga pernah menganggap dirinya menjadi mangsa jurulatih itu.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

    Chong Wei lepasi bala di Indonesia

    Posted: 12 Jun 2013 08:21 AM PDT

    Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei terlepas daripada bala besar sebelum Kejohanan Dunia apabila mengatasi pemain muda China, Wang Zhengming ketika pilihan kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia, Chen Long menerima kejutan, tewas dua set berturut-turut kepada pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto.

    Chong Wei yang tewas set pertama 20-22, bergelut menyesuaikan diri dengan keadaan angin di gelanggang namun berjaya bangkit untuk menang set kedua 21-4.


    Perlawanan kembali sengit pada set penentuan kerana Chong Wei banyak melakukan kesilapan hingga membolehkan lawan memberikan tentangan. Bagaimanapun, Chong Wei menang 22-20.

    "Keseluruhan permainan Chong Wei OK tapi China melakukan persiapan rapi untuk menangani Chong Wei dengan menggunakan Wang Zhengming sebagai bahan uji kaji," kata jurulatih Tey Seu Bock.


    Sementara itu, Seu Bock menyifatkan kekalahan seorang lagi pemain negara Tembok Besar, Chen Long kepada Tommy, sebagai sebahagian daripada permainan taktikal negara itu.


    "Saya tidak perkecilkan kemampuan Tommy tapi saya sudah biasa dengan percaturan China setiap kali menjelang kejohanan besar. Mereka datang ke sini semata-mata mahu melihat permainan Chong Wei." Chen Long tewas 11-21, 18-21 kepada Tommy sekali gus menjadikan Du Pengyu sebagai pencabar terkuat Chong Wei pada kejohanan kali ini.

    Du Pengyu menewaskan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-19, 21-15 untuk ke pusingan kedua.


    Beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut ke pusingan kedua selepas mengatasi gandingan tuan rumah Yonathan Suryatama Dasuki-Hendra Aprida Gunawan, 21-15, 21-11.

    Mereka berdepan satu lagi gandingan tuan rumah lebih berpengalaman, Alvent Yulianto Chandra-Markis Kido hari ini.


    Begitupun aksi Hoon Thien How-Tan Wee Kiong langsung tidak menggambarkan taraf mereka sebagai gandingan nombor tujuh dunia apabila tersingkir di pusingan pertama selepas kalah kepada pemain kelayakan, Andrei Adistia-Gideon Markus Fernaldi dari Indonesia, 21-10, 18-21, 15-21.


    Pasangan profesional, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif pula tunduk kepada jaguh China, Fu Haifeng-Cai Yun 14-21, 21-18, 14-21 manakala Gan Teik Chai-Ong Soon Hock tewas kepada pasangan kurang ternama Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 8-21, 11-21.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Rabu, 12 Jun 2013

    Harian Metro: Hati

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Hati


    Kulit kusam tak bermaya

    Posted: 12 Jun 2013 05:47 AM PDT

    Sudah menjadi keutamaan bagi pengantin perempuan kelihatan jelita di hari perkahwinan.

    Untuk kelihatan lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi warna merah jambu jika memiliki kulit cerah dan merah mawar jika berkulit gelap.

    Bagi gincu, pilih warna cerah dan terang terutama jika mengenakan baju pengantin berwarna putih kerana warna coklat akan membuatkan wajah kelihatan pucat.

    Bahagian mata juga perlu diberi keutamaan dan bagi menyerlahkan gaya, solekan mata smokey boleh digunakan dengan lakaran pembayang mata warna hitam pada alis mata atas dan sedikit pada bahagian bawah mata. Sederhana tetapi cukup dramatik.

    Foto

    WAJAH sebelum memakai mekap.

    Foto

    GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

    Foto

    GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

    Foto

    GUNAKAN celak dan buat garisan selari di atas garisan kelopak mata atas dan bawah. Kemudian gunakan putik kapas untuk mengadun warna celak. Pakaikan bulu mata palsu dan satukan menggunakan maskara agar kelihatan lebih semula jadi.

    Foto

    BENTUKKAN bibir dan pakaikan gincu mengikut warna diingini. Kemudian sapukan pengilat bibir sebagai penyeri solekan.

    Foto

    GAYA solekan menarik untuk bakal pengantin.

    Foto

    KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

    Foto

    KENAKAN semburan terlebih dulu untuk memastikan mekap tahan lebih lama. Kemudian pakai pelembap. Untuk bibir sapukan vaselin terlebih dulu. Sapukan bedak asas dan untuk kulit wanita Melayu, perlu ada ton kuning pada kulit. Pastikan bedak asas digunakan kering sebelum bedak disapu pada wajah.

    Foto

    SAPUKAN penyamar cela di bahagian bawah mata. Kemudian sapukan penyerlah pada zon T wajah dan tambahkan bedak kompak.

    Foto

    RATAKAN bedak yang dioles menggunakan berus besar dengan gerakan membulat agar ia lebih sekata. Kemudian sapukan bedak debu di bawah mata untuk mengelak debu pembayang mata merosakkan mekap.

    Foto

    SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

    Foto

    SAPUKAN asas pembayang mata terlebih dulu. Gunakan penggaris mata jenis gel bagi gaya solekan mata smokey. Ratakan agar garisan peng­garis mata tidak kelihatan. Lapiskan bahagian itu dengan pembayang mata hitam menggunakan jari untuk mengelakkan ia comot. Kemudian tambah dengan warna coklat di atasnya.

    Foto

    BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.

    Foto

    BENTUKKAN kening. Sapukan penyerlah di bawah tulang kening dan pastikan penggaris mata pensel digunakan tajam agar bentuk kening dihasilkan lebih sekata. Untuk mengelakkan wajah kelihatan garang, rapikan menggunakan maskara warna coklat.


    Di samping solekan untuk tampil menawan pada hari perkahwinan, mempelai perlu bijak memilih busana serta saling melengkapi warna kulit dan bentuk badan.


    Oleh itu penting bagi bakal pengantin menjaga kulit kerana gaun pengantin selalunya mendedahkan tubuh badan mereka. Sekiranya kulit kusam dan tidak bermaya, ini akan menjejaskan penampilan sebagai raja sehari.

    Tip solekan pengantin

  • Pengantin boleh menggunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. Kening menjadi fokus utama pada wajah oleh itu ia perlu sentiasa kelihatan kemas.
  • Pastikan alat solek digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata bagi memastikan ia tidak luntur atau comot disebabkan peluh atau air mata.
  • Pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna tanah seperti coklat dan gangsa.
  • Pastinya solekan pengantin atau apa jua majlis tidak lengkap tanpa bulu mata palsu. Bulu mata palsu boleh dipakai tetapi perlu memilih saiz dan bentuk bulunya yang tidak keterlaluan atau aneh. Pilih bentuk normal yang bersesuaian dengan saiz mata.
  • Bagi membolehkan solekan tahan lama, sebelum memakai bedak asas, basahkan span agar lembap. Kemudian ratakan secara tekap berulang kali pada muka dan pastikan ia sekata. Oleskan bedak debu dan ratakan menggunakan berus besar mengikut arah jam.

    Terima kasih:

  • Tatarias: Zalina Yaakob
  • Lokasi dan busana: Tressour - www.tressour.blogspot.com (03-61854558)
  • Model: Za Nabhan Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
  • Siti Alwani tak mudah mengalah

    Posted: 12 Jun 2013 05:11 AM PDT

    Jatuh bangun dalam dunia perniagaan sudah menjadi perkara biasa, namun paling penting untuk sentiasa bangkit daripada kejatuhan.

    Jangan sesekali mengalah kerana perniagaan sememangnya bidang yang dipenuhi dengan pelbagai risiko. Sekiranya ingin berjaya, tunjukkan kesungguhan dan berusaha hingga memperoleh keputusan memberangsangkan.

    Begitulah yang menjadi pegangan pemilik butik Keluargaku Sayang, Siti Alwani Idros, 45, yang memulakan bisnesnya dengan hanya bermodalkan RM300.

    Malah, lokasi gerai hanya di halaman rumah sendiri dengan berniaga peralatan menulis menggunakan jenama popular Barbie.


    Lokasi rumahnya yang berdekatan dengan sekolah dan tadika serta berhadapan dengan pangsapuri memudahkan perniagaannya terus berkembang.


    "Pada mulanya saya berniaga sekadar suka-suka dan mensasarkan kanak-kanak memandangkan produk yang dijual lebih kepada kelengkapan persekolahan seperti bekas pensel, buku nota, pen dan aksesori.

    "Harga ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak," katanya ditemui di kedainya di Ampang Park, baru-baru ini.

    Untuk memperluaskan perniagaannya, dia turut mengikuti karnival yang diadakan di sekolah dan sambutan diberikan amat menggalakkan.

    Anaknya turut membantu membuat promosi kepada rakan di sekolah dan ia sedikit sebanyak menjadikannya perniagaannya popular.

    "Minat berniaga dalam diri tidak pernah padam dan saya tidak kisah bermula dari bawah kerana ia memberi pelbagai pengalaman bermakna.

    "Ketika itu, saya hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan kerana ada kerjaya tetap, justeru ia harus dilakukan mengikut kelapangan," katanya.

    Kemudian, dia mula mengorak langkah lebih luas dengan menyertai karnival di kilang, tetapi masih menjual produk yang sama iaitu barangan berasaskan jenama Barbie.

    Hasil diperoleh amat memberangsangkan, bayangkan dalam masa dua hari berada di sana setiap produk yang dipamerkan laris bagai pisang goreng panas.

    Hinggakan beg pameran yang dibawa turut dijadikan barangan jualan kerana permintaannya juga tinggi.

    "Sebagai peniaga kita tidak boleh membezakan barangan yang dijual. Sama ada berjenama ataupun tidak ia masih mendapat permintaan daripada pengguna sekiranya proses pemasaran yang dilakukan berkesan.

    "Saya tidak pernah beranggapan barangan yang dijual selama ini tidak memiliki kualiti kerana ia perlu disesuaikan dengan sasaran pelanggan. Kebanyakannya golongan sederhana dan ia pasti memberikan mereka lebih banyak pilihan berbanding barangan berjenama lain," katanya.

    Ibu kepada lima cahaya mata ini mengakui, tidak mudah untuk berjaya dan terus bertahan terutama dengan pelbagai cabaran dan persaingan kini.

    Menariknya, dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman perniagaan dan hanya bergantung kepada duit pusingan modal bagi menambah barangan jualan.

    Selama enam tahun menjadikan jualan secara langsung sebegitu sebagai proses pemasaran utama, kini dia memiliki kedai bagi memberikan sedikit kelainan.

    "Mungkin disebabkan kudrat sedia ada tidak lagi segagah dulu yang boleh mengangkut barangan jualan, saya mula memilih bentuk jualan yang lebih santai.

    "Ia tidak banyak menggunakan tenaga dan hanya perlu memastikan kedai tersusun. Tetapi saya dapati ia tidak memberikan kepuasan berniaga kepada saya, malah situasi berniaga kurang rancak," katanya.

    Cabaran dihadapi apabila mengendalikan butik amat berbeza kerana jika sebelum ini dia sendiri bertindak mencari pelanggan, tetapi apabila memulakan operasi butik sistem jualannya berbeza.

    Dia yang pernah membuka dua butik di tempat berlainan sebelum ini me­ngakui tidak mudah untuk mengendalikan butik kerana ia bergantung kepada kunjungan pengunjung.

    "Saya pernah berhadapan dengan barangan jualan tidak mendapat sambutan. Walaupun sedih, saya teruskan juga berniaga seperti biasa bagi mengurangkan kerugian.

    "Bagi pemilik butik, jualan bergantung kepada kunjungan dan belian pe­ngunjung yang saya rasakan tidak bersesuaian dengan diri. Tetapi saya masih mahu mencubanya supaya minat berniaga tidak berhenti separuh jalan saja," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Penyamun kecewa

    Posted: 11 Jun 2013 01:08 PM PDT

    Kuala Lumpur: Sepuluh penyamun berputih mata apabila cubaan mereka melarikan mesin juruwang dari sebuah restoran di Taman Connought, Cheras, di sini, sia-sia berikutan mesin berkenaan sudah dikosongkan pemiliknya.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam, 10 penyamun bersenjatakan parang dan topi keledar itu hanya menyamun RM950 milik dua pekerja restoran dan melarikan mesin juruwang.


    Menceritakan kembali kejadian itu, pemilik restoran yang mahu dikenali sebagai Teh, 38, berkata, kumpulan penyamun itu menaiki dua Proton Wira dan tiba di premisnya selepas mereka tamat perniagaan.

    "Ketika kejadian, saya menggoreng sayur manakala dua pekerja dan seorang pelanggan minum di luar kedai. Dengan tiba-tiba saya mendengar bunyi bising di luar kedai dan bertindak bersembunyi di bawah dapur.


    "Mereka hanya menyamun dua pekerja dan pelanggan," katanya.


    Menurutnya, sebelum kejadian dia sudah mengosongkan mesin juruwang dan meminta isterinya membawa pulang hasil jualan untuk hari berkenaan dan ketika kumpulan itu tiba di premis, mesin berkenaan sudah kosong.

    Foto

    MESIN juruwang dilarikan penyamun di sebuah restoran, semalam.

    "Mereka membawa lari mesin itu tanpa menyedari ia sudah kosong dan turut meminta dua pekerja saya mengeluarkan wang. Apabila seorang daripada mereka memberikan wang ratusan ringgit, dia dipuji manakala seorang lagi dipukul di kepala kerana hanya mempunyai RM20.


    "Semua penyamun itu berusia 20-an dan hanya mengambil masa 10 minit untuk menyamun," katanya.

    Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Pondok Polis Taman Connought untuk tindakan lanjut.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved