Sabtu, 3 Ogos 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


6 ahli kongsi gelap, 1 kes gaduh diburu

Posted: 02 Aug 2013 11:07 AM PDT

Shah Alam: Enam lelaki kini menjadi buruan polis berhubung kematian seorang lelaki yang juga ahli kongsi gelap yang ditembak di sebuah restoran di Jalan Meru, Kapar, di sini 27 Mei lalu.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


'Pergi' paling sempurna

Posted: 02 Aug 2013 11:32 AM PDT

Bangi: "Ada jemaah terdengar suara arwah seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud sebelum menghembuskan nafas terakhirnya."

SKMM boleh bertindak

Posted: 02 Aug 2013 11:32 AM PDT

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan rakaman video 'Menyambut Aidilfitri bersama anjing' yang tersebar luas dalam Internet baru-baru ini disifatkan sebagai menghina agama Islam.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Niat bunuh diri terbantut

Posted: 02 Aug 2013 08:30 AM PDT

Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.

Keranda dibiar reput 'buka' jalan ke syurga

Posted: 02 Aug 2013 08:26 AM PDT

Beijing: Ratusan ribu keranda kayu dibiarkan reput dalam gua di China kerana penduduk setempat percaya ia dapat membuka jalan kepada si mati berangkat ke 'syurga.'
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Setia Hujung Nyawa Raya: Kasih Zain, El tergugat

Posted: 02 Aug 2013 11:28 AM PDT

Berikutan sambutan hangat terhadap drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang berakhir awal Februari lalu, penerbitnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd kembali mengubat kerinduan penonton dengan menyajikan telemovie Setia Hujung Nyawa Raya sempena Aidilfitri pada 7 Ogos ini di TV3, jam 9 malam.

Advertorial: Debaran menjelang Anugerah Lawak Warna

Posted: 02 Aug 2013 06:03 AM PDT

Hanya tinggal dua minggu sebelum berlangsungnya malam yang paling dinantikan ramai. Anugerah Lawak Warna, anjuran Astro Warna, yang julung kalinya diadakan tahun ini melakar sejarah sendiri apabila dilihat memberi pengiktirafan eksklusif buat karya-karya dan para penggiat seni dalam bidang komedi.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Akhirnya Rajagobal...

Posted: 02 Aug 2013 08:58 AM PDT

Kuala Lumpur: Siapa calon sesuai mengambil alih tempat Datuk K Rajagobal apabila kontraknya sebagai ketua jurulatih kebangsaan tamat Disember ini mula hangat diperkatakan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin menyatakan mereka sudah 'terbuka hati' mencari penggantinya.

Chelsea lulus ujian

Posted: 02 Aug 2013 08:16 AM PDT

Indianapolis, Indiana: Chelsea melepasi ujian perlawanan persahabatan paling sukar sejak Jose Mourinho kembali memikul tugas sebagai pengurus apabila mengatasi Inter Milan 2-0, pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara 2010 ketika di bawah bimbingan Mourinho.
Kredit: www.hmetro.com.my

Jumaat, 2 Ogos 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pilihan baju biar sesuai badan

Posted: 02 Aug 2013 07:57 AM PDT

Kepelbagaian rekaan baju pengantin adakalanya membuatkan diri rambang mata membuat pilihan terbaik seperti diingini.

Apabila melihat patung 'menggayakannya' di butik pengantin, kelihatan rekaan sungguh menarik. Dengan bentuk badannya yang kecil molek ditambah pula ­dengan potongan baju mengikut ukuran badan, ia seolah-olah terletak elok di badan.

Namun, bakal pengantin perlu memahami ia hanyalah ilusi dan perlu memilih baju mengikut kesesuaian tubuh sendiri.

Bertindak sebagai perantara kepada bakal pengantin, butik pengantin Satri's Bridal Atelier yang dimiliki Satri Hashim turut memberi panduan mengenai penggayaan terbaik untuk kelihatan lebih anggun pada hari bersejarah mereka.

Foto

SULAMAN tampal menampakkan kelainan bagi perincian busana pengantin.

Foto

PADANAN perincian mampu menyerlahkan keanggunan pengantin.

Foto

BRIDAL satin pilihan utama untuk baju pengantin.


Setiap baju yang dihasil­kan memiliki personaliti dengan potongan gaya berlainan. Tetapi kebanyakan bakal pengantin kini lebih meminati rekaan gaun atau jubah gaun yang lebih ­moden.


Bentuknya yang lebih terserlah dengan kombinasi perincian manik, sulam tampal serta renda sesuai digayakan pengantin bertudung dan tidak bertudung.

Walaupun ada baju yang menggunakan perincian agak sarat, ia hanya difokuskan pada bahagian tertentu antaranya bahagian pinggang, dada, bahu, lengan, leher serta hujung kain.

Sifon, bridal satin dan renda menjadi pilihan utama menghasilkan pakaian pengantin bermutu tinggi. Rekaan yang dihasilkan juga kelihatan lebih mewah apabila disertakan aksesori tertentu.

Malah, kombinasi warna antara padanan perincian juga perlu diutamakan bagi memastikan ia tidak janggal dipandang mata.

Selain manik, penggunaan sulam tampal juga mampu menyerikan lagi baju pengantin. Walaupun kelihatan agak sarat, ia ternyata memberikan kelainan kepada busana berkenaan.

Selain itu, kelebihan koleksi pakaian yang disediakan butik terbabit juga membolehkan bakal pe­ngantin mendapatkan baju diimpikan pada harga berpatutan.

Panduan persiapan majlis perkahwinan untuk bakal pengantin:

  • Pastikan pilihan untuk sebarang keperluan majlis dan diri dilakukan tidak melebihi bajet.
  • Apabila memilih baju, ikut bentuk badan dan warna kulit bukan sebaliknya. Jangan mendengar alasan individu lain, sebaliknya buat keputusan sendiri.
  • Jangan terlalu cerewet dalam membuat pilihan, biarlah bersederhana.
  • Pilih warna bersesuaian. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
  • Gubahan kreatif bunga segar

    Posted: 02 Aug 2013 07:32 AM PDT

    Hantaran ialah pertukaran hadiah antara pihak lelaki dan perempuan pada hari pertunangan atau pernikahan. Walau seringkas mana majlis perkahwinan, hadiah hantaran jarang dilupakan kerana ia sebahagian daripada adat Melayu yang paling penting.

    Cuma sekarang, kita dilarang membazir atau berlebih-lebihan dalam membuat hantaran. Lebih elok sekiranya hantaran berbentuk makanan seperti kek, kuih dan buah-buah kerana ia kemudiannya dinikmati bersama orang di pihak sana.

    Hantaran juga melalui zaman evolusinya. Daripada dibungkus kain, kemudian ia dibungkus dengan plastik berwarna-warni. Begitu juga talam hantaran yang pelbagai bentuk dan fesyen. Hantaran dihias kain net dan satin satu pemandangan biasa sejak dulu dan sekarang hantaran dihias bunga-bungaan, manik dan kristal yang menjadi kebiasaan.

    Pihak pengantin tidak mahu membazir dengan mengadakan hiasan sendiri kerana ia kemudiannya tidak digunakan lagi, justeru, menyewa satu penyelesaian yang menjimatkan.


    Menurut Tina Aming, hantaran di dalam dulang lebih menyerlah dengan hiasan bunga.


    "Bunga tiruan atau bunga segar masing-masing ada impak tersendiri. Bunga segar menampakkan hiasan tambah segar dan menarik, malah ia juga cantik dari sudut fotografi. Hasil gambar lebih hidup dan menyerlah," katanya.

    Menceburi bidang menggubah hantaran asalnya sekadar hobi, tetapi kerana mempunyai tangan yang kreatif, Tina sering menjadi kepercayaan pengantin menggubah hantaran mereka.

    "Apabila menggunakan bunga segar, hasil hantaran lebih cantik dan hidup. Kebanyakan pelanggan saya kini memilih hiasan bunga segar kecuali mereka mahu bertandang jauh misalnya ke Kelantan kerana dalam keadaan itu bunga sukar dijaga kesegarannya," katanya.

    Gubahan yang selalu menggunakan konsep hiasan bunga segar biasanya bergabung dengan konsep moden.

    "Pelanggan akan memberitahu pilihan tema dan warna kesukaan mereka. Bunga yang biasa saya gunakan pula ialah ros, eustoma, daisy, kekwa dan orkid, namun paling popular ialah ros. Warna tema popular pula ialah merah jambu dan ungu," katanya.

    Kesukaran paling ketara menggunakan bunga segar ialah menjaga kesegarannya. Jadi bunga perlu selalu disembur air dan mengelakkannya terkena cahaya matahari. Span basah pula harus sentiasa dikenakan air, malah span terbabit digunakan bagi mengekalkan bentuk gubahan bunga.

    "Gubahan bunga biasanya diambil pelanggan beberapa jam sebelum majlis. Sekiranya majlis pada awal pagi, boleh mengambilnya pada waktu malam. Risiko
    menggunakan bunga segar ia cepat layu," katanya.

    Tina menambah manik, mutiara dan kristal bagi membangkitkan seri gubahan terutama sekiranya menggunakan bunga tiruan. Hantaran disusun terlebih dulu di dalam dulang, kemudian ruang yang kosong ditambah dengan gubahan bunga.

    Terima kasih:

    Tina (014-2321101)

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Strategi Wan Khalid menjadi

    Posted: 01 Aug 2013 03:12 PM PDT

    Gombak: Menyedari tanggungjawab dipikul sebagai Ketua Balai Polis Selayang sangat besar menyebabkan Inspektor Wan Khalid Wan Omar yang mengambil alih jawatan itu sejak Ogos 2012 bertekad memberi perkhidmatan terbaik membanteras jenayah di kawasan seliaannya.

    Wan Khalid yang mula menyertai pasukan polis pada 1985 berkata, daerah Selayang berpenduduk padat dan memungkinkan indeks jenayah turut meningkat. Oleh itu sebaik mengambil alih tugas, beliau terus merangka beberapa strategi untuk merapatkan diri dengan masyarakat.


    Menurutnya, apa yang paling penting adalah anggota polis perlu bertindak pantas jika berlaku sesuatu kes jenayah sebaik dilaporkan bagi mendapat kepercayaan masyarakat.

    "Malah, pengalaman saya lebih 10 tahun menjadi pegawai penyiasat akan digunakan untuk mendekati masyarakat dalam bersama-sama membanteras jenayah.


    "Sejak saya mengambil alih tugas ini, sistem rondaan bersama penduduk dipertingkatkan bagi membanteras jenayah di samping mengadakan kepolisan masyarakat pada setiap minggu," katanya.


    Beliau berkata, bagi menambah keyakinan masyarakat, setiap kawasan ditempatkan tiga anggota polis yang menjaga kawasan itu dan mereka akan turun padang dua kali seminggu berbincang dengan penduduk.

    Foto

    WAN Khalid memantau anggota di bawah seliaannya.

    "Kami juga perlu mempelbagaikan strategi dan tidak lagi terikut dengan cara lama. Strategi yang saya gunakan ketika membuat rondaan ialah mengarahkan unit peronda polis (MPV) melakukan rondaan setiap jam 1 pagi dengan membunyikan siren dan lampu.


    "Melalui cara itu, kehadiran polis akan dirasai masyarakat selain boleh menakutkan penjenayah. Lebih membanggakan indeks jenayah di Selayang juga dapat diturunkan 50 peratus sejak saya mengambil alih tugas ini," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved