Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Jul 2011 10:36 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik mencemaskan apabila dibelasah 10 'samseng junior' di dua lokasi berasingan di bandar raya ini akibat dituduh mendalangi kegiatan vandalisme. Selain diminta menjelaskan RM7,000 kerana menyebabkan kerosakan kenderaan seorang ahli kumpulan itu, dia turut dipukul sehingga mengalami bengkak di kepala, wajah dan kedua-dua kaki, menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Menurutnya, remaja itu kemudian memaksanya memasuki sebuah kereta jenis Honda berwarna hitam yang dinaiki lima remaja lelaki, dipercayai pelajar sekolah lain.
Mohamad berkata, kumpulan remaja itu kemudian membawanya ke rumah terbengkalai di kawasan perkampungan sebelum memukulnya dengan objek keras.
Katanya, dalam keadaan terdesak, dia terpaksa berbohong dan mengaku melakukan perbuatan vandalisme supaya dapat menyelamatkan diri selain berjanji akan melangsaikan tuntutan ganti rugi itu.
|
Enggan pindah selepas rumah terbakar Posted: 16 Jul 2011 10:34 AM PDT PETALING JAYA: "Saya baru hendak menjamah nasi berlauk ikan goreng untuk makan tengah hari sebelum terdengar jeritan jiran," kata Ng, 78, mangsa kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah teres, di Seksyen 14/7, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi, Ng bersama rakan serumahnya Yap, 60, terkejut sebaik mendengar jeritan beberapa jiran supaya keluar kerana api marak.
Biarpun rumah terbakar, Ng dan Yap enggan berpindah keluar dan mahu tinggal di sebuah bilik belakang yang terselamat daripada kebakaran.
"Kami mendapatkan bantuan satu jentera membabitkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Penchala.
Beliau berkata, ketika kejadian penghuni rumah tengah berkenaan tidur manakala isteri dan seorang anaknya tiada di rumah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan