Khamis, 4 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pemuda parah ditetak kerana langgar wanita

Posted: 03 Aug 2011 10:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham dalam sebuah pusat hiburan, seorang lelaki retak tempurung kepala selain ditetak puluhan kali di seluruh badan ketika makan di kawasan berdekatan dengan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi itu di sini, awal pagi Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, S Sateesh, 22, pergi ke pusat hiburan itu bersama tiga lagi rakannya. Mereka menari sebelum seorang daripada rakannya terlanggar seorang wanita hingga terjatuh.


Bapa mangsa, R Segaran, 50, berkata akibat kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara rakan anaknya itu dengan pengawal kelab malam berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

"Seorang lagi lelaki yang sedang berhibur mengusir anak saya dan rakan-rakannya keluar. Mereka kemudian makan di sebuah restoran di kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.


Beliau berkata, ketika makan, tiba-tiba datang empat lelaki dipercayai pengawal keselamatan kelab malam berkenaan menyerang anaknya dan tiga rakan.


"Anak saya terjatuh sebelum kumpulan terbabit menetak kepala dan badan menggunakan parang manakala tiga rakan anak saya melarikan diri," katanya.

Katanya, anaknya ditetak lebih tiga kali di kepala yang menyebabkan tempurung kepalanya retak, telinga kirinya putus separuh selain kesan tetakan di beberapa bahagian badan termasuk leher dan tangan yang menyebabkan beberapa uratnya putus.


Segaran berkata, akibat kecederaan serius itu, anaknya koma hingga Selasa lalu dan sehingga kini separuh sedar.

Susulan itu, Segaran membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.


Difahamkan, polis sudah menahan tiga suspek dan berusaha untuk meminta mangsa mengecam gambar suspek untuk tindakan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mayat dikerat 15 bahagian

Posted: 03 Aug 2011 10:23 AM PDT

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.


Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.


"Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis," katanya ketika ditemui, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

"Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.


"Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni," katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved