Harian Metro: Setempat |
Pemuda parah ditetak kerana langgar wanita Posted: 03 Aug 2011 10:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham dalam sebuah pusat hiburan, seorang lelaki retak tempurung kepala selain ditetak puluhan kali di seluruh badan ketika makan di kawasan berdekatan dengan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi itu di sini, awal pagi Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, S Sateesh, 22, pergi ke pusat hiburan itu bersama tiga lagi rakannya. Mereka menari sebelum seorang daripada rakannya terlanggar seorang wanita hingga terjatuh.
"Seorang lagi lelaki yang sedang berhibur mengusir anak saya dan rakan-rakannya keluar. Mereka kemudian makan di sebuah restoran di kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.
Katanya, anaknya ditetak lebih tiga kali di kepala yang menyebabkan tempurung kepalanya retak, telinga kirinya putus separuh selain kesan tetakan di beberapa bahagian badan termasuk leher dan tangan yang menyebabkan beberapa uratnya putus.
Susulan itu, Segaran membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.
|
Posted: 03 Aug 2011 10:23 AM PDT AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.
Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.
"Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.
Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan