Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Aug 2011 10:53 AM PDT SHAH ALAM: Seorang wanita Iran menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir tiga kilogram (kg) syabu di sebuah hotel di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu. Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap pekerja salun, Masoumeh Ghulami Khaveh, 25, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata, ini kerana tertuduh membawa beg berkenaan dari lapangan terbang ke hotel penginapannya dan dadah itu tidak ada kaitan dengan Amin. Malah, katanya, ada banyak keterangan wanita itu yang tidak munasabah termasuk berasal dari keluarga susah, tetapi pada masa sama sudah memasuki negara sebanyak enam kali.
"Sudah tentu, Amin tidak akan mengakui dadah itu miliknya," katanya. Mengikut pertuduhan, Masoumeh didakwa mengedar 2.865kg syabu di Hotel One World, Petaling Jaya, kira-kira 8.10 pagi, pada 15 November 2009.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Datuk N Sivananthan.
|
Identiti si mati masih misteri Posted: 05 Aug 2011 09:58 AM PDT AMPANG: Identiti mayat wanita dan kanak-kanak lelaki yang dikerat beberapa bahagian dan disembunyikan dalam sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, bakal diketahui dalam masa terdekat. Difahamkan, polis masih menunggu laporan DNA kedua-dua mayat itu bagi memastikan sama ada kedua-duanya mempunyai kaitan talian darah.
"Kami kini giat mengesan laporan kehilangan individu dan siasatan lanjut berhubung penemuan itu masih dijalankan di tempat kejadian.
"Sama ada mangsa dibunuh di dalam rumah tiga bilik berkenaan ataupun di tempat lain, kami masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Amiruddin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan