Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 13 Oct 2011 12:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Mengaku mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan berkopiah bagi menunjukkan perwatakan alim dikesan menjadi taktik baru sekumpulan individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai terutama umat Islam bertujuan membolehkan mereka mendapat bantuan dan wang dengan cara mudah. Lebih licik, kumpulan individu terbabit menyasarkan surau di kawasan elit untuk mereka berpura-pura melafazkan kalimah syahadah, sekali gus meraih simpati jemaah untuk menghulurkan bantuan kepada 'saudara baru' yang hanya menyasarkan wang ringgit. Kegiatan kumpulan itu dikesan seorang penceramah agama yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengalami sendiri peristiwa berkenaan sebelum menyedari golongan itu tidak ikhlas untuk memeluk Islam, sebaliknya inginkan bantuan semata-mata. Penceramah itu yang mahu dikenali sebagai Asri berkata, dia didatangi mualaf yang dikenali sebagai Ibrahim, 50-an, membawa seorang rakannya, Ong, 56, kedua-duanya berasal dari Johor sambil mengaku ingin memeluk Islam ketika dia memberi ceramah di surau di Gombak di sini, 19 September lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Komen Anda Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini : Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Ape la manusia zaman skrg ni.. nk duit sangOp wat dOsa mcm ni.. siska macam nie pun ada jugak... zainudin bin ahmad zaman sekarang manusia mencuba dan membuat teknik penipuan terbaru untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Niraziana Dewi Najil islam itu indah dan unntuk itu mari kita doakan smoga diterangi dgn cahaya keindahan islam. hasnahdewai 14101980 macam2 terjadi sekarang.. NURUL Terlalu banyak penipuan sekarang berlaku didalam masjid2..sentiasa berhatilah dengan org2 seperti ini... pak deli saya berpendapat, jika seseorang nak memeluk Islam maknanya kita akan menerima saudara baru. Jika seseorang itu menyalah gunakan duit yg diberikan itu. Itu hak mereka dengan thuan. Kalau niat mereka tak ikhlas itu hak mereka. Jangan lah disebab kan sesetengah pihak yang bersikap mengambil kesempatan. Nanti saudara-saudara lain yang benar2 ingin memeluk ISlam dipertikaikan dengan soalan2 yang boleh mengguris hati mereka. sedang kan mereka ikhlas. Saya rasa kes saudara baru yang memeluk Islam bukan kerana benar-benar cintakan Islam, bukan lah kes baru. Kalau dilihat zaman rasulullah lagi memang dah wujud golongan begini. Golongan munafik..Saya harap, janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. ecah mail sangat keji bagi seseorang yang menggunakan agama untuk kesenangan hidup. kerja malas, harapkan bantuan sahaja. usahalah untuk dapatkan rezeki. jika seseorang itu mualaf pun, itu bukan tiket untuk mereka meminta sedekah, mereka pun patut berusaha untuk dapatkan rezeki. aini ainnur azrie Diharap agar pihak berwajib mampu mengatasi masalah ini agar kesucian Islam tetap dipelihara Akmal TAHNIAH HARIAN METRO!!!, SELAIN BERITA-BERITA BERSIFAT EROTIK SEMATA-MATA, ADA LAGI BERITA YANG LEBIH PENTING UNTUK DIBONGKARKAN.....CONTOHNYA SEPERTI BERITA INI!!!!! TAHNIAH!!! AZIZI BIN MOHD ARIFIN da xada cara lain karh nak cari duet smpai kan agama....d gunakan.mnusia skarg terlampau memiliki otak yg canggih smpai kan tdk sedar dgn apa yg ingin mereka lakukan...! ema Bahagian Penguatkuasa Agama mesti aktif berperanan memantau segala aktiviti minta sedekah di semua masjid dan surau, tangkap mana yang disyaki 'bertopeng'. aar |
Posted: 13 Oct 2011 12:16 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah dan ditikam dua lelaki dipercayai rakan senegaranya di Jalan Brunei di sini, malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan