Harian Metro: Setempat |
‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi Posted: 13 Oct 2011 12:31 PM PDT KAJANG: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang menggunakan ayat azimat yang dikenali 'ayat pelangkah' yang dipercayai menjadi pelindung mereka untuk melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Kajang. Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan polis, 'kekebalan' semua suspek yang dikenali 'Geng Tong Gas' berakhir sejurus dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, jam 9.15 malam, 7 Oktober lalu di Sungai Chua, di sini.
Difahamkan, suspek akan menyelit ayat berkenaan pada seluar ketika menyamun dipercayai untuk mendapatkan kekuatan selain membolehkan aktiviti jenayah mereka tidak dapat dihidu polis.
"Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di Kajang.
|
Posted: 13 Oct 2011 10:48 AM PDT PUTRAJAYA: Tiada pintu belakang terhadap proses pemilihan permohonan rumah mampu milik fasa pertama Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini, malah keseluruhannya dipantau perunding juruaudit bertauliah, KPMG Business Advisory Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata setiap permohonan diberikan nombor sebelum disemak secara teliti melalui senarai utama yang dibahagikan kepada dua warna mengikut kategori.
"Permohonan itu dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar sebelum dikunci dan dimasukkan di dalam bilik kebal serta diletakkan di bawah jagaan firma juruaudit berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan