Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 15 Oct 2011 10:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Dia mungkin beranggapan kisah hitamnya berakhir sejurus berpisah dengan suami sembilan tahun lalu, namun derita kehidupannya masih berlarutan hingga sekarang gara-gara tindakan lelaki itu mencagarkan lesen perniagaannya kepada along. Sudahlah tidak menerima nafkah daripada bekas suami selepas dikurniakan dua anak, Liza, 40-an (bukan nama sebenar) terpaksa menyerahkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada along setiap bulan. Semuanya angkara bekas suami yang berurusan dengan along dan lelaki itu masih menghubunginya dengan sesekali cuba bermain emosi untuk merujuk semula kononnya menyesali apa dilakukannya sebelum ini. Liza berkata, dia sukar menerima semula bekas suami keduanya yang pernah menjalani hukuman penjara kerana melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun (hasil perkongsian hidup dengan suami pertama).
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 15 Oct 2011 10:15 AM PDT TANPA berselindung di sebalik kata-kata, pasangan secantik dan sepadan, Shahz Jaszle dan Miera Liyana sudah pun merancang untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai bahagia bersama-sama. Masing-masing sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga. Walaupun usia Miera baru mencecah 19 tahun tetapi keyakinan yang diberikan oleh Shahz untuk menjadi suami dan ketua keluarga meyakinkan gadis tinggi lampai itu untuk menamatkan zaman solonya. Impian dan harapan murni mereka berdua juga mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Ketika ditemui sewaktu menjalani penggambaran telefilem Teguh arahan MP Roslin di Serdang, Selangor, baru-baru ini, Miera memberitahu hatinya kembali tenang selepas dihambat kontroversi bermula dengan fesyen baju yang dipakainya dan pelakon Lash Mokhtar mendakwa mereka berdua dilamun cinta.
"Tumpuan saya kini hanya pada cinta kami dan kerjaya seni. Kami sudah pun memikirkan untuk menyimpul ikatan hati yang lebih kukuh namun segalanya terpulang kepada ketentuan Allah SWT. Hidup ini mesti ada perancangan di samping berdoa kepada-Nya, mohon diberikan yang terbaik.
"Di lokasi, kami profesional dengan buat kerja sendiri tanpa perlu berkepit ke sana ke mari. Kami memberi ruang kepada diri masing-masing kerana kami juga tak mahu kru berasa tidak selesa atau menjadi bahan umpatan di set. Kami tetap pasangan yang bercinta tetapi kalau tiba urusan kerja, kami tidak mencampuradukkannya dengan hal peribadi. "Bagi saya, kalau bercinta pun kena beri ruang kepada kepada pasangan, tak perlulah jadi belangkas. Nanti orang tengok pun menyampah. Kami buat biasa-biasa saja dan mesti ada had dalam pergaulan, barulah indah bila hidup bersuami isteri nanti," katanya.
"Dalam banyak drama dan filem lakonan saya, saya sukakan watak Dina dalam Rentaz, Cici (Apokalips) dan Sukma kerana setiap karakter berkenaan berat. Saya mahu kikis imej glamor dan jauh daripada berita sensasi sebaliknya mahu penonton kenal saya kerana bakat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan