Ahad, 16 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Peramah hingga akhir hayat

Posted: 15 Oct 2011 10:18 AM PDT

LEDANG: Seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala motosikalnya remuk teruk dipercayai selepas bertembung dengan sebuah lori di Sengkang Batu 19 Bukit Gambir, malam kelmarin.

Shaidan Abdul Rahman, 33, yang dirempuh dari arah bertentangan dan diseret sejauh 10 meter, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.


Difahamkan, ketika kejadian jam 9 malam, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Seri Paya, Sengkang Batu 20, selepas bertemu rakannya di Pasar Malam Serom 3.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, 30-an, berkata dia tidak menyangka kehadiran Shaidan ke gerai murtabaknya malam kelmarin adalah pertemuan terakhir mereka.


Kata Adi, ketika kali terakhir bertemu, arwah tak menunjukkan tingkah laku pelik, malah ramah seperti biasa.


"Arwah singgah di gerai murtabak saya setiap minggu. Sebelum dia pulang, saya mengirimkan murtabak buat ibunya memandangkan kami tinggal sekampung. Namun, tidak lama kemudian, saya dimaklumkan dia terbabit dalam kemalangan dengan jarak hanya 1.4 Kilometer dari rumahnya," katanya.

Adi yang menyangkakan sahabatnya cedera ringan terkejut sebaik tiba di tempat kejadian apabila mendapati Shaidan meninggal dunia.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

"Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.


Berikutan itu, sesiapa yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dokumentasikan semua masalah

Posted: 15 Oct 2011 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Langkah utama perlu diambil Liza adalah mendokumentasikan semua masalah dihadapinya kepada pihak berkenaan termasuk pejabat agama, Mahkamah Syariah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis," kata Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Faridah Maludin.

Menurutnya, jika benar diceraikan suami, Liza harus membuat semakan di pejabat agama bagi memastikan kesahihan perceraian, selain mendapatkan salinan dokumen sebagai bukti untuk membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah.


"Biarpun ikatan perkahwinan terputus, namun tanggungjawab seorang bapa perlu dilangsaikan dengan pemberian nafkah bulanan kepada anak berusia 18 tahun ke bawah, terutama bagi anak kelainan upaya (OKU).

"Jika bekas suami menafikan hak itu dengan melarikan diri atau tidak berkemampuan, ahli keluarga bekas suami seperti ayah dan adik-beradik perlu memegang tanggungjawab terbabit kerana ia adalah wajib," katanya.


Mengulas tanggungan hutang daripada along, Faridah menggesa mangsa mengambil tindakan berani dan bijak bagi menjamin keselamatan keluarga dengan membuat laporan polis.


Katanya, ugutan daripada along disifatkan sebagai penderaan mental dan emosi hingga mengakibatkan tekanan hebat kepada mangsa dan wajar mendapat perlindungan.

Menurutnya, dalam kes seperti ini mangsa berhak mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dengan merujuk cawangan JKM terdekat.


Sementara itu, jurucakap bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, pihaknya sememangnya mempunyai peranan penting membantu golongan fakir miskin yang memerlukan sokongan, terutama berbentuk kewangan.

Namun mengulas mengenai kes yang dihadapi Liza, MAIWP tidak memiliki kuasa undang-undang bagi memastikan bantuan berkenaan digunakan ke saluran sepatutnya.


"Berdasarkan rekod, Liza sememangnya dikategorikan sebagai golongan asnaf, apatah lagi dia memiliki anak OKU dan bergelar ibu tunggal.


"Dia menerima bantuan kewangan bulanan yang dimasukkan terus ke dalam akaun banknya, malah anak OKU turut mendapat sumbangan peralatan kesihatan setiap bulan berbentuk lampin pakai buang serta bekalan susu," katanya ketika dihubungi.


Katanya, Baitulmal juga pernah memberikan bantuan perniagaan kepada Liza selain melangsaikan hutang sewaan, termasuk rumah dan bil air.


Menurutnya, Liza disarankan membuat laporan polis untuk tindakan undang-undang, sekali gus mempertahankan haknya.


Pada masa sama, golongan asnaf dinasihatkan tidak mengambil tindakan melulu bagi mendapatkan bantuan kewangan, terutama daripada peminjam wang tidak berlesen untuk mengelak bebanan hutang kemudian hari.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved