Harian Metro: Mutakhir |
Bot karam: mangsa yang selamat berpaut pada tong dan serpihan kayu Posted: 01 Jun 2011 01:34 AM PDT KOTA TINGGI: Kesemua 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia yang selamat dalam kejadian bot pancung karam di perairan Pengerang, di sini, awal hari ini, terpaksa berpaut pada tong dan serpihan kayu bot hampir lima jam sebelum diselamatkan pasukan keselamatan. Menyifatkan kejadian itu sebagai ''mati hidup semula'', Ilham Abdul Muid, 32, berkata dia bersama rakannya, Selamat Mustar, 36, berkongsi berpaut pada satu tong minuman bersaiz tiga liter sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang kira-kira 10 pagi. "Kejadian itu berlaku sekelip mata. Semuanya bermula apabila bot kami dilambung ombak besar sebelum air memasuki bot.
Ilham berkata ketika berada di dalam bot dia turut terdengar kebanyakan mangsa melaungkan ''Allahu Akhbar'' dan tidak putus-putus menjerit meminta pertolongan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Jumpa doktor jika cirit-birit selepas ke Eropah sejak Mei Posted: 01 Jun 2011 01:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).
"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |