Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Aug 2011 10:58 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Shafik minta izin untuk keluar bersembahyang Tarawih di surau Al Taqwa berdekatan, tetapi tidak lama kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakannya mengatakan jari anak saya itu cedera akibat terkena mercun," kata Norayati Ismail, 34, ibu Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13, mangsa kedua kemalangan mercun di negeri ini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Mohd Shafik cedera jari telunjuk dan melecur teruk di tapak tangan kanan selepas mercun bola dipasang meletup ketika dalam genggamannya.
"Selepas membenarkan dia keluar, saya menyiapkan tempahan jahitan baju pelanggan, tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan Shafik mengatakan anak saya cedera akibat terkena mercun," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 17 Aug 2011 09:56 AM PDT SUNGAI BULOH: Bersolat di bawah pokok dan ada ketika hanya berbumbungkan langit. Itu situasi dilalui jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan di Kampung Kubu Gajah, di sini, sejak 10 tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid berusaha mendapatkan dana bagi menyiapkan masjid baru di belakang masjid sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kubu Gajah, Abdul Kadir Mohd Geroh, berkata selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihaknya segera menyiapkan pembinaan masjid berkenaan.
Masjid yang menelan belanja hampir RM2.6 juta itu kini kerap terbengkalai dan hasrat bagi memberi peluang orang ramai menggunakannya pada Aidilfitri ini tidak kesampaian.
"Kami berharap sasaran menyiapkan masjid ini mengikut tarikh ditetapkan terlaksana demi memberi keselesaan penduduk sekitar yang semakin bertambah," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |