Harian Metro: Hati |
Posted: 25 Nov 2011 02:08 PM PST MELANGKAH penuh gaya di pentas peragaan, lima model dengan lima persalinan bertukar ganti. Masing-masing dengan rekaan unik menepati tema Pesona Timur bersempena Festival Fesyen Islam 2011 (IFF) yang diadakan di Kuala Lumpur, minggu lalu. Kehadiran 12 pereka Muslimah yang bernaung di bawah Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia (Amaed) nyata memberi nafas baru kepada pengertian rekaan fesyen itu sendiri. Tanpa meninggalkan ciri-ciri Muslimah, semua pereka tampil dengan idea serta gaya tersendiri sama ada daripada segi potongan, perhiasan serta fabrik digunakan. Apa yang nyata dalam keghairahan pereka menghasilkan persalinan, gabungan unsur tradisi dan moden menjadi panduan dalam menterjemahkan gaya Timur yang tentunya unik dan berada dalam kelas tersendiri. Walaupun ada antara busana yang terlalu kompleks dan tidak mampu dipakai wanita, namun pertunjukan fesyen ini menjadi garis panduan bagi mereka menzahirkan rekaan mengikut idea serta kreativiti sendiri.
Kebanyakan baju diberi potongan kaftan serta jaket pada warna meriah seperti keemasan, merah, hitam dan kelabu. Menurut Nora, pertunjukan fesyen IFF yang Shikien mengetengahkan ramai pereka baru memberi pengalaman kepada pereka menghasilkan rekaan bersifat antarabangsa. Secara tidak langsung, industri fesyen terutama busana Muslimah berkembang pesat dan memberi pandangan berbeza kepada masyarakat bukan Islam. Najjah yang mengetengahkan konsep Puteri Milineum Timur tampil berbeza dengan lima persalinan moden menggabungkan unsur tradisi masyarakat Timur. Menurut Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, dia sengaja memilih unsur moden kerana ingin tampil berbeza dan nampak menyerlah. "Saya memilih unsur moden kerana inginkan kelainan dengan pereka lain yang mengetengahkan unsur tradisional seperti pakaian Korea atau kimono Jepun," katanya. Farrah juga memilih warna terang dan lembut seperti ungu, merah bata, hijau lumut dan merah jambu berbeza dengan rona asal dalam rekaan busana masyarakat Timur. Pearl Haya yang terkenal dengan rekaan tudung tampil memikat bersama persalinan kaftan dan jubah berwarna-warni. Memilih rona terang seperti kuning, merah jambu, biru dan hijau, ternyata rekaan sedia dipakai sesuai untuk acara kasual. Mengekalkan unsur tradisional pada rekaan busana, Az Zahrah tampil dengan gaya berkimono serta jubah berhud yang diberi sentuhan moden. Penggunaan fabrik broked serta tradisi songket mengekalkan keaslian busana bersesuaian tema masyarakat Timur. Antara pereka lain yang mempersembahkan rekaan mereka ialah NainiKifli, Serikapas, Irshah, Mariamah, MyDesign, Molek, Signature Boutique dan Udaimatunnur. Menurut Naib Presiden Amaed, Mona Din, Amaed yang ditubuhkan pada 15 Februari 2011 oleh Datuk Raja Rezza Shah Zurin bertujuan mengetengahkan pereka busana Muslimah kepada industri fesyen Islam. Selain 12 pereka ini, Amaed turut dianggotai Radzuan Radzwill, Tom Abang Saufi, Aida Khalida, Aktif Bistari dan Jarumas. "Dengan adanya pertunjukan fesyen berprestij ini, idea serta kreativiti pereka muda dapat diketengahkan selaras dengan impian menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen sama seperti keunggulan kota Milan sebagai pusat terjemahan fesyen terkenal dunia," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 25 Nov 2011 01:57 PM PST KEBANYAKAN pengguna terlalu ghairah dan mudah teruja dengan produk yang menjanjikan kesan singkat tanpa mengambil kira kandungan produk itu. Sebagai contoh, tidak lama dahulu produk pemutih dengan bahan hydroquinone amat popular di kalangan pengguna kerana ia menjadikan wajah cerah dan licin dalam tempoh singkat.
Namun, bahan kimia itu dilarang penggunaannya kerana kajian saintifik mendapati ia boleh menyebabkan kanser dan masalah lain. Kini, produk kecantikan berasaskan bahan organik semakin mendapat tempat kerana ia lebih selamat dan boleh digunakan pelbagai peringkat umur.
Minyak argan mengandungi vitamin E tiga kali ganda berbanding minyak zaitun serta Omega 6 & 9 dan amat efektif mengurangkan kedutan dan garis halus, merawat jeragat, menganjalkan kulit, melindungi dari sinaran UV berbahaya serta menjadikan kulit sentiasa licin, lembap dan muda. Sebagai jaminan kualiti hanya yang terbaik, minyak argan keluaran Secretleaf mendapat pengiktirafan organik dari Ecocert Perancis dan diimport terus daripada pengusaha ladang argan di Maghribi. Dalam masa setahun kemunculan Pure Oil Series 01, ramai pengguna menikmati khasiatnya. Bagi remaja, Nur Atiqah Md Adnan, 25, dari Kampung Baru, dia baru sebulan menggunakan Pure Oil 01 dan juga Mosturizing Facial Soap. Katanya, kedua-dua produk ini digunakan ibu dan adik lelaki, hasilnya amat membanggakan. "Kulit ibu lebih anjal dan cerah serta kesan jeragat hilang manakala adik lelaki yang mempunyai jerawat, pulih selepas menggunakan produk itu. "Kulit saya yang kering sebelum ini semakin lembap selepas menggunakan minyak ini, kini Pure Oil Series 01 menjadi teman baik saya," katanya. Maklumat lanjut, layari www.secretleaf.com.my atau hubungi 16-2273815/3817/3832 atau 016-6626604. Produk Secretleaf ada dijual di rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi Multicare, Farmasi Healthlane dan Farmasi Ehsan (Pantai Timur). Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |