Harian Metro: Hati |
Posted: 18 Dec 2011 07:51 AM PST TERINGAT ketika kecil dulu, ayah meletakkan peti kayu kecil dengan pintu kaca berukuran satu kaki lebar dan panjang yang dipaku ke dinding ruang rehat keluarga. Dalam peti kecil inilah ibu dan ayah menyimpan ubat yang hanya beberapa jenis saja termasuk cecair iodin, ubat batuk, paracetamol, balsam, krim luka, kapas dan kain anduh. Walaupun ia mudah dicapai (kerana kedudukannya di tepi tangga) tetapi ayah tegas mengingatkan barang dalam peti berkenaan hanya boleh diambil apabila perlu dan hukuman rotan menanti kami adik-beradik jika ada yang berani menyalahgunakannya. Meskipun peti atau kabinet ubat sangat penting tetapi kini ia tidak menjadi keutamaan, malah ada keluarga yang tidak mempunyai ruang khas untuk menyimpan ubat. Mungkin ada juga yang membuat kabinet ubat seperti di rumah Barat iaitu dalam bilik air. Walaupun nampak kemas dan praktikal tetapi sebenarnya ia adalah tempat paling teruk untuk menyimpan ubat kerana suasana bilik air yang lembap dan hangat akan mempercepatkan kemusnahan atau kerosakan bahan aktif dalam ubat.
Di Malaysia mungkin sedikit berbeza kerana kebanyakan ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil, menyimpan ubat anak (biasanya ubat untuk merawat demam) di pintu peti sejuk supaya 'tahan' lebih lama. Lebih memburukkan keadaan, semua ubat cecair di masukkan ke dalam botol yang sama bentuk dan saiznya. Apa yang membezakan ialah warna cecair dan catatan tarikh pada label botolnya. Itupun jika ia masih boleh dibaca kerana ada tulisan pada label sering kali 'terpadam' dek ubat yang meleleh di atasnya. Bahkan, bukan semua ubat sesuai disimpan dalam peti sejuk. Jadi timbul persoalan, di mana tempat paling sesuai untuk menyimpan ubat? Ini kerana selain dalam peti sejuk, kebanyakan orang meletakkan kotak ubat di dapur bagi memudahkan mereka mengambil ubat setiap hari dan tidak perlu berjalan jauh untuk mengambil air minuman. Pakar perubatan sependapat mengatakan tempat paling baik untuk menyimpan ubat ada beberapa ciri iaitu sejuk, kering, dalam bekas kedap udara, selamat dan jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Sejuk yang dimaksudkan di sini ialah suhu bilik iaitu 25 hingga 27 darjah Celsius kecuali ada arahan mengatakan satu-satu ubat itu perlu disimpan pada suhu tertentu. Arahan pada label Pengurus Farmasi Hospital Assunta, Kwan Yee Man, pernah menasihatkan supaya kaedah penyimpanan ubat dilakukan dengan teliti seperti yang diarahkan pengeluarnya. Jika tidak pasti, sila rujuk pada label bungkusan ubat. Di situ ada dicatatkan kaedah penyimpanan untuk panduan. Sekiranya masih kurang faham, dapatkan maklumat ini daripada ahli farmasi di klinik, hospital mahupun di kedai farmasi ketika menerima ubat anda. Perkara pertama yang perlu diketahui ialah setiap ubat mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Ini kerana sesetengah ubat menjadi kurang berkesan apabila ia terdedah kepada udara, kelembapan, suhu sejuk, suhu panas atau cahaya. Selain itu, kita juga perlu memahami makna arahan penyimpanan pada label kotak atau botol ubat seperti: Tempat yang hangat bermakna suhu persekitaran antara 30 hingga 40 darjah Celsius manakala suasana panas pula bermakna suhunya melebihi 40 darjah celsius. Setiap ubat perlu disimpan pada suhu dua darjah Celsius lebih rendah daripada yang disarankan pengeluar. Secara umumnya ubat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: Menurutnya, ramai orang tidak tahu bahawa peti sejuk bukanlah tempat yang sesuai bagi kebanyakan jenis ubat walaupun arahan pada label botol atau kotak mengatakan supaya ia diletakkan di tempat bersuhu rendah. Kita dilarang meletakkan ubat yang boleh disimpan pada suhu bilik (pil atau kapsul) di dalam peti sejuk. Kita mungkin beranggapan pada suhu yang rendah ubat berkenaan akan tahan lebih lama tetapi anggapan ini salah. Sebaliknya, tindakan itu boleh menyebabkan ubat berkenaan lebih cepat rosak. Ini kerana kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk akan membuatkan ubat berkenaan menjadi lembap walaupun bungkusannya tidak dibuka. Apabila kita keluarkan ubat dari peti sejuk, perubahan suhu (sejuk ke panas) membuatkan persekitaran dalaman ubat meruap dan menjejaskan mutu ubat berkenaan. Jika ubat perlu disimpan dalam suhu rendah, tempat yang sepatutnya ialah di dalam peti sejuk, bukannya pada rak di pintu sejuk kerana suhu pada bahagian ini akan sentiasa terganggu (turun naik) setiap kali kita membukanya. Bahkan, jika kita mempunyai anak yang kerap membuka peti sejuk, mutu ubat lebih cepat terjejas. Bagi yang mempunyai anak kecil, anda boleh menyimpan ubat sirap atau cecair termasuk ubat batuk di dalam peti sejuk selama enam bulan walaupun sepatutnya satu botol kecil itu hanyalah untuk sekali penggunaan. Buanglah ubat yang tidak habis dimakan jika ia sudah melebihi enam bulan. Untuk ubat cecair atau sirap yang disimpan dalam peti sejuk, goncang botolnya dulu sebelum digunakan kerana dalam suhu yang rendah, kandungan ubat akan mendap. Pastikan ubat ini tidak menjadi beku. Ingat, jangan sekali-kali simpan ubat dalam bahagian dingin beku. Ubat suntik seperti insulin, perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia sangat mudah rosak dengan perubahan cuaca yang keterlaluan. Kalau ia beku, ia juga boleh rosak. Malah tindakan memanaskan ubat juga kadangkala boleh memusnahkan bahan aktifnya jika terlebih panas. Selain itu, kabinet dapur juga bukanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan ubat kerana di sini suhu dan kelembapannya lebih tinggi. Tempat disarankan ialah ruang makan - yang lebih sejuk, terlindung daripada pancaran matahari terik dan kering. Jadi carilah sudut yang boleh anda gunakan untuk meletakkan ubat. Jika kreatif, kabinet ubat boleh menjadi sebahagian daripada hiasan. Panduan Pensyarah Universiti Pusat Sains Kesihatan Texas di Houston, Dr Grant Fowler, dalam berita yang disiarkan agensi ABC News, memberi beberapa panduan untuk membawa ubat terutama bagi mereka yang merancang perjalanan jauh. Antaranya ialah: Selain itu ada beberapa panduan umum untuk penyimpanan ubat yang selamat iaitu: Perkara yang perlu kita tahu mengenai luput tarikh: Jangka hayat ubat yang selamat dimakan dan berkesan berbeza mengikut jenis, pengeluar dan cara simpanan. Sesetengah jenis ubat hanya bertahan beberapa hari tetapi ada yang boleh disimpan sehingga beberapa tahun lamanya. Tidak kira berapa lama pun jangka hayatnya, anda perlu memastikan tarikh luputnya sebelum makan. Buang ubat dalam simpanan anda jika ia: |
Kesedaran HIV, Aids di Kelantan Posted: 18 Dec 2011 07:38 AM PST KEBANYAKAN orang beranggapan mereka tahu mengenai jangkitan virus HIV dan Aids, tetapi apabila berhadapan soalan kuiz, ramai yang teragak-agak memberikan jawapan. Walaupun tahu ada rawatan tetapi ramai tidak pasti apakah rawatan yang diberikan dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan individu HIV dan Aids. Justeru, program kesedaran HIV dan Aids yang bertema 'Bermula Dengan Anda' diadakan di Kota Bharu, Kelantan, sempena Hari Aids Sedunia 2011.
Ada yang bertanya mengapa memilih Kelantan? Jawapannya, mengapa tidak? Ilmu mengenai penjagaan kesihatan perlu disebarkan kepada semua orang terutama yang jauh daripada pembangunan dan sumber maklumat. Apatah lagi berdasarkan statistik HIV dan Aids 2010 yang dikeluarkan Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Malaysia, ada peningkatan kes HIV baru sebanyak 3,652 pada 2010 berbanding 3,652 (2009).
Oleh kerana catatan kes HIV dan Aids di Kelantan yang semakin tinggi, maka Inisiatif Kota Bharu bagi program kesedaran HIV dan Aids - Bermula Dengan Anda anjuran bersama syarikat penjagaan kesihatan MSD dan Persatuan Perubatan HIV (MaSHM) memang tepat pada masanya. Menurut Presiden MaSHM, Dr Mahiran Mustafa, dalam tempoh 25 tahun (1986 hingga 2010) sebanyak 91,362 kes HIV positif dilaporkan dan daripada jumlah ini, 12, 943 nyawa sudah terkorban. Meskipun rawatan HIV kini lebih mudah didapati tetapi bilangan individu HIV positif terus meningkat. "Ini menandakan pendidikan sangat perlu, baik daripada peringkat masyarakat mahupun pakar kesihatan. Pakar kesihatan juga perlu mempunyai perspektif yang betul dengan memahami sepenuhnya kesan sosial dan kesihatan bagi individu yang hidup dengan HIV supaya mereka diberi penjagaan sewajarnya tanpa sebarang prejudis. "Salah satu sebab utama kami ingin menimbulkan kesedaran mengenai HIV dan Aids di Kelantan ialah kerana ia antara negeri yang mencatatkan kadar jangkitan HIV baru tertinggi. Menurut angka Kementerian Kesihatan, di Kelantan ada 9,891 pesakit HIV positif pada hujung Disember 2009 dan ini adalah perkembangan yang membimbangkan. "Kami menyaksikan gerak balas positif di Lembah Klang sepanjang tempoh enam tahun lalu sejak program ini dilancarkan. Kali ini kami ingin melihat kesan Inisiatif Kota Bharu ini dalam mengubah kehidupan, mencabar pandangan dan yang lebih penting lagi, menanamkan benih komitmen dalam kalangan doktor dan pakar kesihatan masa depan di Kota Bharu," katanya. Inisiatif Kota Bharu ini merangkumi program seperti lawatan sambil belajar ke rumah perlindungan dan pusat sokongan oleh pelajar perubatan, kejururawatan dan farmasi yang dianjurkan Prihatin dan Sahabat. Ia juga menyelitkan acara awam di Kota Bharu Mall untuk menimbulkan kesedaran mengenai HIV dan Aids. Antara acara menarik program Bermula dengan Anda di Kota Bharu Mall termasuk kuiz HIV bagi meningkatkan pemahaman orang awam mengenai penyakit ini, papan kenyataan untuk menyiarkan aku janji awam sebagai menyokong matlamat program. Turut diadakan, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan dikir barat dan wayang kulit yang semuanya bertemakan HIV. Bermula Dengan Anda mula dianjurkan pada 2005 untuk isu menangani nisbah doktor kepada pesakit HIV yang rendah, dengan menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar perubatan mengenai keperluan membanyakkan bilangan perawat HIV dan Aids. Program ini juga bermatlamat menangani stigma dan pandangan negatif yang bukan saja membelenggu kehidupan individu HIV dan Aids malah tanpa disedari sikap masyarakat yang secara tidak langsung memulaukan mereka sebenarnya perlahan-lahan boleh 'membunuh' golongan ini. Malah program ini juga sentiasa mempelawa sumber dan kepakaran daripada organisasi rakan kongsi untuk menangani isu ini dan memberi kesan yang positif terhadap kehidupan golongan yang hidup dengan HIV. Inisiatif penganjuran sebelum ini meliputi pembabitan pelajar perubatan daripada beberapa universiti, antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |