Harian Metro: Hati |
Posted: 31 Aug 2012 09:44 AM PDT RASANYA, kebanyakan wanita pasti bersetuju dengan sesetengah pandangan yang menyatakan memilih baju untuk digayakan mesti mudah bagi mereka yang memiliki saiz badan kecil dan sederhana. Namun, bagi wanita bersaiz gempal dan besar, mungkin menghadapi masalah dalam memilih pakaian yang disukai. Bagaimanapun, jika anda tersenarai dalam kelompok yang mempunyai bentuk badan seperti ini, jenama khusus untuk wanita bertubuh besar, Ms Read ada jawapan kepada permasalahan anda. Cuma pada kali ini, Ms Read melakukan sedikit kelainan iaitu bukan saja koleksi terbarunya boleh dipakai kelompok ini, malah turut muat untuk semua jenis bentuk badan.
Selain itu, fabrik sifon, georgette dan jersi matte pula diangkat sebagai material utama untuk gaun maxi, blaus dan baju top yang banyak diketengahkan pada koleksi kali ini. Tujuannya supaya pakaian itu melekap dan beralun apabila disarungkan pada tubuh. Melalui penggunaan fabrik ini juga, ia memberikan keselesaan kerana ia lebih bersesuaian dengan cuaca negara ini. Cetakan seperti corak abstrak grafik, kulit haiwan, flora dan fauna pada bahagian atas pakaian menambah keistimewaan koleksi ini. Siluet yang lembut dapat diserlahkan dalam blaus panjang, kaftan, tunik dan blaus berlengan ala kimono. Pakaian ini yang direka longgar dan mempunyai potongan leher berbentuk bulat serta V yang pasti akan membuat si pemakai senang bergerak dan selesa. Mungkin atas faktor selesa, lembut dan longgar itu, kaftan yang sudah melalui pelbagai evolusi fesyen tempatan dan antarabangsa turut termasuk dalam senarai koleksi Ms Read ini. Apatah lagi, selain dari segi potongan serta penambahan perincian bagi menambah gaya si pemakai, kaftan juga mula menarik minat sang fashionista apabila kini diangkat sebagai persalinan tambahan untuk melengkapkan gaya yang diingini terutama jika ingin tampil sopan dan anggun. Hadir dalam saiz 12 hingga 24, koleksi ini berharga antara RM149 hingga RM339 dan boleh didapati di semua cawangan butik Ms Read. Untuk membeli secara dalam talian, layari www.msreadshop.com. Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012 |
Posted: 31 Aug 2012 09:34 AM PDT SEMPENA Aidilfitri ini, jenama barangan kanak-kanak, Tollyjoy membawakan rangkaian fesyen perayaan yang bergaya dan selesa buat si kecil untuk memastikan mereka kelihatan comel ketika menyambut lebaran. Rangkaian pakaian Tollyjoy diperbuat daripada fabrik yang sesuai dengan cuaca panas lembap negara ini, menggunakan 100 peratus kain kapas yang mudah menyerap peluh, membuatkan kanak-kanak kekal kering dan selesa sepanjang hari. Lengkap dengan pelbagai rangkaian koleksi terkini untuk penampilan bergaya, set pakaian bayi lelaki dan perempuan termasuk stoking dan kasut Tollyjoy menampilkan motif, corak dan warna yang memenuhi cita rasa ibu bapa moden. Tema sukan ditampilkan pada set pakaian bayi lelaki, merangkumi kombinasi 12 pilihan baju-T berlengan pendek atau singlet yang dipadankan dengan seluar pendek dalam warna biru, merah, oren, hijau dan kuning.
Set pakaian bayi perempuan Tollyjoy juga dihiasi reben, ropol dan bunga-bungaan, didapati dalam warna segar hijau, merah, kuning madu dan merah jambu dengan sesetengah pakaian dicetak dengan gambar comel bayi perempuan kecil, beruang dan rama-rama bagi menambahkan lagi tarikan feminin. Ibu bapa pasti rambang mata dengan pilihan stoking dan kasut Tollyjoy pada Aidilfitri ini yang memberi alternatif bergaya kepada ibu bapa untuk memadankan pakaian anak mereka dengan stoking kaki merah jambu feminin yang dihias cantik dengan reben atau stoking yang lebih maskulin dalam warna coklat atau biru. Bagi melengkapkan gaya keseluruhan si manja, Tollyjoy turut menampilkan rangkaian kasut bayi yang comel dengan tema sukan bersama pilihan empat corak berlainan dalam merah, coklat dan putih sementara rangkaian kasut bayi perempuan boleh didapati dalam dua rekaan kecil molek berwarna oren terang dan putih. Koleksi hari raya Tollyjoy bukan saja menarik dan terkini, harganya juga berpatutan dan boleh didapati di pusat beli-belah Jusco, The Store, Pacific dan Billion yang terpilih di seluruh negara. Set pakaian bayi lelaki Tollyjoy boleh didapati pada harga RM23.90 manakala set pakaian bayi perempuan Tolljoy pula pada harga RM24.90 dengan stoking pada harga RM6.90 dan kasut pada harga RM27.90. Koleksi pakaian, stoking dan kasut Tollyjoy berkenaan sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia dua tahun. Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |