Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Sep 2012 11:56 AM PDT BANTING: "Kami fikir gempa bumi apabila tiba-tiba terdengar letupan kuat di luar rumah, manakala rumah pula bergegar," kata pelajar kolej swasta, Andy Lim, 22, saksi kebakaran membabitkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback menyebabkan seorang lelaki rentung di Taman Baiduri, di sini, semalam. Menurutnya, ketika kejadian dia berkunjung ke rumah rakannya di taman perumahan berkenaan dan sedang berbual apabila berasa impak letupan daripada kereta yang terbakar itu kira-kira jam 2 petang.
"Kami tidak menyangka ada orang dalam kereta terbakar itu berikutan asap tebal menyelubungi ruang dalam kenderaan sehingga tidak nampak sesiapa," katanya.
"Beberapa penduduk cuba membantu mengeluarkan anaknya, tetapi api semakin marak menyebabkan tiada sesiapa pun berani mendekati kereta itu sebelum berlaku satu lagi letupan," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, satu jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.02 petang.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14 |
Rugi RM190,000 dapat 3 cek tendang Posted: 13 Sep 2012 11:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat kerugian hampir RM190,000 dipercayai ditipu selepas cek dibayar dua pelanggannya bagi urusan penjualan minyak pelincir adalah cek tendang. Mangsa yang berusia 40-an dikatakan menerima tiga keping cek dari dua syarikat dipercayai milik pelanggannya itu masing-masing bernilai RM99,840, RM82,900 dan RM6,300.
Difahamkan, syarikat mangsa sebelum itu membuat urusan perniagaan berkaitan jual beli minyak pelincir dengan dua syarikat swasta terbabit pada Ogos lalu.
"Ketiga-tiga cek berkenaan juga sudah didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat mangsa melalui cawangan bank di Segambut sehari selepas itu," katanya.
Sumber berkata, ekoran kejadian itu, pengurus syarikat berkenaan menghubungi pelanggannya melalui talian telefon bimbit yang diberikan tetapi gagal. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan