Harian Metro: BeritaUtama |
Tuli puja ‘batu geliga’ Posted: 16 Nov 2012 10:38 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli 'batu geliga' yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu. Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia. Zaidi berkata, ketika membeli geliga itu dia diberitahu kuasa hikmat batu hanya menjelma jika dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan. "Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17 |
Posted: 16 Nov 2012 10:38 AM PST SEREMBAN: "Saya terkejut sebaik mahu membayar tol, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang merempuh kereta saya hingga meluncur laju dan melanggar palang tol," kata A Mohindaran, 52, mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Plaza Tol Setul menghala Seremban, di sini, semalam. Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, kereta Proton Persona dinaiki tujuh sekeluarga merempuh belakang kereta dinaiki Mohindaran menyebabkan seorang daripada mereka patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan termasuk dua kanak-kanak. Mohindaran berkata, dia yang menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Pilah dari ibu kota tidak sempat membayar tol akibat kejadian itu. "Kejadian terlalu pantas apabila saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta meluncur laju ke depan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan