Sabtu, 22 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bakar hingga perut terburai

Posted: 21 Dec 2012 04:27 PM PST

JOHOR BAHRU: "Ia perbuatan manusia yang lebih keji daripada haiwan," kata Mohd Akbar Mohd Shah, 41, yang menemui mayat kanak-kanak perempuan dalam keadaan 80 peratus terbakar dan perutnya terburai, semalam.

Mayat kanak-kanak berusia lebih setahun itu ditemui di tapak bekas Flat Bukit Chagar, Jalan Salleh, di sini, jam 4.15 petang.

Mohd Akbar berkata, mayat bayi itu pada mulanya ditemui abangnya, Mohd Azhar, 42, yang melalui kawasan itu lalu memaklumkan kepadanya.

"Pada mulanya, abang saya menyangkakan objek itu anak patung, namun terkejut apabila mendapati ia mayat kanak-kanak perempuan yang dibakar hingga perutnya terburai.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendekati mayat itu dan amat sedih melihat keadaannya. Hampir keseluruhan tubuhnya terbakar, tapi masih ada cebisan kain dipercayai baju dipakainya," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Derita lembik

Posted: 21 Dec 2012 04:27 PM PST

SEREMBAN: "Setiap kali memegang tubuhnya yang lembik disebabkan penyakit saraf saya perlu berhati-hati kerana bimbang anak berasa sakit. Apatah lagi dia belum boleh bercakap dan saya dapat merasakannya apabila dia mengalirkan air mata."

"Memang sedih melihat anak tidak ceria seperti kanak-kanak lain, tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi yang mengurniakan kami dengan anak yang kurang sempurna." Begitu luahan Norliyana Abdullah, 25, mengenai anak tunggalnya, Ahmad Wafiy Adli Hisham yang menghadapi penyakit saraf sejak berusia empat bulan.


Menurutnya, anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring.

"Ketika melahirkannya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Ahmad Wafiy berkeadaan normal, tetapi dikesan menghadapi masalah saraf ketika usianya empat bulan. Dia diberikan rawatan di hospital berkenaan termasuk dengan doktor pakar, namun sehingga kini keadaannya tidak berubah," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.


"Sebelum ini kami membawanya ke HTJS setiap sebulan sekali tetapi sudah hampir setahun tidak membawanya kerana masalah kenderaan dan beberapa halangan lain," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.


Norliyana berkata, dia menggunakan sepenuh masa menjaga Ahmad Wafiy yang memerlukan perhatian serius dari segi pemakanan dan kesihatan bagi memastikan anaknya tidak ditimpa masalah lain.

Menurutnya, anaknya mudah mendapat demam jika tidak dijaga dengan betul dan khuatir akan menjejaskan pembesarannya.


"Anak saya memerlukan makanan tambahan iaitu sejenis vitamin khusus untuk saraf seperti disyorkan doktor pakar yang boleh didapati di beberapa farmasi pada harga RM175 bagi 30 biji.

"Doktor juga menyarankan Ahmad Wafiy menggunakan alat penyokong leher dan badan iaitu sebahagian proses terapi bagi membolehkan tulangnya kembali kuat, namun kami belum dapat membelinya kerana suami, Adli Hisham Abas, 34, tidak mampu dari segi kewangan," katanya.


Katanya, suaminya hanya bekerja sebagai pembantu kedai di Paroi dengan pendapatan RM25 sehari, justeru itu dia pasrah dan mengharapkan anaknya dapat dibantu bagi membolehkannya membesar seperti kanak-kanak normal lain.


"Ibu mana yang tidak inginkan anaknya cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Semuanya ini dugaan yang terpaksa saya tempuh dan berdoa supaya Ahmad Wafiy dapat pulih seperti biasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved