Harian Metro: Arena |
Posted: "Datuk Seri (Shahidan Kassim) (gambar) berkeras tidak mahu membalas surat pertuduhan diterimanya kerana mahu mengadap Presiden (Sultan Ahmad Shah) dan Majlis Tertinggi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ammar Hassan mengenai surat jawapan pertuduhan yang perlu dijawab Shahidan sebelum jam 12 tengah hari semalam. Katanya, Shahidan selaku Presiden PFA sebelum ini memutuskan untuk tidak menjawab surat pertuduhan FAM kerana mahu ia diselesaikan seperti adik-beradik dan bukan seperti di mahkamah.
"Kami akur dengan tiga pertuduhan itu dan jika FAM masih mahukan surat jawapan, PFA minta mereka beri tempoh lebih lama," katanya.
"PFA tetap dengan pendirian mahu melihat kemajuan dalam bola sepak Malaysia dan tidak mahu memburukkan keadaan." Sementara itu, Ammar berkata, pihak PFA juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan beberapa isu dalam masa terdekat dan akan menggariskan dua perkara penting.
Menurutnya, perkara kedua ialah berkenaan pertuduhan diterima Shahidan dan mahu ia diselesaikan seperti adik-beradik kerana ia berlaku berikutan salah faham dan pertama kali dilakukan beliau.
|
Posted: London: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney (gambar) percaya masih terlalu awal untuk memikirkan trofi Liga Perdana Inggeris boleh dibawa kembali ke Old Trafford. United yang kecundang pada hari terakhir liga kepada seteru setempat, Manchester City musim lalu, kini selesa dengan kelebihan sembilan mata berbanding City di tempat kedua serta 16 mata di depan pasukan tangga ketiga, Chelsea.
"Setiap keputusan amat penting," kata Rooney menjelang perlawanan United bertemu bekas kelabnya, Everton di Old Trafford, malam esok.
"Kami mungkin hanya dapat melihat kedudukan sebenar dengan baki empat atau lima perlawanan dan terus bekerja keras." Berbanding City, United perlu memberi tumpuan kepada saingan lain termasuk pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid yang menampilkan bekas bintang Old Trafford, Cristiano Ronaldo di Sepanyol, pertengahan minggu depan. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan