Harian Metro: Rap |
Posted: Cerita mengenai dirinya yang didakwa sudah bertunang dengan pengurus sendiri, Awin, masih heboh diperkatakan hingga hari ini. Wanita yang dimaksudkan itu juga sudah menguruskan karier seninya sejak empat tahun lalu. Namun anggota kumpulan Forteen dan pelakon, Izzue Islam nampaknya tidak mengiyakan mahupun menafikan cerita yang tersebar itu. "Saya tak nak cakap lagi perkara itu kerana ia tidak akan habis kalau saya beri kenyataan. Saya tak kisah apa pun tanggapan orang mengenai perkara itu. "Kalau orang fikir saya sudah bertunang dengan pengurus saya, itu terpulanglah pada tanggapan mereka. Buat masa ini, saya tiada sebarang komen mengenainya.
"Apa yang penting, kami berjaya membuktikan pada orang, Forteen memang boleh menyanyi dan bukan sekadar bersandarkan 'wajah jambu' semata-mata. Pada masa sama, kami juga akan muncul dengan single baru yang masih dirahsiakan lagi. Bagaimanapun, single hits kami, Berdua Bersatu masih 'panas' dan tercalon dalam Muzik-Muzik. "Dari segi album penuh pula, ia akan membabitkan sebanyak enam hingga tujuh lagu dan masih menggunakan khidmat Edry KRU," katanya. Selain Izzue, kumpulan ini dianggotai tiga lagi anak muda berbakat iaitu Ariz, One dan Ameer. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19 |
Posted: Tidak dapat dinafikan, namanya lebih popular berbanding anggota kumpulan Forteen yang lain. Kerana popularitinya juga, nama Izzue tercalon dalam kategori Artis Baru Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Justeru, ada pihak yang mendakwa pelakon yang dikenali dalam filem 29 Februari dan Hantu Kapcai ini ingin bergerak secara solo demi memberi fokus pada bidang lakonan. Namun, dia menafikannya sama sekali.
"Saya masih lagi bersama Forteen sampai sekarang. Mungkin orang tak tahu, saya sudah lama berlakon sebelum bersama Forteen lagi. Impian saya ingin memastikan kedua-dua cabang seni bergerak seiringan kerana saya selesa dengan kedua-duanya sekali gus. "Bukannya setiap hari kami ada undangan persembahan kerana selalunya ia membabitkan pada hujung minggu. Jika tidak menyanyi, barulah saya mengisi masa dengan aktiviti lakonan.
"Saya juga dapat kebenaran dari anggota Forteen yang lain untuk terbabit dalam dunia lakonan. Mereka tidak menghalang minat saya kerana lakonan adalah salah satu cabang seni yang diminati, sejak dulu. "Lakonan terbaru saya ialah drama bersiri 13 episod, Bunga Merah Punya untuk Slot Aurora di saluran TV9. Drama arahan Zul Huzaimy ini terbitan Suhan Movies. "Saya masih sibuk menyiapkan baki penggambaran drama ini seperti direncanakan. Barisan pelakon lain yang terbabit dalam drama ini ialah Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli dan Nasir Bilal Khan. Selain itu, ada dua hingga tiga lagi tawaran berlakon yang diterima dan masih dalam perbincangan lagi," katanya. Antara filem baru lakonannya ialah Ular arahan Yusry Abdul Halim, Hantu Tok Mudim, Mat Tudung, Chikaro dan Kami Histeria. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan