Harian Metro: Setempat |
Posted: Seorang daripada dua peragut yang ditahan orang ramai dalam kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan berhampiran sebuah pusat beli-belah di USJ 19 di sini, menangis teresak-esak sambil merayu agar dia dilepaskan. Lelaki berusia 26 tahun itu cuba menagih simpati orang ramai dengan memberi alasan dia perlu menyara isteri dan seorang anak kecil berusia setahun.
Bagaimanapun, malang bagi kedua-dua peragut berkenaan apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dan melanggar kenderaan lain ketika cuba memecut.
"Siasatan awal mendapati, suspek pertama iaitu penunggang motosikal berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu rekod dikehendaki manakala rakannya pula tiada rekod jenayah tetapi positif ujian air kencing," katanya.
"Kedua-dua suspek berkenaan dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah ragut dan samun di daerah ini dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan lain," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan