Harian Metro: Arena |
Posted: 10 Jul 2013 02:22 PM PDT Kuala Lumpur: Tey Seu Bock yakin pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan berada di puncak prestasi pada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Guangzhou, China pada 5-11 Ogos. Beliau berkata, Chong Wei kini berada di tahap terbaik dan melakukan persiapan paling menyeluruh bersama dua lagi rakan, Chong Wei Feng dan Liew Daren.
Sambil mengakui latihan di bulan Ramadhan dijalankan seperti biasa kerana tiada pemain beragama Islam dalam skuad, Seu Bock juga mengakui Wei Feng dan Daren menunjukkan kesungguhan tinggi untuk mencipta keputusan luar biasa di Guangzhou nanti.
Datuk Lee Chong Wei "Dalam dewan pertandingan, bukan bulu tangkis saja menjadi faktor mempengaruhi permainan tapi juga keadaan angin.
|
Posted: 10 Jul 2013 01:59 PM PDT Melaka: Unit Sukan Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (RBLTAA) menganjurkan Karnival Futsal Institusi Kanak-Kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMNM) 2013 di Futsal Cheng baru-baru ini. Program kerjasama Penyelaras Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka terbabit disertai empat pasukan termasuk RBLTAA, PAKK Nyalas dan PAKK Gadek.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi Biro Sukan RBLTAA merangkap Pengurus Acara Futsal Kontinjen JKMN Melaka Azmil Sambari yang mewakili Pengetua RBLTAA Abdul Rahaman Jaafar.
Menurutnya, secara keseluruhan ramai bakat baru berjaya memperaga persembahan terbaik sekali gus membuktikan pasukan JKMN Melaka memiliki pemain berbakat untuk kejohanan di Johor kelak.
Menurutnya, latihan intensif untuk acara sukan itu akan diteruskan bagi memantapkan persembahan pasukan selain pentas membentuk pemain berwibawa menjelang kejohanan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan