Harian Metro: BeritaUtama |
3 atlet bola baling dituduh merogol Posted: 10 Jul 2013 10:48 PM PDT PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini sebentar tadi terhadap pertuduhan merogol seorang pegawai tambahan wanita ketika Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, Khamis lalu. Ketiga-tiga tertuduh yang berusia 18 dan 19 tahun masing-masing didakwa secara berasingan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada 4 Julai 2013.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala tertuduh diwakili peguam Stephanie Wong serta Datuk Suraj Singh.
|
Posted: 10 Jul 2013 03:29 PM PDT Alor Setar: Tindakan berani sekumpulan remaja bermain mercun buatan sendiri mengundang padah apabila dua daripada mereka melecur di muka dan jari kanan selepas batang paip besi yang diisi belerang meletup sebaik dicucuh api, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aiman Amzar Jamsari, 13, dan Mohamad Hanif Mohd Nawi, 14, dikatakan bermain dengan 15 rakannya di Padang Permainan Taman Bersatu, Baling, tiba-tiba menjerit kesakitan selepas mercun itu terkena muka mereka. Difahamkan, mangsa terbabit adalah kes pertama yang terkena mercun di negara ini ketika umat Islam baru menyambut hari pertama bulan Ramadan, semalam. Muhammad Aiman melecur di muka dan jari kanan dimasukkan ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini manakala Mohamad Hanif melecur di muka dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. MUHAMMAD Aiman menerima rawatan di HSB.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan