Harian Metro: Arena |
Posted: 02 Jul 2013 10:13 AM PDT Johor Bahru: Malaysia gagal mengulangi aksi cemerlang ketika menewaskan Afrika Selatan, Ahad lalu apabila tewas 1-2 kepada pasukan ranking keempat dunia, England pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia semalam. Kekalahan pertama skuad negara selepas tiga perlawanan itu juga menyaksikan mereka gagal mempertahankan kedudukan teratas Kumpulan B dan menempah laluan sukar bertemu pasukan ranking pertama dunia, Jerman pada suku akhir esok.
"Ini bukan tahap yang dimahukan. Contohnya bahagian pertahanan dan serangan mungkin keletihan selepas bertemu Afrika Selatan dan ia menjejaskan rentak permainan mereka," katanya.
PEMAIN England Oliver Willars (kanan) cuba mengawal asakan pemain Malaysia pada perlawanan semalam. Skuad bimbingan Bobby Crutchley bagaimanapun kembali memberi tekanan selepas itu tapi tiga pukulan sudut penalti dihadiahkan kepada mereka gagal disempurnakan dengan baik.
England kembali di depan pada minit ke-58 menerusi jaringan padang Barry Middleton selepas berlaku situasi kelam kabut dalam kawasan D skuad negara. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
Posted: 02 Jul 2013 10:10 AM PDT Batu Gajah: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) memberi sokongan penuh terhadap penganjuran Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013 dijadual berlangsung di kawasan pelancongan bersejarah Kellie's Castle pada 25 Ogos. Yang Dipertua MDBG Datuk Jamry Sury berkata, pihaknya menyambut baik penganjuran program di daerah itu dan disifatkan mampu melonjakkan industri pelancongan serta menarik lebih ramai peminat aktiviti sukan berbasikal ke kawasan itu.
Beliau berkata, selain memastikan program berjalan lancar, pihaknya juga mahu peserta program diberikan layanan terbaik.
Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Abdul Ghafar Ismail, Ketua Unit Perhubungan Awam Korporat MDBG Makhlis Othman serta jawatankuasa kejohanan.
Program ini menjelajah ke lima lokasi pelancongan menarik di beberapa negeri khusus untuk peminat sukan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan