Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
Mesin kilang kejuruteraan meletup Posted: 31 Dec 2012 10:45 AM PST MERU: "Mesin membuat barangan elektronik yang sedang digunakan tiba-tiba meletup menyebabkan semua pekerja berhampiran lari dan tidak sempat menyelamatkan barang seperti dompet, telefon bimbit dan barangan berharga lain," kata seorang pekerja mengenai kebakaran sebuah kilang memproses barang kejuruteraan di Jalan Haji Salleh, di sini, petang semalam. Pekerja yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 4 petang, pekerja kilang itu dikejutkan dengan letupan sebuah mesin yang beroperasi.
"Tapi, saya bersyukur kerana rakan sekerja sempat menyelamatkan diri dan tidak berlaku insiden yang tidak diingini seperti kecederaan dan kehilangan nyawa," katanya.
"Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan Kota Raja terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu berikutan kebakaran yang agak serius," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
Posted: 31 Dec 2012 07:46 AM PST "PENGIKTIRAFAN ini adalah untuk seluruh rakyat Sabah," kata penyerang Harimau Muda A kelahiran Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN. Anak muda berusia 20 tahun dari Bongawan itu mengaku terkejut apabila namanya terpilih bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.
"Mungkin kerana aksi itulah saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Wan Zack Haikal. Namun mungkin nasib lebih menyebelahi saya," katanya di Kota Kinabalu, semalam.
"Memang inilah yang saya mahu lakukan, seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia turut mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika menentang England.
Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut merangkumi Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
‘Pengalaman menakjubkan’ Posted: 31 Dec 2012 07:34 AM PST BRISBANE (Australia): Maria Sharapova menganggap tahun lalu paling bermakna dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Perancis selain membawa bendera Russia pada upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik London. "Banyak perkara yang berlaku," katanya. "Ia catatan Grand Slam yang mengambil masa agak lama buat saya berbanding pemain lain.
"Pengalaman Olimpik tidak akan saya lupakan kerana ia kali pertama menjadi Olimpian. Saya adalah atlet wanita pertama Russia membawa bendera negara dan ia amat mengharukan. Ia satu pengalaman menakjubkan." Maria yang bertanding pada kejohanan Antarabangsa Brisbane minggu ini berkata, saingan tenis wanita masa kini lebih sengit dan hebat berbanding sebelum ini.
"Tahap tidak konsisten itu menyebabkan ranking mereka tidak bagus dan saya berdepan mereka dalam beberapa pusingan awal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Posted: 31 Dec 2012 05:08 AM PST NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan 'klise' itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai. "Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki," katanya tersenyum. Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana. Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.
Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian. "Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghubungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling 'panas' tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis. "Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya," katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti. Jelasnya lagi: "Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna. "Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya. "Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan," katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway. Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah 'merampas' cinta pelakon lebih senior daripadanya. Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan. "Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!" Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: "Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat." Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman. "Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini," katanya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih. Trivia gosip Lofa Pencapaian Lofa Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
Intermezzo: Jom sambar Led Zeppelin Posted: 31 Dec 2012 04:36 AM PST Selamat Tahun Baru 2013! Pembuka tirai tahun ini saya dahulukan dengan album Led Zeppelin - nama yang bukan asing buat peminat genre blues rock dan rock 'n' roll. Kumpulan ini sangat berpengaruh dalam sejarah rock dan album Celebration Day hadir sebagai penghargaan buat peminat setia mereka dan pengasas Atlantic Records, Ahmet Ertegun. Konsert Celebration Day menampilkan persembahan barisan asal, Jimyy Page selaku pemain gitar utama, John Paul Jones (keyboard/gitar bass), Robert Plant (vokal) dengan trio turut disertai Jason Bonham, anak bekas pemain dram legenda, John Bonham.
Konsert ini menyaksikan mereka menyampaikan 16 lagu terbaik Led Zeppelin sepanjang zaman seperti Rock n Roll, Kashmir, Whole Lotta Love, Trampled Underfoot dan Stairway To Heaven. Semua lagu terbabit dirakam dalam dua CD dan satu DVD ketika konsert diadakan pada 10 Disember 2007 di 02 Arena, London.
Apapun, kenyataan itu dapat diterima kerana Paul Jones mahukan lagu konsert boleh difahami. Apa cuba disampaikan memang mudah kerana setiap lipatan kulit album dalam menyediakan petikan kata-kata setiap anggota mengenai rasional menjayakan konsert selama lebih dua jam itu. INFO: ARTIS: Led Zeppelin
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Warga Asia sambut tahun baru dengan meriah Posted: 31 Dec 2012 09:49 AM PST CANBERRA: Krisis kewangan? Kemelesetan? Tidak di Asia, tempat pertama di dunia yang menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan penuh ghairah. Myanmar yang semakin demokratik mengadakan pengiraan detik kedatangan tahun baru buat kali pertama. Jakarta merancang sambutan jalanan terbesar, sesuai dengan peningkatan ekonomi Indonesia. Di Sydney, orang ramai berkhemah sejak malam Ahad lalu di pantai pelabuhan untuk berada di tempat paling bagus ketika 1.5 juta orang dijangka berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang berpusat di Jambatan Pelabuhan Sydney.
Bagaimanapun, di New Delhi, semangat untuk menyambut tahun baru dicemari dengan kematian seorang mangsa rogol, Sabtu lalu. Hotel, kelab dan persatuan penduduk di ibu negara India itu memutuskan untuk membatalkan sambutan berkenaan, sebaliknya meminta orang ramai membakar lilin sebagai memperingati mangsa. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
3 sekeluarga mati di air terjun Posted: 31 Dec 2012 09:48 AM PST JOHANNESBURG: Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 bersama-sama anak perempuan mereka, mati selepas terjatuh ketika menyeberang sebuah air terjun di Afrika Selatan. Pasangan berkenaan bersama anak mereka berusia belasan tahun itu dipercayai berpegangan tangan ketika jatuh dari ketinggian 30 meter di air terjun berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman, Jumaat lalu.
Menurut akhbar Beeld, mereka yang terbunuh itu ialah Pieter Prinsloo, 38, isteri, Adele, 34 dan anak mereka, Shante, 13, dari Benoni, berhampiran Johannesburg. Mereka ditemui oleh pasukan penyelamat beberapa jam selepas terjatuh dari Air Terjun Rietfontein.
"Mereka tiba sehari selepas Krismas. Keluarga itu keluar bersiar-siar dan menemuii ajal di air terjun berkenaan. "Amat menyedihkan kerana ketiga-tiga keluarga itu mati bersama," kata Botha. Menurut laporan akhbar Beeld, Prinsloo dan Adele adalah pasangan kekasih sejak kecil dan bercuti kerana meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 semalam. Keluarga itu dipercayai meraikan Krismas di rumah mereka di Benoni sebelum bercuti bersama anak mereka. Kakitangan rumah peranginan itu meminta bantuan kira-kira jam 10 malam apabila keluarga itu tidak pulang. Kawasan tragedi itu adalah antara yang paling sibuk di Afrika Selatan pada musim cuti. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved