Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT "Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api. "Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.
Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga. Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.
Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera. Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya. Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad. Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi. Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi. "Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya. Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain. "Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka. "Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya. Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara. "Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya. Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya. "Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| Posted: 16 Nov 2012 10:18 AM PST AMPANG: Penutupan Jalan Ampang-Hulu Langat akan diteruskan sehingga hari ini bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin sekali gus membolehkan kerja pembersihan tanah diteruskan berikutan runtuhan yang berlaku berdekatan susur Menara Tinjau, di sini, kelmarin. Ia turut memberi ruang kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memastikan kawasan itu bebas lumpur sebelum dibuka semula kepada orang awam.
"Buat masa ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) masih lagi melakukan kerja pembersihan di atas jalan dengan runtuhan tanah melitupi tiga suku jalan atau 50 meter laluan dan keadaan ini berbahaya kepada tebing dan penduduk di Kampung Ampang Saujana yang terletak berhampiran.
"Kami akan menunggu keputusan pihak forensik JKR bagi makluman status analisis tanah dan keadaan bumi di kawasan terbabit kerana ia gagal dikenal pasti pada malam kejadian berikutan cuaca gelap," katanya.
Tinjauan Harian Metro ke tempat kejadian juga mendapati keadaan stabil dan orang awam mematuhi arahan namun kedai berhadapan persimpangan Kampung Ampang Saujana masih beroperasi seperti biasa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17 |
| Polis belum dapat arahan tahan jurujual Posted: 16 Nov 2012 10:15 AM PST SHAH ALAM: Polis masih belum mendapatkan perintah tahanan reman seorang jurujual yang melahirkan seorang bayi lelaki cukup sifat yang kemudian meninggal dunia di rumah sewanya di Jalan Haji Salleh, Meru, dekat Klang, Rabu lalu, kerana suspek masih menerima rawatan di hospital. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penahanan hanya akan dibuat selepas wanita itu disahkan pulih oleh doktor.
Difahamkan, mayat bayi malang itu sudah dituntut keluarga wanita itu kira-kira jam 2 petang semalam untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat. Namun, polis enggan mendedahkan punca kematian bayi terbabit tetapi akan mengambil keterangan daripada rakan suspek untuk melengkapkan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| Tergamam digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’ Posted: 16 Nov 2012 05:03 AM PST DIALAH antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan. Begitulah pelakon yang pernah digelar 'Pamela Anderson Malaysia'. Apa yang menarik, artis itu yang meminta agar ejaan nama komersial dirinya diperbetulkan iaitu Lana Nodin dan bukannya 'Lana Nordin', tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai 'Pamela Anderson Malaysia'. "Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai 'Pamela Anderson Malaysia'. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini. "Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.
Bakal menyambut ulang tahun ke-33 pada 6 Disember ini, Lana yang juga bekas pramugari AirAsia mendakwa ramai lagi selebriti wanita tempatan lain yang melakukan pembedahan kosmetik terhadap tubuh badan, balik-balik hanya dia seorang yang menjadi mangsa percakapan orang. Sehinggakan kemunculannya menerusi filem terbaru arahan Afdlin Shauki, terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn Bhd, Pontianak vs Orang Minyak pun menjadi topik utama. Topik yang diperkatakan tidak lain tidak bukan mengaitkan aset tubuhnya itu, dadanya yang dikatakan sebagai mangsa eksploitasi dan bahan jenaka dalam filem itu. "Ada satu babak, saya mengenakan kebaya putih yang memperlihatkan sedikit lurah dada saya, namun mungkin kerana syot kamera yang diambil dari atas menyebabkan ia nampak menonjol. Malah ada juga dialog saya digelar 'Hantu Kopek'. "Disebabkan babak itu, timbul spekulasi Afdlin seolah mahu mengambil kesempatan atas saya. Saya tak nafikan, masa dapat skrip dan juga baju, saya tanya kepada Afdlin boleh lepas ke babak macam ini. Namun selepas penggambaran, tiada masalah pula kerana babak itu diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF)," jelas Lana. Wanita berbintang Sagittarius ini secara peribadi tidak merasakan pengarah itu mahu mengaibkan dirinya di layar perak. "Kalau ada berpendapat Afdlin cuba mengambil kesempatan kepada saya, saya juga sebenarnya ambil kesempatan terhadap dia dengan menerima watak ini. Apa yang benar, saya mahu sangat timba pengalaman berlakon di bawah Adflin. "Saya lihat pembabitan saya dalam filem ini sebagai ruang dan peluang untuk saya nak bina karier saya untuk jadi artis serba boleh. Tidak terbatas pada watak penggoda dan atau perempuan jahat semata-mata. "Adakah Lana Nodin hanya layak untuk cerita-cerita sebegitu daripada memperkatakan bakatnya? Cuba bayangkan kalau saya berlakon dalam drama Hantu Susu seperti yang dibintangi Erra, tentulah isu aset saya itu akan menjadi topik lebih hangat, namun ia tidak pula menjadi isu kepada Erra," katanya. Lana, Taboo pernah intim MENGENALI wanita berbakat ini, dia nyata memiliki karektor pelbagai warna yang jika diasah mahupun diberi peluang, dia mampu menjiwai berbagai karektor yang tidak terhad sebagai watak penggoda semata-mata. Malangnya, wanita yang dilahirkan dengan nama sebenar Mazlina Hasan Nodin ini tidak diberi peluang melainkan hanya untuk watak penggoda dan pelacur saja. "Lapan tahun saya bergelar pelakon dan baru sekali saya diberikan peluang membawakan watak berat dan air mata iaitu dalam drama Takdir Qismah yang turut dibintangi Lisdawati. "Dalam drama ini, saya menerusi watak Rosmah beraksi tanpa solekan, tanpa bulu mata palsu seperti kebiasaannya, selekeh dan asyik menangis. "Mulanya, saya ragu-ragu nak ambil watak ini kerana Rosmah adalah pelacur. Saya bosan bawa watak sebegitu, tetapi selepas membaca keseluruhan skrip, saya tertarik dengan jalan cerita. "Maklum balas yang saya terima dalam kalangan kawan-kawan alhamdulillah, cukup baik untuk drama ini. Terima kasih kepada pengarah drama ini, Abang Eoon Suhaimi yang percayakan kebolehan saya. "Saya benar-benar berharap lakonan saya dalam drama itu mampu membuka mata ramai, tapi saya juga harus akur dengan waktu siaran drama itu pada bulan puasa, jam 4 petang mungkin ramai yang terlepas daripada menontonnya," katanya. Baru saja tamat daripada penggambaran drama Evolusi KL Drift yang bakal bersiaran di RTM2 sebanyak 52 episod, Lana juga tidak sabar menantikan penayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina yang menampilkan Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palare sebagai tunjang utama. "Saya mainkan watak Zahirah pembantu kepada Katerina (Maya) dan cuba merosakkan hubungan antara Katerina dengan Kasyah (Farid). Masih lagi dengan watak menggoda, tetapi saya ambil peluang ini kerana saya sendiri peminat novel yang ditulis Ahadiat Akashah," ujarnya. Pertemuan petang Selasa itu, Lana turut dikejutkan dengan sekeping gambar di samping anggota kumpulan The Black Eyed Peas iaitu will.I.am, Taboo dan apl.de.ap. Di antara tiga jejaka berkenaan, Lana kelihatan sangat intim dengan Taboo. Tambahan pula, gambar itu dipercayai diambil di majlis 'after party' selepas konsert Justin Timberlake di Opera Sydney House, Australia, beberapa tahun yang lalu sebelum Taboo mendirikan rumah tangga dengan Jaymie Dizon pada 12 Julai 2008. "Hmmm, banyak juga info yang awak tahu ya? OK saya mengaku saya pernah berkawan rapat dengan Taboo lebih kurang setahun dan lokasi gambar itu diambil juga tepat. Hubungan kami tak berjaya kerana banyak sebab, antaranya dia mahu saya menetap di Amerika Syarikat. Namun Taboo yang saya kenal seorang lelaki yang baik. "Dia tak merokok dan tak minum. Dulu-dulu dia pernah, tapi selepas keluar dari pusat pemulihan, dia sudah berubah. Dia selalu cakap pada saya, kalau dia ikat rapi rambutnya ke belakang itu maknanya dia 'clean'. "Kami berkenalan di sebuah 'party' sekitar Kuala Lumpur. Dia minta nombor telefon saya dan keesokannya minta saya temankan dia makan tengah hari. Saya cadangkan beberapa nama restoran yang sedap, antaranya di Shook! "Saya kemudian mengambilnya di hotel dan tak sangka masa tu semua anggota Black Eyed Peas turut ada sama. Sejak daripada itulah kami jadi lebih rapat," katanya. Banyak rahsia yang dikongsi, namun hanya sedikit informasi dapat diceritakan Lana kepada umum. Dia enggan mengulas panjang hubungannya dengan Taboo apatah lagi bintang antarabangsa itu sudah berkahwin. Pernah juga dikaitkan juga dengan seseorang berstatus 'jutawan muda', Lana kini bagaimanapun enggan mengenang percintaan yang berkubur selepas 10 tahun menjalinkan hubungan. Apatah lagi ketika ini Lana dikatakan sudah menemui pengganti, seorang model terkenal dari Republik Czech, bernama Pavel Michalec, 23. Pavel bekerja di Agensi Bangkok, Thailand dan hubungan Lana dengan jejaka itu dihidu ramai pihak apabila Pavel sendiri yang menulis nama Lana dalam kotak 'In Relationship' di facebook (fb). "Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berkawan. Selagi tidak terbukti dengan apa-apa ikatan, saya tak anggap hubungan ini sesuatu yang serius. Saya perlu lihat kesungguhan Pavel jika dia mahukan saya, salah satunya mendalami Islam," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16 |
| Soseh Soseh: Erma sorok skrip Siti Hasmah? Posted: 16 Nov 2012 04:47 AM PST DI sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang berdiri teguh di belakangnya meniupkan semangat dan memberi kekuatan. Begitu jugalah dengan bekas Perdana Menteri yang sangat kita sayangi iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Di mana ada beliau, pasti Tun Dr Siti Hasmah ada di sisinya. Kini jasa dan pengorbanan kedua-dua insan itu diabadikan dalam bentuk pementasan teater di Istana Budaya (IB). Sangat menarik SS rasa kerana teater arahan Erma Fatima ini memaparkan pengorbanan dan dilema yang selama ini dipendam oleh bekas Wanita Pertama Malaysia itu. Sebagai suami dan isteri serta ibu bapa kepada anak-anak, mereka tentunya ada tanggungjawab yang sangat besar.
Adakah kehidupan seharian mereka sama seperti keluarga lain? Jawapannya tentulah tidak. Meskipun tidak mungkin dapat mengupas keseluruhan kisah hidup suami isteri yang berjasa kepada negara itu dalam sebuah pementasan, SS percaya tidak banyak, sedikit pun ia akan membuka mata kita. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu serba sedikit permulaan kisah cinta mereka dan tugas Tun Siti Hasmah dalam rumah tangga dan sebagai doktor. Sebelum ini, Muzikal Tun Mahathir sudah pun dipentaskan CTRA Production di Panggung Sari pada September 2011 dan kali ini tiba giliran kisah hidup Tun Siti Hasmah pula.
Ia mula dipentaskan sejak 9 November lalu dan akan berakhir pada Isnin ini. Antara barisan pelakon yang menjayakan teater ini, Lisa Surihani dan Nazim Othman sebagai Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir ketika remaja. Eja dan Esma Daniel pula muncul sebagai Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir ketika sudah dewasa. Pembukaan teater ini antara lain menonjolkan rentetan perjalanan hidup Tun Siti Hasmah bersama Tun Dr Mahathir menjalani usia remaja mereka di Universiti Malaya (UM) serta sehingga berputik perasaan cinta yang sungguh romantik. Ia berpanjangan sehingga ke jenjang pelamin. Memandangkan Tun Siti Hasmah seorang yang suka merendah diri, tiada kontroversi sebenarnya dalam kehidupan wanita yang tabah ini namun Erma masih cuba mencungkil apa yang selama ini tersembunyi di sebalik lubuk hatinya. SS difahamkan juga Erma sebenarnya tidak menunjukkan langsung skrip teater itu kepada Tun Siti Hasmah kerana mahu memberi kejutan kepada beliau apabila datang menonton. SS faham sebagai memenuhi tuntutan komersial, tentu ada diselitkan babak fiksyen sebagai tarikan. Namun asas fakta dan cerita tetap dijaga Erma. Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan kepada pementasan itu, Tun Dr Mahathir sendiri datang ke IB minggu lepas untuk memberikan semangat kepada semua kru dan pelakon pementasan itu. Memang hebat jiwa rakyat Tun Dr Mahathir kita. SS: Memang tertunggu-tunggu filem Tanda Putera yang dikatakan sangat hebat. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: BeritaUtama |
| Tuli puja ‘batu geliga’ Posted: 16 Nov 2012 10:38 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli 'batu geliga' yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu. Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia. Zaidi berkata, ketika membeli geliga itu dia diberitahu kuasa hikmat batu hanya menjelma jika dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan. "Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17 |
| Posted: 16 Nov 2012 10:38 AM PST SEREMBAN: "Saya terkejut sebaik mahu membayar tol, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang merempuh kereta saya hingga meluncur laju dan melanggar palang tol," kata A Mohindaran, 52, mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Plaza Tol Setul menghala Seremban, di sini, semalam. Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, kereta Proton Persona dinaiki tujuh sekeluarga merempuh belakang kereta dinaiki Mohindaran menyebabkan seorang daripada mereka patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan termasuk dua kanak-kanak. Mohindaran berkata, dia yang menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Pilah dari ibu kota tidak sempat membayar tol akibat kejadian itu. "Kejadian terlalu pantas apabila saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta meluncur laju ke depan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Global |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| Posted: 16 Nov 2012 07:50 AM PST ANGIN Pulau Pangkor diharap mampu meredakan tekanan dihadapi skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal pada masa ini. Program selama tiga hari bermula semalam di Pan Pacific Resort, Perak diatur tepat pada waktunya ketika 24 pemain amat memerlukan rehat serta program motivasi untuk menyuntik semangat menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad depan.
"Walaupun masa ini digunakan untuk pemain berehat tapi ia tetap diisi pelbagai program bagi meningkatkan semangat dan kerjasama berpasukan.
Bagaimanapun Subahan tetap yakin, Harimau Malaya akan kembali 'segar' selepas bercuti dan mereka sebenarnya seperti 'harimau terluka' apabila turun membuka kempen Kumpulan B menentang Singapura.
Malaysia yang melakar sejarah muncul juara Piala AFF buat kali pertama dengan menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 pada final 2010 akan bersaing bersama pasukan naib juara itu serta Singapura dan Laos dalam Kumpulan B.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16 |
| McIlroy gagal pertahan gelaran Posted: 16 Nov 2012 07:44 AM PST FANLING (Hong Kong): Pemain nombor satu dunia serta juara bertahan, Rory McIlroy, kini terlepas peluang mempertahan gelaran Terbuka Hong Kong akibat masalah pukulan putt dan juga terlalu letih. Pemain berusia 23 tahun itu sedar perlu melakukan catatan rendah selepas memulakan aksi dengan tiga atas par 73, semalam.
Dia mencatat bogey pada lubang keempat, selepas puttnya sedikit tersasar, ketujuh akibat gagal mengagak kepantasan green dan kelapan apabila puttnya tersasar sekali lagi.
"Saya bermasalah di par lima lubang ke-11 dan ia merosakkan permainan hari ini.
"Kini saya perlu memperbaiki pukulan putt sebelum beraksi di Dubai minggu depan," kata juara PGA Amerika Syarikat (AS) itu. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright 2010 All Rights Reserved