Ahad, 23 Disember 2012

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Mahu senjata lawan senjata

Posted: 22 Dec 2012 01:48 PM PST

WASHINGTON: Kumpulan pelobi senjata berpengaruh di AS semalam menggesa polis lengkap bersenjata ditempatkan di semua sekolah sebagai reaksi serangan kejam meragut 27 nyawa di Newtown minggu lalu.

Ketua Eksekutif Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA), Wayne LaPierre, berkata cubaan menjauhkan senjata api dari sekolah tidak berkesan, malah menjadikan institusi pembelajaran itu lebih terdedah kepada bahaya berbanding lapangan terbang, bank serta bangunan awam lain yang dikawal. "Satu-satunya tindakan yang boleh menghalang penjahat bersenjata api adalah individu baik yang dilengkapi senjata api," katanya di sidang media.


Minggu lalu, 20 kanak-kanak di Sekolah Rendah Sandy Hook, Connecticut, dan enam orang dewasa maut selepas ditembak Adam Lanza yang mengamuk secara tiba-tiba.

Adam, 20, tiba ke sekolah itu membawa pelbagai jenis senjata api, termasuk raifal berkeupayaan tinggi.


LaPierre berkata, pihak berkuasa perlu memastikan semua sekolah dikawal anggota polis bersenjata apabila sesi persekolahan bersambung selepas cuti Krismas Januari depan.


"Adakah sesiapa yang benar-benar yakin bahawa Adam Lanza seterusnya tidak merancang serangan ke atas sebuah sekolah yang dikenal pasti pada detik ini?" katanya.

Sementara itu, tragedi di Newtown itu kian dikenang apabila seorang lelaki bersenjata pistol menembak mati tiga mangsa di Frankstown Township, Pennsylvania, sebelum dia dibunuh polis ketika melarikan diri menaiki sebuah lori pikap, semalam Tiga anggota keselamatan Pennsylvania turut cedera dalam usaha mereka menahan lelaki terbabit.


Sehingga petang semalam, polis masih mencari motif serangan berkenaan. Jurucakap polis berkata, mereka tidak yakin kejadian itu berpunca daripada pergaduhan domestik.

"Tetapi kami juga tidak tahu motif sebenar kerana suspek tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana mangsa terbabit," katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



Penunjuk perasaan antirogol digempur polis

Posted: 22 Dec 2012 01:43 PM PST

NEW DELHI: Polis India semalam menggempur penunjuk perasaan yang menuntut supaya golongan wanita negara itu diberi perlindungan lebih baik, semalam.

Polis melepaskan gas pemedih mata, memukul dan menyembur air bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pintu India di tengah New Delhi sebelum cuba berarak ke Istana Presiden.


Tunjuk perasaan yang masuk hari keenam semalam mendesak "keadilan" diberikan kepada mangsa serangan seksual ketika seorang daripada mangsa rogol berusia 23 tahun berada dalam keadaan kritikal di hospital. Minggu lalu, enam lelaki mabuk menaiki bas sebelum mereka menyerang seorang mahasiswa fisioterapi serta temannya yang berusia 28 tahun.

Gadis terbabit kemudian dirogol bergilir-gilir sebelum mangsa dan rakannya dicampak keluar dari kenderaan berkenaan. Sebelum dirogol, mangsa diserang dengan batang besi, menyebabkan dia mengalami kecederaan dalaman yang serius. Polis dipanggil ekoran sebahagian penunjuk perasaan mula melontar batu. Kekecohan berlaku sebaik saja penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan dan berarah ke Istana Presiden. Doktor di hospital pula berkata, wanita mangsa rogol itu masih kritikal tetapi keadaannya stabil.


Doktor berkata, mangsa tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan hayat dan sangat optimis dia akan selamat. Data kerajaan menunjukkan, jumlah kes rogol di New Delhi meningkat 17 peratus dari 2011 kepada 661 tahun ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Gelaran ketujuh

Posted: 22 Dec 2012 01:38 PM PST

PEMAIN skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol David, merangkul gelaran Terbuka Dunia ketujuh selepas menumpaskan Laura Massaro dari England pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia, semalam.

Menurut laman sesawang rasmi pertandingan itu, www.worldopensquash.com, pemain berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu menyingkirkan pemain pilihan ketiga itu dalam masa kurang setengah jam.


Pada perlawanan akhir di Camana Bay, Kepulauan Cayman, Nicol tidak berdepan masalah menumpaskan Laura, 11-6, 11-8, 11-6.

"Sukar untuk saya percaya," kata Nicol. "Saya puas hati. Laura bermain dengan baik dan berjuang untuk mendapat mata, saya tidak dapat berehat langsung. "Saya fokus pada perlawanan ini tapi perlu lebih cemerlang kerana mahu menang. Saya terlalu inginkan gelaran ini, menang sekali lagi di Kepulauan Cayman, gelaran dunia ketujuh, saya mahukan semuanya!" Nicol turut menghargai pengalamannya pada kejohanan itu.


"Terima kasih kepada penyokong di Cayman atas semangat mereka, lebih hebat berbanding tempat yang pernah kami kunjungi sebelum ini," katanya yang turut bercadang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kepulauan itu sebelum pulang.


Laura yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu, mengucapkan tahniah kepada Nicol.

"Saya bangga dapat mara ke final tapi sedikit kecewa kerana gagal menewaskannya," katanya.


"Anda perlu bekerja lebih keras untuk menewaskannya, dia jarang tewas dan saya mencari jalan melakukannya tapi dia berjaya mengatasi setiap gerakan saya.

"Saya mengharungi kejohanan serta pengalaman yang hebat. Tahniah kepada Nicol kerana menang satu lagi gelaran." Dengan kemenangan itu, Nicol mencipta sejarah tersendiri dan skuasy wanita untuk menjulang tujuh gelaran dunia. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



Semen Padang serius

Posted: 22 Dec 2012 01:35 PM PST

DERBY Minangkabau antara pasukan Negeri Sembilan menentang juara Liga Perdana Indonesia, Semen Padang kali ini bukan sekadar menyatukan semangat Nusantara sebaliknya menjadi medan untuk kedua-dua pasukan menguji pemain bagi menghadapi musim baru.

Jurulatih kecergasan Semen Padang, Irwan Shah berkata, pasukan itu memilih pemain terbaik untuk berdepan Skuad Rusa meskipun terpaksa membahagi dua pasukan dengan pasukan kedua kini berada di Acheh untuk menghadapi perlawanan akhir Piala Gabenor.


"Kami hormati dan hargai kehadiran Negeri Sembilan, sebab itu kami pilih menurunkan pemain terbaik menentang mereka," kata Irwan Shah.

Ini bermakna tiga pemain kebangsaan Indonesia berada dalam pasukan Semen Padang menentang Negeri Sembilan iaitu kapten Ellie Aiboy, Wahyu Wijiastanto dan Novan Setyo Sasongko.


Sementara ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Alves yang hanya membawa 19 pemain berkata, beliau juga serius menghadapi perlawanan ini hingga mengetepikan pemain yang masih dibelenggu kecederaan.


"Perlawanan ini amat penting untuk mengukur keserasian dan persefahaman pemain. Menang atau kalah tidak penting tapi saya mahu melihat peningkatan kualiti permainan, sebab itu saya terus ketepikan pemain yang masih belum cergas dan mengalami kecederaan," kata Divaldo.

"Saya mahu pemain menguasai bola petang esok (petang ini) kerana mahu terapkan permainan sebenar pasukan." Antara pemain yang belum cergas dan tidak dibawa ke Padang adalah timbalan kapten, Nurhafiz Zamani Misbah, Mohd Zulfaizham KaIs, Mohd Radzuan Abdullah, Muszaki Abu Bakar, Mohd Firdaus Azizul dan Abdul Halim Zainal.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



Kredit: www.hmetro.com.my

Sabtu, 22 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


URB mula beroperasi

Posted: 21 Dec 2012 04:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang baru dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan operasinya jam 9.30 malam kelmarin dalam usaha mengurangkan jenayah di kawasan tumpuan orang ramai.

Ketua Unit Rondaan Motosikal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Inspektor Rastam Affandi Md Ramli berkata, bagi kawasan Dang Wangi, sebanyak 24 motosikal disediakan untuk beroperasi 24 jam di kawasan tumpuan orang ramai dan taman perumahan.


Menurutnya, URB beroperasi tiga syif tugasan dengan setiap rondaan menggunakan lima motosikal yang melakukan rondaan di kawasan tumpuan, sekali gus mendekati masyarakat bagi mendapatkan maklum balas mereka berkaitan jenayah.

"Penubuhan unit ini diharap dapat menyasarkan penurunan jenayah jalanan, malah memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa jenayah jalanan terkawal dan menurun.


"Kami harap orang ramai akan berasa selamat daripada ancaman jenayah dengan adanya unit URB ini," katanya pada sidang media di Balai Bergerak IPD Dang Wangi di hadapan pusat beli-belah Pavillion, Bukit Bintang, di sini, malam kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kiamat tak jadi

Posted: 21 Dec 2012 08:36 AM PST

LONDON: Jika anda masih hidup pada hari ini maka jelas ramalan kaum Maya bahawa dunia berakhir semalam ternyata silap.

Pakar mendapati bahawa kalendar Maya meramalkan semuanya berakhir tepat jam 11.11 malam semalam.


Bagaimanapun, hari ini dunia masih ada dan hari masih berterusan. Puluhan orang yang membanjiri Kampung Bugarach di Perancis kerana menyangka mereka berada di satu-satunya tempat paling selamat daripada kiamat boleh pulang ke kediaman masing-masing.

Di tempat persembunyian lain, termasuk peluang untuk menyewa kubu bawah tanah Josef Stalin dengan harga AS$1,500 (RM4,590), mereka juga boleh pulang ke rumah. Bagaimanapun, mereka yang menyewa kubu 210 kaki bawah tanah itu bernasib baik kerana akan memperoleh 50 peratus daripada bayaran itu kerana kiamat tidak berlaku.


Sementara itu, di Serbia, tempat perlindungan di Gunung Rtanj yang berbentuk piramid dibanjiri golongan fanatik. Legenda tempatan menyatakan gunung itu pernah menelan ahli sihir jahat yang hanya akan dibebaskan pada hari kiamat dalama bentuk bola api. Bahagian dalam gunung itu kononnya menjadi tempat selamat untuk berlindung kerana dipercayai ahli sihir terbabit akan memusnahkan seluruh dunia.


Sementara itu, beberapa lombong arang batu lama dibuka sebagai ruang selamat untuk puluhan yang tiba di situ.

Sirince, perkampungan kecil di Turki yang terkenal dengan wainnya, juga dianggap sebagai lokasi selamat ekoran kawasan itu hampir dengan tempat di mana Virgin Mary kononnya hidup hingga dia meninggal dunia.


Di China, ramalan itu sudah pun menimbulkan masalah apabila pihak berkuasa negara itu menahan lebih 900 orang minggu ini.

Sekumpulan penganut Kristian berdepan masalah apabila menyebarkan khabar angin mengenai dunia akan kiamat menerusi risalah, cakera padat, buku dan bahan lain yang kemudian dirampas.


Mereka yang ditahan dilaporkan adalah kumpulan Almighty God yang juga dikenali sebagai Eastern Lightning. Pihak berkuasa di Qinghai berkata, mereka melancarkan operasi terhadap kumpulan itu dengan mendakwa mereka menyerang Parti Komunis dan kerajaan. Imej palsu bandar raya Sydney ditawan meteor berapi dan makhluk gergasi tersebar luas di Internet.


Lima individu hippie, termasuk seorang yang mengacukan pistol Taser dihalang polis Perancis ketika mereka cuba memasuki Bugarach. Kampung di kaki banjaran Pyrenees itu dikatakan mengandungi garaj UFO yang akan membawa orang ramai keluar dari bumi ketika kalendar Maya berakhir. Pengikut hari kiamat di sini yakin bahawa tidak akan ada tarikh 22 Disember untuk semua kecuali mereka yang melarikan diri ke desa yang mempunyai 189 penduduk itu.


Jumlah itu meningkat tiga kali ganda semalam dengan 200 wartawan yang kebanyakannya mempercayai aliran New Age turut serta.


Bagaimanapun, 100 anggota polis yang membuat sekatan jalan raya berkata, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke kampung itu sehingga hari Krismas. Sementara itu, Datuk Bandar Bugarach, Jean-Pierre Delord turut meminta golongan fanatik tidak memasuki kampung berkenaan.


"Kami tidak mahu orang ramai ke sini atas sebab tidak wajar dan kami tidak boleh bertolak ansur dengan jumlah pengunjung yang ramai," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Model kahwini pembunuh kembar

Posted: 21 Dec 2012 08:30 AM PST

BUENOS AIRES: Seorang wanita Argentina memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki yang membunuh kembarnya.

Perkahwinan itu diadakan dua tahun selepas kematian kembar wanita yang mempunyai kerjaya sebagai model itu. Edith Casas berkahwin dengan Victor Cingolani semalam di sel tempat Cingolani menjalani hukuman penjara 13 tahun kerana membunuh saudara kembarnya, Johana Casas yang juga model.


Johana dibunuh beberapa hari sebelum hari jadinya yang ke-20 pada 2010. Mahkamah mendapati Cingolani bersalah menembak mati Johana di bandar Pico Truncado, kira-kira 1,931 kilometer di selatan Buenos Aires.

Bagaimanapun, tindakan Edith diselar keluarganya yang menyifatkan dia sakit jiwa.


Mereka tidak menghadiri majlis perkahwinannya. Malah, bapa Edith, Valentin Casas berkata, dia tidak mahu mengakui Edith sebagai anaknya lagi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Adira mula kecut perut

Posted: 21 Dec 2012 06:07 AM PST

DIA bukan bergelar juara Akademi Fantasia (AF) seperti rakan seperjuangannya seperti Hafiz, Stacy mahupun Hazama. Namun, pelantun lagu Ombak Rindu kelahiran Kundasang, Sabah ini juga memiliki kelasnya tersendiri. Bukan saja bersandarkan paras rupa jelita dengan kulit putih melepak, naib juara AF musim kelapan ini juga memiliki pakej lengkap untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni tanah air.

Tahun ini saja, nama Adira tercalon dalam dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) menerusi lagu duetnya bersama Hafiz (Ombak Rindu) dan pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 melalui kategori Penyanyi Wanita Popular.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 22, mengakui bersyukur dengan apa yang dikecapinya hari ini.

"Sepanjang lebih tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni, sudah bermacam ujian, gosip mahupun kontroversi sudah dilalui untuk berada pada tahap ini.

Namun, saya terus cekal mengharungi semua keperitan itu demi minat yang cukup mendalam dalam bidang nyanyian. Ia impian dalam hidup saya, sejak dulu.

"Kini, fokus saya untuk mengukuhkan lagi nama dan karier seni. Saya perlu bekerja dua kali ganda daripada orang lain kerana perlu bersaing dengan kemunculan ramai artis baru ketika ini," katanya.

Berkongsi persiapannya pada AJL27 yang hanya tinggal lagi tiga minggu, kata Adira, debaran semakin dirasainya ketika ini.

"Apabila berdebar, saya akan kerap ke tandas untuk menghilangkan perasaan gemuruh itu. Debaran sudah dirasai sekarang itu belum lagi berada di pentas nanti.

"Dari segi persiapan pula, paling penting adalah aspek vokal dan tahap kesihatan dengan mendapat rehat yang cukup sekali gus memberikan yang terbaik pada persembahan nanti.

"Selain itu, saya dan Hafiz juga perlu mencari masa sesuai untuk berlatih kerana agenda masing-masing padat. Kami juga ada gimik dalam persembahan nanti tapi saya tidak boleh beritahu sekarang," katanya.

Ditanya kekuatan lagu ciptaan Zaidi itu, Adira sendiri mengakui tarikan yang ada pada lagu berkenaan.

"Lagu ini sendiri meninggalkan kesan mendalam pada diri saya selaku penyanyi.
Lagu ini memang 'berhantu'. Setiap kali memenuhi undangan persembahan termasuk meraikan majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Diana Danielle dan Farid Kamil baru-baru ini, lagu Ombak Rindu juga yang diminta peminat. Saya pun tak mampu untuk menolak.

"Justeru, saya sangat gembira apabila lagu Ombak Rindu berjaya mara ke peringkat akhir AJL27. Lagu dan lirik Ombak Rindu memang kuat kerana jika tidak pasti lagu ini tidak akan menonjol seperti sekarang.

"Sebagai penyanyi kami janjikan yang terbaik atau 'all out' kerana ingin melihat semua orang gembira nanti," katanya.

Kalah atau menang, adalah adat dalam mana-mana pertandingan pun. Justeru kata Adira, dia hanya menyerahkan perkara itu pada soal rezeki. Saya tak nak letak harapan terlalu tinggi pada lagu Ombak Rindu kerana kalau kalah, saya juga yang akan kecewa nanti.

"Sebagai penyanyi, tanggungjawab saya buat 'all out' dan jika tewas pun kita tak berasa terkilan. Pada masa sama, semua 12 finalis yang bertanding pada AJL27 memiliki kekuatan tersendiri dan ada peluang untuk menang. Saya pun suka semua lagu yang bertanding kali ini kerana semuanya bagus," katanya.

Adira pernah dua kali mara ke AJL menerusi single pertamanya, Ku Ada Kamu pada 2011. Begitu juga pencalonan dalam ABPBH 2012, kata Adira, dia juga hanya menyerahkan keputusan pada soal rezeki.

"Tercalon dalam ABPBH pada tahun ini membuktikan peminat masih menyokong karier seni saya. Itu sudah cukup. Kalah atau menang ketentuan Tuhan.

"Kalau menang, ia adalah bonus untuk menyuntik semangat artis terus memberikan yang terbaik selepas ini." katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Adira, album penuhnya juga masih dalam proses pembikinan lagi dan dijangka siap pada tahun depan.

Adira tidak mencari cinta

WANITA secantiknya pasti tidak terlepas daripada dikaitkan dengan mana-mana artis lelaki terutama yang digandingkan dengannya dalam lagu atau drama. Selepas Hafiz, kisah cintanya dengan AG (Coco) juga dikatakan menemui noktahnya, baru-baru ini.

Menyusul selepas itu, Adira dikaitkan pula dengan pasangannya dalam drama Tiara iaitu pelakon Aliff Aziz sedangkan mereka sekadar 'bercinta' dalam drama untuk Astro Prima itu saja.

Adira dan Aliff juga rapat kerana mereka juga berduet menerusi lagu Keabadian Cinta yang juga lagu tema drama Tiara ciptaan Manusia Putih. Hakikatnya, sampai saat ini, Adira masih belum ada teman istimewa lagi.

Ditanya kenapa dia masih solo tanpa pengganti, kata Adira, sampai sekarang dia belum bertemu lelaki yang sesuai untuk mengisi kekosongan hatinya.

"Bukan mudah untuk mencari lelaki yang baik untuk dijadikan teman istimewa atau calon suami. Bagi saya cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah ia datang dengan sendirinya.

"Saya juga tidak pandang dari segi paras rupa kerana yang penting dia calon yang tepat untuk menjadi teman hidup kita," katanya.

Bagaimanapun, kata Adira, dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta semula dengan Hafiz selepas ini.

"Namun buat masa ini, kami lebih selesa berkawan rapat saja dan fokus pada karier seni masing-masing," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21



‘Tergamak kakak kahwin lari’

Posted: 21 Dec 2012 05:52 AM PST

MISTERI kehilangan pelakon siri Trilogi Cinta yang sudah sebulan tiada khabar, Siti Fazurina Mohd Famir atau Fazurina, 30, akhirnya terjawab apabila dikhabarkan kahwin lari dengan lelaki pilihannya, kelmarin.

Tiada angin tiada ribut, majlis yang diadakan dua hari lalu itu juga ternyata tidak diketahui ahli keluarganya sehinggalah ada saksi dalam keluarga memberitahu mereka.

Gagal menghubungi untuk mendapatkan kenyataan pelakon itu sendiri, adiknya, Siti Fazurita Mohd Famir, atau Fazurita, 27, menjelaskan kepada Harian Metro semalam kebenaran mengenai pernikahan mengejut itu.

Dia akui sangat terkilan dan tidak menyangka kakaknya sanggup berbuat demikian.


"Sudahlah kakak menghilang selama sebulan dan tidak menghubungi kami langsung, tiba-tiba dia kejutkan pula kami dengan perkahwinan itu. Saya paling kasihan pada ibu kami kerana disebabkan perkara itu, dia merasakan dirinya langsung tidak penting lagi di hati Fazurina.


"Kami sekeluarga memang membantah perhubungannya dengan lelaki itu kerana bukan saja tiada pekerjaan malah hanya bergantung dengan pendapatan kakak saya.

"Malah kakak saya juga pernah mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka tidak lama dulu kerana sudah tidak tahan dengan lelaki berkenaan. Dia beriya-iya mahu memulakan hidup baru dan nekad melupakan Haikal.

"Bagaimanapun, hal itu tidak berlanjutan lama apabila dia kembali menjalin hubungan dengan lelaki itu malah tergamak kakak kahwin lari," katanya.

Apapun, lebih mengecewakan katanya, saudara lain turut bersekongkol dalam urusan perkahwinan itu tanpa memaklumkan langsung kepada mereka.

Menurut Fazurita, mereka hanya berbuat demikian sebaik acara itu selesai dan meminta ibunya reda dan menerima hakikat itu.

"Sampai hati mereka merahsiakan perkara itu padahal kami ada menghubungi mereka bertanyakan sekiranya ada perkhabaran mengenai Fazurina selepas sebulan lamanya dia tidak pulang rumah.

"Rupa-rupanya, mereka juga terbabit dan membantu dalam persiapan itu. Kami ada bertanya juga beberapa kali namun mereka sering memberi alasan mengatakan tidak tahu apa-apa.

"Sehinggalah pagi kelmarin, kakak menghantar SMS kepada abang saya memaklumkan dia akan berkahwin petang itu. Sebaik saja majlis tamat, bapa saudara saya pula menghubungi ibu menyuruhnya reda saja dengan pilihan anaknya itu," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan mengenai pelakon yang popular menerusi siri Dunia Anita itu menamatkan zaman bujang dengan penuh kontroversi apabila dikatakan bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang, petang kelmarin.

Menurut sumber terdekat pelakon terbabit, perancangan untuk acara akad nikah itu dibuat secara senyap tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun ibu pelakon itu.

Mereka juga kurang berkenan dengan lelaki pilihannya yang sudah dikenali kira-kira dua tahun itu kerana tidak bekerja dan tiada sumber pendapat tetap.

Fazurina pernah popular menerusi drama siri antaranya Puteri, Kelab Jeng Jeng, Misi Betty, Biarlah Rahsia serta telefilem seperti Relung Kasih, Pusara Ku Pelamin Ayah, Ingin Terbang Jauh dan Tipah Torpedo.

Pelakon komedi kelahiran Sungai Petani, Kedah dan anak kedua daripada lima adik-beradik itu juga pernah membintangi beberapa filem termasuklah Senario XX (2005), Estet (2010), Hantu Bukit Cina (2011 dan Baik Giler (2012).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bakar hingga perut terburai

Posted: 21 Dec 2012 04:27 PM PST

JOHOR BAHRU: "Ia perbuatan manusia yang lebih keji daripada haiwan," kata Mohd Akbar Mohd Shah, 41, yang menemui mayat kanak-kanak perempuan dalam keadaan 80 peratus terbakar dan perutnya terburai, semalam.

Mayat kanak-kanak berusia lebih setahun itu ditemui di tapak bekas Flat Bukit Chagar, Jalan Salleh, di sini, jam 4.15 petang.

Mohd Akbar berkata, mayat bayi itu pada mulanya ditemui abangnya, Mohd Azhar, 42, yang melalui kawasan itu lalu memaklumkan kepadanya.

"Pada mulanya, abang saya menyangkakan objek itu anak patung, namun terkejut apabila mendapati ia mayat kanak-kanak perempuan yang dibakar hingga perutnya terburai.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendekati mayat itu dan amat sedih melihat keadaannya. Hampir keseluruhan tubuhnya terbakar, tapi masih ada cebisan kain dipercayai baju dipakainya," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Derita lembik

Posted: 21 Dec 2012 04:27 PM PST

SEREMBAN: "Setiap kali memegang tubuhnya yang lembik disebabkan penyakit saraf saya perlu berhati-hati kerana bimbang anak berasa sakit. Apatah lagi dia belum boleh bercakap dan saya dapat merasakannya apabila dia mengalirkan air mata."

"Memang sedih melihat anak tidak ceria seperti kanak-kanak lain, tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi yang mengurniakan kami dengan anak yang kurang sempurna." Begitu luahan Norliyana Abdullah, 25, mengenai anak tunggalnya, Ahmad Wafiy Adli Hisham yang menghadapi penyakit saraf sejak berusia empat bulan.


Menurutnya, anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring.

"Ketika melahirkannya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Ahmad Wafiy berkeadaan normal, tetapi dikesan menghadapi masalah saraf ketika usianya empat bulan. Dia diberikan rawatan di hospital berkenaan termasuk dengan doktor pakar, namun sehingga kini keadaannya tidak berubah," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.


"Sebelum ini kami membawanya ke HTJS setiap sebulan sekali tetapi sudah hampir setahun tidak membawanya kerana masalah kenderaan dan beberapa halangan lain," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.


Norliyana berkata, dia menggunakan sepenuh masa menjaga Ahmad Wafiy yang memerlukan perhatian serius dari segi pemakanan dan kesihatan bagi memastikan anaknya tidak ditimpa masalah lain.

Menurutnya, anaknya mudah mendapat demam jika tidak dijaga dengan betul dan khuatir akan menjejaskan pembesarannya.


"Anak saya memerlukan makanan tambahan iaitu sejenis vitamin khusus untuk saraf seperti disyorkan doktor pakar yang boleh didapati di beberapa farmasi pada harga RM175 bagi 30 biji.

"Doktor juga menyarankan Ahmad Wafiy menggunakan alat penyokong leher dan badan iaitu sebahagian proses terapi bagi membolehkan tulangnya kembali kuat, namun kami belum dapat membelinya kerana suami, Adli Hisham Abas, 34, tidak mampu dari segi kewangan," katanya.


Katanya, suaminya hanya bekerja sebagai pembantu kedai di Paroi dengan pendapatan RM25 sehari, justeru itu dia pasrah dan mengharapkan anaknya dapat dibantu bagi membolehkannya membesar seperti kanak-kanak normal lain.


"Ibu mana yang tidak inginkan anaknya cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Semuanya ini dugaan yang terpaksa saya tempuh dan berdoa supaya Ahmad Wafiy dapat pulih seperti biasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/22



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved