Sabtu, 9 Februari 2013

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


CEMBURU KRONIK

Posted:

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. "Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.


"Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

"Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid," katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.


Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.


"Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

"Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas," katanya.


Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

"Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. "Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami," katanya.


Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan 'pemeriksaan'. "Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Perompak tersalah mangsa

Posted:

Malang bagi seorang daripada empat penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di Kediaman Pegawai Kanan Kerajaan Assam Kumbang di sini, apabila dia terbunuh akibat terkena berapa das tembakan oleh pemilik rumah berkenaan iaitu bekas timbalan ketua polis daerah di Kedah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang perompak yang bertopeng dan bersenjatakan parang mati akibat ditembak kira-kira 100 meter dari rumah berkenaan ketika cuba melarikan diri bersama rakan-rakannya.


Pemilik rumah berkenaan, Abd Jalil Abd Wahab, 63, iaitu bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar berkata, hanya menyedari sesuatu tidak kena apabila anak perempuannya menjerit meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya bertalu-talu.

"Saya bersama isteri, Azizah Saad, 61, yang terjaga daripada tidur berasa tidak sedap hati dan mengambil pistol yang diletak di tepi almari.


"Sebelum membuka pintu bilik saya sempat melihat paparan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bilik tidur saya untuk memastikan keadaan di luar bilik dan terkejut melihat beberapa lelaki dewasa berdiri di hadapan pintu biliknya.


"Saya jadi berang apabila mendapati penjenayah menjadikan anak saya sebagai 'umpan' bagi memaksa saya membuka pintu.

"Saya membuka pintu perlahan-lahan sebelum melepaskan tembakan ke arah penjenayah yang ketika itu tidak menyangka saya memiliki senjata api," katanya.


Menurutnya, selepas tembakan pertama, dia melepaskan beberapa das lagi tembakan yang dipercayai mengenai penjenayah terbabit.

"Kumpulan penjenayah itu kelam-kabut melarikan diri, tetapi saya tidak bertindak mengejar mereka kerana memikirkan keselamatan anak, menantu serta cucu yang berada di rumah ketika itu. "Saya hanya mendapat tahu seorang penjenayah dipercayai warga Indonesia mati tidak jauh dari rumah saya," katanya yang sudah bersara sebagai polis pada 2005, Sementara itu, anaknya yang dijadikan tebusan, Jazlina Abd Jalil 28, berkata, kumpulan penjenayah menawannya ketika dia sedang tidur bersama suami, Adi Hafiz Yusop, 34, di tingkat atas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Pertaruh nasib dari Sabah

Posted:

Pasangan penghias muka depan RAP sempena sambutan Tahun Baru Cina ini digandingkan buat kali pertama dan masing-masing tidak pernah bertemu sebelum ini.

Pelakon jelita yang juga anak jati Kota Belud, Sabah, Adeline Tsen, 27, bukanlah baru dalam bidang seni dan antara artis bukan Melayu yang kian menempa nama namun siapa pula Henley Hii?

Tanpa mengetahui pemuda berusia 28 tahun itu juga sebenarnya berasal dari Kota Kinabalu, mereka yang awalnya kelihatan kekok lantas berbual mesra sebaik tahu mereka anak Sabah.

Kena pula kedua-duanya boleh bertutur bahasa Mandarin, senang saja 'chemistry' mereka terjalin.


Daripada topik kerjaya masing-masing hinggalah persiapan sambutan Tahun Baru Cina, rancak sungguh perbualan mereka.


Malah Adeline turut meng­utarakan hajat berduet bersama Henley yang juga penyanyi dan pelakon suatu hari nanti.

Apa yang penting, kedua-duanya sudah mampu berbangga kerana kedatangan mereka ke Kuala Lumpur tidak sia-sia.

Berbekalkan impian menggunung, mereka mencatur bakat demi memastikan mendapat tempat dalam industri seni yang serba mencabar ini.

Meskipun bukanlah baru sa­ngat dalam industri, entah kenapa Adeline belum mampu menarik perhatian peminat. Hendak dikatakan bakatnya suram, dia masih tidak putus mendapat tawaran berlakon dan ada saja produser memburunya.

Publisiti diberikan kepada­nya tidak kurang hebat malah baru-baru ini muncul memegang watak Mei dalam filem Adik Manja Returns arahan Dharma Harun Al Rashid.

Mengakui sedar akan kemelut itu, Adeline bagaimanapun tidak pernah terasa hati kerana baginya dia masih lagi baru. Dia senti­asa percaya yang suatu hari nanti dia pasti dikenali, apatah lagi komitmennya sebagai pelajar belum tamat.

"Sebab utama saya mungkin kurang dikenali kerana belum muncul dengan produk yang benar-benar kuat. Bukan saya menidakkan keberkesanan filem serta drama yang pernah saya bintangi sebelum ini, cuma saya sedikit bingung.

"Lagipun berlakon dan menghadiri kuliah dalam satu masa memang sangat mencabar. Menamatkan pengajian masih menjadi keutamaan saya dan perlulah ada 'give and take' antara kedua-duanya sehingga disebab­kan jadual bercanggah, sering kali banyak terlepas tawaran bagus," kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam bidang perakaunan itu.

Mengisi profil pelakon gebu yang mula mencipta nama menerusi siri muzikal Hotel Mania, Adeline sudah tidak sabar menjayakan satu filem bergenre aksi. Biarpun sekadar watak pembantu, namun ada sebabnya dia berasakan watak berkenaan terlalu istimewa buatnya.

"Filem itu memerlukan saya melakonkan aksi pertarungan dan watak terbabit memang saya idam-idamkan selama ini. Biarpun karakter yang saya mainkan adalah antagonis, namun saya tidak sabar turun set untuk menjayakannya.

"Lagipun, pengarah sendiri berkata, sewaktu mencipta watak berkenaan, dia membayangkan saya adalah calon paling sesuai untuk melakonkannya. Bukan mahu riak tetapi ia satu penghormatan bagi saya untuk benar-benar menghidupkan watak itu nanti," katanya.

Henley bekas pelayan kafe

Sanggup merantau demi mencapai cita-citanya dalam bidang muzik pada 2006 meninggalkan kampung halaman, Henley hampir berputus asa mengejar impian dalam bidang seni.

Hal itu sebenarnya tercetus apabila beberapa tahun mencuba nasib di sini, hasilnya belum kelihatan malah demi meneruskan kelangsungan hidup, Henley pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe.

Sebelum itu, dia terlebih dulu menyertai pertandingan nyanyian realiti Astro Talent Quest pada 2005 dan berjaya menjadi finalis, namun selepas itu tiada sebarang perkembangan positif dan namanya terus berkubur.

Bagaimanapun, akhir 2006 menjadi titik tolak kejayaannya apabila pada saat dia berhadapan 'krisis' dengan bapanya, satu kejadian kemudian menukar fikirannya untuk pulang ke Sabah.

"Bapa sudah mula bising menyuruh saya pulang saja dan tidak perlu lagi bersusah-payah di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, sebaik mendapat tahu mengenai uji bakat Project Superstar di 8TV, saya memujukanya agar memberikan peluang terakhir dan mencuba nasib.

"Saya berjanji kepadanya, jikalau tiada rezeki dalam program itu, saya akan terus pulang ke Sabah. Tuah menyebelahi, gelaran juara yang saya raih akhirnya merealisasikan impian yang saya buru selama ini," kata pelakon filem Kepong Gangster dan 2359 itu.

Minat menubuhkan dan menyanyi dalam band sejak berusia belasan tahun, hakikatnya Henley kini popular sebagai artis solo. Selepas nyanyian, dia bergiat pula dalam bidang lakonan dan kebelakangan ini peminat lebih mengenali pelakon The Beat (8TV) itu sebagai aktor.

Berbanding nyanyian, jejaka tampan yang cukup dekat dengan muzik rock itu bagaimanapun semakin menyukai serta merasakan lakonan sebati dalam diri­nya.

"Asalnya memang saya mahu jadi penyanyi tetapi apabila sudah berjinak-jinak dalam lakonan, saya mendapat kepuasan berbeza kerana dua bidang ini cukup berbeza.

"Kebanyakan reaksi peminat yang saya dapat sekarang ini pun gara-gara melihat lakonan saya, barulah mereka perasaan saya juga sebenarnya penyanyi. Namun, tak kisah pun," kata­nya yang sudah menghasil­kan dua album iaitu Crazy dan Love Hacker.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Konflik hidup tiga wanita

Posted:

Tidak ke mana-mana Isnin ini sempena sambutan Tahun Baru Cina, telefilem Cinta Burj Khalifa terbitan Zeel Production yang ditayang–kan pada jam 10 malam di Astro Prima bakal meng–ubat rasa bosan anda.

Telefilem arahan Mazri Mustapha (Ayie) dan dibintangi Noorkhiriah, Rozita Che Wan dan Tasha Shilla ini menjalani penggambaran di Dubai, Abu Dhabi pada Disember tahun lalu sebelum dilanjutkan ke Malaysia di beberapa lokasi
di utara tanah air termasuk Langkawi.


Turut berlakon, dua calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012, Fahrin Ahmad dan Aiman Hakim Ridza.

Selain menerapkan mesej persahabatan antara tiga sekawan, Kartini (Rozita), Marlia (Noorkhiriah) dan Tasha (Miza), telefilem ala Sex and The City ini juga memaparkan konflik kehidupan di antara mereka bertiga.

Ceritanya mengisahkan Marlia yang bergelar andartu bertambah takut untuk berkahwin apabila dua kawan baiknya, Kartini dan Miza bergelut dengan kehidupan peribadi masing-masing.

Kartini bergelar janda yang kuat bekerja manakala Miza berkahwin pada usia muda, tetapi sering disepak terajang suaminya (lakonan Aiman).

Kemuncaknya apabila Kartini membelanja dua sahabatnya itu bercuti ke Abu Dhabi dan Dubai. Lucunya, Kartini dan Marlia jatuh hati dengan pemandu pelancong di sana, Rahman (lakonan pelakon baru kelahiran Syria yang menetap di Malaysia, Abdulrahman Suud).

Namun, Rahman lebih meminati Marlia yang tidak menyedari lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin tiga. Pada saat Marlia teruja cintanya dibalas lelaki Arab yang kononnya kaya raya, Kartini berjumpa dengan lelaki Malaysia lakonan Fahrin.

Miza pula yang asalnya mahu membawa hati yang lara kembali merindui suami. Tanpa diduga suaminya datang ke Timur Tengah itu untuk kembali menawan hati Miza.

Penerbitnya, Fadzil Teh berkata, jika telefilem itu menerima sambutan baik, ia akan dijadikan drama bersiri. Selain itu, Zeel Production turut menerbitkan drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menghiasi slot Akasia TV3, mulai Isnin ini.

Sementara itu, Noorkhiriah yang juga calon Top 5 kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2012 melakonkan watak agak 'gedik' kali ini menerusi telefilem ini.

Dalam Cinta Burj Khalifa ,watak saya memang sedikit 'gedik' dan Fadzil cuba mengalih watak saya supaya berbeza dengan watak Bedah Tong Gas. Ia agak komedi dan telefilem ini menemukan saya sekali lagi dengan Rozita selepas Bedah Tong Gas.

"Tasha Shilla pula saya mula berlakon di sisinya menerusi telefilem Pengawal Hatiku juga diterbitkan Zeel Production," kata Noor yang wajahnya kini boleh ditatap dalam drama Debunga Lalang terbitan AMC untuk slot Azalea TV3.

Noorkhiriah berkata, dia berasa dirinya cukup kecil ketika bergandingan dengan Rozita dan Tasha untuk Cinta Burj Khalifa. Memang nampak jelas Noorkhiriah terlalu merendah diri apabila berada di samping dua wanita berkenaan.

Tetapi sedikit demi sedikit, Noorkhiriah cuba melawan perasaan itu atas paksi profesional.

"Memang perasaan merendah diri itu dicampur dengan saiz badan saya yang kecil itu adalah diri saya yang seadanya. Tambah pula, Tasha dan Rozita memang 'vogue' dan mereka cukup sesuai menggayakan bara­ngan berjenama.

Sedangkan saya pada tahap biasa. Tapi Alhamdulillah, mereka pun gila-gila macam saya. Jadi tak nampak sangat jurang itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Shahidan mahu jumpa presiden

Posted:

"Datuk Seri (Shahidan Kassim) (gambar) berkeras tidak mahu membalas surat pertuduhan diterimanya kerana mahu mengadap Presiden (Sultan Ahmad Shah) dan Majlis Tertinggi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ammar Hassan mengenai surat jawapan pertuduhan yang perlu dijawab Shahidan sebelum jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, Shahidan selaku Presiden PFA sebelum ini memutuskan untuk tidak menjawab surat pertuduhan FAM kerana mahu ia diselesaikan seperti adik-beradik dan bukan seperti di mahkamah.


"Pihak PFA juga dimaklumkan Shahidan dan saya akan bertemu pengurusan tertinggi FAM termasuk Presiden, Sultan Ahmad Shah selepas baginda selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Kami akur dengan tiga pertuduhan itu dan jika FAM masih mahukan surat jawapan, PFA minta mereka beri tempoh lebih lama," katanya.


Menurutnya, mereka tidak mahu membincangkan perkara ini ketika Sultan Ahmad Shah menjalani rawatan kerana tidak mahu memburukkan suasana.


Ammar berkata, beliau difahamkan, Shahidan hanya menghantar surat peletakan jawatan kepada Sultan Ahmad Shah namun belum menjawab surat mengandungi tiga pertuduhan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad. "Beliau hantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM pada hari sama menerima surat pertuduhan sebelum melantik peguam bagi mewakilinya dalam soal ini.

"PFA tetap dengan pendirian mahu melihat kemajuan dalam bola sepak Malaysia dan tidak mahu memburukkan keadaan." Sementara itu, Ammar berkata, pihak PFA juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan beberapa isu dalam masa terdekat dan akan menggariskan dua perkara penting.


Katanya, yang pertama, pihaknya mahu menggariskan perkara membabitkan kes berkaitan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA) Tan Sri Annuar Musa dan FAM di selesaikan di luar mahkamah.

Menurutnya, perkara kedua ialah berkenaan pertuduhan diterima Shahidan dan mahu ia diselesaikan seperti adik-beradik kerana ia berlaku berikutan salah faham dan pertama kali dilakukan beliau.


Jumaat lalu, Shahidan yang juga bekas Menteri Besar, menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu yang mengandungi tiga pertuduhan mengikut Artikel 88 Statut FAM. Shahidan juga ketika ditemui mengaku menerima surat pertuduhan terbabit dan tidak akan menjawabnya. Bagi pertuduhan pertama, beliau berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM. Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM. Bagi pertuduhan ketiga pula, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikaikan, mempersoalkan, atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014. Bagi pertuduhan ini beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000. Surat itu turut menyatakan Shahidan diberi tempoh hingga jam 12 tengah hari 8 Februari ini untuk memberi maklum balas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

'Masih terlalu awal'

Posted:

London: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney (gambar) percaya masih terlalu awal untuk memikirkan trofi Liga Perdana Inggeris boleh dibawa kembali ke Old Trafford.

United yang kecundang pada hari terakhir liga kepada seteru setempat, Manchester City musim lalu, kini selesa dengan kelebihan sembilan mata berbanding City di tempat kedua serta 16 mata di depan pasukan tangga ketiga, Chelsea.


Bagaimanapun, fakta musim lalu yang menyaksikan United selesa lebih lapan mata tetapi kecundang selepas empat perlawanan terakhir, memberikan lonjakan semangat kepada City sekali gus menyebabkan Rooney enggan terbawa-bawa dengan situasi dimiliki skuad kendalian Alex Ferguson itu.

"Setiap keputusan amat penting," kata Rooney menjelang perlawanan United bertemu bekas kelabnya, Everton di Old Trafford, malam esok.


"Lihatlah perlawanan antara City dan Queens Park Rangers. Mereka sepatutnya menang perlawanan itu dan mempunyai banyak peluang tapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri," kata Rooney yang menjaringkan gol pertama England ketika menewaskan Brazil, 2-1 pada perlawanan persahabatan di Wembley.


"Ia hampir berlaku ke atas kami ketika bertemu Southampton sehari selepas itu.

"Kami mungkin hanya dapat melihat kedudukan sebenar dengan baki empat atau lima perlawanan dan terus bekerja keras." Berbanding City, United perlu memberi tumpuan kepada saingan lain termasuk pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid yang menampilkan bekas bintang Old Trafford, Cristiano Ronaldo di Sepanyol, pertengahan minggu depan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Jumaat, 8 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Rekaan tampak eksklusif, bergaya

Posted:

Pakaian pengantin sememangnya menjadi tumpuan hadirin pada majlis perkahwinan. Ketelitian rekaan baju digayakan berserta warna pilihan memastikan raja sehari yang diraikan itu tampil anggun menawan.

Bagi memberi kelainan, Butik Pengantin Nurin Makeover Wedding Kuala Lumpur menyediakan pelbagai rekaan busana pengantin yang menarik sama ada moden atau tradisional.


Pemilik butik berkenaan, Nurin Adlina Basir mengakui amat mementingkan ketelitian terutama apabila menghasilkan rekaan busana pengantin.

"Saya amat menitikberatkan kekemasan setiap perincian. Setiap satu dijahit menggunakan tangan dan kebanyakan idea terhasil secara spontan.


"Walaupun ada busana menggunakan perincian agak sarat, ia masih kelihatan menarik dan tidak keterlaluan sekiranya dipadankan dengan kombinasi aksesori serta penggayaan tudung yang betul," katanya.


Tidak hanya tertumpu kepada pengantin bersaiz kecil, malah mereka yang memiliki bentuk badan berisi juga boleh menggayakan rekaannya dengan mudah.

Nurin Adlina banyak menggunakan kain sifon, sutera sifon, bridal sifon, fabrik jaring dan renda yang digabungkan bersama bagi memastikan rekaan eksklusif dihasilkan lebih mewah dan bergaya. Antara rekaan dihasil-kannya ialah gaun labuh, kebaya pendek dan baju potongan bertingkat disertakan layah meleret bagi bakal pengantin untuk tampil bergaya. Selain itu, padanan warna busana turut disesuaikan dengan perincian manik pada baju.


"Penggunaan warna kontra untuk perincian manik atau sulaman menjadi keutamaan kerana ia boleh menyerlahkan lagi rekaan baju.

"Corak flora menjadi pilihan untuk rekaan perincian pada baju kerana ia mudah dan menarik apabila siap dijahit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Pilihan cenderahati istimewa

Posted:

Setiap kali berkunjung ke pusat beli-belah, jika terpandang kedai yang satu ini, pasti kaki penulis akan melangkah masuk.

Bukan tujuan mahu membeli barangannya, tetapi melihat-lihat saja sudah mencukupi. Ini kerana barangan cenderahati yang disediakan di situ amat menarik, comel dan cantik belaka.


Kedai yang dimaksudkan ialah Memory Lane yang menawarkan pelbagai barangan cenderahati sempena majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan pelbagai acara lagi.

Sempena kedatangan hari kekasih tidak lama lagi, Memory Lane turut menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan. Tanpa perlu berkunjung ke kedainya juga anda boleh membeli apa yang dihajati menerusi laman web terbarunya di www.memorylane.com.my.


Di situ, pilih saja pelbagai reka bentuk belon, kad ucapan, anak patung, bing-kai gambar dan bermacam-macam lagi untuk dijadikan hadiah sempena hari istimewa itu.


Bukan saja kepada kekasih, hadiah berkenaan turut sesuai diberi kepada ibu tersayang, adik perempuan, kakak, malah ayah sekalipun.

Tambah mudah apabila selesai memilih dan membeli barangan kegemaran, perkhidmatan penghantaran oleh pihak Memory Lane ada disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pengutip hutang ditembak

Posted:

Subang Jaya: Seorang pengutip hutang mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Puchong Utama, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Lee Sam Ong, 41, yang duduk di bahagian penumpang depan kereta dipandu isterinya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke pusat perubatan swasta berdekatan.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, selain mangsa dan isterinya, adik lelaki mangsa berusia 35 tahun turut berada dalam kereta berkenaan.

"Ketika itu, mereka baru pulang dari makan tengah hari di sebuah restoran di Taman Puchong Utama sebelum didatangi sebuah motosikal Yamaha LC ditunggang dua lelaki bertopi keledar berpenutup penuh ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di lokasi kejadian.


"Lelaki terbabit yang berada di sebelah mangsa melepaskan beberapa das tembakan yang menembusi dada, leher, lengan dan bahu kirinya," katanya.


Menurut Yahaya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui dua kelongsong peluru Luger 9 milimeter (mm) dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masih dijalankan pihak forensik.

Foto

LOKASI kejadian mangsa ditembak.

Katanya, mangsa yang juga pengutip hutang untuk mana-mana syarikat yang memerlukan khidmatnya mempunyai beberapa pekerja dan baru berpindah di USJ 4, dekat sini, sejak setahun lalu.


Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Seri lebih baik

Posted:

Doha: Kekalahan 0-2 di tangan Qatar semalam pastinya bukan penamat kempen kelayakan Piala Asia 2015 buat skuad kebangsaan, namun ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mengaku nasib mereka untuk melepasi halangan peringkat Kumpulan D pasti lebih baik jika dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata ke atas pasukan pilihan itu.

Bagi Rajagobal, dengan kesungguhan dipamer anak buahnya pada aksi pertama di Stadium Jassim Bin Hamad Doha itu, mereka sepatutnya tidak pulang tangan kosong.


"Melihat kepada aksi perlawanan tadi (semalam), kami sepatutnya membuat kejutan mungkin sekurang-kurangnya meraih satu mata.

"Qatar dan Bahrain pasukan pilihan untuk layak daripada kumpulan ini tapi kita akan lihat selepas ini. Kedudukan pasti berubah jika kami meraih keputusan seri hari ini (semalam)," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu semalam.


Tanpa tujuh pemain tonggak termasuk, kapten Safiq Rahim, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, barisan pemain seperti Mohd Amri Yahyah, Mohd Shakir Saari, Mohamad Ashaari Samsudin, Azamuddin Mohd Akil dan K Reuben yang dianggap pemain 'skuad kedua' sebelum ini membuktikan mereka wajar diberi lebih peluang atas kesungguhan dalam aksi menentang Qatar.


Malah aksi pemain pertahanan kanan, Mahali Jasuli yang bermain di posisi tengah bersama Shakir juga harus dipuji kecuali kesilapannya yang memberikan sepakan percuma yang menghasilkan gol pertama Qatar.

Walaupun Qatar tampak lebih baik berbanding Harimau Malaya namun mereka terpaksa mengharapkan gol sepakan percuma Khalfan Ibrahim yang terbias pemain pertahanan negara pada minit ke-54 serta jaringan lewat permainan Yusef Ahmed untuk merekod kemenangan 2-0.


Kekalahan itu menyebabkan Malaysia kini menduduki tangga ketiga manakala Yaman yang tumpas 0-2 kepada Bahrain di tangga tercorot juga tanpa sebarang mata.

Tiga mata yang dikutip pada perlawanan pertama membolehkan Qatar dan Bahrain menduduki dua tempat teratas kumpulan.


Selepas ini Harimau Malaya bakal berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 22 Mac dan hanya kemenangan akan mencerahkan peluang untuk meneruskan kempen merebut tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.


"Kami perlu fokus kepada satu-satu perlawanan, sekarang untuk mendapat peluang (layak), kita perlu mendapat keputusan baik menentang Yemen di tempat sendiri. Qatar akan menentang Bahrain, salah satu daripada pasukan itu akan kalah atau seri dan perlu positif," kata Rajagobal yang menetapkan misi utama membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2015.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Nadal pamer aksi bertenaga

Posted:

Vina del Mar, Chile: Rafael Nadal melakukan kemunculan semula dalam acara perseorangan selepas rehat tujuh bulan dengan mengalahkan pemain pusingan kelayakan, Federico Delbonis 6-3, 6-2 pada pusingan kedua kejohanan gelanggang tanah liat ATP, semalam.

"Saya gembira bermain perlawanan perseorangan selepas sekian lama," kata Nadal. "Saya perlukan masa mengembalikan semula permainan tapi setakat ini perasaan berada di gelanggang amat hebat.


"Paling penting menghabiskan banyak masa di gelanggang. Kemenangan ini memberikan saya peluang bermain sekurang-kurangnya dua lagi perlawanan, perseorangan dan beregu." Juara 11 Grand Slam dari Sepanyol itu tidak beraksi sejak mengalami kekalahan mengejut pada pusingan kedua Wimbledon Jun lalu sekalipun dia memanaskan badan di sini kelmarin dengan kemenangan acara beregu.

Tendon terkoyak dan radang lutut kiri menyebabkannya terlepas aksi Sukan Olimpik London dan Terbuka AS 2012 manakala jangkitan virus menangguhkan kemunculan semulanya tahun ini.


Permainan berkarat ditunjukkan Nadal, kini di ranking kelima dunia, selepas servisnya dirampas pada permainan pertama perlawanan itu dan ketinggalan 0-2 di tangan pemain kidal Argentina itu.


Namun dia bangkit bergaya mengatasi Delbonis, pemain ranking ke-128, merampas semula servis pada permainan keempat dan melakukannya sekali lagi pada permainan kelapan sekali gus memberikannya peluang melakukan servis untuk menamatkan set pembukaan itu.

Dia mendahului selesa 4-0 pada set kedua, bergerak dengan licik di gelanggang tanah liat itu walaupun apabila meluru ke jaring selepas pukulan drop. Dia menamatkan perlawanan selepas 87 minit dengan empat servis ace dan berdepan hanya satu mata 'break'.


Pada suku akhir, dia berdepan pemenang pertemuan rakan senegara, Albert Montanes dan Daniel Gimeno-Traver. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Mualaf dianiaya suami

Posted:

Gombak: Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya.

Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap.

Merumitkan lagi keadaan, anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan mereka didaftarkan sebagai bukan Islam sedangkan Agnes mahu anaknya itu membesar dengan mengamalkan ajaran Islam.

"Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi," katanya.

Foto

AGNES menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.


Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

3 disyaki rekrut pengganas

Posted:

Kuala Lumpur: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua lagi individu ditahan Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Pengganas Bukit Aman dipercayai terbabit merekrut ahli baru selain mempromosikan aktiviti keganasan sejak lebih empat bulan lalu.

Suspek dibebaskan daripada tahanan ISA pada 4 Disember 2008 ditahan semula kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bersama seorang pekerjanya berusia dalam lingkungan 30-an.

Susulan penahanan suspek dan pekerjanya, PDRM menyerbu sebuah rumah di Kajang, di sini, dipercayai disewa suspek bersama seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai digunakan sebagai markas menyebarkan fahamannya itu.

Wanita terbabit turut ditahan di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang oleh sekumpulan anggota dan pegawai polis.

Foto

ANGGOTA polis membawa tiga suspek yang ditahan menaiki kenderaan.


Penahanan suspek dan dua lagi individu itu disahkan Ketua polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved