Ahad, 12 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gagal kawal nafsu

Posted: 11 Jun 2011 10:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.

Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke lokasi kerja dan rumah, selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima 'langganan luar'.

Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang 'ekstra' tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.

Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik oleh syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.


Hal ini didedahkan seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli Ahmad, 38, yang mengakui turut menjadi mangsa 'dipermainkan' GRO sehingga dia kehilangan teksi sewaan, manakala rumah tangganya porak peranda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seorang maut, 2 parah

Posted: 11 Jun 2011 10:43 AM PDT

SANDAKAN: Tidak tahan mendengar tiga anak saudaranya berbuat bising, seorang lelaki berusia 20-an merodok dan mengelar tiga kanak-kanak itu menggunakan pisau hingga menyebabkan seorang maut di pangsapuri Majlis Pembandaran Sandakan, Jalan Batu Sapi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Khairadri Awang Ahmad, 6, ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat cedera parah di perut, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.


Abangnya, Mohd Fadli Zairi, 12, turut dikelar di dada manakala kakaknya, Nur Salinah, 10, cedera di pergelangan tangan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent dan dikatakan masih trauma.

Difahamkan, ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan meninggalkan anak mereka bersendirian, sementara suspek menetap di tingkat bawah rumah pasangan itu.


Suspek dikatakan berehat di rumahnya manakala tiga beradik itu bermain di rumah mereka.


Bagaimanapun, suspek yang terganggu dengan perbuatan anak buahnya yang nakal itu menegur mereka supaya tidak berbuat bising.

Namun, arahan lelaki berkenaan hanya bertahan seketika apabila ketiga-tiga beradik itu kemudian mengulangi perbuatan sama dengan berbuat bising.


Keadaan itu menyebabkan suspek berang dan terus menuju ke rumah mangsa di tingkat atas lalu memarahi mereka.

Selepas dimarahi, suspek secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum menikam dan mengelar tiga beradik itu.


Selepas merodok perut Mohd Khairadri, suspek mengelar Mohd Fadli di dada manakala Nur Salinah dikelar di pergelangan tangan.


Bagaimanapun, Mohd Fadli dan Nur Salinah sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran bersebelahan rumah.


Terkejut melihat kedua-dua beradik itu berlumuran darah, jiran terbabit terus menuju ke rumah mangsa dan melihat Mohd Khairadri terbaring berlumuran darah dalam keadaan tidak bermaya manakala suspek melarikan diri.


Jiran mangsa kemudian membawa tiga kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum Mohd Khairadri disahkan meninggal dunia.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan kira-kira jam 8 pagi semalam di stesen minyak di Jalan Karamunting.


"Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved