Ahad, 12 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Maut ditikam bertubi-tubi

Posted: 11 Jun 2011 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam cinta tiga segi maut ditikam bertubi-tubi di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan kondominium, mangsa dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita juga dari Indonesia.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat di rumah kongsi berkenaan sebelum sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di dalam bilik dalam keadaan berlumuran darah.


"Sepasukan polis dari Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKK) dan Unit Pengesan Anjing (D9) turut membantu siasatan di tempat kejadian," katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui lapan kesan luka tikaman selain beberapa kesan kelar pada badan mangsa menggunakan senjata tajam.

Namun, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek.


"Ketika polis tiba di tempat kejadian, semua pekerja melarikan diri dan semua rumah kongsi juga kosong.

"Motif pembunuhan dipercayai berkaitan perempuan berikutan penemuan pasport seorang wanita warga Indonesia dan kasut berhampiran mayat mangsa," katanya.


Zakaria berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Setiap pemandu teksi kena elak tiga perkara

Posted: 11 Jun 2011 09:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Mengapa bila dah terhantuk, baru nak terngadah?" kata Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berhubung masalah Ramli Ahmad yang pernah terbabit dengan jerat dan tipu daya GRO.

Menurut Aslah, melalui pengalamannya sejak lebih 30 tahun terbabit dengan perkhidmatan teksi, masalah dihadapi Ramli boleh dikatakan lumrah di kalangan pemandu teksi.


Katanya, ramai di kalangan mereka hilang arah tuju hidup akibat terbabit dengan masalah berkenaan sehingga rumah tangga turut porak peranda.

"Peliknya sebilangan pemandu teksi ini, mereka takkan serik. Lihat apa berlaku pada Ramli, dua kali kehilangan teksi dipajak dan sanggup berhutang dengan along, baru nak berhenti.


"Sebenarnya semua itu bergantung kepada niat mereka ketika mencari rezeki. Jika utamakan pendapatan, mereka akan selamat, sebaliknya jika hanya mengejar kepuasan nafsu semata-mata, mereka akan rugi," katanya.


Aslah berkata, lazimnya pemandu teksi hanya akan 'selamat' jika tidak terjebak dengan tiga perkara, iaitu masalah perempuan (GRO), judi dan dadah.

Katanya, jika satu daripada tiga perkara itu melekat pada mana-mana pemandu teksi, kerjaya mereka akan hancur, bahkan bagi yang berkeluarga, ia akan turut menjejaskan rumah tangga.


"Masalah ini timbul sebab mereka bertemu pelbagai jenis manusia saban hari. Saya ada banyak pengalaman bertemu pemandu teksi yang berdepan masalah sebegini.

"Ada pemandu dicari isteri mereka bukan saja disebabkan keluar dengan GRO, bahkan dengan bini orang lain. Yang terbabit dengan judi dan dadah, itu lagi satu masalah besar.


"Tiada yang dapat menyelamatkan mereka, melainkan diri sendiri. Saya selalu nasihat pemandu teksi baru, elak tiga perkara terbabit, dan saya jamin hidup mereka pasti tidak akan bermasalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved