Khamis, 6 Oktober 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lebih rela humban bayi

Posted: 05 Oct 2011 10:18 AM PDT

TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.


Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Geng bocor tayar tumpas

Posted: 05 Oct 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya menggunakan paku khas bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa yang baru mengeluarkan wang di bank, sekumpulan lima penjenayah warga Amerika Latin dikatakan mampu meraih hasil samun melebihi RM600,000.

Taktik baru kumpulan penyamun itu mula dikesan sekitar ibu negara sejak Ogos lalu yang didalangi beberapa warga Peru dan Guatemala berusia antara 40 hingga 50-an yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.


Selain di Malaysia, kumpulan itu juga dipercayai aktif di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Vietnam, Jepun dan Korea.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sejak beberapa bulan lalu terima laporan mangsa yang baru keluar dari bank dan membawa wang tunai mendakwa tayar kereta mereka pancit dan ketika membaiki kerosakan itu, disamun yang disyaki dilakukan warga asing. "Dua wanita ahli kumpulan berkenaan dipercayai memainkan peranan sebagai pemerhati dalam kawasan bank bagi mengenal pasti mangsa sebelum menyalurkan maklumat kepada rakan yang menunggu di luar.


"Selepas mangsa dikenal pasti, anggota kumpulan di luar akan meletak paku khas pada tayar kenderaan mangsa dan sebaik mangsa pergi ke arah kenderaannya, suspek terus menghampiri dan berpura-pura menawarkan bantuan," katanya, semalam.


Menurutnya, setakat ini, polis mengenal pasti lima kes samun menggunakan taktik sama sekitar ibu negara dan menahan lima suspek hasil pemantauan pasukan khas ditubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jumaat lalu dan kelmarin.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan dua suspek yang berlegar-legar sekitar kawasan bank di Batu 3, Jalan Ipoh dan menemui beberapa peralatan termasuk paku khas dipercayai digunakan bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved