Khamis, 6 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Padah taska degil

Posted: 05 Oct 2011 09:56 AM PDT

SHAH ALAM: Kegagalan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Pulau Lumut, Seksyen U10, Alam Budiman di sini, mematuhi arahan mendaftarkan operasi mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tiga kali diberi peringatan mengundang padah apabila premis itu diarah tutup semalam.

Taska dua tingkat yang beroperasi sejak 2009 itu sudah menerima tiga surat peringatan selepas JKM menerima aduan orang ramai, namun masih gagal mematuhinya menyebabkan tindakan penutupan diambil.

Ketika operasi berlaku sedikit kekecohan apabila seorang bapa yang menempatkan anaknya di situ mempersoalkan tindakan JKM yang dianggapnya menyusahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, keadaan ditenangkan apabila pegawai JKM menjelaskan pengusaha taska terbabit boleh meneruskan operasi selepas mematuhi peraturan.


Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Zamani Mokhtar, berkata JKM menerima tiga aduan mengenai taska itu termasuk dakwaan berlaku penderaan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke sana.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Peragut warga asing maut dibelasah

Posted: 05 Oct 2011 09:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkara meragut, seorang lelaki warga asing dipercayai dari Myanmar maut akibat dibelasah orang ramai selepas dicekup ketika cuba meragut dan menikam dua wanita warga China di lorong kecil berhampiran Pasar Pudu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, lelaki terbabit bersama seorang lagi rakan cuba meragut beg tangan dua wanita berusia 30-an yang berjalan di lorong berkenaan.


Kedua-dua wanita itu melawan dan enggan melepaskan beg tangan mereka menyebabkan si mati yang bengang dengan tindakan itu menikam wanita terbabit berkali-kali menggunakan pisau.

Menurut sumber, peragut terbabit menikam seorang daripada wanita itu 12 kali di dada dan perut manakala seorang lagi wanita terkena dua tikaman menyebabkan mereka pengsan di tempat kejadian selain kerugian lebih RM2,000.


Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Berikutan itu, beberapa lelaki di kawasan berhampiran mengejar kedua-dua suspek dan menangkap seorang daripada mereka.

"Suspek dibelasah hingga parah serta dibiarkan terlantar di lorong berkenaan sebelum polis tiba dan menghantarnya ke HKL, tetapi disahkan mati sebaik tiba di hospital," katanya di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan kejadian itu dan berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati peragut yang mati itu mungkin warga asing dipercayai dari Myanmar.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved