Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 05 Oct 2011 10:18 AM PDT TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam. Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi. Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 05 Oct 2011 10:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya menggunakan paku khas bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa yang baru mengeluarkan wang di bank, sekumpulan lima penjenayah warga Amerika Latin dikatakan mampu meraih hasil samun melebihi RM600,000. Taktik baru kumpulan penyamun itu mula dikesan sekitar ibu negara sejak Ogos lalu yang didalangi beberapa warga Peru dan Guatemala berusia antara 40 hingga 50-an yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sejak beberapa bulan lalu terima laporan mangsa yang baru keluar dari bank dan membawa wang tunai mendakwa tayar kereta mereka pancit dan ketika membaiki kerosakan itu, disamun yang disyaki dilakukan warga asing. "Dua wanita ahli kumpulan berkenaan dipercayai memainkan peranan sebagai pemerhati dalam kawasan bank bagi mengenal pasti mangsa sebelum menyalurkan maklumat kepada rakan yang menunggu di luar.
Katanya, tangkapan pertama membabitkan dua suspek yang berlegar-legar sekitar kawasan bank di Batu 3, Jalan Ipoh dan menemui beberapa peralatan termasuk paku khas dipercayai digunakan bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan