Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Oct 2011 09:56 AM PDT SHAH ALAM: Kegagalan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Pulau Lumut, Seksyen U10, Alam Budiman di sini, mematuhi arahan mendaftarkan operasi mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tiga kali diberi peringatan mengundang padah apabila premis itu diarah tutup semalam. Taska dua tingkat yang beroperasi sejak 2009 itu sudah menerima tiga surat peringatan selepas JKM menerima aduan orang ramai, namun masih gagal mematuhinya menyebabkan tindakan penutupan diambil. Ketika operasi berlaku sedikit kekecohan apabila seorang bapa yang menempatkan anaknya di situ mempersoalkan tindakan JKM yang dianggapnya menyusahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun, keadaan ditenangkan apabila pegawai JKM menjelaskan pengusaha taska terbabit boleh meneruskan operasi selepas mematuhi peraturan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Peragut warga asing maut dibelasah Posted: 05 Oct 2011 09:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Angkara meragut, seorang lelaki warga asing dipercayai dari Myanmar maut akibat dibelasah orang ramai selepas dicekup ketika cuba meragut dan menikam dua wanita warga China di lorong kecil berhampiran Pasar Pudu, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, lelaki terbabit bersama seorang lagi rakan cuba meragut beg tangan dua wanita berusia 30-an yang berjalan di lorong berkenaan.
Menurut sumber, peragut terbabit menikam seorang daripada wanita itu 12 kali di dada dan perut manakala seorang lagi wanita terkena dua tikaman menyebabkan mereka pengsan di tempat kejadian selain kerugian lebih RM2,000.
"Suspek dibelasah hingga parah serta dibiarkan terlantar di lorong berkenaan sebelum polis tiba dan menghantarnya ke HKL, tetapi disahkan mati sebaik tiba di hospital," katanya di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan