Harian Metro: Setempat |
Posted: 11 Jun 2011 10:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam cinta tiga segi maut ditikam bertubi-tubi di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan kondominium, mangsa dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita juga dari Indonesia.
"Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di dalam bilik dalam keadaan berlumuran darah.
Namun, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek.
"Motif pembunuhan dipercayai berkaitan perempuan berikutan penemuan pasport seorang wanita warga Indonesia dan kasut berhampiran mayat mangsa," katanya.
|
Setiap pemandu teksi kena elak tiga perkara Posted: 11 Jun 2011 09:29 AM PDT KUALA LUMPUR: "Mengapa bila dah terhantuk, baru nak terngadah?" kata Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berhubung masalah Ramli Ahmad yang pernah terbabit dengan jerat dan tipu daya GRO. Menurut Aslah, melalui pengalamannya sejak lebih 30 tahun terbabit dengan perkhidmatan teksi, masalah dihadapi Ramli boleh dikatakan lumrah di kalangan pemandu teksi.
"Peliknya sebilangan pemandu teksi ini, mereka takkan serik. Lihat apa berlaku pada Ramli, dua kali kehilangan teksi dipajak dan sanggup berhutang dengan along, baru nak berhenti.
Katanya, jika satu daripada tiga perkara itu melekat pada mana-mana pemandu teksi, kerjaya mereka akan hancur, bahkan bagi yang berkeluarga, ia akan turut menjejaskan rumah tangga.
"Ada pemandu dicari isteri mereka bukan saja disebabkan keluar dengan GRO, bahkan dengan bini orang lain. Yang terbabit dengan judi dan dadah, itu lagi satu masalah besar.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |